Dah separuh perjalanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal..Tahniah..Memang TRANSFORMASI telahpun berlaku..hurm, aku rasa hanya untuk pentas semata-mata Tidak adil la kalau kata tidak ada langsung kemajuan pada pelajar namun rasanya tidak cukup berbanding kekerapan 'transformasi' tersebut diungkapkan terutama oleh AC..boleh dikatakan perkataan tranformasi itu adalah hela nafas beliau untuk setiap konsert.
oklah, tema duet kali ini mungkin menarik bagi sesetengah orang tau mungkin tidak bergantung pada interpretasi individu tersebut...kalau bercerita ttg duet di AF aku rasa paling menarik adalah lagu Duet lagu My Heart di tangan Mila dan Ebi - superb sangat2!!mungkin kebetulan diaorg memang tgh bercinta masa tu sbb tu yang feeling abis kan..tak lupa gak duet dari filem Love is Cinta dendangan Stacy dan Nubhan..cerita dalam lagu tu sampai!! Mungkin ada yang terlupa Sahri muncul menghidupkan persembahan Zarina untuk lagu Pulangkan walaupun ini sebenrnya bukan lagu duet tapi nampak serasi dan persembahan Zarina memukau..
Aku mmg tertunggu2 adakah ada yang mampu memberikan persembahan sebaik Mila dan Ebi? Hurm dan aku pun tak sabar nak tggu kejutan sbb aku yakin zahid dan vince tidak akan menyanyi untuk dua pelajar yang berbeza...aku rasa zul 2by2 akan muncul untuk isma dan dafi pula akan muncul untuk aishah (tapi Alif Aziz yang muncul...boleh la suara dia!!!)
Aku sebak semasa persembahan isma-dia sendiri nampak sebak dan mungkin bagi sesetengah orang persembahan mereka keterlaluan tetapi mungkin disebabkan terlalu rindu maka sebab itulah aksi mereka mcm tu...alah kalau kita pun mungkin mcm tu jugak kan!!perasaan sebak menjadi persembahan isma biasa2 jek..tapi masih menarik untuk di tonton-percayalah ibu anak 5 ni bakal beraksi di final
Aku rasa yang cemerlang minggu ni Claudia, Hafiz dan Aishah..mereka ni pun akan berada di Final...aku sebak melihat persembahan Hafiz-dia terlalu cemerlang pada setiap minggu tapi kenapa gelaran pelajar cemerlang hanya diperolehi pada minggu pertama sahaja? adakah konsep pelajar cemerlang tu untuk semua rasa...? kalau dah dia cemerlang dan berhak dapat bagi je lah tak kiralah berapa banyak kali dah dia dapat...kan!!!! Claudia menggunakan pengalaman menyanyi di lounge dengan sebaik mungkin aku enjoy lihat persembahan mama christian ni..Aishah-serius aku nampak dia boleh pergi jauh sangat..dia seperti Gita Gutawa!!aku undia untuk tiga pelajar ni...
Rasanya ramai yang tahu..aku minat akim dan akan undi dia..ye mmg aku undi dia (hello...bil ni aku yang bayar yer..so peduli apa orang nak kata kan...) cuma aku rasa tone yang sedap tu tak disokong dengan persembahan yang groove untuk lagu dan pasangan duet yang dah cukup menarik ni.Work Harder Akim...!!!!Tak payah la nervous2 lagi...dah 5 minggu dah di pentas dan khalayak yang sama..ok Akim!!
tone serak2 basah Aril makin sedap didengar...ditambah dengan lagu dan jalan cerita yang menarik bersama Marsha membuatkan dia nampak istimewa..Hurm, si Wok ni nampaknya pilihan produksi..tengok la kejutan yang dia terima, bantal busuk dan teddy bear di bawa naik, klip parent dia dengan adam..hurm, ingat tak AF2..mula2 Zahid biasa2 jek, tapi dia selalu dapat kejutan-Shebby dtg bg Jersey, Klip parent dia bersama Misha, Arwah Pak cik MMA dtg bg komen, phone call dr Datuk Daud Kilau, Tiba2 Datuk Daud Kilau muncul menari dengan dia then Misha dtg bg komen dan suapkan cucur kodok untuk dia..fuhhhh...dan skg giliran Aril (dia pun sebenarnya pilihan Principal Tiara)
Yazid, ada kemajuan tapi belum cukup lagi la yang dia dapat beri...sejak2 ni dia ni rajn bercerita dalam diary dan sah2 undia dia naik sebab tarikan dia dalam diari..prestasi dia meningkat tapi masih di bawah aras "transformasi..No komen untuk Sidi dan Qhaud (sedihnya dengar heliza nyanyi...what happen cikgu ) cuma aku rasa happy sidi terkeluar sbb dia tidak ada kemajuan...(rasanya dia masuk top 14 sbb kuota org utara kot.hahahaha..si Abraham tu sah2 la top 6 untuk OIAM tapi tak dapat masuk top 14 AF mungkin sbb kuota Sabahan ramai sangat..)
p/s pada yang ak setuju..maaf la erk..ni komen dari aku..ikut observation aku!!!
No comments:
Post a Comment