"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Tuesday, May 5, 2009

Selamat Pengantin Baru TJ

Hati berdebar sepanjang minggu lepas dan sedih tanpa sebab...mungkin akan ada berita sedih yang bakal aku terima...isyh jgn la...tak nak!!aku tak nak sedih2 lagi...tapi kalau betul pun berita sedih aku kena gak hadapi dan terima..cuma...berita apa sebenarnya?

Sampailah satu hari...

"TJ tak jemput ko ke..dia dah kawin la...!!!"
-----DIAM..TERKEJUT..TERKEDU----

"tak, terlupa kot..ntah2 aku
takde pun dalam list dia...hahaha"
-----GELAK PALSU DAN AIR MATA
BERGENANG----

Sape lah Minah TJ ni kan...Hurm, dia ni perempuan yang mula2 aku pandang masa
umur 18 tahun..masa tu aku kat UPM..aku gigih dapatkan dia untuk penuhi ruang
hati aku...27 julai 1998 tarikh paling istimewa untuk aku dan dia...aku hadiahkan hati aku pada dia..makin hari makin sayang..makin hari makin wajah dia terbayang!!Ya ALLAH indahnya perasaan CINTA yang kau berikan ini...Namun apakan daya, kami ada masalah namun bagi aku masalah itu lah yang mematangkan kami...aku masih sayang dia..sampailah kami masing2 habis belajar aku masih menunggu dia..namun jujur aku jauhkan diri buat seketika kerana masalah peribadi yang agak merungsingkan (aku terjerat..serius..bukan kehendak aku!!!)

Dia makin berjaya, aku pulak mcm2 ni jerk..tahu tak, aku beli kereta Waja warna itam kerana dia sbb dulu2 Waja iatam hanya untuk askar kan..dan itulah kerjaya dia..ingat lagi, excited sangat aku ajak dia kuar berbuka puasa nak bawa dia naik kete aku nih, tapi dia kata ada reunion then aku tawarkan diri untuk hantar dia ke airport untuk masa dia nak balik raya tapi dia kata dah ada skuad yang akan hantar dia..takpelah..dan dalam sms tu kami ada la bercerita tentang kawin..Ya Tuhan..indahnya mimpi aku akan jadi nyata..aku pernah lakukan kesilapan pada dia..aku janji akan betulkan kesilapan lalu..

hari yang sepatutnya aku keluar berbuka dengan dia (tapi dia ada reunion) aku kuar arr ngan kwn2, kami g Alamanda, makan kat Chicken Rice Shop dan tmpt ddk aku mengadap eskalatur..dan tiba2..wajah yang selalu menari2 di ruang mata ...ye dia..aku tak sialp..memang dia..turun berpimpin tangan dengan seorang lelaki (askar yang pasti...) Aku pandang dan dia pandang kembali pada aku..dia tipu..dia kata dia ada reunion..air mata bergenang...YA ALLAH..kenapa kau remukkan hati aku?kenapa kau tarik bahagia yang ingin aku kecapi (dari kecil aku tak pernah bahagia Ya Allah.......)

Bodoh kau Azerai..kau memang Bodoh!!aku balik, aku buka PC.tengok semua gambar dia yang aku scanned (dan yang aku curi-masa edit majalah kolej dulu) aku renung dan nangis..nape aku lemah ni..nape ni!!? masa berganti masa...dan aku kuatkan hati untuk telefon dia dan minta maaf (aku yang minta maaf...sebab aku lupakan dia seketika masa aku kat maktab dan jujurnya aku ada hantar msg2 maki hamun selepas kejadian kat Alamanda tu..jadi aku minta maaf untuk itu semua..aku redha (redha?airmata berjela..redha kau kata?) dia milik orang lain namun aku masih mengharap keajaiban akan berlaku..

melalui kawan, aku dapat tahu dia clash dengan laki tu-Alhamdulillah..ni peluang aku..ye ni peluang aku!!..aku sms, aku call, untuk rapatkan balik apa yang rengang..mcm biasa!!tapi dia masih enggan keluar dengan aku..alaaaa..jgn la takut, saya tak makan org la!!!mungkin sebab aku hamun dia kot sebab tu dia takut..tak pelah, aku terus mencuba..

aku ingat lagi, pernah satu malam aku rasa bahagia...dalam msg dia..dia kata...

"Kalau awak dah takde sape2, awak pinang jek saya, kawin la ngan saya!!!"

Betul ke ni!!!tidur aku mimpikan dia..nakal nya aku...hehehehe

Sekali lagi Allah tarik bahagia aku ni-dia dah bertunang dengan askar lain-WHAT? hurm, dan sekarang dia dah selamat bergelar isteri (bukan milik aku...)namun aku masih tertanya2..kenapa di saat akhir dia tidak berterus terang dan masih mainkan perasaan aku? aku masih ingat kata2 dia dalam corong telefon semasa aku call dari Kota Tinggi guna public

"awak, sejak jd askar ni mmg saya dah tahu sosial life askar, saya
tak akan pilih askar"

tapi akhirnya....aku juga yang derita...

awak, selama ni saya mmg tunggu awak, dari dulu awak, dari dulu lagi..saya rasa tak kan awak tak tahu hati saya!!!

awak, saya cuba lupakan awak, saya cuba kawan dengan orang lain tapi diaorg tu sekadar rebaound jek sbb ms tu saya nak lupakan awak tapi mudahnya awak lupakan saya..

awak, saya sayang awak sampai detik ini, namun semuanya takkan berpatah balik lagi, izinkan saya terus2an mendoakan kebahagiaan awak 5x sehari semalam..saya tak kan berhenti dari mengingati dan mendoakan kebahagiaan awak

awak, ingat tak? dulu saya cakap "hanya takdir yang mampu memisahkan kita" dan mmg telahpun ditakdirkan kita terpisah..tapi awak, kenapa mcm ni?

awak, selamat pengantin baru, jaga diri baik2 yer..minta maaf atas segala kesilapan saya, minta maaf sebab hadir dan bazirkan masa awak untuk cinta kita, minta maaf sangat2-Saya bukan lelaki terbaik untuk awak, walaupun bagi saya awak lah yang tercipta paling indah buat saya.

PELAMIN ANGANKU MUSNAH...untuk awak, "i was born to make u happy"

1 comment:

Norhuda Ahmad said...

amboi, jadi mat leleh pulak engkau ye azerai...ahaks. itulah manisnya hidup. semua orang ada kisah masing2. tapi akk akui tj kau yg dah jadi isteri org tu memang can...kan. (dalam gambar la..)kan betul akk kate mase kau kat upm dulu tak terasa panas dan jauh walau terpaksa jalan kaki lalu lebuh upm nak g kelas sbb tj ada di samping...tak pe dek oi, ni semua mematangkan kite...carila pengganti, kat sek kite pun ade...he2