"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, December 31, 2008

dari bawah tempurung atau dari mata burung?


gempaknya entry blog kali ni, alaaahhhh..tajuk entry jek yang gempak tapi ceritanya biasa2 jek malah hampir semua daripada kalian (atau memang kesemuanya) telah pun mengetahui kisah 'beckam & posh' malaysia ini..

siapa tak kenal pelakon manja yang meletop lakonannya dalam drama bersiri rafflesia, rita rudaini dan kalau yang tidak pernah menonton lerekan bola oleh aidil zafuan, setidaknya saya yakin kalian pasti sering melihat wajah anak muda yang sering bergandingan dengan adik kembarnya menghiasi majalah hiburan tempatan. rasanya semua dah tahukan isu kedua-dua selebriti ini..

Namun hampir kesemua akhbar di Malaysia melaporkan pandangan 'dari bawah tempurung'..semuanya 'menghalalkan' apa yang mereka lakukan..bagi kebanyakkan wartawan mereka wira dalam cinta sanggup mengharungi ranjau demi membuktikan cinta mereka..memangla pernikahan mereka halal dari sisi agama namun modus operandi mereka yang membelakangkan keluarga amatlah mendukacitakan dan kurang sesuai dengan adat kita selaku orang timur.

'dari mata burung' aku pula 'keberanian cinta' mereka ini boleh menghancurkan hati lebih ramai ibu bapa di luar sana.hurm, kenapa aku kata sedemikian, begini..mungkin akan muncul lebih ramai wira cinta selepas ini yang sanggup mengharungi sempadan demi mengotakan cinta mereka..
alahai, sepatutnya aidil dan isteri mengakui silap dan kemudian menasihati pasangan muda lain (atau pasangan seperti mereka yang salah seorangnya jauh lebih kertu & kematu) agar tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan.."cukuplah kami sahaja yang terlanjur lakukan sedemikian"..aku rasa bila sidang akhbar yang mereka lakukan berlangsung sebegini mungkin lebih ramai yang respect dan mengasihani dan mengkagumi mereka namun sayang mereka seperti bangga dengan kesilapan yang mereka lakukan dan seolah2 berpendirian inilah cara terbaik yang perlu dipraktikan (memanglah kedua2nya kurang educated-faham2 je lah kannn)..

aku suka dengan liputan akhbar tentang sidang akhbar oleh pak cik razak, ayah kepada pengantin lelaki-sungguh jujur dan matang dalam memberi jawapan kepada wartawan2..hurm, inilah kan, "kerana cinta, buang emak buang saudara"..selamat pengantin baru rita dan aidil dan zaquan jangan ulangi kesilapan abang kembar ok!!

No comments: