"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, July 3, 2009

kompilasi lagi!!!!

Kepada kwn2 sori sangat sebab kelembapan aku meng’up-date’ blog ni…hurm, kalau ada anugerah blogger aku dah tahu dah aku akan dapat anugerah sawang paling tebal..hahahaha…ok lah, nak buat trade mark aku-cite secara kompilasi…hehehehe.. cite pertama tentang aku g tengok teater ‘di mana setangginya’ – aku nak sangat tengok teater yang sepatutnya jadi pementasan pertama di istana budaya 10 tahun lepas dan dalam masa yang sama aku nak tengok kwn aku si Fatih berlakon sebagai Sibli (Fatih ni hebat menari jugak-dia peserta terbaik tarian untuk JSBN tahap 1 2009) so lepas menyelesaikan tugas sebagai emcee kat rumah Tini kat keramat aku pun g ler ke IB untuk beli tiket dengan kamrul yang sekadar ingin menemani aku beli tiket tetiba dia tergerak hati nak tengok jugak..ok ler, ada geng!!! Kat IB jumpa ler beberapa kenalan aku dalam dunia teater ni..dan aku taste cite ni (walaupun ada penonton yang keluar panggung awal dan kamrul hampir2 berdengkur di sebelah aku) isu berat tapi sakarstik sangat..kalau diikutkan cite ni ditulis sekitar 90 an dan ada isu pemimpin yang homoseksual so faham sendiri masa tu isu siapa kan…keseluaruhannya aku suka Fatih, Azizah Mahzan (walaupun hanya sebagai narrator tapi sangat hebat pompuan ni) dan Shaharuddin tamby..yang lain aku rasa fail..terutama Sabrina Ali..kaku, keras, kayu..please la jgn ambik pompuan ni berlakon teater lagi!!!aku suka konotasi belut gergasi yang dibela ole Uzza sorang pemimpin yang jahat memperdaya dan kononnya membuka pintu rezeki membenarkan hari ibadat untuk bekerja tapi sebenarnya hasil petani adalah untuk kekayaan dia!belut kab licik so gambaran untuk kelicikan dia dan akhirnya belut makan tuan, so kelicikan dia membunuh dia sendiri..teater ni dikatakan teater pertama di Malaysia yang ada adegan terbang..aku bayangkan lawan sambil terbang tapi rupa2nya pari2 tergantung (terbang ke?) jek!!!nway, oklah kan..aku suka dengan satu patah skrip dalam teater ni “pohon setanggi ni gagah berdiri namun di mana harum bau setangginya?” aku pun buatlah intepretasi aku sendiri..sesuai dengan situasi semasa sebenarnya..isu perpaduan..kita gah kononnya bersatu- 1 Malaysia!! Tapi mengapa masih pertikai hak keistimewaan orang melayu? Pohon perpaduan berdiri megah tapi mana harum bau perpadua itu? Wahhh..pandai2 la aku!! Namapun tetaer absurd so ikut la kan!!keseluruhannya aku rasa enjoy dan 3 bintang aku bagi!!





Then cite kedua tentang Kursus Apresiasi Puisi kat DBP so sebagai fasilitator PPSB untuk Kem PLKN aku kena lah g joint untuk tambah ilmu..tak banyak yang aku mampu citekan Cuma aku dapt jumpa kwn2 fasi dan dpat bertukar2 idea tentang PPSB then dapat jumpa buat kali perama Dr Zurinah Hasan, penyair terkenal tanah air then dapat jumpa buat kali keberapa aku pun lupa- Dr Lim Swee Tin (Penyajak Cina yang tinggi Protesnya!!sajak2 protes beliau dekat di hati aku… malah beberapa kali aku dah deklamasikan himpunan sajak beliau-tapi sayang aku ni lebih sesuai dengan sajak2 melankolik..mat jiwang katanya) juga tak lupa jumpa En Roslan Madum yang tinggi semngatnya untuk puisi tradisional..setiap kali jumpa beliau aku memang akan terpesona mendengar alunan suara beliau!!Keseluruhannya memang banyak ilmu yang aku dapat dari kursus ni!!

No comments: