"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Thursday, April 2, 2009

JSBN tahap 2

bestnya balik umah kat seremban, hampir 3 minggu tak balik umah sbb terlalu busy ngan asgment (ni pun tak siapkan lagi 4 asgmnt..matilah, sempat meng'up date' blog kan) pas kemas2 dapur sambil dengar siaran ulangan konsert af7 tengahari ahad tu, aku pun bersiap nak bertolak ke PD..gamble arr ikut jalan mambau..1st time ni lalu ikut jalan ni..sambil2 tu dok usha2 gak umah nabil,mana la tahu kot2 dia ada ka..leh g bersalam (hahahahaha) ye arrr bakal artis paling popular katakan..



fuhhh mujur tak sesat, aku sampai gak ke Glory Beach Resort 25 minit pas tu, pas daftar aku pun just lepak je la dalam apartment-aku ddk ngan joseph, lee, faizal..then malam sesi house keeping diadakan..hurm ramainya otai yang hadir..jadi cuak la gak..pas tu balik bilik n berkurung siapkan sikit asgmnt, mmg arr tak mampu nak siapkan,bak kata org siapakan sehelai dulu pun jadilah...



kelas teater-kitaorg dicampur untuk tahap 1&2, kelas pertama mmg memboringkan..kuliah ttg sejarah, asal usul, jenis2 tetaer, jenis2 pentas..etc..pendek kata sapa yang baru nak kenal ngan teater sure rasa bosan...mmg pun ..ada sorang peserta ppuan yang tukar ke kelas tarian sbb rasa bosan..lantak la dia...sambil dok dengar kuliah akubaring & terlelap..hehehehe..baik punya bunyi dengkuran manja katanya ..sambil dok dengar lagu india tarian baranathiam dr kelas tari tahap 2..pas makan tengahari dah mula beraktiviti..sambung cerita, hahaha tetiba aku jadi anak muda yag mengandungkan anak org (haha,..mira?) then melutut nak bertanggungjawab pada ayah pompuan yang aku kandungankan itu..tiba2 kan..then belajar vokal, belajar teknik pernafasan, belajar fokus, ada game teater dan sebagainya..walaupun aku tahu aku tak akan jadi best student untuk kali ini (peserta yg pernah dapat gelaran itu tak akan diberi lagi-itu janji acik dan abg kusairi-faci kesayangan kitaorg) tapi aku janji pada diri aku..aku akan buat yg terbaik.



kumpulan aku memang best...aku ssorang je peserta tahap 2 yang lain tahap 1 tapi kesemuanya berbakat dan bagi komitmen yang tggi untuk kumpulan..task pertama-bina plot cerita berdasarkan tema..ada kumpulan yang dapat tema jiwa, mata, tamu, kecoh dan kumpulan aku paling mudah kenduri..cerita kita pun mudah jek..hari kenduri kawin arrr..so bersempena dengan tema tu kami sepakat pilih nama kumpulan kendara..hahahaha..group aku yang mmg happening nada,muli,faizal,aisha,su,dan aku arrr..konsep kami takde ketua sape saje boleh buat keje ...



sambung balik psl task 1 tadi, selain kena bina plot dan berlakon, kami semua dikehendaki menyediakan sub text untuk setiap watak dalam cerita tu..dalam cerita ni aku jadi pak andam..hehehehe..terpaksalah kena buat gaya mengumpat2 sikit (aku tak suka mengumpat dan mendengar umpatan-opsss)..kendara group paling last perform-alhamdulillah,kami dikatakan satu2nya kumpulan yang mempersembahkan task dengan baik dan betul pada subjek sub text..(aku tengok markah,mmg kami paling tinggi..)ahhh..competition bermula walaupun aku tahu aku takkan terpilih..ahh g mampus janji ak buat yang terbaik...



then sebelum task kumpulan yang setrusnya ..hari berikutnya kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar-lelaki dan perempuan dan melakonkan dengan mengaplikasikan pelbagai elemen dalam lakonan..lelaki kena tema 'kapal' then yang bestnya aku usulkan buat replika kapal then aku jadi angin dan menghembus kapal untuk bergerak, then ombak datang cuba memusnahkan kapal..angion sentap then angin paggil ribut untuk bertarung dengan ombak dan kapal karam,matahari datang dan mendamaikan..hahha..mmg pompuan tak dapat clue sbb subjeknya kami selindungkan..group pompuan..lite2 jah..hahahaha..aku tak paham apa yang mereka nak tampilkan tapi just lakonan la takde unsur suspen+spectacular factor..opsss...jgn marah kwn2..in charector..kami semua terpaksa jadi org tua cacat kaki sebelah kanan yang bermuka herot kena stroke then kena jalan balik dari pantai ke dewan kuliah melalui lobi hotel..malu seh tapi pengalaman merasai kepayahan org yang sebegitu..insaf kejap aku..



petang kami semua mmg flat-tak cukup tido mata berat dan ada 3 exam yang menanti..mula2 exam individu-lakonan+vokal pada skrip yang sama tapi sejauh mana ekspresi kita akan menjadikan kita lain daripada yang lain..aku puas..serius aku puas bila aku faham analisa 'watak vs aku' aku puas sbb faham dengan watak dan dapat lakukan dengan baik..bila aku menarik kerusi (gerakan improvisasi katanya) keluar dari lantai lakon aku menitis air mata kerana puas dengan lakonan aku...(alhamdulillah aku dapat markah tertinggi untuk vokal dan lakonan sama markah ngan abg hafez azwan)..



then abis jek ujian vokal+lakonan..aku terus sentap sbb rehat cuma 40 minit dan kemudian test lakonan kumpulan-skrip bangsawan tapi kami boleh ubah latar ikut kreeativiti tanpa mengubah skrip..akhirnya kendara mengambil keputusan untuk lakonan cerita bangsawan mahsuri ini dengan berlatarbelakangkan cafe yang diberi nama cafe mahsuri (ala2 pi mai pi mai tang tu) then watak2 pula kami ubah dengan aku akan bercakap slang inggeris, aishah seorg pompuan gedik, nada ambik watak india tipikal, faizal watak sengau (dia ni mmg sesuwai...sangat prefect), su jadi mk mahsuri yang bercakap kelantan (oreng lengkawi cakap kelenten?..skrip add lip aku..hahaha) then muli lak jadi lelaki skema yang sopan tak hengat..wow...dalanm tak hafal skrip aku rasa puas hati sangat..tahu tak nape kami buat situasi mcm tu? sbb kami semua tak hafal skrip so ala2 kononnya si su ni hantar la menu padahal masa belek menu tu kami belek skrip..hahahaha..yang su ngan muli lak jadi pemilik restoran ..hantar dulang air-atas dulang pun ada skrip..cayalah kendara-aku sayang korang semua..dan yang penting kami sekali lagi dapat markah paling tinggi..alhamdulillah...



abis jek semua group buat persembahan kami semua dipenggil untuk test senamseni..no comment aku etap dapat part yang aku fobia-lagu zapin hadrah+hanuman..why arrrr?



then malam show, aku jadi mc so berangan la jadi aznil kan masa handle konsert af katanya..tak kisah la berangan ke tak yang penting majlis jadi happy...tarian india dari senior tari (tarian tahap 2) mmg mengujakan..aku tak puas..reza dan kak hud mmg meletopppppp...



then aku rasa happy gile masa mementaskan semula cerita kenduri..mcm ada roh lak..sampai cerita ni jadi seperti nyawa kepada show mlm ni..siap ada majlis tepung 'air tawar' pulak dr fasi2..tq semua yang sporting..then kami akan lakonkan semula cerita ini untuk majlis penutup esok..abis show kitaorg semua happykan diri...aku,acik,abg kusairi, kak aisha, aishah kendara, kak tini, abg saidi, kak zamani, amin, makmor, dan dua tiga org lagi pun kuar arrr g minum2 kat PD..kitaorg g kat bangi kopitiam...opsss ada raja faraah dengan pelakon lelaki cerita ezora dulu tu...nak jadi cerita diaorg ni kenal ngan abg kusairi so bila diaorg salam2an kitaorg pun berangan la salam2 n tangkap gambar bagai ni...then ada la sorang pekerja tanya,kitaorg ni artis ke..jawapan kak aisha"haah, kami artis..pelakon" apa lagi budak indon tu pun mula la snappy2 pic kami semua hahahaha..berangan..



balik..flat tido arrrrr..esoknya hari penutup mcm biasa aku jadi mc..sekali lagi kendara featuring kwn2 teater lain mempersembahkan cerita kenduri..bertambah meriah bila masing2 kreatifkan diri dengan hantaran (abisla kuih2 hotel tu kan)..tahniah pada peserta terbaik teater tahap 1-nada dan kak aishah then tahap 2-makmor dan rose (aiyo kakak..ko ambik aura aku kah?) hahaha..yang lain jgn kecewa ok..korang semua berbakat ok..walaupun aku tak dapat tapi aku bangga dengan pencapaian aku..ok..pada semua aku sayang korang ..sayang sgt2...

No comments: