hehehehe..gempaknya tajuk entry kali ni..untuk pengetahuan semua aku ni jenis tak reti nak handle budak2..hurm masa tahun pertama mengajar kat sekolah ni aku suka sangat jerit2 marahkan budak,impaknya budak tak suka aku dan diaorg tak dapat pun sebarang outcome dari pengajaran aku...namun temper aku mulai turun pada tahun kedua menjadi cikgu...dan aku mulai pandai untuk tackle budak, kalau dah marah..aku dah tahu macam mana nak pujuk, kalau malas belajar aku dah tahu mcm mana nak tingkatkan minat diaorg..
percaya tak...semua ni bukan mudah untuk aku perolehi, aku berazam untuk berubah sebab bg aku mengajar satu proses yg bukan mudah,perlukan kerelaan dan keikhlasan kedua-dua pihak..aku banyak belajar dr pemerhatian terhadap cara uncle aznil berkomunikasi dengan budak2 dalam rancangan mcm2 aznil (segmen anak2 ku) then skg dah ada tom2 bak..bygkan setiap lapisan kanak2 sayang pada dia..ingin menjadi seperti dia dan taksub pada dia..kuasa itu yg ingin aku pinjam dari dia..hurm mungkin azerai tetap azerai tidak boleh menjadi aznil sbb aznil tu makhluk tuhan yang paling disayangi oleh anak2 dan kuasanya tidak mungkin dimiliki oleh orang lain..
namun hari ni aku dah dapat rasa bahagia bila disayangi oleh anak2 murid malah budak2 tahun 1 melambaikan tangan kepadaku setiap kali terserempak atau ternampak aku di mana2 sudut disekolah sambil memanggil ku dengan panggilan 'uncle aznil'....(hehehehe..bukan cikgu azerai)..ini semua sbb aku kendalikan satu sesi bercerita semasa minggu transisi tahun 1 pada awal tahun dan cara aku buat mmg seperti rancangan tom2 bak..eeeeiii...tq pak nil sebab beri inspirasi pada saya...ops..bahagianya kalau aku ada anak sendiri lepas ni..heheheheh
No comments:
Post a Comment