"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, November 4, 2007

Melatih debat?

al-qaniu
Posted 28/06/2007 08:17
"HEBAT LA GAK ABG AZERAI NI...BANYAK LATIH ORANG DEBAT....LPS NI BOLEH LA TLG SAYA BELAJAR DEBAT YE...SALAM PERKENALAN"
Ha..sape baca komen di kat profile aku..isyh karang ramai lak yang marah ngan aku..actually aku pun takkenal al-naqiu ni..tetiba hantar komen n nak kenalan katanya (hurm..sesuatu kah)..tapi aku yang tidak ramai kawan ni pun menerimalah salam perkenalan itu..best gak kan ramai2 kawan..
ha berbalik kepada statement aku yang tadi - isyh karang ramai lak yang marah ngan aku- maksudnya begina aku ni takde la melatih mana2 pasukan (persoalan..perlu ke aku yang tak hebat ni melatih?)..cuma secara official aku memang melatih sek men sains selangor..mmg GPK HEM sek ni ambil resume aku n ada discusion psl payment dengan aku tp bab2 berapa aku dapat..tu biarlah rahsia kocek aku (walhal KB2 aku tahu nih!!!)..then kalau UNI10 mmg laorg kata akulatih..uik..perlu ke? sedangkan hasri,din n afiz lebih power dari aku!! tapi aku tak nak nafikan la aku rapat ngan debator2 junior UNI10 n tak pernah tidak hadir setiap kali diaorg bertanding..secara kebetulan..citenya begini..Angah (koordinator debate UNI10) adakan perkampungan debat n jemput senior2nya turun n kebetulan aku g sama ngan hasril so sejak dari tu aku selalu g latihan diaorg n turut sama buat mock n melatih diaorg sama2 ngan senior diaorg..hurm..dari seteruk2nya sampailah kami boleh berbangga dengan pencapaian diaorg mengisi pentas final FOMCA baru2 nih!!(sampai tak sedar aku menitiskan air mata masa result separuh akhir..aku bangga ngan adik2 UNI10 yang sentiasa ingin berubah)
ha,pada budak2 baru dalam debat yang selalu claim aku ni ex UNI10..biarlah aku terus terang yang aku ni ex debator UPM cuma dah tak balik latihan UPM...disconect sebab tak tahu latihannya bile n tak dipanggil pun..malu ler nak g tunjuk2 muka..heheheh..aku pun takkenal sgt ngan muka2 baru UPM..cuma pernah la balik ke UPMuntuk jadi hakim pidato PENITI kali pertama (pak dat menang) then UPM buat debat intravarsity..akukagumngan Amiruddin (3rd speaker UPM)..honestly..ini adalah ayam tambatan baru UPM..clon Kaloi..mula2 aku tgk dia ms debat kemerdekaan kat UM kebetulan dtg untuk tgk UNI10 n match tu UPM vs UNI10 n aku mmg tak paham pembawakan si Amirudin ni..(ms tu dia 1st) tspi sejak kebelakangan ni dia bagusssss sgt..aku terkejut ms dia masuk debat intergriti kat UPM (dia 3rd) pergh..sharp!!suke gile bidasan dia n baru2 ni ms silent round FOMCA pun, ms UPM vs UNI10 (aku muncul..ponteng sekolah..heheh) semata2 nak tgk match ni (jauh sudut hati aku mmg sayangggg sgt ngan UPM tp dlm ms yang sama aku rasa ada tanggungjawab terhadap perkembangan adik2 UNI10- aku ambil pendekatan ms tu..aku dtg sebagai peminat debat bukan sebagai penyokong sesiapa)..mmg aku tgk firdaus,farhan dan surizal berpeluh nak lawan ngan amir...sayangnya hanya amir yang establishe...tapi tak pe..masa masih panjang..abg percaya amir akan muncul sebagai pendebat lagenda suatu hari nanti!!

generasi baru!!!

ramai sgt pendebat yang boleh bercakap ..(haha..sah2 la debat itu sendiri adalah bercakap) tetapi..ada gak pendebat baru yang hanya pandai berleter..hurm..berleter?ada.....tapi masih ada generasi baru yang aku tabik!!dia bersuara jerk dah rasa terpesona..(asalkan bukan dengan bantuan SUSUK sudah la..keji!!)
Pak Dat (UTM-lolongannya yang memikat pendengaran aku)Ejan,Jijol,Montel,Ali (UM),Daud (UIA) dan mungkin beberapa lagi nama yang aku tak sempat untuk senaraikan..sampaikan aku rasa terlalu kerdil bila mana aku berada dlm kelompok2 mereka ini..
ingat tak DEBAT 100 JAM? tapi jam ke berapa aku tak pasti..yang aku ingat..pusingan ini giler...asalnya..cabar mencabar antara Hasril dan Pak Dat usul membuka konsep bila mana berada di ataspentas namun tetiba aku tersenarai sama..kecil tapak tangan..aku pun setuju..banyak faktor..antaranya..
Gian nak berdebat!!
Debator yang tersenarai ..Ejan+hasril (dengan aku di meja pembangkang), Pak Dat,Daud,Azizul (Pembangkang), Semuanya yang aku kagumi!!!
nak ler cabar diri sendiri...jadi ketua pembangkang (mmg aku takpernah bawa n bukan posisi makanan aku) serta nak cuba bangkang usul tanpa mengetahui usul..pergh menarik!!
maka tiba masa yang dijanjikan berdebat la aku!!OIC HANYA TELINGA..tahu tak? as ketua pembangkang aku hanya tahu usul setelah diumumkan oleh Pak Dat bila dia bagi ucaptama!!
cuak...mmg aku cuak..paham2la aku isu2 politik mmg aku lemah n bukan makanan aku..dah tua takde preparation!!..maka berdebat selintas kesan la aku..setelah semua bertelingkah di atas pentas..semua mata menjadi saksi..aku adalah yang paling teruk antara kami berenam hingga ada yang mencadangkan dalam AKADEMIDEBAT.COM agar aku tak perlu muncul dlm debat itu...takpe..tak kisah..biar apa pun kata org yang penting aku puas kerana dapat bersama mereka dan dapat mencabar diri aku sendiri..
Pada sesiapa yang tak suke kehadiran aku dlm debat tu (atau dalam dunia debat sekalipun) akuminta maaf kerana aku hanya ingin menumpang keseronokan kalian dalam mengatur bicara membuahkan retorika!!

Kenangan yang tak seberapa

Zaman aku berdebat dulu aku sangat kagumi KS namun dlm diam2 aku ingin menjadi seperti Farizal dan Hasril..biarlah org kata aku berangan sekalipun tapi tak tahu kenapa dua nama ini akan benar2 membuat aku teruja untuk terus berdebat..kenangan paling manis buat aku bila mana aku berdepan dengan kedua2 idola aku dalam pertandingan debat kemerdekaan 2002 di UPM..UPM+UNI10+UTM+KUITHHO ditempatkan dlm kumpulan liga yang sama...tuhan saja yang tahu betapa aku kecut untuk berdepan dengan kedua2 mereka namun aku teruja sebab hanya dengan mereka akan membuatkan otak aku berpusing ligat bak gasing untuk mematahkan hujah mereka..walaupun tidak terlawan namun aku rasaia pengalaman berharga aku dalam dunia debat sebelum "nyawa"ku dicabut dan ditalkin sebelum sempat aku puas bernafas di dalam vakum itu.
ingat lagi..selesainya "pengebumian" aku ...berlangsungnya debat PNB di UUM..dengar sahaja UPM layak ke akhir aku bergegas bertolak ke UUM yang kebetulan aku mmg sedang bercuti di Kedah ketika itu..Namun sayang..aku hadir lewat kerana telah selesai perlawanan antara UPM menentang UIA dan telahpun dimenangi oleh UIA..sedih..mmg sedih walaupun aku tiada ketika perdebatan berlangsung namun rasa itu aku kongsi bersama atas nilai persahabatan (walaupun aku diletakkan sebagai sahabat yang tidak bernilai)..tatkala aku memeluk KS..aku rasakan betapa tertekan KS ketika itu..dan aku betul mohon maaf kerana lewat untuk hadir memberi sokongan(walaupaun aku tidak pasti adakah sokongan aku diperlukan atau tidak ...)setelah segala nya selesai ditenangkan tetiba aku terasa terkontang kanting kerana dibiarkan begitu sahaja seolah-olah apa yang aku rasa mmg benar2 malapetaka.."alamak..mana aku nak menumpang ni?" aku tertanya-tanya...semua rakan2 sepasukan (sebelum aku dikebumikan) hilang entah kemana...aku rasa nak menangis pun ada namun mujur..ketika itu org yang aku kagumi..hasril namanya dtg bertegur sapa dan mempelawa untuk bersama2 ke Kuala Perlis...(en zainal madun,salehuddin,hafiz dan lydia pun ada)...terasa terhutang budi sgt2 pd hasril..huuuuuuu..betapa tingginya nilai persahabatan dr sang idola ini..bukan sekadar hebat berdebat namun hebat juga dalam memelihara hubungan sesama kawan!!!
malam itu, aku tidur di bilik delegasi UNI10..dan esok paginya kerana ingin cepat aku menumpang pula coster USM untuk ke Bandaraya ALOR SETAR untuk menyaksikan perlawanan akhir antara UM dan UIA (UM mengalahkan UNI10 di peringkat separuh akhir)...tak sangka..dunia ini kecik..rupanya en Nasru USM adalah old boy CAS Ipoh..apa lagi aku dan dia berdendang la lagu sekolah kami dalam versi melayu dan inggeris!!hahaha..pitching mmg lari ke laut!!
pendekkan cerita..UM menang..Abg Anep best speaker..maka tamatlah cerita debat PNB itu...
Pejam celik Pejam Celik...tibalah masa untuk Debat diraja di UTM KL...aku sempat menghadiri pertandingan akhir muda di dewan UTMKL itu..ha..kelakar ..aku berhujan untuk sampai ke sana..dengan KRISS ACV2806 aku ler..lencun giler hehehhe..sempat la keringkan baju sebelum final tu...malam tu aku ambilkeputusan untuk lepak di bilik UTM sembang2 ngan budu tp xjadi..aku lepak bawah khemah n best sgt sbb dapat byk tips bersembang dr jam 11 malam sampai jam 5 pagi dengan FARIZAL..memang sah dia ni Dva..sebut je apa2pun isu semua dia tahu..pergh..sehingga hari ini aku rasa belum ada pendebat yang hebat yang boleh aku samakan dengan FARIZAL dan HASRIL..mereka sebenarnya tinggalkan pendebat generasi ini 15 tapak kehadapan walaupun mereka telah lama tidak berdebat secara formal..namun pendebat kini aku akui hebat kerana terlalu banyak pentsa perdebatan untuk ruang bg mereka meningkatkan keupayaan berdebat!!syabas adik2...kamu semua telah tinggalkan saya 25 tapak ke hadapan dan terlalu sukar untuk saya kejar..siapalah saya!!!