"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, June 8, 2009

Kisah Upin & Ipin

Sekadar Meminjam nama dua watak 'hot top' kat Malaysia ni untuk kisahkan dua watak dalam idup aku yang aku kira perlu diletakkan dalam ranking yang tinggi...untuk pengetahuan sahabat2 yang tidak mengenali 'upin & ipin' aku ni, takpelah..cukup sekadar membaca dan mengambil ikhtibar (mungkin...!!!)

Kisah Upin - Sahabat aku sorang ni memang obses dengan dunia debat, dia ni gigih mengajar sekolah sana sekolah sini, bukan dia sorang buat dah ramai buat benda ni..termasuklah aku..bakat yang ada jgn disiakan, kalau boleh buat duit janakanlah selagi mampu..kannnn..
tapi jgn sampai tikam kawan dari belakang...what? tikam kawan...opsss sensasi ni...

Macam ni, Upin ni ramai alumni debat kata dia tak abis belajar (Gagal n diberhenti kan lerrrr)..tu la..obses debat sangat kottttt...dia ni ligat business debat, sana sini muka dia mengajar dan terbukti la gak sbb pernah muncul Johan Piala Datuk Syukur kan...ok, alkisahnya sebuah sekolah kat Klang ni call aku kat sekolah (mana dia dapat nama sekolah aku pun aku tak tahu ler..) so pas deal aku sms le Upin ni, dia tak balas tapi terus call..mak ai..berbakul cikgu sekolah kat Klang tu diburukkan (kebetulan Upin pernah ngajar debat sekolah tu) then aku ni cepat panik...hurm, tak jadi lah ngajar sekolah tu...then Kejadian yang sama berulang bila aku dapat call dari sekolah area Sri Petaling..dia buruk2kan cikgu tu gak...keputusan yang sama aku ambil..tak jadi..
Tup2, aku dengar cite dia g ngajar sekolah area Sri Petaling tu..mak aii...patutlah dia beria2 kutuk sebab tak nak aku caras line dia kan..aiyo..tak cukup tu dia cuba caras aku dengan berusaha minta no Phone sorang pensyarah dari maktab Mizan Terengganu untuk deal ngan pensyarah tu sedangkan dia dah tahu pensyarah tu ada contact aku dan melalui seorang kawan, dia dah maki2 aku ni sbb tak ajak dia g Mizan sama2..motiff? mcm ni la, aku tak la laparkan duit sangatsbb aku byk lagi sumber lain tapi kalau nak CARMA sekalipun jgn la sampai caras kawan2 occay!!
Kisah Ipin- Selain dari debat, budak2 debat ni ramai yang CARMA dengan jadi MC kat termasuklah aku gak...Nak jadikan kisah..sorang kwn lama aku dalam debat ni bukalah syarikat untuk event management dan dia minta tolong aku la hal2 MC ni...dia pun not bad ler..dia pernah keje ngan Radio NO 1 kat Malaysia ni tapi dia akui terus terang malas nak buat skrip (PULAKKK...!!!) so memandangkan kwn2 aku setuju ler tolong dia buat skrip tapi dengan bayaran la kan..dan dalam masa yang sama dia nak 'up' kan aku ler jadi talent dia (selama ni aku free lance dan sub talent kepada beberapa company kenalan aku...) jadi aku setuju ler..mana tahu kan job aku pas ni meletoppp...
Hampir 5 skrip gak la aku dah buat tapi takde pun job untuk aku, tapi skrip sentiasa nak meletop..bayar tetap sama tapi tak kisah..SABAR katanya!!sampai la satu hari, aku g rehearsel satu majlis ni-dia suruh dtg sebab nak kemaskan skrip then aku terkedu...dia recycle jek skrip2 aku sebelum ni..aiyo, dah la job yang dijanjikan tak dapat2 then job lite2 tulis skrip pun dia dah caras dan tak bayar pun royalti sbb dah guna (hahaha,..padan muka ko Azerai sbb tak buat perjanjian!!) Sentap la aku...tapi takpleh..aku tetap ada job lain -stail aku kalau orang bayar 3 angka pun aku ambik gak..yang penting kepuasan aku!!
Hurm, kalau kalian takm kenal diaorg pun takpe, janji Si Upin dan Si Ipin ni dah pekena aku!!!merasalah jiwa merana kannnnnnn
p/s:
pas ni kalau sape2 nak perkhidmatan emcee untuk resepsi (sebarang konsep), majlis korporat, majlis makan malam, dan sebarang majlis tak formal boleh contact aku terus ok!!

1 comment:

budakmengamuk said...

entri nie u tulis before i mintak tolong u kan..?? takut jugak nie.. :)

xmampu la nak bagi banyak..ala2 tampung kos jer.. xper kan..??

*jgn risau, percaya pada hukum karma.