"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, March 7, 2009

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu


Aku akhirnya buat keputusan untuk tidak menyaksikan Gelanggang Akhir RJ3 di MPSJ sbb nak ke PICC bg menyaksikan pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dengan Pa'dat, Hasril, Bob dan ad'angnya..kebetulan sejak kepulangan Hasril dari Korea aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan dia lagi so aku rasa ni peluang la untuk melepaskan rindu pada sahabat aku yang sorang ni dan juga rindu pada dunia pengucapan awam.





Aku rasa semua pun dah tahu keputusan pertandingan ini, johan nusantara dah tentulah Malaysia (tahniah Syam- berbaju kemeja putih !!), naib johan- Indonesia dan ketiga- brunei..manakala kategori antarabangsa johannya dari Combodia( yg comel berbaju kemeja biru ni), Naib johan-Australia (yang cantik ni hah) dan ketiga - Belanda



Aku rasa tak perlulah komen tentang Syam, bagi aku dia dah terlalu hebat dan sepanjang pidatonya aku benar2 terasa remamg bulu roma kerana setiap bait katanya meresap masuk ke jiwa.



Sebagai penutur Bahasa Mel;ayu aku rasa bangga kerana rupanya ramai orang tahu bertutur dengan baik dalam bahasa melayu walaupun kebanyakanya bertutur dalam bahasa melayu indonesia namun bahasa melayu tetap bahasa yang sama walaupun berbeza dialeknya sehingga bagi aku objektif untuk pengaktarabangsaan bahasa melayu mungkin akan tercapai pada suatu hari nanti cuma sayangnya pertandingan peringkat antarabangsa ini sangat sedih dengan beberapa kelemahan yang tertanya menunjukkan kepada dunia luar betapa kita tidak profesional




  1. MC yang bertugas katanya dibayar empat angka tapi seperti tak buat research sampaikan ketika keputusan lambat keluar beliau boleh umukan perasaan gelisah kerana tidak tahu dah nak buat apa-ler,mungkin pada yang pertama kali menyaksikan pertandingan ini bolehlah diceritakan tentang sejarah pertandingan lalu atau mungkin juga boleh ceritakan tentang negara kita pada peserta dan delegasi luar.atau kalau dah tak tahu sangat psl pertandingan (walaupun mc ni mc yg sama untuk 2 pertandingan lalu) atau psl malaysia (hurm..) masa tu boleh je run penyampaian sagu hati pada peserta yg tidak berjaya ke final


  2. peserta tidak dibreafing /rehearsel cara mengambil hadiah aku rasa samp[ai kalau tak silap peserta dari China ingin mengambil hadiah buat kali kedua dari tangan org yg berbeza..


  3. persembahan yg aku kira murahan-baik tarian opening, dekon ms menunggu keputusan atau gendang mengiringi pergerakan majlis..aku rasa budget tinggi (dengar khabar cecah 1.5 juta) apa salahnya jemput yayasan kebudayaan mana2 negeri untuk persembahan..aku rasa tak sesuai jemput tarian dari ipt yang tak gah..hurm, UPM pernah buat persembahan tarian yang sangat meletop..kenapa tak dijemput UPM saja kalau nak save sangat budget?dekon?isyh aku rasa salah interpretasinya..tapi ntahlah..yang pasti itu bukan level persembahan untuk pertandingan peringkat antarabangsa..gendang?bingit la..lebih sesuai kalau caklempong yang bunyinya lebih mesra telinga.


  4. then tidak disediakan podium untuk pemidato..sekadar ada mic saje..at least sediakan stage kecil untuk mereka berdiri..hiasan pentas mmg hauk la bagi aku..dulu ms pertandingan kali pertama-peringkat saringan .aku rasa pentasnya sangat menarik..DBP telah bina replika rumah kampung dan peserta berpidato di anjung rumah..


  5. Aku rasa tajuk pertandingan ini perlu global dan jangan sesekali fokus kepada malaysia-kadang2 penonton sering bertanya apa autoriti peserta2 luar nak bercerita atau berpidato tentang negara kita?

keputusan hakim memang menepati jangkaan, secara jujur walaupun Australia hanya menduduki tangga kedua dalam kategori antarabangsa namun perta wanita yang tinggi lampai ini telah menambat hatiku (juga kwn2ku)dengan olahan yang menarik, penggunaan contoh dan bahasa yang dekat di hati walaupun dikatakan kurang isi..sedikit petikan pidato beliau yang melekat di hati aku..


"saya membaca A,B,C dan terlupa selepas itu huruf apa..lalu saya bertanya kepada guru -selepas C huruf apa.Guru saya tidak menjawab tetapi berkata syukur anak ini sudah bijak berfikir untuk bermandiri.sekiranya semua org berfikir maka berfikir akan menjadi satu budaya dan akhirnya budaya ini akan dapat mengangkat kegemilangan sesebuah negara"


"anak2 mengangkat tangan ingin bertanya dalam kelas-itu satu kebiasaan,


guru memarahi murid -itu satu kebiasaan,


kita terlupa huruf apa selepas huruf C-itu satu kebiasaan,


tapi kebiasaan inilah yang sebenarnya menjadikan sesebuah negara luar biasa dengan kegemilangan"


"kegemilangan sesebuah negara bukan diukur dengan baja dan besi bukan diukur dengan ketinggian bangunan, bukan diukur dengan kemampuan penganjuran tapi diukur dengan ketinggian luar pengetahuan"


"kita tidak boleh berhenti untuk belajar untuk melihat kecemerlangan negara kita-jgn sesekali berhenti selepas A,B, C ..."

1 comment:

Anonymous said...

huh..garapan yg penuh keraghiban..masih ada jiwa melayu yg masih utuh laskar cinta terhadap dunia melayunya..