"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, March 7, 2009

jadikan ikhtibar

Tahniah Sepah

Aku tak menyaksiakan gelanggang akhir namun Jihan tersungguh dengan Sepah..nway, tahiah Sepah..untuk Sepah dan Jihan teruskan usaha untuk memartabatkan komedi dalam dunia seni tanah air..selamat memulakan langkah dan untuk Amir..langkah ler kembali ke IKBN..abiskan pelajaran, belajar diksi dan pronounsiasi dulu baru munculkan diri

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu


Aku akhirnya buat keputusan untuk tidak menyaksikan Gelanggang Akhir RJ3 di MPSJ sbb nak ke PICC bg menyaksikan pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dengan Pa'dat, Hasril, Bob dan ad'angnya..kebetulan sejak kepulangan Hasril dari Korea aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan dia lagi so aku rasa ni peluang la untuk melepaskan rindu pada sahabat aku yang sorang ni dan juga rindu pada dunia pengucapan awam.





Aku rasa semua pun dah tahu keputusan pertandingan ini, johan nusantara dah tentulah Malaysia (tahniah Syam- berbaju kemeja putih !!), naib johan- Indonesia dan ketiga- brunei..manakala kategori antarabangsa johannya dari Combodia( yg comel berbaju kemeja biru ni), Naib johan-Australia (yang cantik ni hah) dan ketiga - Belanda



Aku rasa tak perlulah komen tentang Syam, bagi aku dia dah terlalu hebat dan sepanjang pidatonya aku benar2 terasa remamg bulu roma kerana setiap bait katanya meresap masuk ke jiwa.



Sebagai penutur Bahasa Mel;ayu aku rasa bangga kerana rupanya ramai orang tahu bertutur dengan baik dalam bahasa melayu walaupun kebanyakanya bertutur dalam bahasa melayu indonesia namun bahasa melayu tetap bahasa yang sama walaupun berbeza dialeknya sehingga bagi aku objektif untuk pengaktarabangsaan bahasa melayu mungkin akan tercapai pada suatu hari nanti cuma sayangnya pertandingan peringkat antarabangsa ini sangat sedih dengan beberapa kelemahan yang tertanya menunjukkan kepada dunia luar betapa kita tidak profesional




  1. MC yang bertugas katanya dibayar empat angka tapi seperti tak buat research sampaikan ketika keputusan lambat keluar beliau boleh umukan perasaan gelisah kerana tidak tahu dah nak buat apa-ler,mungkin pada yang pertama kali menyaksikan pertandingan ini bolehlah diceritakan tentang sejarah pertandingan lalu atau mungkin juga boleh ceritakan tentang negara kita pada peserta dan delegasi luar.atau kalau dah tak tahu sangat psl pertandingan (walaupun mc ni mc yg sama untuk 2 pertandingan lalu) atau psl malaysia (hurm..) masa tu boleh je run penyampaian sagu hati pada peserta yg tidak berjaya ke final


  2. peserta tidak dibreafing /rehearsel cara mengambil hadiah aku rasa samp[ai kalau tak silap peserta dari China ingin mengambil hadiah buat kali kedua dari tangan org yg berbeza..


  3. persembahan yg aku kira murahan-baik tarian opening, dekon ms menunggu keputusan atau gendang mengiringi pergerakan majlis..aku rasa budget tinggi (dengar khabar cecah 1.5 juta) apa salahnya jemput yayasan kebudayaan mana2 negeri untuk persembahan..aku rasa tak sesuai jemput tarian dari ipt yang tak gah..hurm, UPM pernah buat persembahan tarian yang sangat meletop..kenapa tak dijemput UPM saja kalau nak save sangat budget?dekon?isyh aku rasa salah interpretasinya..tapi ntahlah..yang pasti itu bukan level persembahan untuk pertandingan peringkat antarabangsa..gendang?bingit la..lebih sesuai kalau caklempong yang bunyinya lebih mesra telinga.


  4. then tidak disediakan podium untuk pemidato..sekadar ada mic saje..at least sediakan stage kecil untuk mereka berdiri..hiasan pentas mmg hauk la bagi aku..dulu ms pertandingan kali pertama-peringkat saringan .aku rasa pentasnya sangat menarik..DBP telah bina replika rumah kampung dan peserta berpidato di anjung rumah..


  5. Aku rasa tajuk pertandingan ini perlu global dan jangan sesekali fokus kepada malaysia-kadang2 penonton sering bertanya apa autoriti peserta2 luar nak bercerita atau berpidato tentang negara kita?

keputusan hakim memang menepati jangkaan, secara jujur walaupun Australia hanya menduduki tangga kedua dalam kategori antarabangsa namun perta wanita yang tinggi lampai ini telah menambat hatiku (juga kwn2ku)dengan olahan yang menarik, penggunaan contoh dan bahasa yang dekat di hati walaupun dikatakan kurang isi..sedikit petikan pidato beliau yang melekat di hati aku..


"saya membaca A,B,C dan terlupa selepas itu huruf apa..lalu saya bertanya kepada guru -selepas C huruf apa.Guru saya tidak menjawab tetapi berkata syukur anak ini sudah bijak berfikir untuk bermandiri.sekiranya semua org berfikir maka berfikir akan menjadi satu budaya dan akhirnya budaya ini akan dapat mengangkat kegemilangan sesebuah negara"


"anak2 mengangkat tangan ingin bertanya dalam kelas-itu satu kebiasaan,


guru memarahi murid -itu satu kebiasaan,


kita terlupa huruf apa selepas huruf C-itu satu kebiasaan,


tapi kebiasaan inilah yang sebenarnya menjadikan sesebuah negara luar biasa dengan kegemilangan"


"kegemilangan sesebuah negara bukan diukur dengan baja dan besi bukan diukur dengan ketinggian bangunan, bukan diukur dengan kemampuan penganjuran tapi diukur dengan ketinggian luar pengetahuan"


"kita tidak boleh berhenti untuk belajar untuk melihat kecemerlangan negara kita-jgn sesekali berhenti selepas A,B, C ..."

Tuesday, March 3, 2009

BODOH?

hurm,satu kisah telah berlaku last week di sebuah sekolah di daerah X..katanya PPD Daerah X tu telah menerima email layang mendakwa bahawa guru2 tahun 1 di sekolah Y yang kononnya tidak menyemak buku latihan sejak sesi persekolahan bermula, jadi beberapa org pegawai telah turun ke sekolah tersebut untuk menyiasat tentang dakwaan parent tersebutlah..Alhamdulillah,dakwaan tersebut terbukti palsu..(jgn la tuduh guru ni sebarangan..plzzzz)..namun yang menyedihkan, seorang pegawai lain (pegawai A) di PPD daerah X tersebut telah bercerita tentang 'kemalasan' cikgu2 tahun 1 sekolah Y kepada pentadbir sekolah Z yang kedudukannya berada di sebelah sekolah Y ni dan pawanapun menghembuskan cerita ini k sekolah Y..

Dengan profesionalnya,pentadbir sekolah Y pun menelefon pegawai A untuk membetulkan keadaan dan ingin bertanya kenapa perlu menyebarkan cerita tentang sekolah Y ni tetiba dikatakan pegawai A dikatakan mengamuk dah menyebut perkataan BODOH sebanyak 3 kali kepada pentadbir tersebut..cerita ini disampaikan secara lisan kepada aku oleh seorang guru di sekolah Y itu sendiri..

aku kagum dengan pentadbir sekolah Y yang ingin mempertahankan maruah anak buahnya (dengar cerita-petisyen bantahan akan dihantar oleh sekolah ini ke KPM,JPS dan NUTP disebabkan penggunaan pertaan BODOH tu) namun aku agak sedih dengan budaya penggunaan perkataan BODOH tu ..kalaulah cikgu sebut je perkatan tu..terus jadi isu dan cikgu akan dipersalahkan,kena buat surat tunjuk sebab dan apa2 je lah tindakan yang seolah2 kesalahan tu sama besarnya dengan mengedar dadah...tapi kes ni..mcm mana pulak yer..biasalah kami ni bilis je...

Azerai nak masuk PLKN?

kan aku dah tua..takkan la aku nak sertai PLKN tapi best gak kalau dapat joint.rindu la aktiviti mcm ni (walaupun takut tapi seronok...)..insyaALLAH aku bakal masuk ke kem PLKN mulai hujung April ni sebagai fasilitator seni budaya..terkejut ke?
alaaahhh..kisahnya begini-pada sambutan merdeka tahun lepas aku terlibat dengan persembahan di MPAJ dan tak sangka ada mata yang memerhati,ada hati yg berkenan lantas aku disunting (ahaks..mcm kena pinang pulak) ..seorg pegawai dr unit perkembangan budaya,DBP tawarkan aku untuki menjadi fasilitator seni budaya untuk ditempatkan di kem2 PLKN tapi masat u aku tak berapa faham dan tak berapa minat (senang cite tak confident) sampailah lepas aku dapat sijil JSBN barulah aku jumpa balik pegawai tu dan mengisi borang..hurm,tak lama lagi aku akan mulakan tugas baru ku ini..tak sabarnyaaaaaa

uncle azerai vs uncle aznil..ahaks

hehehehe..gempaknya tajuk entry kali ni..untuk pengetahuan semua aku ni jenis tak reti nak handle budak2..hurm masa tahun pertama mengajar kat sekolah ni aku suka sangat jerit2 marahkan budak,impaknya budak tak suka aku dan diaorg tak dapat pun sebarang outcome dari pengajaran aku...namun temper aku mulai turun pada tahun kedua menjadi cikgu...dan aku mulai pandai untuk tackle budak, kalau dah marah..aku dah tahu macam mana nak pujuk, kalau malas belajar aku dah tahu mcm mana nak tingkatkan minat diaorg..

percaya tak...semua ni bukan mudah untuk aku perolehi, aku berazam untuk berubah sebab bg aku mengajar satu proses yg bukan mudah,perlukan kerelaan dan keikhlasan kedua-dua pihak..aku banyak belajar dr pemerhatian terhadap cara uncle aznil berkomunikasi dengan budak2 dalam rancangan mcm2 aznil (segmen anak2 ku) then skg dah ada tom2 bak..bygkan setiap lapisan kanak2 sayang pada dia..ingin menjadi seperti dia dan taksub pada dia..kuasa itu yg ingin aku pinjam dari dia..hurm mungkin azerai tetap azerai tidak boleh menjadi aznil sbb aznil tu makhluk tuhan yang paling disayangi oleh anak2 dan kuasanya tidak mungkin dimiliki oleh orang lain..

namun hari ni aku dah dapat rasa bahagia bila disayangi oleh anak2 murid malah budak2 tahun 1 melambaikan tangan kepadaku setiap kali terserempak atau ternampak aku di mana2 sudut disekolah sambil memanggil ku dengan panggilan 'uncle aznil'....(hehehehe..bukan cikgu azerai)..ini semua sbb aku kendalikan satu sesi bercerita semasa minggu transisi tahun 1 pada awal tahun dan cara aku buat mmg seperti rancangan tom2 bak..eeeeiii...tq pak nil sebab beri inspirasi pada saya...ops..bahagianya kalau aku ada anak sendiri lepas ni..heheheheh

Go Jihan!!!




Lama aku tak up date blog,kesihatan tak mengizinkan la..aku migrane teruk baru2 ni dah tu demam lak tu..tapi gigih gak ni g sekolah n kelas kat um walaupun terpaksa membaluti tubuh dengan tiga helai baju..huhuhu...nasib badan meh!! ok lah..rasanya dah lambat kot untuk aku publish entry ni...pasal raja lawak musim ke 3 yang bakal sampai ke kemuncak bagi memberi laluan kepada rancangan realiti yang makin kurang pengaruhnya iaitu akademi fantasia musim ke 7...aku raja sedih sebenarnya amir masuk final..sape lah yang mengundi budak ni?nway jihan aku tetap masuk final kan..so bestnya....ohya walaupun harap jihan untuk menjadi juara mungkin tipis (sebab org mcm aku sebagai pengikut setianya kurang...) namun percayalah peserta tunggal ini tidak akan mengewakan kita semua..kata org dia tak bagus tapi bg aku..dia lah satu2nya peserta yang persembahankan komedi kepada khalayak..sedangkan amir tu persembahkan lawak bodoh atau kata sopannya lawak splapstik..Sepah tu pulak pakar buat double meaning,diaorg ni ramai pngikut tapi lawak dia bukan komedi namun sekadar double meaning yang memualkan kerana terlalu kerap dan kadang kala loyar buruk di atas pentas...takpelah kwn2 kita tgk jumaat ni..sape yang bakal menang-komedi,lawak bodoh atau loyar buruk..pilihan di tangan anda