"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, April 11, 2009

Ada jugak cikgu mcm ni !!!!!

Last week aku berbincang dengan GB tentang program kecermelangan tahun 6 tetiba bila masuk bab kelas tambahan dia cadangan untuk tahun 4 dan 5 pun stay gak kat sekolah untuk 3 hari pada cuti bulan Jun nanti (3 hari jek bukannya habis 2 minggu kena stay!!)...alasan dia untuk membudayakan kepentingan ilmu budak2 tahun 4 & 5 disamping untuk menerapkan rasa tanggungjawab cikgu lain2 terhadap kecemerlangan UPSR sekolah ni (bukan cikgu tahun 6 jek yang dok berfikir...)..jujur sekolah aku mmg kurang budaya cemerlang ni..masing2 rasa hanya cikgu tahun 6 yang bertanggungjawab kalau keputusan UPSR merosot tapi kalau naik (belum pernah pun...) mungkin diaorg akan rasa diaorg turut menyumbang sbb diapun ajar budak2 tu masa tahun 4 dan 5 ...
Oklah, kebetulan aku stay back petang lepas aku discuss tu so aku pun bagi tahu la kat cikgu2 tahun 4 supaya plan cuti ni untuk tidak balik kampung terlalu awal, tiba2 cikgu M ni (isteri kepada cikgu N) pun ala2 membantah...situasi lebih kurang mcm ni...

Cikgu M :
Isyh tak nak la...nak balik kampung, lagipun diaorg bukan nak ambik UPSR pun...kalau dah tak pandai ajar mcm mana pun tak pandai gak

Aku :
Alah M, mcm ni la kita..kena la korban sikit..aku tak tahu la kan..aku takde anak..mak aku cakap kalau aku ajar anak org bagus2 dan jadi pandai, insyaALLAH Allah akan turunkan sorang cikgu yang paling bagus untuk ajar anak kita dan anak kita akan jd lebih pandai dari budak yang kita ajar tu..

Cikgu M :
Tak payah la...aku boleh ajar anak aku sendiri la..kalau aku ada duit aku buka sekolah sendiri ajar anak aku..

(AKU SENTAP DENGAN JAWAPAN CIKGU NI....AKU DIAM DAN MEMBIARKAN CIKGU M NI BERSEMBANG DENGAN CIKGU2 DARJAH 4 YANG LAIN..LAMA SIKIT AKU BERSUARA..)

Aku :
Mcm ni la cikgu2 darjah 4 ek, saya akan bincang dengan GB untuk mengecuali kan korang..ye lah (AKU SEBAK DAN MCM NAK NANGIS) air mata sekolah ni milik cikgu2 darjah 6..tak pernah la org lain nak bg sokongan dan bantu kitaorg..korang balik la kg biarlah kitaorg je stay...(AKU SEBAK SANGAT NI NGAH SAKIT HATI DENGAN CIKGU M)... takpelah kita semua tak payah la ajar anak org lain baik2 buat apa kan..kita semua kan boleh ajar anak sendiri..kita semua kan mampu buka sekolah sendiri..tak pelah..(AKU TERUS DUDUK!!!)

Aku bukan seorang guru asalnya, aku dah ada kerjaya yang kukuh (gaji aku setelah jadi cikgu 5 tahun masih belum cecah gaji aku yang dulu..bukan nak kekwat yer..) aku TERPAKSA jadi cikgu kerana mengikut kehendak mak (baca entry "betul kata mak") tapi aku akui aku dah SAYANG pada profesion aku skg biar apa pun org nak kata..tapi aku tak salah kan org luar kalau dok mengata sbb mmg ada cikgu mcm tu yang aku lebih rasa malu sbb ....
DIA PEREMPUAN, SEORANG IBU DAN SEORANG ISTERI KEPADA SEORANG CIKGU
tapi kenapa dia mcm tu?


tu lah..kalau dah tak dapat keje sekalipun jangan jadikan profesion ni PILIHAN TERAKHIR, nanti mulalah tak ikhlas, itu tak boleh, ini tak boleh...Hurm kalau dah kaya sangat..BERHENTI LA..BUKA SEKOLAH SENDIRI, AJAR ANAK KAU SENDIRI!!!

1 comment:

alfa juliet said...

masa situasi itu mungkin aku tak ada...sabarlah azerai.....ko pun mcm tak tau, memang mcm gitulah kalau org suruh buat keje..sure ada yg membantah...cuba suh cuti, harusss...hahaha