"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, May 4, 2009

patung kertas


bersempena dengan kesedihan yang melanda..dan kebetulan dah takde kelas malam kan skg so aku free la sikit..aku luangkan masa untuk ke matic untuk tonton teater patung kertas...tq zali sebab sponsor aku untuk tonton pementasan tersebut..overall menghiburkan..sekadar untuk berhibur..occay la...

occay, baca la preview ni yang aku petik dari mangga online!!


"Persembahan teater Patung Kertas 2 yang sedang dipentaskan di Auditorium Matic, Kuala Lumpur bukanlah sekadar drag show atau mengangkat golongan lelaki lembut yang ada di negara ini.Sebaliknya banyak kritikan sosial yang dimuatkan di dalam pementasan itu melalui pelbagai watak lekaki lembut yang dibawa ke atas pentas.
Malah kerana itulah ia dipentaskan semula selepas pementasan pertama tahun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Banyak isu yang disentuh dalam tetaer tulisan A. Wahid Nasir itu.


Ada sedikit kelainan yang diserap termasuk isu semasa pasal gejala lelaki lembut atau pondan yang sedang diperkatakan. Malah isu pondan gila yang memukul perempuan di Kuala Lumpur baru-baru ini turut diselitkan dalam nada komedi tapi sinis.
Watak Adik Chu lakonan Ashraf Muslim dalam pemantasan musim pertama tidak menunjukkan ke mana arahnya setelah melalui pelbagai dugaan dalam perjalanannya mencari diri apabila datang ke Kuala Lumpur. Tapi dalam edisi kedua ini, pada akhirnya Adik Chu mahu kembali ke pangkal jalan.



Demikian juga watak Abang Long lakonan datuk Jalaluddin Hassan yang akhirnya sedia menerima cinta seorang wanita yang menerima dirinya seadanya.Teater itu membawakan pelbagai watak menggambarkan latar belakang lelaki lembut yang memilih jalan hidup picisan. Ada yang mencari makan di lorong dan ada juga yang menjadi show girl. Sisi baik yang digambarkan ialah mereka sedia menggunakan kelebihan dan bakat yang ada bagi mengutip dana membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang.Mereka berganding bahu mengadakan persembahan paperdolls bagi mengutip dana tersebut"

1 comment:

Anonymous said...

teater ni sesuai kalo u all masuk main kan??