"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, July 19, 2009

Arghhhhhh...Stress!!


11 Julai yang lalu, ada LADAP kat sekolah dan aku dipertanggungjawabkan untuk mengacara program tersebut tapi aku menolak dan menulis surat kepada pihak pentadbiran kerana aku tidak dapat hadir..aku harus mengadap muka supervisor di UM..semester ni semester akhir jadi projek paper aku mesti disiapkan sebelum akhir bulan 10..lepas mengadap muka Prof Sufean aku bergegas ke Stadium Kelana Jaya bertugas untuk KOAM bagi Kejohanan Terbuka Remaja Selangor..aku bertugas di Stadium dua hari berturut2..Sabtu dan Ahad...


13 hb pula aku bertolak ke PD..sebenarnya, Aku guru tahun 6, tak lama lagi anak2 murid aku akan hadapi UPSR..tapi dalam masa yang sama aku sibuk menghadiri kursus yang bukan pun aku mengada2 minta..aku yang diminta untuk menghadiri kursus ni..Kursus protokol, etiket dan pengacaraan peringkat Negeri Selangor..setiap daerah wajib menghantar peserta2 terbaik yang biasa menjadi pengacara peringkat daerah bagi pemilihan peserta yang layak untuk mengacara peringkat yang lebih tinggi, bila mana nama aku naik untuk mewakili sekolah ini bermakna aku akan tinggalkan sekolah selama 3 hari bermula 14-16 Julai yang lalu..suka duka, tak cukup tidur semasa kursus ditambah dengan perasaan sentap kerana tak tersenarai 10 yang terbaik aku telan sendiri...yang peliak peserta yang lebih meletop dari aku tak terpilih..tu yang buat aku lebih sentap..aku sedar aku biasa2 jek so kalau terpilih mungkin rezeki aku..(aku kena belajar banyak lagi untuk project suara)..tahu tak salah sorang peserta yang terpilih..ada yang project suara dari hidung pun...sampai 'sihat' bunyinya seperti 'sehh-hart' dan terlentok2 kepala ketika menjadi pengacara..ntahlah..mungkin dah rezeki dia kot!!


Balik dari PD ptg 16HB tu aku terus ke JPS untuk mesyuarat pelarasan sebagai J.U Senamseni (pelik gak..tetiba ada jawatan ni..) Rupa2nya 5 daripada JSBN Selangor terpilih untuk present JPS untuk senamseni di KPM bagi program transformasi Kokurikulum..yang terpilih aku (JSBN teater), Jijah dari Klang, Kak Lydia dari Petaling Perdana, Kak Ros dari Gombak dan Abang Mail dari Hulu Lngat (Kesemua ni JSB Tarian) jadi petang tu kami meeting + rehearsel dengan mama Yati dan Puan Siti..balik malam..penat giler....


Jumaat pagi2 dah terpacak kat KPM dan Puan Roslina pegawai dari Bhgn Sukan, Seni dan Kokurikulum KPM bawa ler kitaorg ke SK Putrajaya Presint 9 (2) untuk meeting pelarasan+rehearsel senamseni..ini sebagai salah satu program dalam usaha transformasi kokurikulum..then Sabtu 18hb kitaorg semua akan present depan ramai tetamu termasuk Dato Norizan Bapoo...Well Done..kalau tersalah pun aku la sikit2 ..tak biasa jadi intructor so salah arah..sebab instructor kena jadi cermin..tapi aku terbuat pantulan cerminnya..hehehehe..Balik dari Putrajaya, aku mandi dan terus ke UM sampai malam ..lepak library dengan coursemate aku..Aishah untuk study.kebetulan bidang kajian kami berdua untuk projek tahun akhir sama-iaitu berkaitan dengan pengurusan stress..Ahad, pagi aku uruskan perkara2 yang patut dan petang online kejap..(tapi sempatlah update beberapa entry untuk blog ni..) then malam aku akan ke UM..nak study...(study aku belum pernah mengganggu kerja2 di sekolah kerana aku study di hujung minggu dan malam hari!!)


Esok, aku akan ke SMK Tasek Kesuma, Penyelia koakademik PPD Hulu Langat melantik pendebat2 guru daerah sebagai Hakim Pidato BPR peringkat Daerah so mahu atau tidak,,aku kenalah hadirkan diri..maka aku tidak akan ke sekolah lagi...kesian budak2 aku..Selasa hingga Khamis diaorg akan duduki Percubaan UPSR..aku tahu akan ramai yang menyalahkan aku sebabnya aku sering tidak ada di sekolah walaupun aku guru tahun enam..sebenarnya, kesibukkan sebegini setiap tahun pun aku alami dan hujung tahun lepas aku dah berbincang dengan guru besar agar aku tidak lagi mengajar tahun enam tetapi guru lain tak mahu naik tahun 6 so tiada pilihan..tetap aku dan bila perkara begini berlaku..aku gak yang dipersalahkan..aku stress!!!pernah coursemate aku gelakkan aku..kononnya kajian tentang pengurusan stress tapi aku sendiri selalu stress..hahahaha..


Cuba fikirkan kalau pegawai anda mengeluarkan ayat di bawah ini..apakah jawapan anda?...aku?terkedu..tiada jawapan..sekadar telan air liur, hadiri kerja yang patut dihadiri maka terpaksalah tinggalkan sekolah..anda pula?




"cikgu, perjalanan diaorg panjang lagi..UPSR bukan penamat
pun tapi cikgu tu tetap dan berpencen..kalau cikgu ingkar dan dikenakan tindakan
tatatertib maknanya perjalanan cikgu akan gelap sementara menunggu pencen" ...

No comments: