"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, February 22, 2012

sedih tapi pasrah



Harap Maaf 


Tuan/Puan Tidak Berjaya ditawarkan Hadiah Latihan


 Persekutuan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa 


Biasiswa Ambilan Tahun 2012.



Keputusan adalah muktamad. Permohonan rayuan 


tidak diterima.


Terima Kasih


"ni kali kedua @Nyp menghadiri temuduga di bawah kelolaan KPM..kali pertama tahun 2009 untuk jawatan pegawai bukan akademik IPGM..ingat lagi @Nyp orang pertama yang ditemuduga..wahhh bukan main lagi dipuji bagai nih..katanya sangat bersedia lah, sijil2 keaktifan semasa menjadi guru sangat membantulah..tapi bila kuar result..SEDIHHHHH tak dapat..dan memang lama jugak la @Nyp tanggung rasa sedih..

then tahun 2012 @Nyp menghadiri lak temuduga biasiswa untuk PhD ..Alhamdulillah..dalam ramai calon yang minta cuma 4 orang sahaja calon yang shortlisted untuk kos pengurusan pendidikan..persediaan @Nyp bukan calang2..siap ke library UM petang2, baca jurnal demi jurnal, kembali mengadap supervisor @Nyp kat UM tu iaitu Dr. Faizal..dan bantuan Dr.Faizal pun bukan sedikit..rombakan demi rombakan dia buat untuk proposal @Nyp...dari milestone sampailah ke ringkasan eksekutif semua @Nyp sediakan..solat hajat, doa dan restu mak tak @Nyp lupakan..

semasa ditemuduga @nyp dikatakan calon terbaik dari segi persediaan, persembahan dan kefahaman tentang kajian yang bakal @Nyp usahakan ni..malah @Nyp satu2nya calon yang menyediakan milestone dan ringkasan eksekutif (photostat dalam saiz A3 lagi) dan penemuduga siap kata mmg kami nak awak...tersenyum dan yakin!!!sbb @Nyp betul2 bersedia utk temuduga kali ni...

tapi hari ni 23 Februari keputusan telah diumumkan..tu kat atas tu lah resultnya...TERDIAM!! TERKEDU!! KECEWA dan SENGSARA... terbayang wajah kecewa mak yang baru saja menyuarakan pada @Nyp betapa tingginya harapan dia utk @Nyp berjaya mendapat HLP ni..

mungkin @Nyp ni hambaNYA yang masih belum betul2 kusyuk doanya ketika meminta!! dan entah berapa lama @Nyp akan pulih dari pelbagai rasa yang tidak enak ini..."


Saturday, February 18, 2012

i-Great Iqra


GET telah melancarkan satu produk yang sangat bermanafaat buat kita semua. Pelan Simpanan Pendidikan Anak-anak. Dengan nama Iqra ( bacalah ) pelan ini amat sesuai buat anak-anak kita semua. Mari kita lihat bagaimanakah pelan simpanan ini dapat membatu anak-anak kita semua.

1.0 Manafaat Kematian.
     Jikalau orang yang dilindungi meninggal dunia, pemegang polisi akan menerima pampasan kematian.   Jikalau pemegang polisi (penyimpan) meninggal dunia, polisi akan menjadiPERCUMA.

2.0 Manafaat Hilang Upaya Kekal
     Jikalau orang yang dilindungi hilang upaya kekal , pemegang polisi akan menerima pampasan kematian. Jikalau pemegang polisi hilang upaya pula, polisi akan menjadi PERCUMA.

3.0 Anugerah Kecemerlang Pelajar.
      Anugerah ini disediakan agar ia menjadi pedorong buat aak-anak dan ibu bapa melakukan yang terbaik. Augerah berupa wang tunai ini akan diberikan tanpa mengurang nilai simpanan anak-anak. Wang tunai ini diberikan sebagai hadiah oleh GET.    


PeperiksaanKeputusanHadiah TunaiMaksimum
UPSR3 ARM50RM350
PMR5 ARM50RM450
SPM5 ARM 50RM500
STPM3ARM100RM500
STAM8 MumtazRM50RM500

4.0 Perlindugan sakit kriktikal
      Jikalau anak-anak di diagnois sakait kritikal, maka wang pampasan akan diberikan kepada pemegang polisi.Wang pampasan akan diberikan bermula sakit kritikal stage 1. (rujuk EPCC ) .Sebaliknya, jikalau pemegang polisi pula di diagnois sakit kritikal, polisi adalah PERCUMA.

5.0 Caj tabarru' yang rendah
      Caj tabarru' yang dikenakan hanyalah RM1.41 setiap RM1000 Basic Sum Assured.

6.0 Nilai tunai yang tinggi.
      Simpanan dilakukan pada tempoh maksimum 25 tahun. Maka, jikalau anda menyimpan RM100 sebulan dengan perlindungan RM50,000 selama 20 tahun, jumlah simpanan adalah sebanyak RM37,787.

(sumber    :    blog i.o @Nyp iaitu Faiz Noah)
      

Love her so much


"Ya ALLAH, dengan penuh rasa rendah diri..aku bermohon agar KAU sembuhkan penyakit insan yang pernah menumpangkan aku di dalam rahimnya, yang mengenyangkan aku dengan susunya, yang besarkan aku dengan kasih sayangnya..sesungguhnya aku masih memerlukan dia dalam hidupku dan ingin membalas jasa-jasanya pada ku...aminnnn" 


abang sayanggggg mak!!

semua perlukan insurans dan pilihan terbaik adalah GREAT EASTERN..


Friday, February 17, 2012

I-Great Iqra' untuk kanak-kanak


KUALA LUMPUR - Orang ramai kini berpeluang membantu pendidikan kanak-kanak yang tidak berkemampuan melalui pelan takaful pendidikan yang diperkenalkan Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB), I-Great Iqra'. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, pelan tersebut membolehkan para dermawan mencarum untuk tujuan kebajikan bagi anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

"Selain menggalakkan usaha-usaha kebajikan di kalangan masyarakat, pelan ini juga dibuka kepada saudara-saudara terdekat untuk ahli keluarga mereka, seperti datuk untuk membantu pendidikan cucu atau ibu saudara untuk anak saudaranya.

"I-Great Iqra' turut membantu ibu bapa memastikan masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak mereka dengan memberikan nilai pelaburan yang tinggi dan perlindungan serta fleksibiliti untuk memenuhi keperluan ibu bapa," katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut di sini semalam.
Mohamad Salihuddin menambah, pelan itu juga menganugerahkan ganjaran kepada pemegang polisi untuk kecemerlangan dalam pendidikan.
"Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari kos sebenar yang terlibat untuk menanggung keperluan dan perbelanjaan anak-anak yang sentiasa meningkat ekoran peningkatan kadar inflasi,

"Bagi mengurangkan bebanan ini, I-Great Iqra' direka dengan komponen simpanan dan memberikan perlindungan takaful dalam menyediakan asas kukuh keperluan pendidikan anak-anak mereka di masa hadapan," ujarnya

sumber-KOSMO online
 

Saturday, February 11, 2012

anda MC anda dibayar..mahu?

Great Eastern Takaful ada satu rider yang dinamakan CABX yang berkaitan dengan kemalangan. Sebelum tu, pada mana2 yang tak paham apa itu rider..biar @Nyp cite dulu, rider ni macam add on la kalau kita p KFC tu..snake plate tu dah ada dah pakej ayam+coselaw+kentang putar+roti+air tapi kalau nak fun fries ke, wedges ke..so tambah la sikit wang akan dapat la..so mcm tu la rider ni, basic plan takaful ada manfaat kematian dan medical card tapi kalau nak rider yang lain mcm EPCC+CI+CABX+PA so tambahlah sikit wang tapi munasabah yer dalam RM150 tu boleh jek dapat dah riders ni (termasuk tambungan lagi)..ikut pembahagian dan ikut umur serta kelas pekerjaan pulak la kan..


ok, @Nyp nak fokus kat CABX yang berkaitan dengan kemalangan ia bukan manfaat yang diperolehi melalui kematian yang disebabkan kemalangan (yang tu pun ada tapi rider lain yer) tapi ni mcm elaun yang diberikan oleh pihak syarikat ke atas cuti sakit (MC) disebabkan oleh kemalangan..kemalangan tu pulak tak la merujuk kepada kecelakaan di jalan raya semata-mata contohnya cedera main futsal, kesannya kaki bengkak dan diberi MC so apa lagi call agen dan claim..pengiraannya begini :

RM 7.50 setiap RM1000 sum assured/week
kalau anda assured RM100k
maka anda akan dibayar RM7.50 X 100 = RM750/minggu 
dan kalau diberi cuti 2 minggu jumlah tadi didarab la ngan 2

banyak kan..ala2 dah la berehat diberi wang lak tuh..
so mahu tahu lebih lanjut? contact @Nyp ok

Perbandingan yang JELAS menunjukkan keistimewaan kami


1
Buku Polisi
Satu Pelan Sahaja (komprehensif dalam satu polisi sahaja)
2 polisi (Medical Card dan Investment Plan di jual pada polisi yang berasingan ie 2 polisi)


FAEDAH MEDICAL CARD



2
Room and board
RM 200 per day
RM200 per day
sama
3
Annual Limit
 RM 120,000
RM 100,000
GE win
4
Lifetime limit
RM 960,000
RM 300,000
GE win
5
Co Takaful
10% - RM500
 no co takaful
PESAING win
6
Dialisys Treatment Coverage
As Charged
RM 18,000
GE  win
7
Home Nursing
N/A
RM 750
PESAING win
8
Post Hospitalisation Treatment
within 90 days after hosp
within 31 days after hosp
GE win
9
Outpatien Cancer Treatment
As Charged
RM 18,000
GE win
10
Daily Allowance
200
N/A
GE win
11
Death / TPD
RM 60,000
RM 45,000
GE win
12
36 Critical Illnesses
RM 60,000
N/A
GE win
13
Accident Benefit
RM 10,000
RM 15,000
PESAING win
14
EPCC
RM 60,000
N/A
GE win
15
Premium (total at age 55)
RM 64,800
RM 61,430
PESAING win sebab lgi murah
16
Cash Value (at age 55)
RM 52,285
RM 35,000
GE win
17
Premium (selepas tolak cash value)
RM 12,515
RM 26,430
GE win sebenarnya premium GE lagi murah

Friday, February 10, 2012

NEW TAKAFUL PRODUCT – i-GREAT IQRA’

NEW TAKAFUL PRODUCT – i-GREAT IQRA’
Every parent wants the best for their little ones. Regardless of the choices they make, a good education will build the foundation their children need to chart their way through life.
With therising costs of education these days, it is always prudent to prepare for tomorrow, today.i-Great Iqra’ was designed with your child’s education need in mind.
The fund will grow with
increasing investment allocation and the best part is, it comes with protection as well. The plan is available effective 9th February 2012 and provides the benefits of:

 Death
 TPD
 Maturity
 Excellent Achiever Reward

"IQRA- Bacalah...utusan pertama buat Rasulullah SAW ketika bersendirian di Gua Hira  dan selepas itu berkembanglah syiar Islam dan Al-Quran menjadi pedoman penganutnya..dan bagi @Nyp pemilihan nama pelan pendidikan islamik ini sangatlah bertepatan dengan peristiwa tersebut dan bagi para ibu bapa yang inginkan pelan perlindungan takaful yang mengkhususkan keistimewaanya kepada pelan pendidikan anak anda..apa lagi? hubungi @Nyp segera yer!! ye betul mungkin anda boleh katakan banyak lagi pelan pendidikan seumpama ini dari syarikat pesaingan Great Eastern di luar sana...tapi tak mahukah anda mendapatkan perlindungan dengan syarikat yang terbesar, tertua dan asetnya (dalam kelompok syarikat pesaing) terbanyak di Malaysia? dan pengendali Takaful (baru) terbaik dunia (ada pengiktirafan yerrr

 
so seperti biasa naaa talian +60125409954 atau BBM <2273D945> SELAMAT BEKERJASAMA :)

Monday, February 6, 2012

Kenali Insurance Haram


SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830. 
Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.


Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

sumber myMetro Online Isnin, 06 Februari 2012

Sunday, February 5, 2012

i-Great Amal, Great Eastern Takaful


Jangan Lepaskan Peluang Menunaikan Haji/Umrah Dengan Penuh Penghayatan dan Ketenangan
Menyimpanlah dengan bijak serta dilindungi!



Semua orang Islam pastinya menyimpan hajat untuk menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji di Makkah. Tetapi tidak semua orang mampu untuk menunaikannya atas beberapa sebab tertentu terutamanyaKEWANGAN. Pada zaman sekarang, bukan mudah untuk menyediakan dana yang terkumpul dalam keadaan tuntutan hidup yang semakin menekan. Namun begitu, keinginan untuk menjadi tetamu Allah tidak wajar untuk diketepikan begitu sahaja. Dengan apa cara sekali pun, dana untuk menunaikan ibadah Haji mesti diusahakan!

saving                            go
Memperkenalkan... i-Great Amal
i-Great Amal merupakan takaful yang direka khusus untuk menyempurnakan Rukun Islam Kelima. Ia merangkumi simpanan dan juga perlindungan dalam tempoh tertentu dengan bayaran premium yang cukup rendah. Anda boleh memilih untuk menyimpan selama 10 tahun hinggalah 40 tahun.
i-Great Amal boleh disertai seawal usia 30 hari atau selewat-lewatnya 60 tahun. Dengan menyimpan dalam i-Great Amal, hasrat anda untuk menunaikan ibadah Haji pasti terlaksana walaupun anda telah kembali ke Rahmatullah lebih awal daripada tempoh matang sijil. Sebagai peserta i-Great Amal, secara automatik Badal Haji atau lebih dikenali sebagai Upah Haji akan dilakukan untuk anda! Tiada lagi keraguan bahawa anda tidak dapat melengkapkan Rukun Islam yang lima.
Lebih menyakinkan lagi, i-Great Amal akan melindungi anda sepanjang tempoh mengerjakan Haji/Umrah. Sekiranya sebarang musibah menimpa, sekurang-kurangnya anda tidak berasa risau akan waris-waris yang ditinggalkan kerana anda telahpun menyediakan perlindungan kepada mereka.

CIRI-CIRI ISTIMEWA 
checkManfaat Kematian
checkManfaat Hilang Upaya Kekal
checkManfaat Berganda Ketika Menunaikan Haji/Umrah
checkKhairat Kematian
checkWang Simpanan Semasa Sijil Matang
 3bag

MANFAAT YANG TIDAK PATUT DILEPASKAN
1
Wang Saku Ketika Menunaikan Haji/Umrah
RM800 sebelum sijil matang atau RM2,000 apabila sijil matang
(sekali sahaja selepas sijil berusia 5 tahun)

2
Manfaat Melaksanakan Korban
RM500 sekiranya melakukan sendiri atau satu bahagian korban sekiranya mahu Great Eastern Takaful melakukannya
 (sekali sahaja selepas sijil berusia 10 tahun)
Berapa Yang Perlu Anda Simpan Sebulan ???
arrow down
Amal Premium

DAPATKAN SEKARANG CUMA
RM600 setahun

MAHALnya!!!
Anda pasti RM600 setahun itu mahal untuk menjadi tetamu Allah?
Fikir sekali lagi...
rumahcar
RM 1000 sebulanRM 500 sebulan
bill hpastro
RM 60 sebulanRM 90 sebulan
Minimum RM 50 sebulan untuk dana Haji/Umrah anda terlalu kecil untuk dibandingkan dengan perbelanjaan yang lain!


Jika anda mahu mencarum lebih dari nilai di atas atau ingin membayar secara bulanan, hubungi kami terlebih dahulu untuk khidmat nasihat.



Bandingkan & Anda Pasti Tiada Alasan Menolak i-Great Amal Daripada Great Eastern!

 HUBUNGI SAYA DI TALIAN             +60125409954      
BBM 2273D945

info dari blogger yang juga merupakan seorang perunding takaful dari Great Eastern iaitu Puan Suri Fitriah