"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, January 28, 2009

Kecelakaan, Maut & Keinsafan

Kecelakaan...
mcm mana nak mulakan yer..hurm kecelakaan? cuma satu kemalangan kecil sebenarnya berlaku di rumah sewa aku kat Alam Damai, Cheras ni..pagi ni cuma aku, nizal dan fuad je yang ada kat rumah, yang lain dah start keje..ketika yang lain ngah lepak tgk aku, aku masuk ke bilik air untuk gosok gigi.

Sambil muka menghadap cermin, tangan tangan memberus gigi dan tangan kiri pula menekan sinki seramik dalam tandas ni..tak kuat pun aku tekan, masih belum lagi menggunakan sepenuh kudrat jantan aku ni namun dalam tak kuat dan tak sepenuh tenaga jantan, tiba2 sinki tu PRANGGGG jatuh berderai dan hancur dek kerana ketidakupayaan sinki tu menampung daya yg aku kenakan tu.."HEY, KO TAK APA2 KE?..." aku tergaman seketika dan tersedar bilik air ni dah penuh dengan darah.. YA ALLAH...kaki aku!!


Fuad, kwn aku yang sedang sibuk dengan thesis di HUSM (dtg ke KL untuk mencari maklumat di UKM) ni mulalah sibuk mencari itu dan ini untuk aku..Nizal pun sama keletah paniknya..aku?..hurm..aku berdiri saja di 'tempat kejadian' masih kelu dan kaki dah mula rasa bisanya..isyh..ngeri..memang ngeri..then sibuk la kaki aku dirawat oleh diaorg..darah..masih lagi keluar tak henti2..bisa makin terasa..mcm mana ni..

Sebagai umat yang lemah ketika keadaan begini barulah teringat akan ALLAH yang MAHA BERKUASA..aku spontan berdoa agar segalanya baik2 belaka..benar, ALLAH itu MAHA BERKUASA..dimakbulkan doa hambanya yang lemah ini..AMIN..segalanya beransur baik setelah sejam menahan sakit..


Maut
Disebabkan mulai esok aku akan berkursus untuk lesen jurulatih teater, maka aku siapkan segala nota-nota dan fotostatkan untuk aku tinggalkan buat murid-murid aku baik kat sekolah mahupun kat pusat tuisyen..sakit jugak kaki nak menakan pedal kereta untuk ke serdang (sebab kedai photostat kat sana yg paling murah) namun ini dah memang keja aku..tak nak la makan gaji tapi kerja tak langsaikan (pesan mak aku..jgn sesekali lewatkan masa walaupun lima minit..haram duit gaji nanti..apatah lagi kalau tak mengajar..so kalau tak dapat dtg sekalipun aku akan pastikan diaorg tetap dapat sesuatu kerja dari aku)


Malam lak, pas abis tuisyen aku terus bergegas ke Jaya Jusco Cheras Selatan sbb dah janji ngan kwn2 (tiket dah tempah sebelum kecelakaan menimpa so kena gak g) untuk menonton wayang..cereka pilihan..MAUT..serious, selepas habis menonton aku rasanya 'indah khabar dari rupa'..


Cerita ini resepi yang sama seperti GUBRA, 3 cerita dalam satu tanpa ada kaitan diantara satu sama lain..aku rasa Bade pernah adunkan 3 cerita dalam satu filem dengan sangat baik seperti gangster namun MAUT seperti ada kurangnya di sana sini...tapi aku cuba menonton dengan tidak berfikir tentang teknikal namun menonton dengan merasa jiwa dalam cerita. Spontan hati aku berbisik.."YA ALLAH...jauhilah aku dari sebarang azabmu" ketika visual neraka di tayangkan..kecut perut, perasaan takut yang tak pernah aku rasanya ketika ini hadir mengetuk pintu akalku dan air jernih keluar dari mata,panas mengalir ke pipi - "AKU TAK LAYAK DI SYURGAMU YA ALLAH..NAMUN AKU TAK TAHAN UNTUK BERADA DI NERAKAMU.."


Keinsafan

Filem ini mengingatkan aku, tentang tugas aku sebagai khalifah, tentang tujuan roh ditiupkan ke dalam badanku, tentang apa yang aku telah lakukan dan tentang apa yang perlu aku elakkan..keempat-empat kami hanya diam sepanjang berjalan menuju ke kereta..secara spontan aku menggelengkan kepala bila mana melihat adik2 muda bangsaku yang sama2 keluar menonton filem ini tanpa segan silu mengkertawakan adegan neraka itu sambil mereka sendiri berpelukan dan bercumbuan tanpa menghiraukan mata yang segan memandang-aku?dah tertunaikah tanggungjawab aku untuk menegur mereka?tidak pula aku laksanakan..hurm, baiklah aku fikirkan tentang diri aku sendiri.."betulkan diri sendiri dulu.."


ALLAH MAHA MENGETAHUI, KUN FA YA KUN yang dilafazkan untuk kecelakaan pagi tadi telah membuatkan aku berfikir tentang hidupku,keinsafanku sebelum aku menunaikan 'yang pasti' iaitu janji yang telah aku lafazkan dari azali dulu....maut

No comments: