"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, January 17, 2009

jong-jong inai?

hahaha..semalam aku kena ngajar sesi petang-ngajar sains dan muzik tahun 3 sebab aku tak dapat dtg ke sekolah sempena sekolah ganti bg perayaan tahun baru cina nanti-pagi aku ada kelas kat UM so GB aku minta aku ke sesi petang dan sorang cikgu petang ganti aku untuk sesi pagi bg mengelak org lain mengumpat sebab terpaksa releif aku..
ngantuk seh ngajar petang dah la pagi2 buta dah tercegat kat UM kan then balik kuliah terus merempit ke sekolah..tapi tanggungjawab beb..hurm,ngajar sains ok jah cuma yang menarik,kelakar dan membuatkan aku tersenyum seorang semasa ngajar muzik sbb dalam lesson note cikgu ni dia dah ajar nyanyian JONG-JONG INAI pada minggu lepas dan minggu ini aku kena ajar pergerakan untuk lagu ini..hurm tapi aku beri kebebasan kepada pelajar secara berkumpulan untuk kreatifkan diri mencipta gerakan sendiri ke atas lagu tersebut (tapi selepas melihat demo dari aku arrr)..
yang menariknya....
sorang budak A yang tembam, gelap,rambut mawi, pakai spek, then over..asyik2 bertanya dan ngadu..menarik perhatian aku sebab dia mengingatkan aku pada seorang budak B (yang dah berumur 28 tahun pun skg)..budak yang dalam memori aku ni si B mcm tu la dia..sama jek ngan budak A yang aku tgk layan kat kelas ni
dan yang paling best tu masa peresentation budak A tu bersungguh2 menari sampai nampak mcm semput dan menyebabkan aku tersenyum sendiri sebab mmg sebijik mcm budak B..dan Budak B tu pernah menari untuk lagu-lagu JONG JONG INAI ini masa dia darjah 2 tahun 1988 untuk persembahan hari guru murid-murid tahun 2 ..YA ALLAH kenangan terimbas sangat...
Hurm...Budak B tu...aku ler..hahahahaha

Saturday, January 10, 2009

harap la mak aku belanja tak sia2


sebenarnya aku dapat sponsor bayaran jd member kat CF ni 2 julai last year sempena birthday i ke 28 masa tu..alasannya badan aku makin "sihat" yang tak sihat sebenarnya..hahahaha..
harap arrr aku istiqamah..mula2 tu rajin arr g mmg susut sikit tapi strat bulan puasa malas giler..sampai skg on & of..badan naik balik.tapi sejak new year ni rajin sikit dah..hehehe..doakan aku k leh fit sikit!!

lonely...

sejak seminggu ini aku sibuk sangat..setiap pagi bangun dan ke sekolah..pack sangat jadual mengajar kat sekolah dengan bebanan kerja2 pentadbiran...balik dari sekolah aku akan sibuk dengan kuliah di UM..
semester 3 ni aku sibuk dengan kelas setiap isnin (3.00-6.00 ptg) then balik aku berehat ala kadar aku akan bergegas ke seksyen 3 bandar baru bangi kerana mengajar tuisyen kat sana dari jam 8.15-10.15 mlm.
selasa pun sama, balik sekolah aku akan ke um untuk hadiri kuliah dari jam 3.00-6.00ptg dan kemudian kuliah disambung pula dengan satu lagi subjek dari jam 6.00 -9.00 mlm..balik umah mmg flat!!
rabu, khamis dan jumaat aku spend masa petang untuk study atau cari bahan asgmnt,artikel untuk majalah, bahan thesis kat library atau buat asgmnt..then mlm untuk ketiga2 hari aku penuhi dengan kelas tuisyen ..malam khamis di seksyen 3 bandar baru bangi dan pada malam rabu dan jumaat pula di pusat tuisyen di taman belimbing di area balakong.
pergh penat nya....itu jadual weekday, weekend lain lak citenya..pagi2 sabtu aku dah tercegat kat um..ada kuliah pagi tu sampai jam 11.00 pagi dan aku luangkan masa sehingga jam 2.00 untuk group discusion..balik aku akan singgah ke california fitness midvalley (tq mom sponsor jd member) untuk berehat kat jacuzi, sauna dan buat work out sikit untuk program turunkan berat badan aku kat gym ni...lepak la sampai malam.
then kalau larat aku akan balik seremban untuk lepak2 umah aku yang buat sementara waktu didiami oleh ustaz kamrul kalau tak larat lepak alam damai je la...then pagi ahad urusan peribadi arrr mcm basuh,gosok baju then siapkan semua bahan2 mengajar di sekolah dan di pusat tuisyen untuk seminggu berikutnya, then ptg ahad pas tgk melodi aku akan ke california fitness dan mcm sabtu gak aku lepak sampai malam...dan balik aku tido arrr..
begitulah rutin harian aku..sibuk tapi..aku tak boleh tipu dan tak boleh lari dari satu perasan yang dah dua menjak menyelubngi hati aku...iaitu...SUNYI..hurm, mungkin lepas ni aku kena fikirkan pulak untuk lengkapkan kehidupan aku dengan kehadiran isteri..

"ya ALLAH...temukanlah aku dengan seseorang yang baik rupa parasnya, budi bahasanya, tinggi ilmu pengetahuannya, tebal sifat penyayangnya untuk aku angkat sebagai hawa dalam hidup adam ku ini..aminnnn"

Sunday, January 4, 2009

Lentera Timur


best arrr..jgn lupa korang dapatkan ok..enjoy!!idup datuk siti

2008...semuanya dalam kenangan

dah 4 hari dah masuk tahun 2009 tapi aku mcm susah nak lupakan liku-liku perjalanan aku untuk tahun 2008...



*suka....


  1. aku dah pun ada rumah sendiri dengan dekorasi dan rona warna yang mengikut citarasa aku
  2. sambil aku pun dah lakukan sesuatu untuk 'carier development' aku..aku sambung master pengurusan pendidikan kat um
  3. aku dah ada lesen sebagai UNIT TRUST CONSULTANT yang aku ambik dengan pihak fmutm
  4. hurm,koam?aku dah lama lulus ujiannya cuma tahun 2008 baru dapat lesen gred 3
  5. selama ni aku melatih group teater cuma sekadar berdasarkan pengalaman dan sikit2 bakat yang ada, tapi penghujung 2008 aku telah menghadiri kursus teater jsbn,alhamdulillah LULUS dan dapat PESERTA TERBAIK..
  6. tunggakan ptptn makin sikit dan aku berazam nak settlekan 2009 (kalau boleh) then hutang berbaki aku selesaikan dengan potongan gaji
  7. ha, tak pernah terfikir nak joint gym..tq mak sbb sponsor untuk masuk california fitness sempena birthday abg..
  8. ramai budak aku dapat A untuk subjek sains yang aku ajar (even kelas belakang pun ada 2 orang dapat A)..aku happy sangat..honestly aku nangis masa result keluar..tak sangka usaha kami berbaloi...
  9. kelas yang aku jaga buat web site sendiri (katanya dedikasi untuk kenangan ngan aku..aiyo bijak arr budak2 sekarang)

*kurang suka....

  • aku tak dapat pindah la ke negeri sembilan..alasan kementerian "sape suruh beli rumah kat sana?...lain kali cikgu belilah rumah kat sekolah yang cikgu ajar,maaflah cikgu..ni bukan kes kronik,kalau cikgu pinjam ngan along ngan dalam bahaya baru kami layan..."CHOI
  • aku terpaksa berulang dan bangun seawal 5pagi untuk 4 bulan then minyak naik,budget lari so kena la cari umah sewa kat kl untuk kurangkan kos..
  • flow money aku tak cantik sebab kurang duit arr aku tak buat any part time n gaji makin kecik sbb dah tolak duit rumah tapi..selagi bernafas jgn mengalah!!
  • masih ada kawan yang KAKI PROPA n kadang2 aku buat2 jek mesra sbb aku tahu dia kaki kencing n kaki tikam dr belakang
  • ntahlah lupa la...malas nak ingat,rasanya ada lagi ni..nanti lah aku ingat aku tulis ok..

AKU BERHARAP AGAR USAHA AKU DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN AKU AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG AKU IDAMKAN SELAMA INI...AMINN

jom makan-makan!!

aku nak masak ni sbb sempena tahun baru kan..ada tetamu katanya!!so untuk mengelakkan pembaziran aku masak arrr sendiri ..
so mula2 sediakan bahan2 arrr..ambik jek dari peti sejuk tu ha-daging kisar, mixed vegetable, spagheti, ngan sos pasta (aku suka preego perisa original ngan perisa cendawan)
then aku rebus daging untuk cepat empuk then aku cincang2 daging tu dan air daging tu aku jadikan sebahagian kuahnya nanti (untuk dicampur dengan kuah sos pasta tuh)




then rebus spagheti arrr




Lepas tu aku cairkan marjerin untuk jadikan minyak masak then aku tumis ngan bawang (nak bagi manis sikit) then aku masukkan daging tu biar sampai kekuningan then aku masukkan sos pasta preego tu then campurkan sikit ngan kuah air rebusan dagimg tu then biarkan ia masak..senang je kannn







then bila dah siapkan semua, apa lagi hidang jek..pas tu makan arrrrrr...ok!!jom makan2!!(sambil buat muka maria tunku sambri yang comel tu!!)















































chakde!!


aku bukanlah kaki hindi (hello!!cite tamil lagi best dari hindi ok!!) tapi ada beberapa cite hindi yang aku rasa lain daripada yang lain, yang lari daripada kisah cinta yang memerlukan beratus-ratus baju untuk ditukar2 semasa menyanyi ,berekar2 tanah untuk berlari ketika menari..aiyo!!klise arrrr..semuanya macam tu!!tapi ada beberapa cerita hindi yang aku tabik dan hargai seperti raaz (cerita hantu yang memang meremangkan!!), hey ram (kisah hindu tamil dan india muslim yang bermusuhan), dan mungkin cerita yang sering melelehkan air mata aku ketika menonton iaitu kabhi kushi kabhi gam!!


baru2 ni (ramai dah yang menonton..aku jek yang lambat) aku beli cd hindi..CHAKDE..cite ni tanpa perlu pelakon wanita yang cantik, tanpa lagu yang mengasikkan, aku cuma kenal datuk (melaka) shah rukh khan sorang jek..yang lain2 tak kenal then lagu mmg tak de lagu sgttt dan bukannnya miming cuma klip mengiringi lakonan sahaja..yang penting terbitan produser besar india, yash copra (produser kuch kuch ho ta hei, kabhi kushi kabhi gam, mohabatein)


aku terdorong beli cd ni pas baca artikel2 kat paper n kat internet tentang movie ni..memang superb...semangat aku naik sgtttt ...cite ni dibuat untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan org india tapi kita boleh ambik nilai patriotik ni then kita asimilasikan dengan budaya dan negara kita..serius..aku bagi 5 bintang..korang semua patut menonton!!selamat menonton