"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, May 15, 2010

CERITERA PAK TUA, PELANGI DAN MAYAR SEWU

(Adaptasi dari monolog SESUGIH SINAR SERIBU karya MOH AZAM REZALI)
Aku sering hanyut dalam irama Mayar Sewu yang mengasyikkan
Irama ini bagai suara yang menyanyikan lagu-lagu pembebasan
Dan seraya membawa aku pulang ke desa
Membawa aku menyelinap ke sepelusuk kota
Namun ada ketikanya..irama ini seakan berhantu
Menjadikan aku buntu
Lantas..
Aku berlari . Berlari sekuat-kuatnya mengikut arah Banjaran Titiwangsa nun jauh di hadapan sana..

Ku dengar
Irama Mayar Sewu bergema kembali
Kali ini iramanya sedikit kotemporari
Dari manakah datangnya?
Dari tengah padangkah?
Mustahil..
Tapi..benar-benar iramanya dari padang ilalang itu
Ya..Tentu saja dari rumah kecil di tengah padang ilalang yang sudah beberapa hari kuintip
Ada seorang lelaki tua yang tinggal sendirian
Setiap hari kerjanya membancuh warna untuk pelangi yang semakin pudar serinya

Kuintai …
Kulihat lelaki tua itu sedang menari mengikut irama Mayar Sewu
Sungguh asyik tariannya
Lalu aku ikut sama ..
bergerak mengikut irama..
berentak mengikut lenggok tarinya
Mengasyikkan

Namun bagai tersentak dari lamunan
Aku berhenti dari terus menuruti tarian ini
Bagiku tarian ini tarian kehidupan
Takdir aku dan takdir Pak Tua tidak sama
Maka tarian kehidupan kami juga harus berbeza
Aku harus lenggokkan tarianku sendiri
Aku punya gerak langkah tersendiri
Namun..
Kata orang takdir hidup kita bukan menjadi pemisah
Malah kita mampu bersatu
Bercantum dengan keizinan tuhan
Matahari bisa mencantumkan kita
Lihat bayang-bayang kita telah menyatu begitu erat dan mesra

Benarkah begitu?
Kalau nanti takdir Pak tua menjadi sebahagian dari takdirku..bagaimana?
Aku risau..Lantas aku berlari begitu laju
Hingga bayang-bayangku sendiri tidak mampu mengejarku
Bayang-bayangku tertinggal di rumah kecil di tengah padang ilalang itu
Dan bayang-bayang itu jugalah yang melaungkan namaku
Untuk kembali mendengar irama yang syahdu
Irama Mayar Sewu..

Sebenarnya Irama itu bukanlah datang dari rumah kecil ini
Tetapi datangnya dari arah pelangi yang semakin pudar warnanya
Pelangi yang pudar warnanya itu namanya SASTERA

Dengan mayar Sewu,
Dengan warna Pelangi yang makin pudar
Aku belajar
Belajar tentang awan
Tentang Langit, banjaran, tasik, lautan dan lembah
Dek terpesona dengan warna pelangi itu aku terbaring di rumput..
Aku Bermimpi..

Pak Tua!!Pak Tua!!
Aku terpaku di tepi padang ilalang
Tak ada sesiapa di sini
Tak ada Pak Tua
Rumah kecilnya juga tidak ada
Tidak ada juga pelangi yang mendendangkan irama Mayar Sewu
Dimanakah Pak Tua? Di mana?

Aku sedar..masa akan berlalu pergi
Pasti aku akan meninggalkan kisah ini
Dan pasti aku akan merindukan Pak Tua, Pelangi dan Mayar Sewu
Pasti aku akan menjengah jejak-jejak silam
Padang ilalang masih padang ilalang
Masih tidak ada apa-apa di atasnya….Cuma ilalang
Tidak akan ada lagi rumah kecil Pak Tua
Yang sesekali muncul pun cumalah pelangi
Tanpa mahu menghadiahkan aku Mayar Sewu

Kalaulah Pak Tua pergi, sepi tak muncul-muncul lagi
Akan adakah generasi yang mewarnakan pelangi itu lagi?
Atau adakah pelangi yang semakin pudar itu akan terus hilang seri?
Dan yang pasti ..
Ceritera Pak Tua, Pelangi dan Irama Mayar Sewu mungkin tidak dapat dijejaki
Kalau tidak ada yang pernah ikhlas menghormati dan menghayati

U-z@iry’s Br0th
@KuN4k@LyGp3Ny@yaNg - iarezA Azmi 2010

Wednesday, May 12, 2010

Debaran 8 AF8


ok..serius malas nak menulis so ni berita di portak hiburan www.murai.,com.my
enjoy ye membacanya!!

Seperti yang dijangka, pelajar 'favourite' AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Lima pelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguan mereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.

creadit to murai.com.my

Konsert 8 AF8


alamak..muak la pulak dengan kejutan yang membosankan nih..perlu ke Erra Fazira mengiringi nyanyian pelajar? dan perlu ke dia mengkritik soal vokal..apa kreadibiliti dia ttg vokal?
hurm..rasanya konsert kali ni sangat membosankan..serius sangat bosan kecuali dengan persembahan Daus yang bersungguh2 dan nampak aura konsertnya...perempuan di luar sana cukup2 la mengundi kerana kecomelan iwan..apa la kelebihan mamat nih? bosan..penampilan maulana dan ain serba tak kena dengan lagunya..'hair-do' ain meletop ni macam nak buat persembahan yang sangat bertenaga tapi sekadar ddk sajork..macam tu jugak ngan maulana..penampilan mengalahkan rein (penyanyi korea..betulkah ejaan nih?) tapi alahai nyanyi lagu rock kapak yang diswingkan..tapi gaya nyanyian maulana tidak pun dalam versi swing..farina yang terlalu berhati2 dan persembahan adira yang haru biru!!bingit la leper sangat vokal dia..

lor..perlu ke ada afmasuk..alaaa..hormati la si farina yang bertungkus lumus masuk tu dah so bg je dia terus stay akademi..

oklah..rasanya shahir akan masuk balik dan rasanya yang bakal ke final..shahir, adira, iwan (undi cute) maulana dan daus dan rasanya yang akan menang..1st shahir..2nd daus dan 3rd adira..percayalah belum ada pelajar yang menang undi afmasuk gagal merebut tempat..seperti linada nanuwil, lotter dan aril!! harap minggu depan af dah tak bosan..ok takde ulasan utk debaran!!

creadit to murai.com.my

Thursday, May 6, 2010

Negaraku di Kota London 2012



@NyP harap impian untuk ke London bagi menyaksikan Olimpik 2012 tercapai

serius @NyP tak sabar nak nyanikan 'negaraku' untuk pingat emas pertama kita nanti..

good luck Jojohasni dan Datuk Lee Chong Wei

sayangkan squash tak dipertandingkan...

apapun tahniah juga buat Azizulhasni awang (tak lama Dato' la nih!!) dan Datuk Nicol Ann David untuk Anugerah Olahragawan dan Olahrawati Negara 2009

Majulah sukan untuk negara


Wednesday, May 5, 2010

perlu ker?



Rozita Che Wan memang la sangat cun walaupun sudah berusia

bakat lakonannya not bad

namun kesian artis diritik saja..mungkin kerana status J yang dipegangnya

dulu rasanya finalist Dewi Remaja then jadi model dan berhenti sbb kawin ngan pilot

jodoh tak panjang then Rozita terjun ke duani lakonan..

rasanya drama pertamanya adalah Diari Ramadhan Rafiq

khabarnya sedang hangat bercinta dengan Asrarudin Putra (pemain bola sepak kebangsaan)

amboi tak mau kalah ngan Ayu Raudhah ek

takpelah asal saja bahagia..

namun @Nyp tetap doakan kejayaan Rozita Che Wan

cuma rasanya pakaian ni tak perlu kot!!


AIM 17

Artis Baru Terbaik
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into…Akasha)

Video Muzik Terbaik
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris)

Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam)

Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam)

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface)

Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)

Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)

Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan
TerbaikTo Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik
I’m Karen (Karen Kong)

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi)

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)

Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya, Yuna

Album Terbaik
Adneralin, Faizal Tahir

Anugerah Kembara
Bunkface

Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan

Debaran 7 AF8


hurm...kesian Shahir..selepas dapat kunjungan dan kata2 peransang dari mak yang tersayang di Akademi dan kini mak dan keluarganya pula akan menerima kunjungan pulang dari Shahir pula..

bukanlah kejutanpun Shahir terkeluar keran dia sudah 2 minggu kjurang cemerlang jadi kepada semua terima je la

dan korang pun bukannya mengundia dia pun..tapi bila dia tersingkir nak bising2 lak..

huhuhu..merujuk kepada seorang kwn @NyP yang menghantar sms kecewa bila orang Kampar ni tersingkir dan bila ditanya - ko ngundi tak?...katanya 'undi cuma tak send' hahahahah..so jangan nak emo!!

Konsert 7 AF8


Akhirnya ada gak yang dapat 'markah penuh' untuk konsert kali ni...itu pemberian juri..apa lak komen @NyP?hehehehehe...wokeh lets meng'komen'


Yang Bertenaga - Daus (New Device)..ingat tak kata Adlin pada Akim semasa Akim nyanyi lagu Bunkface untuk konsert AF7..'awak ambik dadah ke?' hahahaha...mujur Adlin tak ulang soalan yang sama pada Daus..apapun Daus memang sangat bertenaga dan sangat menarik untuk ditonton..dan dapat gak la menutup kelemahan vokalnya..tahniah Daus


Yang menjunjung konsep Astro - hahahahaha..kelakar la kategori nih..bukan 'macam2 ada ' nahh tapi asyik siaran ulangan sajork..Maulana (Semalam) dan Adira (Ayat-ayat sinta) ...meletzzz depa ni tapi Mau asyik jazz jekk then Adira pun asyik Ballad jek...so bosan meh!!! apa2pun @Nyp dah mula jadi peminat dua orang bakal bintang nih (favourite word dari Pak Nil!!)


Yang dah biasa2 jek- Shahir (Tiara), Ain (Seindah biasa)- memang takde yang indah pun..biasa jek..pergi la enjoy showcase CTKD sekalipun tapi..itu je ke? haiyo...Shahir lak mcm gagal bagi @NyP untuk mengangkat Tiara jadi sangat hebat (sedangkan lagu itu dah cukup Hebat)..Farina (Jika kau ubah fikiran) Yerp @NyP tak ubah fikiran utk minati Miss J nih sbb sanagtttt cun cuba perlu ke nak turun pentas lagi? cukup2 lah sekali..baru jek buat mcm tu kan last week...bosan meh siaran ulangan


Yang Hairan bin Ajaib-haiyo..perlu ke Iwan (Warisan Wanita Terakhir) dapat 3 lampu hijau...niasa jerk!!takde yang hebat pun!!Nada rendah tak berapa dengar pun..tapi jujur lebih baik dari 2 3 persembahan terdahulu laaaa..


Bagi @NyP Adira dan Maulana akan ke final namun mungkin kedua2 mereka tak menang..ingat tak pada Candy (af5) yang terlalu konsisten dan akhirnya tewas di tangan Mila yang muncul secara tiba2 di akhir2 persaingan...jadi kalau kedua2 ini mahu bergelar juara perlu buat kelainan..tapi sayangnya lagu ditentukan..hurm..carilah apa saje kelainan mungkin dr segi showmanship..Maulana pulak ada a bite of berangan so takut peminat muakk..


dan yang patut balik - Ain

Debaran 6 af8

dah agak..akhirnya pasukan futsal nad akan dapatkan kembali kapten pasukan mereka..anyway Nad..jangan emosi (seperti yang ditayang dalam debaran sebelum penyingkiran diumumkan) dengan kenyataan Adlin bahawa anda adalah 'filler'..yerp agak benar (eh..silap..memang benar kenyataan itu) anyway Nad..selamat maju jaya..apapun nama anda sudah dikenali skg!!

p/s : bukan setakat lagu yer..malah kali ni Norman perkenalkan pula artis KRU Production yang baru.,..mak aiiii betuah badan D kan!!