Sempat aku menonton produksi ni dua kali, kali pertama 9hb (g sorang2) dan kali kedua 11 julai (dengan kawan dari Pahang- Norlida) yang lalu kat Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP..Ini bermaknanya dalam masa tak sampai dua bulan aku dah menonton 2 karya Agung Sasterawan Negara Noordin Hassan..satu di tempah yang gah di Istana Budaya (Di mana Setangginya?) dan satu lagi..yang ini yang bakal aku review untuk semua...Jujur IYT sangat meninggalkan kesan di hati aku..dan aku sanggup hadirkan diri buat kali kedua pada 11 Julai walaupun sebenarnya badan masih penat kerana seharian berpanas di Stadium Kelana Jaya untuk Olahraga Remaja Terbuka Selangor..Aku cite dulu kisah2 yang kurang sedap-rasanya untuk produksi yang Agung ni tak sesuai untuk dipentaskan di dewan serba sederhana dengan tempat duduk yang searas untuk semua penonton dan sudah semestinya kesian kepada penonton2 di bahagian belakang, apatah lagi pihak DBP menjemput pelajar2 sekolah untuk menonton bersama dan bagi aku..tak perlu jemput budak2 mentah yang kurang ajar ni..menanyi dan buat bising..serius terganggu..yang aku tahu pada malam pertama kehadiran aku SBPI Rawang yang dijemput sampai aku panas hati dan terus menulis nota di skrin telefon yang berbunyi "adik, kalau tak suka, adik boleh keluar dari sini sekarang..plz la jangan ganggu orang lain ok!!" dan kemudia aku hulur untuk adik2 ni baca..baru la diam sikit.. (sikit jerk..) kali kedua aku hadir..aku terganggu dengan ketirisan air air cond namun aku abaikan jerk..takpe selagi tak terganggu mcm malam pertama tu kira ok lah kan..lagipun aku dapat masuk dengan tiket murah-harga warga emas..hahahaha..aku kan student so tunjuk kad matrik dapatlah potongan kan...Abaikan kisah2 ni..
Setelah menonton dua kali aku andaikan (andaian dan interpretasi aku semata-mata,kalau ada yang kurang setuju..harap maaf la yer..ini epestimologi!!) pRoduksi ini aku andaikan seperti Titanic versi Teater Malaysia-tragedi yang diangkat dan disulam dengan kisah cinta..tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990..dan salah seorang yang tekorban adalah Ungku Intan yang juga merupakan sahabat/cinta untuk Danial Sundaram..dan ini merupakan tetaer pertama tontonan aku yang menggunakan pentas thurst.
Biarpun Monolog oleh Danial Sundaram pada awal cerita seakan ringkas dan tidak kaya dengan mimik muka dan emosi pada mata namun aku rasa ia sudah cukup memaku aku untuk terus menonton..kekurangan lakonan pemuda Chindian ni diselamatkan dengan nyanyian syahdu oleh TEKA VOICE yang ..owh..runtuh jiwa kalau mendengarnya!! penampilan istimewa Kak Ogy (biarpun ada yang kata dia over acting namun bagi aku..oklah sebab dah itu stail lakonan dia kan..what can i say!!!), juhara dan zizi zulkifli bagi aku menarik kerana watak mereka (lembaga suci a.k.a malaikat) sebenarnya sama seperti watak Mira (oleh Azizah Mahzan) dalam DMS? iaitu narator dan lebih membantu dalam memahami plot cerita..
Ohya, Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan memang cukup hebat..biarpun monolog ini di'serikan' dengan lakonan oleh pelakon2 lain (watak2 ungku intan adik beradik ketika kecil, watak2 di luar negara dan penari2 kavadi) namun sikitpun gerak geri pelakon2 itu menarik minat aku sebabnya Ungku Intan telah memukauku kecuali ketika ungku intan mengelap peluh Danial ketika Danial mengangkat kavadi..mata2 kedua2nya berkaca dan emosi itu menyusuk perasaanaku..HIBA!! Aku suka perbandingan oleh Ungku Intan-mengapa jemaah2 sanggup memijak kepala jemaah lain semata2 untuk beribadat dan mengejar syurga...orang ramai yang bersesak ketika thaipusam akan meminta maaf sesama mereka jika tersentuh sekalipun..hurm, pedihkan persoalan ni!!(aku tak peduli pun konti warna kavadinya tak tepat dengan seperti yang digambarkan..kata Ungku Intan kavadi Danial warnanya putih dan biru pelbagai tona tapi yang diangkat Danial kavadi Kuning, Jingga dan Merah..tak cacatpun sebab lakonan mantap Mardiana ni-hehehe kata tak peduli tapi komen..opssss)Begitu juga dengan watak Hj Fadzil yang berlegar di atas mayat2 yang bergelimpangan di sebalik kain merah (part kain merah memerangkap mayat2 ini dilakukan dengan sangat baik selari-pergerakan dan muzik..kesan yang sangat dramatik untuk simbolik tragedi runtuhan terowong tersebut) - berderau darah aku tatkala Haji Fadzil seakan mempertikaikan kuasa tuhan- di manakah Tuhan apabila musibah itu melanda dan kenapa tiada keajaiban mampu menyelamatkan jemaah yang sedang beribadah itu? Namun akhirnya Hj Fadzil mengatakan bahawa semua itu adalah persoalan yang di luar jangkauan manusia (Qada & Qadar)..

Watak Sandra, adik kepada Danial pula seakan gagal menarik minat aku untuk mendengarnya..penjelasan sandra kepada danial tentang hubungan Ungku Intan dan Mak cik Yong Sutinah berjela dan mono-ton ..tidak ada emosi dan ditambah dengan lakonan mantap Mak cik Yong Sutinah yang seksa untuk mati kerana 3 bilah jarum emas yang dipakai sebagai susuk lebih menengelamkan lagi penceritaan Sandra...

Ending, Hj Fadzil berjumpa dan membantu Danial untuk beberapa informasi tentang Ungku Intan..Danial masih menaruh harap untuk berjumpa dengan Intan namun pencarian ini berakhir di Gua Hira' ..Intan sudah tiada, sudah pergi buat selamanya namun mengapa imej Intan kelihatan di Gua Hira oleh Hj Fadzil dan maklumkan pada Danial? itu mungkin tersurat namun yang tersirat Danial menemui agama yang selayaknya dianuti setelah bertahun membuat kajian tentang perbandingan agama..akhirnya beliau menemui keindahan Islam..simbolik pencarian Danial berakhir di Gura Hira bagi aku kerana Perjalanan Danial sebagai Muslim bermula kerana di situlah turunnya wahyu pertama..bak kata Danial pada adiknya Sandra ketika Sandra bertanya tentang bidadari di syurga-"tak perlulah berpuluh bidadari, Intan seorang dah memadai tapi yang penting dengan kalaupun tiada cinta dari Intan aku akan dapat lebih dari itu..Cinta dari ALLAH SWT (lebih kuranglah skripnya mcm ni..) Jujur, aku terlupa ketidakselesaan dalam dewan ni..kerana lakonan, set, lagu dan vokal untuk produksi ini sangat hebat..syabas untuk Produksi INTAN YANG TERCANAI dan DBP!! (p/s : gambar ihsan dari blog www.intanyangtercanai.blogspot.com)
Penat bekejar seharian semalam..pagi aku ke UM jumpa beberapa orang coursemate dan jumpa ngan supervisor aku untuk tetapkan masa bimbingan bagi disertasi aku..insyaALLAH aku akan grad semester ni..Aminnnn...semoga doa mak aku dan doa kalian akan makbul..balik dari UM aku terus bergegas ke SMK Gombak Setia-aku ditugaskan untuk mengajar tetaer kat sekolah ni..bawah program bimbingan seni budaya negara..kebetulan pekan teater KOMSAS peringkat negeri selangor dah makin hampir so terpaksa la aku rajin2 menjenguk anak buah kat sana...hurm untuk pengetahuan korang, salah sorang anak buah aku..aku panggil ayie tapi ramai yang kat luar sana panggil dia shafie atau muhsin sbb lakonan pertama dia adalah watak muhsin dalam filem muhsin..hahahaha..bukan senang beb nak ajar pelakon yang dah pro berlakon..pas lepak ngan budak2 ni..aku bergegas ke PICC nak tgk final PPM..antara SMAPK dan budak2 yang aku bimbing sejak 3 tahun lepas SM Sains Selangor..(nanti aku akan wat entry khas untuk kumpulan teater dan debat ni occay!!!) pas balik dr PICC g lak ke taman warisan pertanian putrajaya..penatnyaaaaa....balik aku tertido dan terjaga tengah malam tetiba teringat kat TJ, kat kwn2 masa study UPM dulu..aku rindu sangat2 course mate, collage mate, debate team mate, ngumpat2 mate...ahhhhhh...terus aku on9 and buka facebook nak borak2 ngan member2 yang tak tido ag then aku surf website kolej aku dulu..KOSASS (engkaulah permata....)..
ya Allah, terus aku sebak sebab aku terlalu rinduuuuuuuuuuuu....banyak kenangan, suka duka..semua tetap dalam ingatan aku..kenangan itu tetap akan jadi kenangan..takkan terpadam sebab kenangan guru paling bermakna dalam hidup aku...
(kalau rajin aku akan up date kisah2 aku kat KOSASS..InsyaALLAH...tunggu occay!!).jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
KL Marathon yang 1st time buat kat Malaysia baru2 ni- aku duty kat refreshman untuk laluan half marathon..sehari sebelum pertandingan aku rasa diva sangat-kami dibawa melalui 42KM laluan untuk peserta Full Marathon dengan Bas DBKL dan diiringi Polis Trafik..aiyo semua org tengok ni..ala2 diaorg mesti heran “sape lah dalam bas ni?” then siap ada sekumpulan pelancong kat Petaling Street melambai nih…hehehehe..ok ler, jam 3 pagi ahad tu kena berkumpul kat Padang Merbok dan aku sah2 ting tong, aku leh g ke Padang Tembak..hahahaha..jauh doeh kena patah balik sempat la kena maki hamun sebab lewat 15 minit sampai ke Padang Merbok tu.jpg)
..aku duty dibantu oleh budak2 sukarelawan dari UPM so ada le cite leh share2 dengan diaorg kan!!balik penat sangat so tido seharian..nway, best duty untuk KOAM ni..aku minat sukan Cuma tak berbakat dengan sukan so dapat jd pegawai sukan bwh KOAM ni pun jadilah…heheheheh.jpg)
nway, oklah kan..aku suka dengan satu patah skrip dalam teater ni “pohon setanggi ni gagah berdiri namun di mana harum bau setangginya?” aku pun buatlah intepretasi aku sendiri..sesuai dengan situasi semasa sebenarnya..isu perpaduan..kita gah kononnya bersatu- 1 Malaysia!! Tapi mengapa masih pertikai hak keistimewaan orang melayu? Pohon perpaduan berdiri megah tapi mana harum bau perpadua itu? Wahhh..pandai2 la aku!! Namapun tetaer absurd so ikut la kan!!keseluruhannya aku rasa enjoy dan 3 bintang aku bagi!!
Aku order ler Nasi Goreng Ayam 3 Jenis ; RM 20.00 meletop kau..boleh makan 3 orang, dan si Riz order Beef Burger Mozarella+Onion Ring; RM25..makan makan slow2 sbb nak tunggu Syafiq yang on da way dari Shah Alam dengan Tra (semua ni geng2 debate masa kat U dulu)...tunggu punya tunggu tak mai2 lagi...isyh naik risau pulak aku..jadi apa2 ke? sbb Syafiq ni ada sejarah accident yang teruk sbb diserang migrane ms ngah drive..serius aku risau giler..
Lorrrr....aku ni beria2 la makan lite2 tunggu dia nak makan sama...terus takde mood..bungkus je dan balik...dan dalam perjalanan tetiba dia call...