"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, January 4, 2009

chakde!!


aku bukanlah kaki hindi (hello!!cite tamil lagi best dari hindi ok!!) tapi ada beberapa cite hindi yang aku rasa lain daripada yang lain, yang lari daripada kisah cinta yang memerlukan beratus-ratus baju untuk ditukar2 semasa menyanyi ,berekar2 tanah untuk berlari ketika menari..aiyo!!klise arrrr..semuanya macam tu!!tapi ada beberapa cerita hindi yang aku tabik dan hargai seperti raaz (cerita hantu yang memang meremangkan!!), hey ram (kisah hindu tamil dan india muslim yang bermusuhan), dan mungkin cerita yang sering melelehkan air mata aku ketika menonton iaitu kabhi kushi kabhi gam!!


baru2 ni (ramai dah yang menonton..aku jek yang lambat) aku beli cd hindi..CHAKDE..cite ni tanpa perlu pelakon wanita yang cantik, tanpa lagu yang mengasikkan, aku cuma kenal datuk (melaka) shah rukh khan sorang jek..yang lain2 tak kenal then lagu mmg tak de lagu sgttt dan bukannnya miming cuma klip mengiringi lakonan sahaja..yang penting terbitan produser besar india, yash copra (produser kuch kuch ho ta hei, kabhi kushi kabhi gam, mohabatein)


aku terdorong beli cd ni pas baca artikel2 kat paper n kat internet tentang movie ni..memang superb...semangat aku naik sgtttt ...cite ni dibuat untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan org india tapi kita boleh ambik nilai patriotik ni then kita asimilasikan dengan budaya dan negara kita..serius..aku bagi 5 bintang..korang semua patut menonton!!selamat menonton

No comments: