"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, April 24, 2010

MSS 2010

seperti tahun2 yang sudah @NyP akan dipanggil bertugas untuk beberapa kejohanan sukan..sejak lulus ujian KOAM pada tahun 2004 mmg @NyP niat nak aktifkan diri..tahun 2010 @NyP dengan tugas di kejohanan olahraga di UPM sebagai penolong pelepas dan pada 20 - 23 April, @NyP dipanggil untuk bertugas sebagai pegawai bilik panggilan..hurm, serius..tak pernah lagi bertugas untuk post ni..hurm, banyak cabaran yer..nampak mudah sbb kena dtg awal 45 minit sebelum acara bermula..lets say acara start jam 7 pagi so 6.15 pagi dah kena wat panggilan peserta untuk check nombor bip, logo penaja, paku pada spike dan sebagainya la..so untuk pastikan @NyP sampai ke Stadium Kelana Jaya sebelum jam 6pagi so terpaksa la bangun jam 5 pagi dan tepat jam 5.3o pagi dah gerak ke sana..pergh!!!


beberapa perkara yang menarik-terpaksa berkejar jumpa hakim penamat+penolong pelepas+juru hebah sebab runner tak cukup..

then ada peserta yang enggan membuka sweater bila nak check no bip..lor..patutlah tak nak buka sbb no daftar lain sangat daripada no badan..

then ada gak peserta yang menarik diri (sepatutnya bg mc jek) pada hari pertama dah gaduh2 ngan kami di bilik panggilan sbb namanya digugurkan untuk acara hari ketiga..dont break the rules ye atlit!!!

hurm..dah nak gerak ni tapi peserta yang dah mendaftar hilangkan diri..bila kena marah teruslah pegawai2 di bilik panggilan pulak kena maki..eh eh sape suruh g warm up kat tempat lain (strategi berasap kah? haiyo...!!!)

then @NyP terpaksa bertugas seorang pada hari terakhir kejohanan sbb rakan setugas accident dan tak dapat hadir..haiyo..pening giler!!mujur semua berjalan lancar..thanks kepasa semua atlet dan pegawai pengiring dan jurulatih..

hurm.. @NyP rasa terkilan sbb ada seorang pelari dari petaling utama (Iqbal Naim rasanya nama dia- mix mat salleh) yang ketinggalan 0.01 saat di belakang catatan rekod 200m L1 semasa larian pada peringkat saringan tetapi terpaksa menarik diri untuk final sbb injured..xpelah dik..bukan rezeki.. :(

dramatik sangat saat larian 4x400m L1 ..persaingan sangat ketara antara Klang, Petaling Utama dan Petaling Perdana dan ternyata Petaling Perdana dengan penuh bergaya mencecahkan torsur terlebih dahulu ke garisan penamat..aku teruja melihat larian ini dan bersalam dengan pemenang2 emas ini.. begitu juga dramatik semasa lompatan terakhir untuk acara lompat tinggi L2 ..percubaan untuk menyamai rekod MSSM namun..tak berjaya..apapun..tetap berjaya pecahkan rekod MSS


p/s :


@NyP sedang memikirkan samaada ingin ke johor untuk MSSM

ataupun untuk menyertai pegawai2 dari negara lain untuk MSS Asean ..

takut nanti dah dapat panggilan tapi tak dapat pelepasan pulak dari madam GB...


Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2010 di UAE bukan rezeki untuk Jojohasni untuk meraih 3 emas seperti yang dijangka sebelum ini..

apakan daya..

takpelah jojo..jangan putus asa..

apapun untuk pengetahuan semua @NyP sedang gigih mengumpul duit untuk tiket, penginapan dan perbelanjaan untuk ke London sempena sukan Olimpik 2012 nanti..

dua venue yang @NyP akan jejak..

iaitu veledrom dan stadium tertutup untuk badminton

kerana @NyP yakin kita akan bawa pulang emas

untuk jojohasni (tak lama lagi bergelar Datuk Azizulhasni la kan..hehehhe tahniah terlebih awal..) dan juga Datuk Lee Chong Wei ..

@NyP mahu sama2 menyanyikan lagu Negaraku!! Jojohasni jangan sedih..

Ingat doa kami semua untuk Pinggat Emas di Olimpik nanti...

1MALAYSIA BOLEH!!

Konsert 6 AF8

cuma tinggal empat minggu lagi..tak lama tuh..empat minggu saja (hurm..disertation @NyP pun perlu dihantar empat minggu dari sekarang!! takut la pulak..) . Teringat kata2 pak nil dulu "fikirkan malam2 anda tanpa akademi fantasia?" ye mmg betul..rasa sukar untuk tune balik ke 'jadual asal' tanpa AF..sangat besar impak AF ni..dulu lah..sekarang makin kurang berpengaruh dan ditambah dengan pelajar yang kurang berusaha...kecuali Maulana (@NyP kembali mengundi..khas untuk Maulana!!!)
Paling mantap - Maulana dengan persembahan akustik bersama Sham Kamikaze untuk lagu Bila Rindu (Ruffedge)..serius mantap sampai kawan @NyP yang kurang ambik port ttg AF ni sambil menonton bersama @Nyp mengeluarkan statement "i iktiraf Maulana"..syabas Maulana!! plzzz semua kita undi secara pukal pd Maulana!!
Persembahan Terbaik- ala2 kalau ada kategori untuk persembahan sambil menafikan sekejap keperluan kekuatan vokal.. @NyP mahkotakan gelaran ni pada Farina..sangat berani occay namun sekadar keberanian itu je la yang ada..kelemahan Farina untuk low note pd awal lagu ni sangat ketara dan masih mumble laaaa...plsss la rasanya cikgu que asyik buat theatre game jek..langsung tak pernah nak fikirkan latihan artikulasi ..ohya, risau gak..Farina ni buat mcm2 yang bukan2 ..kata orang kalau manusia ni buat yang bukan2 mungkin akan 'pergi' so mungkin Farina bersedia gak kot untuk meninggalkan Akademi..namun kalau pergi pun..Bermaruah..ni antara persembahan terbaik Farina..
yang biasa2 jerk - 97% markah untuk persembahan Adira melampau sebenarnya..apatah lagi 103% markah!!hahahaha..apakah asas markah2 ini? takpelah penilaian org lain..kita hormatkan jerk..diksi? tak clear..then jerit ye bukan natural high projection..so Adira tidaklah choi namun tidaklah boleh dikategorikan cemerlang namun dalam kelompok biasa2 ni ..Adira la yang paling atas dan berada pada border untuk memasuki kategori mantap bersama Maulana..apa2pun Adira akan ke final bersama Maulana!!percayalah...
Ain - ntah dah lupa..takde kesan pun!!eh...Ain menyanyi ke pun? dengan lagu Jujur ni sangat biasa persembahan Ain sampai @NyP terlupa!!
Iwan -lagu 'Cinta kau dan Dia' sangat popular untuk AF1 dan @NyP sangat minat dengan lagu ni..jujurnya,Iwan mula bangun semula..ini bukan persembahan terbaik Iwan namun boleh la...yang menarik dalam persembahan birthday boy ni adalah kemunculam omak wan Maimunah..heheheheh
yang Choi Kot - Nad..please la Nad...Klang dekat occay so untuk debaran 6 harap sangat nad yang tarik beg..perlu ke hilang fokus sbb kakak bertunang? lagu 'jikalau aku' ni seakan2 tidak bertenaga dan hancur dengan nyanyian Nad..sori dik!!!

Daus - apa jadi ni dik? lagu tengah popular occay tapi sayang Daus terlalu lembik la ..penonton semua mmg rasa nak tertido dan saling ucapkan 'selamat malam' dengan nyanyian Daus ni..

Shahir - hiprokrit!! maaf yer..ingat tak AF1 cikgu ct marah Nana sbb nangis ms nyanyi sedangkan just mainkan warna suara untuk ekpresskan kesedihan..last 2 weeks pun Aishah ingatkan Adira (untuk lagu Biarkan) tak perlu nak overkan aksi just mainkan wave suara untuk tunjukkan kesedihan.. @NyP akui Aishah mmg akan menyebabkan kita boleh menangis mendengar sayu dan sendu nyanyiannya walaupun Aishah sendiri tidakpun menangis!! nway, shahir pls la ..tak perlu menitiskan air mata tapi perasaan itu tak sampai langsung..yang sampai cuma tanda tanya 'eh nape mamat nih?'

yang patut tarik beg -Nad

Konsert 6 AF8

"

seorang demi seorang..Al Fatihah!!





Debaran 5 AF8


mcm boleh agak sbb kalau dr minggu pertama ada penyingkiran sure akan ada minggu yang tiada penyingkiran namun kenapa la minggu yang sepaptutnya Farina terkeluar..jujur, @NyP meminati Farina kerana wajah eksotik namun sayang dari minggu ke minggu tiada peningkatan dan malah ada kalanya makin teruk..hurm..sayang sekali..pakej dah ada!!!takpelah..so Farina pls jgn sia2kan peluang yang diberi ini ok!!!

Sunday, April 18, 2010

Konsert 5 AF8

dah separuh perjalanan pelajar2 ini..berbaki lagi 4 konsert dan kemudian yang berjaya akan berentap dalam konsert akhir di minggu ke 10..sepatutnya dalam konsert begini kita dah leh nampak aura seorang juara!!bagi @NyP persaingan sekarang adalah dua penjuru iaitu antara pelajar lelaki dan perempuan, antara semenanjung dan borneo..iaitu antara maulana dan aira sebenarnya!! dan shahir akan menyelit rasanya dalam persaingan ini..yang lain2 mun gkin perlukan keajaiban untuk penuhi dua lagi tempat atau munkin juga rezeki jahhh..
seperti biasa yang cemerlang..
maulana - (ku bukan aku) serius @NyP xperasan dengan penari2 yang lain sbb aksi maulana mendominasi persembahan dan gaya broadway mau sangat menjadi!!pasni banyak la job untuk mau bg memeriahkan dinner korporat+musical theater kot!! apapun maulana meletopppp!!
Adira - tak perlu la lakonan damak tuh..kalau astro buat klip cerita sri mersing lebih berbaloi kot!!suka make up adira, dengan lipstik yang sangat merah serius mcm sri panggung bangswan dulu2 tapi sayang warna baju itu tidak sesuai untuk lagu melayu deli seperti ni..juga penggunaan kasut tinggi dan tarian yang adira persembahankan! lagu ni memperdengarkan kemerduan auara adira kepada kita!!!
tiada pelajar yang sangat choi minggu ini..selain dari yang cemerlang ..dua diatas ni..yang lain2 biasa jek...
iwan - oh juwita..persembahan yang 'selamat' dan tak bertenga..so takde apa2 pun yang istimewa
Farina - mana mungkin..mumble ..xtau pun apa dia nyanyi..cikgu que..plsssssss laaaa kelas artikulasi ye..tak payah la kelas tiru karaktor..teka watak semua tuh!!!
Daus-jiwa indie ke? tapi bila lagu 'benar-benar' di 'arrange'kan dalam versi indie..daus biasa2 jek..tapi mengpa masih nak menonggeng seperti mingu lepas?
Ain-mumble pada beberapa part..gerakan badan tak sharp dan whistling tak menjadi la kat ujung tuh
nad -kalau nad terkeluar..itulah 'my happy ending'..ye la..mumble then kinja2 yang tak perlu!!
shahir - dalam kelompok ini..shahir yang paling bagus..terlupa sekejap nyanyian kak ziana utk lagu 'anggapanmu' ini..apa2pun shahir akan sertai adira dan maulana di konsert akhir!!

yang patut tarik beg- nad...then teruskan perjuangan dengan team futsal ye nad
p/s : tersentuh dengan vt mak ain..mak dia sangat jujur bercerita ttg keluarga..tapi @NyP nampak ain seperti tiada perasaan jek..begitu juga dengan farina yang seperti dibuat2 perasaan itu.. (ntahlah..no komen!!) teringat saat mas berjumpa dengan dua anaknya dalam konsert ke 3 af2..dan terasa kesal juga dengan ain yang selama ini dalam kelas pun lebih mengejar maulana berbanding mengejar ilmu..dan astro..cukup2lh dengan drama cinta yang direka2!!plssssss dan 8 tahun..semua org dah masak pun!