"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, January 28, 2009

Kecelakaan, Maut & Keinsafan

Kecelakaan...
mcm mana nak mulakan yer..hurm kecelakaan? cuma satu kemalangan kecil sebenarnya berlaku di rumah sewa aku kat Alam Damai, Cheras ni..pagi ni cuma aku, nizal dan fuad je yang ada kat rumah, yang lain dah start keje..ketika yang lain ngah lepak tgk aku, aku masuk ke bilik air untuk gosok gigi.

Sambil muka menghadap cermin, tangan tangan memberus gigi dan tangan kiri pula menekan sinki seramik dalam tandas ni..tak kuat pun aku tekan, masih belum lagi menggunakan sepenuh kudrat jantan aku ni namun dalam tak kuat dan tak sepenuh tenaga jantan, tiba2 sinki tu PRANGGGG jatuh berderai dan hancur dek kerana ketidakupayaan sinki tu menampung daya yg aku kenakan tu.."HEY, KO TAK APA2 KE?..." aku tergaman seketika dan tersedar bilik air ni dah penuh dengan darah.. YA ALLAH...kaki aku!!


Fuad, kwn aku yang sedang sibuk dengan thesis di HUSM (dtg ke KL untuk mencari maklumat di UKM) ni mulalah sibuk mencari itu dan ini untuk aku..Nizal pun sama keletah paniknya..aku?..hurm..aku berdiri saja di 'tempat kejadian' masih kelu dan kaki dah mula rasa bisanya..isyh..ngeri..memang ngeri..then sibuk la kaki aku dirawat oleh diaorg..darah..masih lagi keluar tak henti2..bisa makin terasa..mcm mana ni..

Sebagai umat yang lemah ketika keadaan begini barulah teringat akan ALLAH yang MAHA BERKUASA..aku spontan berdoa agar segalanya baik2 belaka..benar, ALLAH itu MAHA BERKUASA..dimakbulkan doa hambanya yang lemah ini..AMIN..segalanya beransur baik setelah sejam menahan sakit..


Maut
Disebabkan mulai esok aku akan berkursus untuk lesen jurulatih teater, maka aku siapkan segala nota-nota dan fotostatkan untuk aku tinggalkan buat murid-murid aku baik kat sekolah mahupun kat pusat tuisyen..sakit jugak kaki nak menakan pedal kereta untuk ke serdang (sebab kedai photostat kat sana yg paling murah) namun ini dah memang keja aku..tak nak la makan gaji tapi kerja tak langsaikan (pesan mak aku..jgn sesekali lewatkan masa walaupun lima minit..haram duit gaji nanti..apatah lagi kalau tak mengajar..so kalau tak dapat dtg sekalipun aku akan pastikan diaorg tetap dapat sesuatu kerja dari aku)


Malam lak, pas abis tuisyen aku terus bergegas ke Jaya Jusco Cheras Selatan sbb dah janji ngan kwn2 (tiket dah tempah sebelum kecelakaan menimpa so kena gak g) untuk menonton wayang..cereka pilihan..MAUT..serious, selepas habis menonton aku rasanya 'indah khabar dari rupa'..


Cerita ini resepi yang sama seperti GUBRA, 3 cerita dalam satu tanpa ada kaitan diantara satu sama lain..aku rasa Bade pernah adunkan 3 cerita dalam satu filem dengan sangat baik seperti gangster namun MAUT seperti ada kurangnya di sana sini...tapi aku cuba menonton dengan tidak berfikir tentang teknikal namun menonton dengan merasa jiwa dalam cerita. Spontan hati aku berbisik.."YA ALLAH...jauhilah aku dari sebarang azabmu" ketika visual neraka di tayangkan..kecut perut, perasaan takut yang tak pernah aku rasanya ketika ini hadir mengetuk pintu akalku dan air jernih keluar dari mata,panas mengalir ke pipi - "AKU TAK LAYAK DI SYURGAMU YA ALLAH..NAMUN AKU TAK TAHAN UNTUK BERADA DI NERAKAMU.."


Keinsafan

Filem ini mengingatkan aku, tentang tugas aku sebagai khalifah, tentang tujuan roh ditiupkan ke dalam badanku, tentang apa yang aku telah lakukan dan tentang apa yang perlu aku elakkan..keempat-empat kami hanya diam sepanjang berjalan menuju ke kereta..secara spontan aku menggelengkan kepala bila mana melihat adik2 muda bangsaku yang sama2 keluar menonton filem ini tanpa segan silu mengkertawakan adegan neraka itu sambil mereka sendiri berpelukan dan bercumbuan tanpa menghiraukan mata yang segan memandang-aku?dah tertunaikah tanggungjawab aku untuk menegur mereka?tidak pula aku laksanakan..hurm, baiklah aku fikirkan tentang diri aku sendiri.."betulkan diri sendiri dulu.."


ALLAH MAHA MENGETAHUI, KUN FA YA KUN yang dilafazkan untuk kecelakaan pagi tadi telah membuatkan aku berfikir tentang hidupku,keinsafanku sebelum aku menunaikan 'yang pasti' iaitu janji yang telah aku lafazkan dari azali dulu....maut

Monday, January 26, 2009

bro mazri..congrate!!!




lupa arr nak wish tahniah & selamat pengantin baru buat adik aku..bro mazri..nanti aku upload pic perkahwinan adik aku ni!!!bro, jgn nakal2 la k...

Puteri Gunung Ledang-mengimbas memori praktikum



Sepanjang cuti sempena tahun baru cina ni mmg aku stress, mana taknya terlalu banyak kerja yang perlu aku siapkan..

kerja-kerja pentadbiran sekolah yang berbaki, siapkan asgmnt yang tertangguh, aku kena siapkan cepat sebab by next week aku dah sibuk dengan kursus jurulatih budaya negara (jsbn) peringkat zon tengah kebangsaan-kebetulan tuan rumah negeri selangor so selain daripada menjadi peserta aku jugalah antara urusetia so sebelum masa sibuk tu dtg aku kena siapkan semua kerja2 tuh..sebab nanti balik dr kursus tak la aku tergopoh gapah buat kerja2 tu ala kadar...

sampai ada yang merajuk dan terasa hati sebab aku terlalu sibuk sampai tak hiraukan sesiapan pun-tak balas sms, tak nak kuar beragenda..mcm2 la..

tapi apa kena mengena dengan poster filem puteri gunung ledang ni?aku rehatkan minda tghari td sbb dah tak larat nak fikirkan keje yang berlambak ni dengan menonton cite yang sangat indah niiiii...tetiba aku teringat satu kisah...

mcm ni kisahnya, dulu masa wat praktikum mengajar kat sk tun syed jan al jafri,sp kedah aku diberitahu akan dinilai peringkat akhir so aku gelabah dan tak tahu mcm mana nak buat...

saat akhir, aku dapat idea untuk gunakan poster filem PGL ni sbgai bahan bantu mengajar dalam set induksi P&P tentang topik "teknologi memudahkan kehidupan"...begini situasinya...

aku tampal poster tu dan tanya pada murid tentang filem ini then sorang murid ni dengan ghairah menceritakan la mcm mana hang tuah gigih naik gajah,panjat gunung segala untuk berjumpa dengan radin dumilah(pgl) ni...

aku tanya balik..nape tak guna helikopter atau sms/call je radin dumilah tu..kan senang..

jawapan diaorang..mana ada semua tu cikgu...then aku tanya balik..bayangkan kalau semua teknologi tu ada..respon diaorg ...wahh senang la hidup hang tuah tu cikgu...

so aku pun bg gambaran..ha, teknologi mmg memudahkan kehidupan..itulah topik pembelajaran kita hari ni...

hehehehe..aku nampaklah penilai aku senyum dari belakang..dia angkat tangan tanda suka dengan perkaitan aku tu..mmg aku dapat A pun praktikum...alhamdulillah

Saturday, January 24, 2009

Thursday, January 22, 2009

"Selamat Tahun Baru Cina"


sowi...takde pic lain arrr..terpaksa guna pic again ..opsss.
aku nak amik kesempatan nak wish happy chinese new year buat semua kwn2,kenalan,atau sape saje yang berbangsa cina tanpa mengira agama apa yang dianutinya..
jap nak cite jap..
situasi di kantin awal pagi hari terakhir persekolah sebelum sekolah bercuti untuk perayaan tahun baru cina..
seorang guru perempuan melayu yang agak berumur wish arr "selamat tahun baru cina" pada seorang guru ini tetiba dia kata.."eh sori, u kristian kan so u tak sambut raya cina kan..alamak silap wish laaa"
jawapan dari cikgu cina tersebut.."aiya, tarak faham ke konsep chinese new year ni?..tak kira la u anuti agama apa yang penting u cina u berhak sambut perayaan ni kan..."
gulp..termalu cikgu kajian tempatan tersebut..(yang turut terkandung topik tentang perayaan di malaysia dalam subjek yang diajarnya itu)
mcm mana tu?hehehehe

JUARA LAGU 23


Terlewat namun suka untuk aku ceritakan juga tentang juara lagu ke 23 yang berlangsung pada 18 januari yang lalu..hurm, jujur aku katanya ni adalah juara lagu yang memberi kepuasan yang maksimum pada halwa telinga aku..
malah keputusannya juga memang bertepatan dengan jangkaan aku..kecuali persembahan terbaik yang aku jangkakan milik Meet Uncle Hussien namun Faizal Tahir ternyata lebih mantap kosentrasi terhadap persembahannya untuk lagu sampai syurga
trio pengacara , bagi sesetengah org agak membosankan namun bagi aku mereka bertiga hebat sebab bagi sesetengah kita-hiburan mesti dikendalikan dengan penuh gila-gila dan happening namun inilah imej korporat tv3 yang diterjemahkan oleh ketiga-tiga orang pengacara Juara Lagu kali ini..tidak perlu gila2 namun tak terlalu formal..majlis hiburan diangkat menjadi seperti majlis korporat yang tidak membosankan malah menghiburkan.


POP ROCK- Ramai kawan yang meng'sms' dan memberikan kredit buat stacy dan yakin penuh stacy akan mengungguli kategori pop rock, namun bagi aku hanya meet uncle hussien (lagu untukmu), Estrenge (yang pernah) atau elyana (kalis rindu-sangat comel..namun sayang vokal tak jelas) sahaja yang bersaing sengit untuk kategori ini.lagu stacy ingatkan aku lagu pop dance yang catchy nyanyian kumpulan frieshies suatu ketika dulu cuma sedikit elemen rock dalam lagu pop dance 'aku stacy' ini yang memberi nafas baru namun iramanya masih tak kuat sebab tak up to date arrr.. walaupun secara peribadi aku 'die hard fan' sofaz, namun vokal arm-mer dan lagu 'bukan di sini' itu sendiri tak kuat untuk diangkat sebagai juara kategori.

BALADA-memang dari awal aku nampak lagu sampai syurga akan diangkat,then kwn2 pun sepakat cuma aku kena sembur arrr dengan ramai org semasa komen persembahan ziana zain,kwn2 aku cakap "she is a truly diva"..hurm...diva ke?dia nampak semput la..dia patut berundur dah ..beri laluan artis muda je untuk bertanding...tiada sikit pun kesan yang terlintas sepenjang persembahan ziana..sori..jujur ni!!!

ETNIK KREATIF- patut ke hadiahnya sama dengan kategori lain? sedangkan kategori ini persaingannya tak sengit..no komen buat lagu aiman..tapi lirik lagu ni meletup!!lagu doa dalam lagu..world music..zaman yasin dan m.nasir dah menang dah lagu2 macam ni..nak cari yang segar arrrr..so kali ni kita ada elemen etnik cina pulak kan..so mmg aku mengharapkan kemenangan farawahida yang nyata bersungguh2 untuk menang...tahniah yong tepeng!!

apapun..aku just nak wat kesimpulan...AJL23 mmg THE BEST!!!








































Saturday, January 17, 2009

jong-jong inai?

hahaha..semalam aku kena ngajar sesi petang-ngajar sains dan muzik tahun 3 sebab aku tak dapat dtg ke sekolah sempena sekolah ganti bg perayaan tahun baru cina nanti-pagi aku ada kelas kat UM so GB aku minta aku ke sesi petang dan sorang cikgu petang ganti aku untuk sesi pagi bg mengelak org lain mengumpat sebab terpaksa releif aku..
ngantuk seh ngajar petang dah la pagi2 buta dah tercegat kat UM kan then balik kuliah terus merempit ke sekolah..tapi tanggungjawab beb..hurm,ngajar sains ok jah cuma yang menarik,kelakar dan membuatkan aku tersenyum seorang semasa ngajar muzik sbb dalam lesson note cikgu ni dia dah ajar nyanyian JONG-JONG INAI pada minggu lepas dan minggu ini aku kena ajar pergerakan untuk lagu ini..hurm tapi aku beri kebebasan kepada pelajar secara berkumpulan untuk kreatifkan diri mencipta gerakan sendiri ke atas lagu tersebut (tapi selepas melihat demo dari aku arrr)..
yang menariknya....
sorang budak A yang tembam, gelap,rambut mawi, pakai spek, then over..asyik2 bertanya dan ngadu..menarik perhatian aku sebab dia mengingatkan aku pada seorang budak B (yang dah berumur 28 tahun pun skg)..budak yang dalam memori aku ni si B mcm tu la dia..sama jek ngan budak A yang aku tgk layan kat kelas ni
dan yang paling best tu masa peresentation budak A tu bersungguh2 menari sampai nampak mcm semput dan menyebabkan aku tersenyum sendiri sebab mmg sebijik mcm budak B..dan Budak B tu pernah menari untuk lagu-lagu JONG JONG INAI ini masa dia darjah 2 tahun 1988 untuk persembahan hari guru murid-murid tahun 2 ..YA ALLAH kenangan terimbas sangat...
Hurm...Budak B tu...aku ler..hahahahaha