"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Thursday, June 4, 2009

Bravo@PLKN Kerling

rasanya sebelum ni aku dah beritahu kan, aku akan ke Kem PLKN untuk bertugas sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di bawah modul DBP..Untuk pengambilan kedua 2009 aku ditugaskan di Kem Pelangi Hill Resort Kerling, Selangor...aku bertugas dari 1 Jun hingga 3 Jun 2009 dan untuk mengelakkan kelewatan aku bertolah petang 31 Mei dan bermalam di Serendah, TQ Cikgu Khairul yang sponsor penginapan malam tu...


Selepas subuh 1 Jun tu pun bertolak ke Kerling, tak jauh sangat cuma jalannya sunyi jek..isyh tapi kena ler berhati2 sebab ni jalan lori balak nih...cari punya cari aku tersesat ke kem PLKN Bina Negara Kuala Kubu Baru..haiyo...boleh tak nampak signboard nama kem..hahaha..cari balik ler...mujurlah aku sempat sampai sebelum mesyuarat bermula jam 8.00 pagi!!..Hurm, sorang fasi tak dapat datang dan kebetulan fasi tersebut bertugas dengan aku untuk Kumpulan Tun Sri Lanang..ini bermakna aku akan bertugas sorang..masak la aku..dah la kali pertama, kena bertugas sorang pulak tu.."takpe Azerai..ko mampu kalau ko fikirkan ko mampu!!!" kata2 pada diri aku sendiri untuk sedapkan hati!!Hurm, salah sorang Fasi, kak Azlin (peguam occay..tapi tetap meletop dalam bidang sastera..) rupa2nya mak kepada student aku...Ya Allah, keciknya dunia..tapi seronoklah, selain bertukar2 idea tentang sastera kami sempat berbincang tentang kemajuan anak dia!!hehehehe

Occay, bila wira dan wirawati berkumpul aku terus floop tengok ahli2 kumpulan Tun Sri Lanang, atau nama asalnya Bravo...(nama di tukar untuk kesesuaian modul), kebanyakkan ahli Brovo yang berbendera biru ini mcm jenis tak nak dengar kata dan muka semuanya kebosananan (hampir kesemua wiraBravo tidur semasa briefing oleh ketua fasi kami-cikgu mior), nampaknya dugaan aku makin besar-dah la kali pertama aku bertugas, terpaksa bertugas seorang dan akan bertugas dengan budak2 yang Hampeh ni dah tu kelas kuliah yang kami dapat tak dapat digabungkan sampaikan terlalu sempit dan hari kedua terpaksa tukar ke bangunan lain ...matilah aku!!!








Kelas pertama memang betul telahan aku, baik wira ataupun wirawati semua jenis tak nak bagi kerjasama-suruh baca sajak pun tak nak..yang diaorg tahu excuse, minta g toilet then hilang!!..hurm, walaupun diaorg panggil aku 'cikgu cute' -hahaha cute ke kau? tapi memang aku tertekan buat2 cool je lah ..takpelah, aku cuba je lah buat yang terbaik dan aku hilangkan identiti aku sebagai fasilitator..aku cuba bergurau dengan diaorg dan menjadi kawan dengan diaorang...aku buat teater game untuk diaorg bagi diaorg happy, dan aku cerita2 motivasi tapi dalam bentuk yang melankolik (nak revearse psicology katanya) dan alhamdulillah, dalam masa yang singkat (sesi malam hari pertama) dah mula nampak nak bekerjasama dan energy diaorg dah berpindah kepada aku..aku turut bersemangat dan lupakan semua masalah dan dugaan dalam duty ni...






Kami semua mula merangka persembahan, dari memilih produksi sampailah merancang pergerakkan, yang lebih aku bangga, diaorg dah mula tunjukkan keupayaan yang sebenarnya..rupa2nya diaorg berbakat dan yang magisnya diaorg pun tak tahu diaorg berbakat dan dengan modul ni baru diaorg kenalpasti bakat diaorg dan yang penting masing2 enjoy dengan modul ni..

Aku mmg bangga dengan Bravo, diaorg tahu, cikgu cute diaorg ni (hehehehehe) terpaksa lelah bertugas seorang (sepatutnya 1 kumpulan 2 orang fasi) jadi mereka bahagi2 tugas sesama mereka, yang kumpulan vokal bekerja sesama diaorg, pendlekamator pulak berbincang tentang maksud sajak, intonasi dan gerak tubuh sesama diaorg manakala penari2 (mawar2 penggitan..hehehehe) yang juga merangkap pelakon juga sering berikan idea untuk memperkemaskan persembahan mereka...sebab kerjasama diaorg ni lah aku hadiahkan permainan PS2 untuk diaorg (dalam bentuk teater game ler..bukan yang sebenar punya meh!!!)..diaorg mmg komited, aku suruh berkumpul jam 2 semua dah berkumpul tapi aku yang lewat...hurm, maknanya diaorg enjoy dengan kelas PPSB ni..Alhamdulillah


Masuk malam kedua aku rasa sayang dengan semua wira dan wirawati ni...aku rasa diaorg ni adalah org yang lain-bukan wira dan wirawati yang aku kenal hari pertama!! rasanya kami semua dah dapat right track untuk Malam Citra Puisi (MCP)...walaupun masih ada baki 3 sesi latihan...Hari ketiga semasa rehearsel ketua Fasi berpuas hati cuma minta kami gunakan ruang tepi pentas untuk kumpulan vokal sebab terlalu crowded atas pentas (Bravo satu2nya kumpulan yang tidak dibahagi 2 untuk segmen puisi tradisonal dan puisi moden-kami menggunakan orang yang sama dan kesemuanya di atas pentas dari awal hingga finale persembahan) so kami masuk ke kelas semula untuk berbincang dan latihan buat kali terakhir dan selebihnya kami gunakan masa untuk lepak sama2 dan bercerita-hurm, baru aku faham kenapa diaorg nampak boring semasa hari pertama-diaorg ni pengambilan pertama untuk kem ni dan fasilitis tak lengkap termasuklah latihan yang diaorg nak sangat buat pun tak dapat-menembak..sbb tu diaorg rasa boring!!


Aku rasa sebak bila ada yang kata-"cikgu hebat sebab buat sorang2 jek"-sebenarnya bukan aku yang hebat-diaorg yang bagi aku kehebatan tu!!! "cikgu kitaorg enjoy dengan kelas cikgu"-cikgu pun enjoy dengan korang semua dan sebelum menutup kelas terakhir ni aku minta maaflah dengan diaorg kalau ada yang tersilap kata dan perbuatan, aku pun berterus terang dengan diaorg tentang perasaan aku semasa kali pertama melihat diaorg dan yang pasti aku beritahu juga tentang perasaan sayang dan bangga aku dengan diaorg...kerjasama yang diaorg berikan sebenarnya telah mengubah persepsi kali pertama aku untuk diaorang..



"Cikgu, kita confirm ke pakai baju hitam? sebab ada kumpulan lain pakai baju hitam gak..." jawapan aku..."tak kisahlah kalau ada yang berbaju hitam jugak yang pasti baju hitam Bravo akan nampak hebat dengan persembahan yang mantap!!" Disambut dengan tepukan dan saat ni aku betul2 sebak melihat semanangat diaorg dan hati kecil aku mendoakan kejayaan diaorg untuk MCP..


Malam MCP diaorg buat yang terbaik dan disebabkan beberapa kesilapan teknikal (kumpulan vokal block pemandangan hakim untuk melihat pelakon di atas pentas) dan hanya berbeza 1 markah (menurut Fasi Urusetia..Cik Mat)..Bravo diumumkan tempat kedua dalam persembahan keseluruhan dan Wirawati Intan diumumkan sebagai pendeklamasi puisi tradisonal terbaik..Aku rasa bangga sangat untuk diaorg...walaupun terpancar kecewa di mata diaorg tapi seperti yang aku katakan-kehebatan persembahan diaorg dah cukup bagi aku bukan kedudukan..yang pasti beberapa org pemerhati dari DBP, pihak Urusetia dan beberapa jurulatih kem menyatakan rasa terkilan sebab Bravo tak jadi juara..takpelah adik2 wira dan wirawati, tuhan dah tentukan bukan rezeki kita, cikgu bangga, sayang dengan kamu semua...cikgu harap dapat jumpa lagi dan kita akan sentiasa berhubung antara satu sama lain occay!!


Lepas abis MCP kami semua fasi meeting di luar dan aku balsik semula ke kem untuk berkemas dan jam 2 pagi drive balik ke KL..aorang2 dalam perjalanan, sunyi dan tetiba aku sebak..hurm, tuhan temukan aku dengan adik2 yang istimewa di mata aku...dan aku tahu tuhan akan restui perjalanan hidup adik2 aku ini dan aku sendiri akan berdoa untuk kejayaan mereka...tQ buat semua fasi jugak yang bagi aku semangat terutama buat cik mior dan teristimewa buat dua fasi yang sangat rapat dengan aku..cik Matt dan cik Hatta(hehehe..bila ler nak makan kedai kak ida depan GIAT lagi kan..ye lar pelakon berek kan..)..LOVE SEMUA..LOVE BRAVO

8 comments:

Anonymous said...

salam bravo atas apa jua pencapaian iareza dalam kehidupan yang semakin mencabar nie. namun, hidup kita seperti roda...pusingannya melalui pelbagai jalanan...rata, lopak, kasar, basah, panas etc...apa pun siapkan diri menghadapi yg tidak indah di hari mendtg krn kekalutan kita bisa memporak perandakan kehiudpan sendiri dan isi kehidupan di sekeliling kita. indahkan kehidupan dgn berkasih sayang e
sesama kita moga Yang Esa membalas kasih itu dengan limpahan rezeki dan kasih jua.....selamat bercuti.

alfa juliet said...

azerai, dasat ko ye jadi fasi...dulu aku pernah minta, tapi x dpt..wakakaaka...

4z3r@1 Azm1 said...

to alfa juliet, try la minta lagi..insyaALLAH leh dapat

4z3r@1 Azm1 said...

to anonymous-impress u tahu nama pena i!!saya sentiasa bersedia dengan apa jua kekalutan yg bakal mendatang

fara said...

salam..cg azerai..sy dak bravo..kat kem plkn plngi hill kerling...mm..thnkz msuk kan citer sal kami..link la blog sy k..www.faratina.blogspot.com..n doakan kejayaan kami after dis k ckg..

4z3r@1 Azm1 said...

hai fara, ha..ni cite untuk korang dr hati cikgu tau

fara said...

thankz alot cg..huhu..terharu gilr..x tpu..mm..biler bc kan terase rindu yg teramat sgat kat member..kat cgu..n kat alll..adoii..

4z3r@1 Azm1 said...

tu la fara..kenangan terindah between us