"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, February 22, 2012

sedih tapi pasrah



Harap Maaf 


Tuan/Puan Tidak Berjaya ditawarkan Hadiah Latihan


 Persekutuan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa 


Biasiswa Ambilan Tahun 2012.



Keputusan adalah muktamad. Permohonan rayuan 


tidak diterima.


Terima Kasih


"ni kali kedua @Nyp menghadiri temuduga di bawah kelolaan KPM..kali pertama tahun 2009 untuk jawatan pegawai bukan akademik IPGM..ingat lagi @Nyp orang pertama yang ditemuduga..wahhh bukan main lagi dipuji bagai nih..katanya sangat bersedia lah, sijil2 keaktifan semasa menjadi guru sangat membantulah..tapi bila kuar result..SEDIHHHHH tak dapat..dan memang lama jugak la @Nyp tanggung rasa sedih..

then tahun 2012 @Nyp menghadiri lak temuduga biasiswa untuk PhD ..Alhamdulillah..dalam ramai calon yang minta cuma 4 orang sahaja calon yang shortlisted untuk kos pengurusan pendidikan..persediaan @Nyp bukan calang2..siap ke library UM petang2, baca jurnal demi jurnal, kembali mengadap supervisor @Nyp kat UM tu iaitu Dr. Faizal..dan bantuan Dr.Faizal pun bukan sedikit..rombakan demi rombakan dia buat untuk proposal @Nyp...dari milestone sampailah ke ringkasan eksekutif semua @Nyp sediakan..solat hajat, doa dan restu mak tak @Nyp lupakan..

semasa ditemuduga @nyp dikatakan calon terbaik dari segi persediaan, persembahan dan kefahaman tentang kajian yang bakal @Nyp usahakan ni..malah @Nyp satu2nya calon yang menyediakan milestone dan ringkasan eksekutif (photostat dalam saiz A3 lagi) dan penemuduga siap kata mmg kami nak awak...tersenyum dan yakin!!!sbb @Nyp betul2 bersedia utk temuduga kali ni...

tapi hari ni 23 Februari keputusan telah diumumkan..tu kat atas tu lah resultnya...TERDIAM!! TERKEDU!! KECEWA dan SENGSARA... terbayang wajah kecewa mak yang baru saja menyuarakan pada @Nyp betapa tingginya harapan dia utk @Nyp berjaya mendapat HLP ni..

mungkin @Nyp ni hambaNYA yang masih belum betul2 kusyuk doanya ketika meminta!! dan entah berapa lama @Nyp akan pulih dari pelbagai rasa yang tidak enak ini..."


2 comments:

mamaijat said...

....dik...Allah menguji kita lagi....
Allah sayang kita....
bukan mudah nak dapat kasih sayang Allah...
sabar & cuba lagi ye...

4z3r@1 Azm1 said...

sy semakin kuat :)