hello gang..selamat tahun baru 2009!!!
semoga tahun ni akan memberi sinar baru buat kita semua!!
doakan aku yer...semoga pengajian aku berjalan dengan lancar..kerja? sudah tentu aku mengharapkan lonjakan saujana buat anak murid bimbinganku kan...cuma aku sedih arrr..tetap tak leh pindah ke n9..ni tahun kedua arr rumah aku kat seremban dua bertuan hanya di hujung minggu..nway, love semua!!!
Terasa makin meningkatnya usia maka makin matang kita dalam menghadapi kesulitan dalam kehidupan.hurm..bukan senang nak jadi AZERAI..terpaksa melawan segala “dugaan” yang diturunkan..melawan diri sendiri untuk tidak menurut kata hati..penat..penat sgtt..kepenatannya tidak dapat dizahirkan..tidak sepenat berjuang di medan perang..aku hanya mampu berdoa demi yang aku impikan menjadi kenyataan!!!inilah mukadimah hijab coretan yang akan merakam kenangan kehidupanku....+60125409954
"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"
Wednesday, December 31, 2008
Daulat Tuanku
Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti . Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.
dari bawah tempurung atau dari mata burung?
gempaknya entry blog kali ni, alaaahhhh..tajuk entry jek yang gempak tapi ceritanya biasa2 jek malah hampir semua daripada kalian (atau memang kesemuanya) telah pun mengetahui kisah 'beckam & posh' malaysia ini..
siapa tak kenal pelakon manja yang meletop lakonannya dalam drama bersiri rafflesia, rita rudaini dan kalau yang tidak pernah menonton lerekan bola oleh aidil zafuan, setidaknya saya yakin kalian pasti sering melihat wajah anak muda yang sering bergandingan dengan adik kembarnya menghiasi majalah hiburan tempatan. rasanya semua dah tahukan isu kedua-dua selebriti ini..
Namun hampir kesemua akhbar di Malaysia melaporkan pandangan 'dari bawah tempurung'..semuanya 'menghalalkan' apa yang mereka lakukan..bagi kebanyakkan wartawan mereka wira dalam cinta sanggup mengharungi ranjau demi membuktikan cinta mereka..memangla pernikahan mereka halal dari sisi agama namun modus operandi mereka yang membelakangkan keluarga amatlah mendukacitakan dan kurang sesuai dengan adat kita selaku orang timur.
'dari mata burung' aku pula 'keberanian cinta' mereka ini boleh menghancurkan hati lebih ramai ibu bapa di luar sana.hurm, kenapa aku kata sedemikian, begini..mungkin akan muncul lebih ramai wira cinta selepas ini yang sanggup mengharungi sempadan demi mengotakan cinta mereka..
alahai, sepatutnya aidil dan isteri mengakui silap dan kemudian menasihati pasangan muda lain (atau pasangan seperti mereka yang salah seorangnya jauh lebih kertu & kematu) agar tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan.."cukuplah kami sahaja yang terlanjur lakukan sedemikian"..aku rasa bila sidang akhbar yang mereka lakukan berlangsung sebegini mungkin lebih ramai yang respect dan mengasihani dan mengkagumi mereka namun sayang mereka seperti bangga dengan kesilapan yang mereka lakukan dan seolah2 berpendirian inilah cara terbaik yang perlu dipraktikan (memanglah kedua2nya kurang educated-faham2 je lah kannn)..
aku suka dengan liputan akhbar tentang sidang akhbar oleh pak cik razak, ayah kepada pengantin lelaki-sungguh jujur dan matang dalam memberi jawapan kepada wartawan2..hurm, inilah kan, "kerana cinta, buang emak buang saudara"..selamat pengantin baru rita dan aidil dan zaquan jangan ulangi kesilapan abang kembar ok!!
Saturday, December 27, 2008
Belangsungkawa
AL-FATIHAH
Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai.
YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.
Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai.
Sehati Berdansa 2008
akhirnya malam kemuncak sehati berdansa melabuhkan tirai..
walaupun terpaksa ditukar siaran langsungnya dari stesen ria ke stesen prima untuk menghormati kemangkatan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan (AL-FATIHAH) namun kehangatannya masih terasa.
Aku mmg mengikuti rancangan yang menjadi fennomena sejak diperkenalkan tahun lepas (menarik arrr layan SB berbanding melayan muka pura2 si ekin tu dan senyuman takbur si mawi tu!! uwekkk!!) dan aku mmg keliru sejak awal kenapa undian sms selalu berpihak pada pasangan amyza dan suaminya busu (khairil) sdangkan gerak tariannya diaorg hancur ditambah dengan kehadiran kreografer diaorg yg patah dan tak kreatif tapi bermuka kekwat yang very da confident..pergh..
akhirnya malam kemuncak membuktikan kebijaksanaan pengundi untuk memilih org yang berhak yang bersungguh2 berusaha demi anak2 di rumah nur salam..tahniah RAY, FAUZI & LISDA...
p/s :- tahun depan bolehlah kita lihat RITA & AIDIL di lantai tari..nak nak diaorg menari tarian SIAM..Pergh..meletop..sesuai kannnn!!!!!
Friday, December 26, 2008
adakah aku akan kembali aktif menulis blog?
hai semua, sebenarnya dah lama aku tak up date blog kat friendster sebab dah tak pakai line internet sejak idup nomat 'kl -seremban' dalam masa yang sama password acoount blogspot ni pun aku lupa so penuhlah sawang kat dua2 akaun blog ni..
sepanjang 2008 rasanya langsung takde entry baru and korang semua pun tak tahu apa cite aku skg kan..so doa2kan la 2009 ni aku bersemangat balik untuk menulis semua coretan dan merakam kenangan seharian aku kat blog ni..jumpa 2009 k!!!
sepanjang 2008 rasanya langsung takde entry baru and korang semua pun tak tahu apa cite aku skg kan..so doa2kan la 2009 ni aku bersemangat balik untuk menulis semua coretan dan merakam kenangan seharian aku kat blog ni..jumpa 2009 k!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)