"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, January 25, 2012

MLTA pt 1


View Full Version : PENGALAMAN Claim Insuran MRTA.
leospirit
07-10-2009, 01:30 PM
Assalamualaikum.
(Mortgage Reducing Term Assurance) MRTA adalah insuran rumah jika berlaku kematian,waris yg hidup tak perlu membayar balance hutang bank.Adakah sesiapa disini yg berpengalaman claim MRTA?Saya pernah buat claim bagi pihak makcik saya yg meninggal kerana barah,semasa meninggal rumahnya masih berhutang untuk 10tahun lagi.
Adakah bank otomatik akan stop minta bayar ansuran jika berlaku kematian?
Jangan harap! walaupun rumah tersebut masih ada MRTA yg valid kita kena urus sendiri,kerana insuran MRTA dan bank peminjam adalah dua pihak yg berasingan walaupun insuran tersebut anak syarikat bank tersebut.Selepas berlaku kematian mereka akan cari penjamin atau waris ,dlm kes makcik,saya adalah penjamin mereka akan hantar surat warning jika lambat bayar lebih 2 bulan...Apabila hubungi bank kenapa mereka minta ansuran pada saya sedangkan rumah makcik dicover oleh MRTA,mereka suruh saya menghubungi syarikat insuran MRTA untuk tindakan lanjut,lepas call syarikat tersebut baru tahu, kami kena ambil macam2 borang dan bukti kematian,contoh makcik saya meninggal disebabkan barah dan mati di hospital,maka kena jumpa doktor yg rawat untuk pengesahan dan dapatkan tandatangan dan cop hospital,bukti surat mati,repot kematian dan lain2 yg berkaitan,lepas kami dapatkan dokumen yg diperlukan masih kena menunggu hampir sebulan atau lebih,ansuran bulanan kepada bank tetap kena bayar seperti biasa selagi tak selesai urusan dari syarikat insuran MRTA.Selepas sebulan bank hantar surat suruh kami selesaikan balance beberapa peratus lagi hutang rumah makcik,saya terkejut kenapa mereka tak dapat claim dari insuran MRTA ke? .rupanya rumah makcik saya ni pernah terbengkalai selama 7tahun..rumah tak siap sepenuhnya,developer menghadapi masalah kewangan dan stop pembinaan..apabila bank start bayar stage pertama kepada pemaju maka MRTA dah start cover..jadi kerana terbengkalai 7tahun cover berjalan dan menurun dari tahun ke tahun,tak kisah kunci dapat bilapun.contoh katakan MRTA kita ambil 20thn,hutang bank 50k..maka untuk tahun pertama insuran cover 50k tahun kedua mungkin 48k begitulah seterusnya makin lama makin menurun..Kalau rumah dapat kunci on time seperti dijanjikan ok,no problem..masalah akan timbul jika projek terbengkalai lama dan dapat kunci selepas lewat 7thn seperti kes makcik saya dan berlaku pula kematian..maka dalam 7tahun ni insuran makin lama makin menurun..sedangkan bayaran bank yg penuh hanya bermula selepas dapat kunci walaupun sebenarnya kita membayar ansuran yg lebih rendah tetapi itu adalah faedah bank kerana bank telah jelaskan contoh 30%-+ daripada nilai hutang...dalam kes makcik pihak bank hanya dapat claim 80% jumlah hutang dari syarikat insuran,bakinya kami kena langsai..sama ada bayar terus sekaligus atau bayar bulanan hingga selesai balance 20% tu,tak mahu bayarpun boleh hingga satu masa mereka akan lelong rumah tu untuk dapatkan baki 20% tu!fikirkan bagaimana pula nak claim MRTA kalau rumah masih terbengkalai kunci tak dapat tapi pemilik mati? Jadi pengajaran saya dapat disini adalah,insuran MRTA memang dapat claim dan selesaikan hutang jika kunci rumah dapat on time,itupun segala urusan untuk claim mesti dilakukan oleh waris,kalau tidak bank akan menuntut kepada waris supaya bayar ansuran seperti biasa.Projek terbengkalai atau lambat dapat kunci? alamilah pengalaman saya diatas.

No comments: