hahaha..semalam aku kena ngajar sesi petang-ngajar sains dan muzik tahun 3 sebab aku tak dapat dtg ke sekolah sempena sekolah ganti bg perayaan tahun baru cina nanti-pagi aku ada kelas kat UM so GB aku minta aku ke sesi petang dan sorang cikgu petang ganti aku untuk sesi pagi bg mengelak org lain mengumpat sebab terpaksa releif aku..
ngantuk seh ngajar petang dah la pagi2 buta dah tercegat kat UM kan then balik kuliah terus merempit ke sekolah..tapi tanggungjawab beb..hurm,ngajar sains ok jah cuma yang menarik,kelakar dan membuatkan aku tersenyum seorang semasa ngajar muzik sbb dalam lesson note cikgu ni dia dah ajar nyanyian JONG-JONG INAI pada minggu lepas dan minggu ini aku kena ajar pergerakan untuk lagu ini..hurm tapi aku beri kebebasan kepada pelajar secara berkumpulan untuk kreatifkan diri mencipta gerakan sendiri ke atas lagu tersebut (tapi selepas melihat demo dari aku arrr)..
yang menariknya....
sorang budak A yang tembam, gelap,rambut mawi, pakai spek, then over..asyik2 bertanya dan ngadu..menarik perhatian aku sebab dia mengingatkan aku pada seorang budak B (yang dah berumur 28 tahun pun skg)..budak yang dalam memori aku ni si B mcm tu la dia..sama jek ngan budak A yang aku tgk layan kat kelas ni
dan yang paling best tu masa peresentation budak A tu bersungguh2 menari sampai nampak mcm semput dan menyebabkan aku tersenyum sendiri sebab mmg sebijik mcm budak B..dan Budak B tu pernah menari untuk lagu-lagu JONG JONG INAI ini masa dia darjah 2 tahun 1988 untuk persembahan hari guru murid-murid tahun 2 ..YA ALLAH kenangan terimbas sangat...
Hurm...Budak B tu...aku ler..hahahahaha
No comments:
Post a Comment