Terasa makin meningkatnya usia maka makin matang kita dalam menghadapi kesulitan dalam kehidupan.hurm..bukan senang nak jadi AZERAI..terpaksa melawan segala “dugaan” yang diturunkan..melawan diri sendiri untuk tidak menurut kata hati..penat..penat sgtt..kepenatannya tidak dapat dizahirkan..tidak sepenat berjuang di medan perang..aku hanya mampu berdoa demi yang aku impikan menjadi kenyataan!!!inilah mukadimah hijab coretan yang akan merakam kenangan kehidupanku....+60125409954
"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"
Wednesday, January 28, 2009
Kecelakaan, Maut & Keinsafan
Monday, January 26, 2009
Puteri Gunung Ledang-mengimbas memori praktikum
Sepanjang cuti sempena tahun baru cina ni mmg aku stress, mana taknya terlalu banyak kerja yang perlu aku siapkan..
kerja-kerja pentadbiran sekolah yang berbaki, siapkan asgmnt yang tertangguh, aku kena siapkan cepat sebab by next week aku dah sibuk dengan kursus jurulatih budaya negara (jsbn) peringkat zon tengah kebangsaan-kebetulan tuan rumah negeri selangor so selain daripada menjadi peserta aku jugalah antara urusetia so sebelum masa sibuk tu dtg aku kena siapkan semua kerja2 tuh..sebab nanti balik dr kursus tak la aku tergopoh gapah buat kerja2 tu ala kadar...
sampai ada yang merajuk dan terasa hati sebab aku terlalu sibuk sampai tak hiraukan sesiapan pun-tak balas sms, tak nak kuar beragenda..mcm2 la..
tapi apa kena mengena dengan poster filem puteri gunung ledang ni?aku rehatkan minda tghari td sbb dah tak larat nak fikirkan keje yang berlambak ni dengan menonton cite yang sangat indah niiiii...tetiba aku teringat satu kisah...
mcm ni kisahnya, dulu masa wat praktikum mengajar kat sk tun syed jan al jafri,sp kedah aku diberitahu akan dinilai peringkat akhir so aku gelabah dan tak tahu mcm mana nak buat...
saat akhir, aku dapat idea untuk gunakan poster filem PGL ni sbgai bahan bantu mengajar dalam set induksi P&P tentang topik "teknologi memudahkan kehidupan"...begini situasinya...
aku tampal poster tu dan tanya pada murid tentang filem ini then sorang murid ni dengan ghairah menceritakan la mcm mana hang tuah gigih naik gajah,panjat gunung segala untuk berjumpa dengan radin dumilah(pgl) ni...
aku tanya balik..nape tak guna helikopter atau sms/call je radin dumilah tu..kan senang..
jawapan diaorang..mana ada semua tu cikgu...then aku tanya balik..bayangkan kalau semua teknologi tu ada..respon diaorg ...wahh senang la hidup hang tuah tu cikgu...
so aku pun bg gambaran..ha, teknologi mmg memudahkan kehidupan..itulah topik pembelajaran kita hari ni...
hehehehe..aku nampaklah penilai aku senyum dari belakang..dia angkat tangan tanda suka dengan perkaitan aku tu..mmg aku dapat A pun praktikum...alhamdulillah
Saturday, January 24, 2009
Thursday, January 22, 2009
"Selamat Tahun Baru Cina"
JUARA LAGU 23
Saturday, January 17, 2009
jong-jong inai?
Saturday, January 10, 2009
harap la mak aku belanja tak sia2
lonely...
Sunday, January 4, 2009
2008...semuanya dalam kenangan
- aku dah pun ada rumah sendiri dengan dekorasi dan rona warna yang mengikut citarasa aku
- sambil aku pun dah lakukan sesuatu untuk 'carier development' aku..aku sambung master pengurusan pendidikan kat um
- aku dah ada lesen sebagai UNIT TRUST CONSULTANT yang aku ambik dengan pihak fmutm
- hurm,koam?aku dah lama lulus ujiannya cuma tahun 2008 baru dapat lesen gred 3
- selama ni aku melatih group teater cuma sekadar berdasarkan pengalaman dan sikit2 bakat yang ada, tapi penghujung 2008 aku telah menghadiri kursus teater jsbn,alhamdulillah LULUS dan dapat PESERTA TERBAIK..
- tunggakan ptptn makin sikit dan aku berazam nak settlekan 2009 (kalau boleh) then hutang berbaki aku selesaikan dengan potongan gaji
- ha, tak pernah terfikir nak joint gym..tq mak sbb sponsor untuk masuk california fitness sempena birthday abg..
- ramai budak aku dapat A untuk subjek sains yang aku ajar (even kelas belakang pun ada 2 orang dapat A)..aku happy sangat..honestly aku nangis masa result keluar..tak sangka usaha kami berbaloi...
- kelas yang aku jaga buat web site sendiri (katanya dedikasi untuk kenangan ngan aku..aiyo bijak arr budak2 sekarang)
*kurang suka....
- aku tak dapat pindah la ke negeri sembilan..alasan kementerian "sape suruh beli rumah kat sana?...lain kali cikgu belilah rumah kat sekolah yang cikgu ajar,maaflah cikgu..ni bukan kes kronik,kalau cikgu pinjam ngan along ngan dalam bahaya baru kami layan..."CHOI
- aku terpaksa berulang dan bangun seawal 5pagi untuk 4 bulan then minyak naik,budget lari so kena la cari umah sewa kat kl untuk kurangkan kos..
- flow money aku tak cantik sebab kurang duit arr aku tak buat any part time n gaji makin kecik sbb dah tolak duit rumah tapi..selagi bernafas jgn mengalah!!
- masih ada kawan yang KAKI PROPA n kadang2 aku buat2 jek mesra sbb aku tahu dia kaki kencing n kaki tikam dr belakang
- ntahlah lupa la...malas nak ingat,rasanya ada lagi ni..nanti lah aku ingat aku tulis ok..
AKU BERHARAP AGAR USAHA AKU DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN AKU AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG AKU IDAMKAN SELAMA INI...AMINN