"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, May 25, 2009

wonder pets!!!

akhirnya....


dah lama aku ingin mencuri masa untuk up date blog tapi serius aku tak tahu mcm ne nak curi masa..aku sibuk sangat dengan kerja2 tertangguh, kerja2 baru, kerja2 hakiki, kerja2 sambilan...lalalalala..kerja laaaaaa..hahahahaha...akhirnya, allah beri jugak aku jiwa dan masa untuk menulis entry terbaru (cite lama tapi baru update jerk...hahahaha..matilah aku lembab...)



setelah sepulah minggu kite semua demam transformasi af..setelah sepuluh minggu bintang2 af yang tak kira la dari mana juga datang ni menghanggatkan kita...setelah sepuluh minggu nama2 seperti akim, akim, akim, dan akim..(hahahahah) mengatasi nama2 menteri malah perdana menteri...akhirnya..berlabuh juga tirai af..tahniah akim, walaupun tidak berjaya menjadi juara namun ternyata...semua gafimmer akan ingat persembahan akim untuk final...


sejak tahun 2006 aku terlibat dengan pasukan selangor dalam debat guru2, setelah berkali2 berusaha untuk merebut gelaran juara, setelah 3 tahun berturut terpaksa pulang dengan puas hati (tapi sentappp...) dengan gelaran naib juara..akhirnya..allah berikan juga rezeki, merestui perjuangan kami..akhirnya pasukan debat selangor menjadi juara untuk ketegori bahasa melayu dan naib juara untuk kategori bahasa inggeris..alhamdulillah....

setelah hampir bosan dengan pelbagai isu di perak, setelah puas berteka teki tentang siapa sebenarnya menteri besar yang sah, setelah berkira-kira dan bersedia untuk pilihanraya semuala..akhirnya...sah, terima kasih dan selamat tinggal datuk seri nizar...
akhirnya aku rasa, aku bersedia untuk ceritakan segala-galanya...tunggu entry terbaru aku...






Tuesday, May 5, 2009

Cukup2lah....

Aku sedih bila ada yang lempar microphone..
Aku terkedu bila budak2 terlopong menyaksikan pertengkaran..
aku terkesima bila ada yang lempar buku...

Aku tidak ada kuasa untuk menghentikan,
Suara aku bukan untuk didengar sekadar menghibur kala duka,
Aku makin keliru..'di mana sebenarnya aku?'
Kenapa makin hari makin panas atmosfera ini?
Kenapa makin lama makin aku tak kenal orang di sekeliling aku...

Kiri kupujuk, kanan kurujuk...
Kiri bahuku, kanan kepalaku..
sukar untuk aku pilih sisi yang patut aku berada..
makin panjang perjalanan ini, di sini...makin berliku
makin tinggi usia aku, di sini..makin aku diajar 'kurang ajar'
makin berkedut mukaku, di sini..makin aku terasa semakin keanak-anakan kesemuanya...

Cukup2lah...semua ini,
cukup2lah hidangan pengalaman yang tak seberapa ini...
aku ingin keluar dari sini..

Selamat Pengantin Baru TJ

Hati berdebar sepanjang minggu lepas dan sedih tanpa sebab...mungkin akan ada berita sedih yang bakal aku terima...isyh jgn la...tak nak!!aku tak nak sedih2 lagi...tapi kalau betul pun berita sedih aku kena gak hadapi dan terima..cuma...berita apa sebenarnya?

Sampailah satu hari...

"TJ tak jemput ko ke..dia dah kawin la...!!!"
-----DIAM..TERKEJUT..TERKEDU----

"tak, terlupa kot..ntah2 aku
takde pun dalam list dia...hahaha"
-----GELAK PALSU DAN AIR MATA
BERGENANG----

Sape lah Minah TJ ni kan...Hurm, dia ni perempuan yang mula2 aku pandang masa
umur 18 tahun..masa tu aku kat UPM..aku gigih dapatkan dia untuk penuhi ruang
hati aku...27 julai 1998 tarikh paling istimewa untuk aku dan dia...aku hadiahkan hati aku pada dia..makin hari makin sayang..makin hari makin wajah dia terbayang!!Ya ALLAH indahnya perasaan CINTA yang kau berikan ini...Namun apakan daya, kami ada masalah namun bagi aku masalah itu lah yang mematangkan kami...aku masih sayang dia..sampailah kami masing2 habis belajar aku masih menunggu dia..namun jujur aku jauhkan diri buat seketika kerana masalah peribadi yang agak merungsingkan (aku terjerat..serius..bukan kehendak aku!!!)

Dia makin berjaya, aku pulak mcm2 ni jerk..tahu tak, aku beli kereta Waja warna itam kerana dia sbb dulu2 Waja iatam hanya untuk askar kan..dan itulah kerjaya dia..ingat lagi, excited sangat aku ajak dia kuar berbuka puasa nak bawa dia naik kete aku nih, tapi dia kata ada reunion then aku tawarkan diri untuk hantar dia ke airport untuk masa dia nak balik raya tapi dia kata dah ada skuad yang akan hantar dia..takpelah..dan dalam sms tu kami ada la bercerita tentang kawin..Ya Tuhan..indahnya mimpi aku akan jadi nyata..aku pernah lakukan kesilapan pada dia..aku janji akan betulkan kesilapan lalu..

hari yang sepatutnya aku keluar berbuka dengan dia (tapi dia ada reunion) aku kuar arr ngan kwn2, kami g Alamanda, makan kat Chicken Rice Shop dan tmpt ddk aku mengadap eskalatur..dan tiba2..wajah yang selalu menari2 di ruang mata ...ye dia..aku tak sialp..memang dia..turun berpimpin tangan dengan seorang lelaki (askar yang pasti...) Aku pandang dan dia pandang kembali pada aku..dia tipu..dia kata dia ada reunion..air mata bergenang...YA ALLAH..kenapa kau remukkan hati aku?kenapa kau tarik bahagia yang ingin aku kecapi (dari kecil aku tak pernah bahagia Ya Allah.......)

Bodoh kau Azerai..kau memang Bodoh!!aku balik, aku buka PC.tengok semua gambar dia yang aku scanned (dan yang aku curi-masa edit majalah kolej dulu) aku renung dan nangis..nape aku lemah ni..nape ni!!? masa berganti masa...dan aku kuatkan hati untuk telefon dia dan minta maaf (aku yang minta maaf...sebab aku lupakan dia seketika masa aku kat maktab dan jujurnya aku ada hantar msg2 maki hamun selepas kejadian kat Alamanda tu..jadi aku minta maaf untuk itu semua..aku redha (redha?airmata berjela..redha kau kata?) dia milik orang lain namun aku masih mengharap keajaiban akan berlaku..

melalui kawan, aku dapat tahu dia clash dengan laki tu-Alhamdulillah..ni peluang aku..ye ni peluang aku!!..aku sms, aku call, untuk rapatkan balik apa yang rengang..mcm biasa!!tapi dia masih enggan keluar dengan aku..alaaaa..jgn la takut, saya tak makan org la!!!mungkin sebab aku hamun dia kot sebab tu dia takut..tak pelah, aku terus mencuba..

aku ingat lagi, pernah satu malam aku rasa bahagia...dalam msg dia..dia kata...

"Kalau awak dah takde sape2, awak pinang jek saya, kawin la ngan saya!!!"

Betul ke ni!!!tidur aku mimpikan dia..nakal nya aku...hehehehe

Sekali lagi Allah tarik bahagia aku ni-dia dah bertunang dengan askar lain-WHAT? hurm, dan sekarang dia dah selamat bergelar isteri (bukan milik aku...)namun aku masih tertanya2..kenapa di saat akhir dia tidak berterus terang dan masih mainkan perasaan aku? aku masih ingat kata2 dia dalam corong telefon semasa aku call dari Kota Tinggi guna public

"awak, sejak jd askar ni mmg saya dah tahu sosial life askar, saya
tak akan pilih askar"

tapi akhirnya....aku juga yang derita...

awak, selama ni saya mmg tunggu awak, dari dulu awak, dari dulu lagi..saya rasa tak kan awak tak tahu hati saya!!!

awak, saya cuba lupakan awak, saya cuba kawan dengan orang lain tapi diaorg tu sekadar rebaound jek sbb ms tu saya nak lupakan awak tapi mudahnya awak lupakan saya..

awak, saya sayang awak sampai detik ini, namun semuanya takkan berpatah balik lagi, izinkan saya terus2an mendoakan kebahagiaan awak 5x sehari semalam..saya tak kan berhenti dari mengingati dan mendoakan kebahagiaan awak

awak, ingat tak? dulu saya cakap "hanya takdir yang mampu memisahkan kita" dan mmg telahpun ditakdirkan kita terpisah..tapi awak, kenapa mcm ni?

awak, selamat pengantin baru, jaga diri baik2 yer..minta maaf atas segala kesilapan saya, minta maaf sebab hadir dan bazirkan masa awak untuk cinta kita, minta maaf sangat2-Saya bukan lelaki terbaik untuk awak, walaupun bagi saya awak lah yang tercipta paling indah buat saya.

PELAMIN ANGANKU MUSNAH...untuk awak, "i was born to make u happy"

Aku pemberontak?

ada yang kata aku ni "buat2 nakal dan pura2 penyayang"..sial betul statement tu...weii kalau lu tak kenal gua dalam dan luar ..lu tak payah la komen2 gua..gua sendiri tak pernah nak jengah hidup lu kan..hahahaha..tetiba kan, aku ni kadang2 emosi kacau..biasa larrr..occay la..aku sebenarnya lebih tertarik dengan statement pegawai MAINS "penulisan u membayangkan u ni seorang yang berjiwa memberontak?" hurm, betul ke aku mcm tu..aku pun gigih membaca balik semua entry aku termasuklah di blog lama..betul ke aku mcm tu? hurm..akhirnya aku sedar..mungkin ada benarnya kata kawan aku tuh..
mungkin sebenarnya aku masih tak dapat buang masa silam aku dari kotak kenangan yang menghantui aku..aku tak mcm budak2 lain ketika membesar..kurang kasih sayang (arwah abah ngan keluarga mak cik dan mak terpaksa sibuk cari rezeki untuk besarkan kami adik beradik) ye..baru aku sedar dari kecik aku selalu memberontak-nape budak lain ada baju baru?ada permainan?ada tangan abah yang untuk dicium setiap pagi untuk ke sekolah..nape aku takde semua tu? semasa kecil aku cari jawapan kepada soalan2 tu..mencari, mencari, terus mencari sampai satu tahap aku jadi benci dengan takdir hidup aku...dan kadang2 sehingga sekarang aku jadi cepat melenting dan melawan..STOP..tak nak lanjutkan lagi, tak nak buka dah kisah2 sedih ni...
hurm...dah lama rupanya 'penyakit' tu ada dalam diri aku..serius aku tak sedar...sampailah kawan aku sedarkan aku tentang diri aku..betul la kan..kwn cerminan terbaik untuk kita..TERIMA KASIH KAWAN...nampaknya aku ada tugas baru dalam hidup, aku dah tak boleh patah balik dengan kesedihan dan dendam silam..aku kena pandang ke depan dengan lipatan hijab yang mempesonakan..YA ALLAH..kau kuatkan la hati ku untuk menggembara mencari diriku yang sepatutnya!!Aminnnn

kesian Aishah....



Hurm, perasan tak setelah 8 minggu (dan sekarang sedang run minggu ke 9) AF musim ke 7 ni..Aishah peserta paling muda tidak pernah pun dinobatkan sebagai pelajar terbaik..pelajar genit yang sangat berjaya untuk lagu 'dan sebenarnya' ni pun tak pernah dapat panggilan phone ke kampung..sebaknya kalau aku jadi dia..Aishah ni dikatakan main2? dia happy go lucky ler..tapi sekurang-kurangnya dia tak besar kepala kan..asyik membentak jek arahan dan ajaran cikgu..kannnn...hurm, jgn mcm tu yerkk (kepada yang berkenaan ler..kat luar sana kalau berperangai mcm tu..mmg tak leh naik!!!)

Isma dapat jumpa anak2 dia masa dapat best student, dapat nyanyi ngan suami dia, claudia dapat peluk baby Christian dia, akim, akim dan yazid pun dapat peluk family masing2 masa konsert..tapi Aishah? ada tak..Ya Allah..syahdunya bile ingat kan nasib dia..seperti terasing dan kurang diberi kasih sayang..takpelah Aishah, dengan result SPM yang agak cemerlang..Aishah boleh terus berjaya...kami semua doakan Aishah...sedih bila dalam diari Aishah bergenang airmata kerana rasa terhutang pada peminatnya..undi kami untuk Aishah terus mara tapi apakan daya..bukan rezeki Aishah di sini!!!LOVE U AISHAH

Monday, May 4, 2009

siapakah aku sebenarnya?

kawan2 kata dari blog aku..aku ni pemberontak orangnya?benarkah? kawan rapat kata aku ni ada simpan satu rahsia besar dalam idup aku...hurm?benarkah? apa sebenarnya kesedihan yang melanda aku sampai aku menangis teresak2 sepanjang minggu lepas dalam phone sambil menelefon kawan baik aku?hurm..aku belum ada kekuatan..anamun aku rasa adil untuk semua kenal dan tahu sape aku sebenarnya!!nanti aku akan ceritakan segalanya pada kalian..namun beri aku masa untuk kumpul kekuatan tu!!!cuma aku harap selepas ni jangan pandang serong pada aku dan ampuni aku kalau kalian akan benci aku selepas membaca entry yang bakal aku coretkan sikit masa lagi!!!!