"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Thursday, February 26, 2009

Aku Rasa...

Aku rasa minggu ni sibuk sangat aku sebagai cikgu sampai aku abaikan kelas dan assigmnt aku kat UM..sampai bersawang gak la blog ni..ye lah aku kenalah fikirkan yang keje hakiki aku ni cikgu bukannya student UM..Rasanya tahun ni aku agak tertekan sbb aku dipertanggungjawabkan untuk mengetuai guru2 tahun 6 jadi secara automatik aku bertanggungjawab menjaga kebajikan guru tahun 6 dan merangka program untuk kecemerlangan UPSR untuk tahun ni..

Aku rasa usaha untuk dua bulan pertama menyelaras tahun 6 ni tak sia-sia bila mana, Dato'Sri Ong Tee Keat telahpun menaja wang sebanyak RM5 Ribu untuk urusan kelas tambahan UPSR serta Puteri UMNO kawasan Pandan yang bersetuju untuk menaja katering untuk Kem Bestari UPSR..Alhamdulillah, tak sia2 setiap malam minggu aku luangkan masa mengajar senam seni untuk mereka..secara jujur memang aku mengharapkan timbal balik dalam bentuk penajaan ini..

Aku rasa sedih bila membaca blog zulfadhli aka montel bila mana sedikit mempertikaikan tentang tugas cikgu yang tersasar ni..ntahlah, kadang-kadang orang hanya boleh menunding jari tanpa pernah ingin memahami isi hati kami..tapi kenapa dia tetiba menulis tentang cikgu?mungkin dia ada sentimen peribadi dengan mana-mana cikgu atau mungkin saja ilham datang secara tiba-tiba?mungkin kerja kami ni tak glamour dan dipandang rendah (jujur...seorang kwn lama yang kini dah bergelar PTD pun pandang sebelah mata pada aku yang cuma seorang guru ni..sedihnya...)

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku tamatkan zaman bujang aku ni..hurm betul lah, sunyi sangat aku rasa kehidupan aku sehari-hari.kan bagus kalau masa sakit ada yang menjaga, masa berduka ada yang menceriakan, hurm, tapi bila...dan dengan siapa? Allah lebih mengetahui...

Aku rasa aku perlu 'sedar diri', selama ni ada kwn2 yang memuji namun sebenarnya hanya ingin mengeji ..kwn yang berpura-pura, tidak ikhlas dan menjadi duri dalam sekam selama ni..rasanya baiklah aku hidup sendiri dan jauh dari ketidakikhlasan ini..

Aku rasa aku semakin tidak terurus..dah kurang bersenam, kurang jaga penampilan, tak jaga makan, sampai baru2 ni aku kena serang migraine yang teruk..seksa sangat masa tu...

Aku rasa, dah sampai masanya aku muhasabah diri..rasanya aku sedikit tersimpang dari jalan ALLAH SWT dan moga ALLAH bukakan aku jalan untuk kembali...

Aku rasa, semua oarang akan tetiba rasa apa yang aku rasa, rasa runsing dengan kerja, rasa tertekan, rasa sedih, rasa gembira, rasa berdosa dan apa juga rasa yang boleh di rasa...namun bila rasa itu akan menjelma belum tahu lagi saatnya yang pasti rasa itu akan tetap ada selagi kita bernyawa...

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan usaha murni mendidik anak bangsa. Banggalah dengan diri sendiri, kerana tak ramai pendidik yang bersungguh dalam kerjayanya. Jangan mengalah pada situasi semasa dan lawanlah bisikan 'jahat' hati sendiri! Kekadang perlu 'memberi warna' dalam diri sendiri. Carilah warna itu untuk lebih semangat dan keceriaan!

Anonymous said...

i agree with u abg azrai... kalau mereka bukan pendidik, mereka bole ckp ape sahaja...but once u enter education world, u know how " suffer " the teacher it is...bukan suffer merana , tp pengorbanan yg dicurahkan tu, x mampu di bayar dgn duit...huhu...( emo lak..hehe...)
ape2 pun...semoga abg azrai dikurniakan jodoh yg terbaik dan dicepatkan jodoh....take care...^_^