"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, March 16, 2009

Konsert 1 AF7

boring kot..itu jek kesimpulannya...tgklah..ada penonton di sisi pentas tapi tetap rasa hambar dan diaorg pun rasa boring dan mengekpresskan konsert mlm tu dengan mood yang pasif..ye aku akui tranformasi telah berlaku dalam konsert bagi AF musim baru ni..bukan tranformasi bagi peserta (tidak adil la kan..baru je bermula) namun transformasi aura konsert AF itu sendiri...dalam dewan yang kecil, set pentas yang standart untuk rancangan mentor je aku rasa..dah hilang identiti konsert AF yang gah tu..aku rasa set pentas kali ni lebih kecil berbanding AF1 ketika diadakan di Panggung Percubaan UPM dulu..sebelum pelajar menyanyi just ada klip video ucapan diaorg (mcm OIAM kan) then pas nyayi terus komen dari juri...

maknanya tugas AC sebagai pengacara dah limited tapi perasan tak, mamat ni tetap tak kreatif,choi tahap dewa..yang penting lawak berulang..kalau peserta dari Sarawak mulalah dia pun dari Sarawak..sampaikan Obri spontan me'laha' ...'Abg pun Org Johor gak kan'..hahahaha..aku suka part tu...lawak (lawak ke?) yang boleh dijangka dan memualkan yang pastinya..mmg AF makin tidak berseri dengan AC..pls la AC janji nak baiki kesilapan musim lalu..ni apa ni?


Juri lak ok jek kot cuma aku kecewa tanpa kehadiran kak ogy.mmg dia laser tapi dia jujur dan ada kalanya kritik kak ogy menjadi elemen kebencian dan secara langsung menaikkan rating dan 'semangat' menunggu konsert berikutnya..iyelah nak tahu apa 'roh' seterusnya yang 'digali' oleh kak ogy kan..takpelah kita semua masih ada adlin yang berdarah manis tapi mulut tetapkan..ntahla..aku terima sangat sebab dia (sama ngan kak ogy) jujur dan buat homework...


Edry-satu malaysia dah tahu awak terlibat dan boleh dikatakan orang kuat dalam pemilihan tapi jgn la dok bg tahu berkali2 bahawa org ni awak pilih rg tu awak pilih just komen jek la...Dato'Khaty-mungkin berpengalaman tapi terlalu memuji dan ada ketika boleh dengar out of tune suara pelajar tapi tetap daopat pujian...hurm..takpelah org lama mmg mcm tu..kaya budi bahasa namun kdg kala budi bahasa ni boleh gak rosakkan masa depan industri..(terus terang je kalau diaorg tak bagus..untuk kebaikkan diaorg gak). overall pakaian semua berseluar kalaulah pelajar yang dapat lagu agak melankolik mcm lagu sepi (isma) mengenakan dress mungkin akan lebih membantu mood persembahan..


Ida Nerina pelakon yang sangat aku kagumi sejak menonton drama 'anak angkat' lakonan ida dan sidi oraza..sejak tu aku minat dia dan tak pernah berpaling, aku rasa dia buat kerja dengan baik sebab jelas penghayatan yang baik ditunjukkan oleh hampir kesemua peserta cuma aku tak suka gubahan semula lagu alleycat nyanyian akim hingga gubahan baru ni mengganggu emosi asal lagu dan adakala akim salah dalam meluahkan emosi lagu tersebut..paling cemerlang dalam penghayatan Isma dengan lagu sepi dan claudia dengan sempurna (sempurna persembahan ni)... Rubisa dan Obri bahasa tubuh yang agak kelakar...Aril, work harder on your vocal n intrepretasi ok...


Cikgu Aris belum teruji lagi kebolehannya sebab takde kreografi lagu menuju puncak yang meletup (pada awal konsert rasanya penari profesional yang menari peserta hanya buat cameo je kan) dan semua kata hafiz nyanyi bagus hingga jadi pilihan pengetua,aku akui bagus tapi lagu tu pun sendiri biasa2 jek bersesuai dengan suara dan penampilan dia yang biasa2 jek..jujur pilihan aku untuk minggu pertama isma dan claudia (tak dapat download pic diaorg dari web astro)..Tone yang sedap akim (hurm yang ni ada transformasi pada rambutnya..hehehe)..

No comments: