"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, April 24, 2009

Semester yang cukup menguji...

Entry sebelum ni terpaksa aku delect atas permintaan mak aku-yer!!mmg aku anak mak so aku ikut ler kata2 mak aku!!hahahaha..aku rasa semester ni cukup menguji aku..bermula dengan sesi pendaftaran yang aku hampir tak dapat daftar satu subjek penting yang perlu aku khatamkan sebelum buat projek paper (permintaan supervisor aku!!) then duit aku pulak tak leh kuar-simpanan aku semua dalam bentuk unit trust dan bila ekonomi merudum so susutlah nilai simpanan aku dan aku ambik keputusan untuk tidak kuarkan duit tu..pinjam duit mak la..hahahaha..tai aku bayar lambat dua minggu so kena la denda RM200 kan..

Then selesai jek soal bayaran yuran, aku terperangkap pulak dengan asgmnt yang dtg bertubi2 dan serentak untuk 4 subjek yang aku ambil-gile kau nak ngadap asgmnt 24jam..matilah kan!!dengan musim ujan yang sering gak memerangkap aku dari g kuliah tepat ada waktunya (pernah aku g kuliah dengan basah kuyup-sedih sangat masa ni!!!), di tambah keje2 pentadbiran kat sekolah kadang kala memaksa aku ponteng kuliah semata-mata nak siapkan keje yang aku tak suka tangguhkan (tipulah, kadang2 tertangguh gak!!!)

Musim kuliah dan agnment dah selesai dan skg aku sedang hadapi minggu peperiksaan-sedihnya dah seminggu aku sakit (pada yang tak tahu, baru2 ni aku kena tahan di PPUM sbb kekerangan air dalam badan-merasalah cucuk sana cucuk sini!!!AKU TAKUT JARUM!!!!)batuk tak henti sampai tonsil aku bengkak dan luka sampai nak telan air liur pun sakit, badan pulak lemah2, sendi sakit2 dan otak tak leh fkus-tapi tetap gak aku hadapi exam walaupun jujur aku tak tahu apa sebenanrnya yang aku jawab!!

Banyaknya ujian untuk aku semester ni...takpe, ALLAH MAHA MENGETAHUI sebab musabab DIA turunkan ujian ni untuk aku...

p/s : John, plz jgn nak babitkan org suka2 hati dalam masalah dikalangan korang!!aku tak tahu apa2..keluarga korang settle la secara kekorangan-,aku tak pernah cuba bernakal2 dan tak pernah cuba berpura-pura menyayangi jgn sesekali tak pernah bertindak menjadi HEROIN dalam mana2 cerita!!!last but not least-enjoy la vacation korang dan plz jgn babitkan aku yang tak tahu apa2 ni!!!!

Wednesday, April 22, 2009

Alhamdulillah..Dah di takdirkan!!!

Tahun ni aku diingatkan agar tidak keluar bila tiba musim debat sbb katanya aku mengajar tahun enam, hurm, tahun lepas pun aku kuar gak sampai peringkat kebangsaan dan aku ngajar tahun enam gak masa tu..alah kalau susah2 sangat tarik je la mana2 cikgu yang bagus naik tahun enam kan..aku kan tak bagus..hurm...
yang aku tahu, apa pun aku, time teater aku akan kuar sebab aku JSBN untuk Teater, untuk MSSSM Olahraga pun aku akan kuar sebab aku ada sijil KOAM (MSSD dan MSSS sowi yer!!!!hahahaha..kekwat!!)then debat pun aku nak kuar sbb itu darah daging aku tapi tahun ni aku DIHALANG :(

Tahun ni pulak kali pertama format diubah, semua negeri bertemu dalam karnival yang diadakan di Kedah baru2 ni then kali pertama gak usul dikeluarkan setengah jam sebelum bertanding (kaedah lama bagi debat di Universiti laaaa) so aku agak terkilan tapi tak pelah bukan rezeki aku kan...

Tap kalau dah tuhan tentukan itu rezeki aku maka ia tetap rezeki aku walaupun aku DIHALANG, insyaALLAH aku akan ke Terengganu beberapa hari sebelum sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan sbb aku akan gantikan salah seorang pendebat yang tidak dibenarkan oleh urusetia kerana pernah menjadi Johan pertandingan tersebut..SYUKUR..aku berpeluang beraksi...YA ALLAH, berilah Kejayaan dalam peluang yang engkau berikan ini...Aminnnnn

Tuesday, April 21, 2009

WOW...Sedapnya mulut!!!!!!

Sebelum aku citekan tentang entry aku nak luahkan rasa terkilan sebab Amylea dan Qhaud tersingkir dari OIAM dan AF walhal kedua2 perform sangat meletop.... :( takpelah teruskan AFUNDI AKIM!!!..

ok guy, Isnin 20hb aku tak g sekolah sbb Mohon CUTI TANPA REKOD untuk duduki Exam 2 paer yang terketar2 aku ambik sbb demam tu kan...kat sekolah ada meeting untuk penyelarasan acara sukaneka...ingat yer..MEETING PENYELARASAN SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH...tapi tetiba GB aku mengamuk dan ugut pada semua cikgu katanya - Dia yang berhak tentukan cikgu naik pangkat ke tidak..dia yang berhak tentukan kita dapat cemerlang ke tak..
ye la memang betul la.. masalahnya dia tidak menilai orang dengan betul..pernah tak dia nilai cikgu yang bertungkus lumus ajar budak2? yang dia nilai "berapa laras temperature air cond" seseorang cikgu..biarpun cikgu tu datang lewat, pakai selipar pun tak pe..janji air cond pasang baikkkkk punyerrrrr..... ha, yang paling aku tak gemar...dia dengan TAK PROFESIONALNYA CAKAP MCM NI

"DALAM SEKOLAH NI ADA DUA ORANG CIKGU BUAT MASTER TAPI JGN LA NANTI FIKIRAN DAN
KERJA TAK SETARAF DENGAN MASTER YANG DIMILIKI"

isyh, bila aku dengan kawan aku..(Akka' Nithiya) dengar statement ni, kami ber2 rasa nak ngamuk giler..weiii jatuh maruah la...apa yang aku tak buat hah kat sekolah? asyik nak cari salah jek...untuk pengetahuan korang semua..kami ni tak pernah dihargai..yang dihargai ada la beberapa cikgu tertentu jerk..yang pandai meng'AIR COND' dia...rasa rimas la....BILA LA DIA NI NAK PINDAH...cakap ikut sedap mulut..korang nilai la sendiri..GB AKU PROFESIONAL KE TAK ? ( tapi kalau pertikaikan dia tak profesional...dia akan tanya balik...."apa hak awak nak cakap pasal profesional..saya ni GB saya lebih prpfesional la..."

aiyo mudahnya menghukum...jadi boss je profesional ler...kelas pun tak masuk..kalau profesional sangat kenapa pindahkan anak ke kelas depan wal hal anak tu layak kat kelas belakang, kalau profesional sangat nape janji nak bayar ganjaran cikgu2 lepas tu lupakan je mcm tu, kalau profesional sangat kenapa hal anak gaduh nak libatkan mak ayah..kalau profesional sangat kenapa ambil kontrak bekalkan bahan mentah kepada sekolah...what ever!!!

Kegilaan yang menyeronokkan II

Aiyo, matilah kan..ada entry berantai katanya...hahahaha, tu maknanya dah takde idea la tu kan....ok ler, cite pasal exam, mmg aku rasa giler..khamis 16 April aku ambik exam PXGM 6104, alah exam kan..semua orang ambik exam..mmg arrr tapi exam yang ni aku kena ambik selama 15 jam...mak aiii..betoi ka? tak propa? seriusss ler...15 jam occay!!! balik lebih kurang jam 12.30 malam aku dah rasa lain macam jek..penat ngan ngantuk..

then pagi esoknya, g sekolah mcm biasa...tapi badan mmg rasa lenguh dan kepala berdenyut2..tengahAri 17 April tu aku bertolak ke Dynasty Hotel untuk pendaftaran Kursus pRogram Penghayatan Seni & Budaya (PPSB) kelolaan DBP untuk cari calon fasilitator PPSB PLKN..hahahaha..so g sana tak sangka jumpa kawan lama masa UPM si Hisyam dan Flora (dua2 ni budak Pantun) jumpa Che Wan (Peserta Perak masa JSBN Tahap 1)..yang bestnya aku peserta pertama..ha ngangis la aku kan nak berseloka kat depan khalayak tu kan..tapi aku bangga la..bukan mudah beb nak jadi peserta pertama..then group aku namanya SELAUT KASIH...ramai yang otai ok..jadi aku, Flora, Hani ikut jek (wal hal..aku ler ketua..hahahahah..makan gaji buta ker?)

Sabtu 18 April Aku dah mula rasa sakit2 badan-alamak ni sure sbb tak cukup tidur dan asyik terperap dalam air cond je kot!!!matilah, dah mula risau ni...dari pagi sampai petang aku mmg tak selesa...malam aku tetap buat show penilaian...semangat kena kuat beb...tapi tak tahan....aku minta balik lepas show..dan tak sedar apa...terus terjaga pagi esoknya.....(ke demam sebab tak dapat tegaok AF...tak dapat tengok tapi tetap AFUNDI AKIM...!!!!AHAKS)
Ahad aku bangun bersiap dan minta balik untuk ke Klinik, so aku terus check out dan terus ke Pandan Indah, Klinik Keluarga-sementara tunggu nama nak kena panggil, tanpa sengan silu aku baring je mcm BABY (plssss baca betul2 occay) kat kerusi..then doc kata tonsil bengkak dan virus infection ..occay, ambil ubat+bayar+balik+makan ubat+tidur dan tak sedar apa dah.....
Isin, badan masih tak sihat...tapi gigih gak ke UM sbb ada dua paper yang aku kena ambik exam paper PXGM6105 pagi 3 jam dan paper PXGM6107 petang 3 jam..(tahniah ler pada diri aku..mampu jawab exam walaupun badan terketar2...-tapi tak tahu la apa yang aku jawab sebenarnya!!!)balik jek umah aku rehat (Alhamdulillah, petang dah rasa makin kebah) dan kemas bilik yang dah semerbak bau peluh tu...so nilai sendiri mcm gile tak? mak aku kata GILA...tapi akak aku cakap SERONOK..so aku cakap KEGILAAN YANG MENYERONOKKAN.!!!!!

Kegilaan yang menyeronokkan

Peliknya entry ni...hahahaha...weiii jgn fikir aku giler occay!!Alah, cuma kegilaan yang aku refer kepada jadual aku yang pack sejak musim exam ni!! aku mulakan dengan Upacara menyambut kawan2 dari Sabah...Dexter, Oja, Mila semuanya bekas pendebat masa kami semua kat university dulu Oja dan Mila dari USM dan Dexter (yang kini dah beragama Islam pun..Aminnn) dari UMS..aku tak jumpa diorang hampir 6 tahun kot!! diaorg ni masuk debat guru wakil Sabah kat Kedah dengan sorang lagi kawan aku si Azam. Alkisahnya diaorg tersingkir pusingan pertama kalah dengan Selangor (mak aiii....aku tak wakil ye tahun ni...tak g pun pemilihan peringkat negeri!!!) so dah kalah depa ni pun ambik le kesempatan turun KL (katanya nak lepak umah Azam kat Danau Kota tu...) so dapatlah aku hang out ngan diorg semua...BESTTTTTTTNYAAAAAA...kitaorg g karaoke sama..(Bakri pun datang joint pas tu)alah..sumbang mambang ke pedulik apa..bilik tu kami yang bayar..kan kawan2...hahahahaha..tanpa mengira siapa pun kami...dalam erti 'sporting'nya persahabatan,kami berjoget sama2 bila menyanyai lagu KETAHUAN, then time lagu INTIFADHA..baik sikit la kan..nyanyi dan ketawa sama2 untuk CINTA DI AKHIR GARISAN .. dan lain2 lagu lagi cuma aku rasa sebak bila lagu MUNGKIR BAHAGIA dan lagu MY HEART dinyanyikan..mungkin sebak itu datang kerana PERASAAN SAYANG PADA SAHABAT2 KU INI...FREIND FOREVER..MUAHHHHHH

BB Walk nun jauh di Cyberjaya...

Susahnya sejak menjadi nomad ni..nak up date blog pun kena lah tunggu seminggu sekali kan..mcm ni arrr..rabu (15 April) aku g ke Cyberjaya, jumpa coursemate aku si echah (di baca : aishah) kat Lim Kok Wing University..masuk jek..aku terpegun!!Dah la warna korporatnya mmg warna kegemaran aku..HITAM...mak aiii..ni pusat pengajian ke? tempat berlibur...sepanjang jalan aku rasa mcm berjalan kat BB Walk..dengan muzik yang berdentum, aksi anak muda yang menghiburkan..(amboi mcm bahasa buku sangat!!!) then achah belanja aku makan burger yang boleh tahan harganya (mujurla pensyarah LKW ni sudi belanja cikgu sekolah rendah mcm aku ni!!!huhuhu)jadi aku pun makan la dengan bersulam chocolate ice blended..slurp...slurp sedapnya!!ada cafe!!ada saloon!!ada gym!!ada butik!!then echah tunjuk kat aku blok pentadbiran dan blok kuliah..dah nak jalan balik tu tetiba aku bertanya.."echah, surau ada ke?"..."ada..kat blkg libraray tu!!".."ohhhhhhh....alhamdulillah!!!" yang pasti aku teruja dengan LKW University ni..serius aku plan nak apply keje kat sini pas abis master nanti!!serius!!Tan Sri LKW..Harap laaaa ada vacancy untuk i ok!!!hehehehehe

Saturday, April 11, 2009

Ada jugak cikgu mcm ni !!!!!

Last week aku berbincang dengan GB tentang program kecermelangan tahun 6 tetiba bila masuk bab kelas tambahan dia cadangan untuk tahun 4 dan 5 pun stay gak kat sekolah untuk 3 hari pada cuti bulan Jun nanti (3 hari jek bukannya habis 2 minggu kena stay!!)...alasan dia untuk membudayakan kepentingan ilmu budak2 tahun 4 & 5 disamping untuk menerapkan rasa tanggungjawab cikgu lain2 terhadap kecemerlangan UPSR sekolah ni (bukan cikgu tahun 6 jek yang dok berfikir...)..jujur sekolah aku mmg kurang budaya cemerlang ni..masing2 rasa hanya cikgu tahun 6 yang bertanggungjawab kalau keputusan UPSR merosot tapi kalau naik (belum pernah pun...) mungkin diaorg akan rasa diaorg turut menyumbang sbb diapun ajar budak2 tu masa tahun 4 dan 5 ...
Oklah, kebetulan aku stay back petang lepas aku discuss tu so aku pun bagi tahu la kat cikgu2 tahun 4 supaya plan cuti ni untuk tidak balik kampung terlalu awal, tiba2 cikgu M ni (isteri kepada cikgu N) pun ala2 membantah...situasi lebih kurang mcm ni...

Cikgu M :
Isyh tak nak la...nak balik kampung, lagipun diaorg bukan nak ambik UPSR pun...kalau dah tak pandai ajar mcm mana pun tak pandai gak

Aku :
Alah M, mcm ni la kita..kena la korban sikit..aku tak tahu la kan..aku takde anak..mak aku cakap kalau aku ajar anak org bagus2 dan jadi pandai, insyaALLAH Allah akan turunkan sorang cikgu yang paling bagus untuk ajar anak kita dan anak kita akan jd lebih pandai dari budak yang kita ajar tu..

Cikgu M :
Tak payah la...aku boleh ajar anak aku sendiri la..kalau aku ada duit aku buka sekolah sendiri ajar anak aku..

(AKU SENTAP DENGAN JAWAPAN CIKGU NI....AKU DIAM DAN MEMBIARKAN CIKGU M NI BERSEMBANG DENGAN CIKGU2 DARJAH 4 YANG LAIN..LAMA SIKIT AKU BERSUARA..)

Aku :
Mcm ni la cikgu2 darjah 4 ek, saya akan bincang dengan GB untuk mengecuali kan korang..ye lah (AKU SEBAK DAN MCM NAK NANGIS) air mata sekolah ni milik cikgu2 darjah 6..tak pernah la org lain nak bg sokongan dan bantu kitaorg..korang balik la kg biarlah kitaorg je stay...(AKU SEBAK SANGAT NI NGAH SAKIT HATI DENGAN CIKGU M)... takpelah kita semua tak payah la ajar anak org lain baik2 buat apa kan..kita semua kan boleh ajar anak sendiri..kita semua kan mampu buka sekolah sendiri..tak pelah..(AKU TERUS DUDUK!!!)

Aku bukan seorang guru asalnya, aku dah ada kerjaya yang kukuh (gaji aku setelah jadi cikgu 5 tahun masih belum cecah gaji aku yang dulu..bukan nak kekwat yer..) aku TERPAKSA jadi cikgu kerana mengikut kehendak mak (baca entry "betul kata mak") tapi aku akui aku dah SAYANG pada profesion aku skg biar apa pun org nak kata..tapi aku tak salah kan org luar kalau dok mengata sbb mmg ada cikgu mcm tu yang aku lebih rasa malu sbb ....
DIA PEREMPUAN, SEORANG IBU DAN SEORANG ISTERI KEPADA SEORANG CIKGU
tapi kenapa dia mcm tu?


tu lah..kalau dah tak dapat keje sekalipun jangan jadikan profesion ni PILIHAN TERAKHIR, nanti mulalah tak ikhlas, itu tak boleh, ini tak boleh...Hurm kalau dah kaya sangat..BERHENTI LA..BUKA SEKOLAH SENDIRI, AJAR ANAK KAU SENDIRI!!!