"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, April 25, 2010

mentor musim ke 4

Nani (azmeer), Ayim (Mus May), Ila (Joe Flizzow),
Shaq (Ma Idayu), Thalia (Ziana Zain), Adi (Dayang Nurfaizah)

~Ila & Adi adalah adik beradik~


~no comment~


Saturday, April 24, 2010

MSS 2010

seperti tahun2 yang sudah @NyP akan dipanggil bertugas untuk beberapa kejohanan sukan..sejak lulus ujian KOAM pada tahun 2004 mmg @NyP niat nak aktifkan diri..tahun 2010 @NyP dengan tugas di kejohanan olahraga di UPM sebagai penolong pelepas dan pada 20 - 23 April, @NyP dipanggil untuk bertugas sebagai pegawai bilik panggilan..hurm, serius..tak pernah lagi bertugas untuk post ni..hurm, banyak cabaran yer..nampak mudah sbb kena dtg awal 45 minit sebelum acara bermula..lets say acara start jam 7 pagi so 6.15 pagi dah kena wat panggilan peserta untuk check nombor bip, logo penaja, paku pada spike dan sebagainya la..so untuk pastikan @NyP sampai ke Stadium Kelana Jaya sebelum jam 6pagi so terpaksa la bangun jam 5 pagi dan tepat jam 5.3o pagi dah gerak ke sana..pergh!!!


beberapa perkara yang menarik-terpaksa berkejar jumpa hakim penamat+penolong pelepas+juru hebah sebab runner tak cukup..

then ada peserta yang enggan membuka sweater bila nak check no bip..lor..patutlah tak nak buka sbb no daftar lain sangat daripada no badan..

then ada gak peserta yang menarik diri (sepatutnya bg mc jek) pada hari pertama dah gaduh2 ngan kami di bilik panggilan sbb namanya digugurkan untuk acara hari ketiga..dont break the rules ye atlit!!!

hurm..dah nak gerak ni tapi peserta yang dah mendaftar hilangkan diri..bila kena marah teruslah pegawai2 di bilik panggilan pulak kena maki..eh eh sape suruh g warm up kat tempat lain (strategi berasap kah? haiyo...!!!)

then @NyP terpaksa bertugas seorang pada hari terakhir kejohanan sbb rakan setugas accident dan tak dapat hadir..haiyo..pening giler!!mujur semua berjalan lancar..thanks kepasa semua atlet dan pegawai pengiring dan jurulatih..

hurm.. @NyP rasa terkilan sbb ada seorang pelari dari petaling utama (Iqbal Naim rasanya nama dia- mix mat salleh) yang ketinggalan 0.01 saat di belakang catatan rekod 200m L1 semasa larian pada peringkat saringan tetapi terpaksa menarik diri untuk final sbb injured..xpelah dik..bukan rezeki.. :(

dramatik sangat saat larian 4x400m L1 ..persaingan sangat ketara antara Klang, Petaling Utama dan Petaling Perdana dan ternyata Petaling Perdana dengan penuh bergaya mencecahkan torsur terlebih dahulu ke garisan penamat..aku teruja melihat larian ini dan bersalam dengan pemenang2 emas ini.. begitu juga dramatik semasa lompatan terakhir untuk acara lompat tinggi L2 ..percubaan untuk menyamai rekod MSSM namun..tak berjaya..apapun..tetap berjaya pecahkan rekod MSS


p/s :


@NyP sedang memikirkan samaada ingin ke johor untuk MSSM

ataupun untuk menyertai pegawai2 dari negara lain untuk MSS Asean ..

takut nanti dah dapat panggilan tapi tak dapat pelepasan pulak dari madam GB...


Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2010 di UAE bukan rezeki untuk Jojohasni untuk meraih 3 emas seperti yang dijangka sebelum ini..

apakan daya..

takpelah jojo..jangan putus asa..

apapun untuk pengetahuan semua @NyP sedang gigih mengumpul duit untuk tiket, penginapan dan perbelanjaan untuk ke London sempena sukan Olimpik 2012 nanti..

dua venue yang @NyP akan jejak..

iaitu veledrom dan stadium tertutup untuk badminton

kerana @NyP yakin kita akan bawa pulang emas

untuk jojohasni (tak lama lagi bergelar Datuk Azizulhasni la kan..hehehhe tahniah terlebih awal..) dan juga Datuk Lee Chong Wei ..

@NyP mahu sama2 menyanyikan lagu Negaraku!! Jojohasni jangan sedih..

Ingat doa kami semua untuk Pinggat Emas di Olimpik nanti...

1MALAYSIA BOLEH!!

Konsert 6 AF8

cuma tinggal empat minggu lagi..tak lama tuh..empat minggu saja (hurm..disertation @NyP pun perlu dihantar empat minggu dari sekarang!! takut la pulak..) . Teringat kata2 pak nil dulu "fikirkan malam2 anda tanpa akademi fantasia?" ye mmg betul..rasa sukar untuk tune balik ke 'jadual asal' tanpa AF..sangat besar impak AF ni..dulu lah..sekarang makin kurang berpengaruh dan ditambah dengan pelajar yang kurang berusaha...kecuali Maulana (@NyP kembali mengundi..khas untuk Maulana!!!)
Paling mantap - Maulana dengan persembahan akustik bersama Sham Kamikaze untuk lagu Bila Rindu (Ruffedge)..serius mantap sampai kawan @NyP yang kurang ambik port ttg AF ni sambil menonton bersama @Nyp mengeluarkan statement "i iktiraf Maulana"..syabas Maulana!! plzzz semua kita undi secara pukal pd Maulana!!
Persembahan Terbaik- ala2 kalau ada kategori untuk persembahan sambil menafikan sekejap keperluan kekuatan vokal.. @NyP mahkotakan gelaran ni pada Farina..sangat berani occay namun sekadar keberanian itu je la yang ada..kelemahan Farina untuk low note pd awal lagu ni sangat ketara dan masih mumble laaaa...plsss la rasanya cikgu que asyik buat theatre game jek..langsung tak pernah nak fikirkan latihan artikulasi ..ohya, risau gak..Farina ni buat mcm2 yang bukan2 ..kata orang kalau manusia ni buat yang bukan2 mungkin akan 'pergi' so mungkin Farina bersedia gak kot untuk meninggalkan Akademi..namun kalau pergi pun..Bermaruah..ni antara persembahan terbaik Farina..
yang biasa2 jerk - 97% markah untuk persembahan Adira melampau sebenarnya..apatah lagi 103% markah!!hahahaha..apakah asas markah2 ini? takpelah penilaian org lain..kita hormatkan jerk..diksi? tak clear..then jerit ye bukan natural high projection..so Adira tidaklah choi namun tidaklah boleh dikategorikan cemerlang namun dalam kelompok biasa2 ni ..Adira la yang paling atas dan berada pada border untuk memasuki kategori mantap bersama Maulana..apa2pun Adira akan ke final bersama Maulana!!percayalah...
Ain - ntah dah lupa..takde kesan pun!!eh...Ain menyanyi ke pun? dengan lagu Jujur ni sangat biasa persembahan Ain sampai @NyP terlupa!!
Iwan -lagu 'Cinta kau dan Dia' sangat popular untuk AF1 dan @NyP sangat minat dengan lagu ni..jujurnya,Iwan mula bangun semula..ini bukan persembahan terbaik Iwan namun boleh la...yang menarik dalam persembahan birthday boy ni adalah kemunculam omak wan Maimunah..heheheheh
yang Choi Kot - Nad..please la Nad...Klang dekat occay so untuk debaran 6 harap sangat nad yang tarik beg..perlu ke hilang fokus sbb kakak bertunang? lagu 'jikalau aku' ni seakan2 tidak bertenaga dan hancur dengan nyanyian Nad..sori dik!!!

Daus - apa jadi ni dik? lagu tengah popular occay tapi sayang Daus terlalu lembik la ..penonton semua mmg rasa nak tertido dan saling ucapkan 'selamat malam' dengan nyanyian Daus ni..

Shahir - hiprokrit!! maaf yer..ingat tak AF1 cikgu ct marah Nana sbb nangis ms nyanyi sedangkan just mainkan warna suara untuk ekpresskan kesedihan..last 2 weeks pun Aishah ingatkan Adira (untuk lagu Biarkan) tak perlu nak overkan aksi just mainkan wave suara untuk tunjukkan kesedihan.. @NyP akui Aishah mmg akan menyebabkan kita boleh menangis mendengar sayu dan sendu nyanyiannya walaupun Aishah sendiri tidakpun menangis!! nway, shahir pls la ..tak perlu menitiskan air mata tapi perasaan itu tak sampai langsung..yang sampai cuma tanda tanya 'eh nape mamat nih?'

yang patut tarik beg -Nad

Konsert 6 AF8

"

seorang demi seorang..Al Fatihah!!





Debaran 5 AF8


mcm boleh agak sbb kalau dr minggu pertama ada penyingkiran sure akan ada minggu yang tiada penyingkiran namun kenapa la minggu yang sepaptutnya Farina terkeluar..jujur, @NyP meminati Farina kerana wajah eksotik namun sayang dari minggu ke minggu tiada peningkatan dan malah ada kalanya makin teruk..hurm..sayang sekali..pakej dah ada!!!takpelah..so Farina pls jgn sia2kan peluang yang diberi ini ok!!!

Sunday, April 18, 2010

Konsert 5 AF8

dah separuh perjalanan pelajar2 ini..berbaki lagi 4 konsert dan kemudian yang berjaya akan berentap dalam konsert akhir di minggu ke 10..sepatutnya dalam konsert begini kita dah leh nampak aura seorang juara!!bagi @NyP persaingan sekarang adalah dua penjuru iaitu antara pelajar lelaki dan perempuan, antara semenanjung dan borneo..iaitu antara maulana dan aira sebenarnya!! dan shahir akan menyelit rasanya dalam persaingan ini..yang lain2 mun gkin perlukan keajaiban untuk penuhi dua lagi tempat atau munkin juga rezeki jahhh..
seperti biasa yang cemerlang..
maulana - (ku bukan aku) serius @NyP xperasan dengan penari2 yang lain sbb aksi maulana mendominasi persembahan dan gaya broadway mau sangat menjadi!!pasni banyak la job untuk mau bg memeriahkan dinner korporat+musical theater kot!! apapun maulana meletopppp!!
Adira - tak perlu la lakonan damak tuh..kalau astro buat klip cerita sri mersing lebih berbaloi kot!!suka make up adira, dengan lipstik yang sangat merah serius mcm sri panggung bangswan dulu2 tapi sayang warna baju itu tidak sesuai untuk lagu melayu deli seperti ni..juga penggunaan kasut tinggi dan tarian yang adira persembahankan! lagu ni memperdengarkan kemerduan auara adira kepada kita!!!
tiada pelajar yang sangat choi minggu ini..selain dari yang cemerlang ..dua diatas ni..yang lain2 biasa jek...
iwan - oh juwita..persembahan yang 'selamat' dan tak bertenga..so takde apa2 pun yang istimewa
Farina - mana mungkin..mumble ..xtau pun apa dia nyanyi..cikgu que..plsssssss laaaa kelas artikulasi ye..tak payah la kelas tiru karaktor..teka watak semua tuh!!!
Daus-jiwa indie ke? tapi bila lagu 'benar-benar' di 'arrange'kan dalam versi indie..daus biasa2 jek..tapi mengpa masih nak menonggeng seperti mingu lepas?
Ain-mumble pada beberapa part..gerakan badan tak sharp dan whistling tak menjadi la kat ujung tuh
nad -kalau nad terkeluar..itulah 'my happy ending'..ye la..mumble then kinja2 yang tak perlu!!
shahir - dalam kelompok ini..shahir yang paling bagus..terlupa sekejap nyanyian kak ziana utk lagu 'anggapanmu' ini..apa2pun shahir akan sertai adira dan maulana di konsert akhir!!

yang patut tarik beg- nad...then teruskan perjuangan dengan team futsal ye nad
p/s : tersentuh dengan vt mak ain..mak dia sangat jujur bercerita ttg keluarga..tapi @NyP nampak ain seperti tiada perasaan jek..begitu juga dengan farina yang seperti dibuat2 perasaan itu.. (ntahlah..no komen!!) teringat saat mas berjumpa dengan dua anaknya dalam konsert ke 3 af2..dan terasa kesal juga dengan ain yang selama ini dalam kelas pun lebih mengejar maulana berbanding mengejar ilmu..dan astro..cukup2lh dengan drama cinta yang direka2!!plssssss dan 8 tahun..semua org dah masak pun!

debaran 4 AF8



sedih arrr jugak..tapi apa boleh buat @NyP sendiri tak undi alif sbb persembahan 'so-so' untuk lagu dangdut tuh..tapi yang pasti semua org akan rindu tone suara alif yang boleh dikategorikan lain daripada yang lain..


guys, notice x? sarimah umum 3 pelajar terendah..alamak lupa la pulak sape..(tu le lembab lagi up date) tapi yang pasti cuma nama si X, Y dan si Z jek bukan nama alif mahupun farina then terus sarimah umumkan undi ditutup..pastu terus iklan then abis iklan terus umum 2 pelajar zon bahaya..mslahnya takkan la sesingkat sarimah menyebut nama si X, Y dan Z tu keputusan berubah gile2 kan?


misteri nusantara sangat..takpelah..malas nak fikir (bukan dapat naik gred perkhidmatan pun)..apa2pun realiti yang perlu diterima..alif tersingkir!!takpe la dik..dengan ilmu dari af dan aswara..teruskan perjuangan..ingat tak payah nak cover2..ko dah baguih sure semua org leh terima ko!!good luck alif

Konsert 4 AF8

sowi semua..sangat busy sampai tak tekejar masa untuk up date blog nih..
sempat la meng 'up-date' sambil batuk2 dek kerana sawang kat blog nih..
hahahahaha..
wokeh..rasanya konsert ke 4 masih belum menampakkan kesungguhan kebanyakkan pelajar af kali ni..
nway dalam tak bersungguh2 tu, terselit la gak yang @Nyp rasa leh g jauh..
kategori kababom..
maulana
dengan lagu yang @Nyp sendiri minat iaitu 'biarkan' nyanyian vince (perasan tak sebutan vince teruk utk lagu ni..cinta jadi shinta..!!
nway tiada komen utk maulana..aku terpukau!!superstar! cuma backing vocal plzzzz..jgn la over shadow lead vocal
Ain
agak beruntung sbb tak pernah dengar lagu 'kawan' ni maka dia akan 'goreng' ikut sesuka nafsu..
ingat pada lagu tunggu sekejap nyanyian jack ms MI?
sedap gile jack improvise lagu tu sbb dia tak pernah dengar katanya!!
mcm gak vince untuk lagu bunyi gitar ms af1 dulu..
nway ain meletop untuk lagu ni..
selamat ko dik..
kalau persembahan hancur sure ko terpelanting sbb dok tergedix2 kejar maulana
Adira
@NyP suka pada tone yang sedikit keindon'an pada adira..sesuai lagu 'biarlah'
cuma adira over clarity terutama voval a so menyebabkan bingit la sikit..
(bukan sikit pun..banyak)
nak dengar kemerduaan suara dia mmg susah!!
dramatic? perlukah berbaring..
tak semestinya dengan business cukup pada alunan/projeksi suara
(dibaca : esakan suara - istilah pak nil)
adlin suka budak ni..haiyo bias-sama la kes mcm marsha dulu..!!
kategori 'bolehhhhh laaaa'
Daus
lagu 'miraj' - dah tak nampak lembik..ada aura konsert tapi businessnya pelik dengan menonggek sekerap mungkin..
tahniah Daus, bersungguh2 dan tone agak sedap untuk lagu ni..tapi artikulasi problem laaa
Alif
kenapa malu nak bergelek alfi? kenapa?
takut pechah lobang kah? haiyo satu malaya sudah tahu mehh..adik2 kan..
@NyP respect ngan alif yang nak cover line ni tapi sayangnya dia memerangkap diri sendiri untuk persembahan yang 'so-so' jahh
yang pasti tone alif sangat sedap untuk sebarang lagu..
'hanya di radio' versi dangdut berjaya di tangan alif pd lenggoknya say]ja bukan pada geleknya!!
Nad
@NyP rasa nad bukanlah orang paling keji untuk minggu ni..dan rasanya nilah persembahan terbaik Nad
energetik!!bagiuhhhhh..cuma agak terganggu dengan suara latar (sangat bingit la suara adira nihh) dan whisling pd hujung lagu ni rasa pelik la..(xpayh buat ye nad..tak sesuai)
Shahir
always be my baby yah!!huhuhuhu..pronouncation agak kabur mehh..
tak cukup study ngan cikgu fatty kah?
shahir ni visualnya mmg pakej artis namun rasanya mcm tiada aura la!!
Kategori hanjjj..~kecewa sangat~
Iwan
malas nak komen..sangatttttt choiiiiiiiii..rasanya sape2 yang taste kat iwan pun pas dengar nyanyian iwan tak sanggup jd 'kekasih gelap' mu la dik!!
farina
cun, tone sedap tapi ntahlah sangat bosan..perla la ko senyum dengan lagu sedih ni? sinikal smile katanya? takde maknanya..kalau takde ilmu teateric jangan nak guna..kan adlin!!!
jujurnya aku geli ngan 'bibot' tuh ..xperlu lah astro..benda2 mcm ni xdpt tarik perhatian apa2 pun..dah 8 tahun..xperlu la benda2 pelik ni..
then perlu kah promosi adnan sempit tu kalau tetiba sarimah dok berkali2 minta maaf sebab masa suntuk!!
yang perlu balik
oiii jang..balik la ko soromban nah!!
iwan laaaaaa...

Saturday, April 10, 2010

tahniah Nogori!!

Kedua2 pasukan yang berentap di final ada kena mengena secara langsung dengan @Nyp..my current city-seremban, negeri sembilan then kampung halaman @Nyp kat kedah ditambah dengan @NyP yang bukannya fanatik bola sepak..sape menang pun @NyP tak kisah..seperti biasa ' yang menang dijulang dan yang kalah mungkin terbuang' (chaisss...pengalaman peribadi @Nyp kah?)
Kedua-dua pasukan ini pernah mencatatkan kemenangan pertandingan ini dan kedua2 pasukan ini juga tidak ada rekod kalah di final Piala FA untuk perlawanan sebelum ini..jujurnya, puas hati (ala Malaysia) menonton perlawanan ini..Kedah bersungguh2 untuk menang (mereka tidak tertekan sebagai 'underdog') then Negeri Sembilan juga tidak kurang hebatnya..apapun @NyP suka Kedah sudah kembali bernafas dan ingin mengembalikan kegemilangan yang pernah mereka kecapi dulu..manakala Negeri Sembilan pula membuktikan yang mereka sememangnya hebat ..dan ada masa depan yang sangat cerah dengan kebanyakkan pemainnya masih muda..
Malaysia Boleh!!!!!

ugut bunuh?

@NyP akan ceritakan pada semua ttg kes diugut bunuh kerana melenting bab kerja..
meletop kan penjawat awam sekarang..
kalau kena marah je terus la jaja cerita kat rumah
(@Nyp dulu kena hamun dengan kata2 kesat tiap hari depan org ramai ms kat lada ng dulu..biasa jek..dah lali..manjanya la org sekarang)
then apa lagi si suami pun nak tunjukkanla betapa diri hero dengan menerjah blog @Nyp
dengan menghidangkan kata2 yang lebih hanjeng berbanding bahasa @Nyp..
at least @NyP meninggikan suara tanpa kuarkan kata2 kesat
tapi ni dah membabikan @Nyp
then kata @NyP bangsat
dan doakan @NyP jadi bisu
dan nak bunuh @Nyp..
haiyo matilah nak jadi malaikat pencabut nyawa katanya!!
apapun..yang @Nyp kesal si pelaku ini seorang ustaz..kalau dia jahil mcm @Nyp ni takpelah jugak..dia merendahkan martabat seorang yang bijaksana ttg agama..(alaaaaahh pas ni sure la dia kata..dia manusia biasa yang ada hati dan perasaan dan akan ikut kata hati kan)
tapi masalahnya perlu ke samakan dengan babi..
haiyo matilah korang semua pas ni kena samak la lepas bersalam ngan @Nyp kan!!
dan lebih kesal lagi..isteri dia ngah ngandung..hurm..adakah dia tak takut sumpah seranah tu akan 'dibalikkan' pada dia..takpelah. @Nyp ni jahl tak tahu psl hukum hakam ni..biarlah dia sendiri jawab..
nway, report polis dah dibuat dan dah disiasat. @NyP tak mahu diganngu dengan sebarang sign dr dia walaupun jelingan ..kalau ada @Nyp akan ambil tindakan menyaman ustaz ni..
moral of the story, korang boleh tak bezakan antara masalah tempat kerja dengan rumahtangga?
p/s : korang semua kalau marah pun jgn le buat mcm @Nyp ok dengan meng'emo' kan diri marah org depan org lain then dlm masa yang sama yg laaaaaaaa ikut mcm ustaz tu nak mem'babi'kan org..astaga ya ustaz...malu la..bukan pe..kalau org luar kata islam ni pengganas kita melenting tapi tgk la org yang tinggi ilmu agamanya (berbanding 2Nyp ni kan) sesuka hati mengganas dengan bahasa yang kesat di blog org lain..kalau ada peluang agaknya lebih ganas dia boleh buat kan..maka..jaga lah nama agama yang anda anuti..ok chow..love semua..biarpun nakal tapi tetap penyayang (bukan ganas dan mem'babi' bangsatkan orang yer)

ABPBH 2009

paling best..pengacara happening..persembahan meletop dan pemenang pun sememangnya hebat..dua artis di booo namun sekitpun tak cacatkan majlis..nway syabas berita harian (gambar dari murai.com)

Debaran 3 AF8


tekaan @NyP tidak tepat namun sedikit pun tidak terkejut dengan pilihan penonton untuk singkirkan anum..sori anum..awak perlu menarik beg keluar dari akademi dan selayaknya anda disingkirkan..bye!!

Konsert 3 AF8


Sori guys..sangat sibuk turun naik balai polis utk kes siasat 'ugut bunuh' maka @NyP tak sempat nak up date komen ttg konsert 3 ..so secara ringkas..lets baca..


yang meletop- dua 'adik' yang aku jangka leh g jauh (at least sampai ke final ler) alif dan maulana..alif dengan lagu sesuatu janji ada masalah dengan low note tapi tetap tak mengecewakan dengan tarian dan yang penting tak semput yer..syabas nok!!opssss..maulana dengan so sick..mau sangat superb, ada aura dan mesra kamera dan bijak adunkan r&b dengan hip hop pada moon walk tuh..kali pertama nih..afundi 10 utk mau!!


yang agak ok - Daus (separuh jiwaku pergi) ..ni persembahan dan penampilan daus yang terbaik dengan rambut barunya tu..mata daus sangat hidup..semasa duduk..persembahan daus sangat energy tapi bila bangun bisnisnya hentam keromo la!!


yang biasa jek - Adira dengan lagu kini hanya mampu bangga dengan chocker yang berjurai2 tuh..farina (love u baby!! so 'cantik') tone dah sedap nih tapi mumble..tak jelas langsung sebutan (tu la cikgu que..mana kelas artikulasi nih) attitude takde langsung la minah cun ni..shahir (derita cinta) tone sedap+clear sebutan tapi..takde apa pun yang menarik!!sori dik..


yang bosan - tak perlu komen sbb bosan...iwan (permaisuriku)jang apo nie jang? dan anum(kau atau aku) yang miming (malas nak menyanyi..)


yang bawah par- ain yang gedik nak nagis2 mau tak layan (plsss la no more drama)..lagu cinta antara benua dengan suara kepit keluar ikut hidung dan tekak tapi makciuk dalam promo minyak ain hepaloca sangat meleyop..hahahhaha tapi ain ada kaki yang runcing..seksi ok..dengan gaun hijau tu dan eye contact sangat fail..

nad (bulan cinta) aku suka gile lagu nih..tapi saynag nad macam main2 je sampaikan lagu ni ..rasanya gelek mami didie lagi meletop laaaaaa


yang patut keluar- nad


p/s : lepas menang bintang rtm dengan lagu 'kuda hitam' ..juliza dihantar oleh kerabat pahang belajar vokal di luar negara namun sayang..komennya mcm kurang jek ilmu ..then cikgu linda plsssss..rindu dengan jeritan u kat kelas tarian!!plzzzzzzz