"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, June 8, 2009

Tunggu punya tunggu...

Aku takde perasaan ler nak tulis entry ni, mcm ni, aku ngan Riz kwn aku yang akan handle kes cerai Ustaz Akhil Haiy (betul ke ejaan skandal Waheeda ni..opsss) merendek le ke Kelana Jaya..mana lagi kalau tak ke William kan..gerai yang keji sangat tapi ramai gile org dtg makan sebab meletop gile makanan dia (pada yang nak tahu...gerai ni terletak belakang bangunan University Ling Kok Wing lama kat KJ tu..dekat dengan SK Tmn Megah)...


Aku order ler Nasi Goreng Ayam 3 Jenis ; RM 20.00 meletop kau..boleh makan 3 orang, dan si Riz order Beef Burger Mozarella+Onion Ring; RM25..makan makan slow2 sbb nak tunggu Syafiq yang on da way dari Shah Alam dengan Tra (semua ni geng2 debate masa kat U dulu)...tunggu punya tunggu tak mai2 lagi...isyh naik risau pulak aku..jadi apa2 ke? sbb Syafiq ni ada sejarah accident yang teruk sbb diserang migrane ms ngah drive..serius aku risau giler..


tetiba call dr syafiq..hati aku terus berdebar, risau...dan sayup suara syafiq...


..."tak jadi mai la..kena g Bangi, Abg Bad suruh ambik kasut..."


Lorrrr....aku ni beria2 la makan lite2 tunggu dia nak makan sama...terus takde mood..bungkus je dan balik...dan dalam perjalanan tetiba dia call...


"katne? i dah sampai William..."

motif kau Syafiq...

Benar kah?


Petikan Kolum Niezam dalam Pancaindera


"Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk......"



Sedihnya kalau benarlah bagai dikata oleh Niezam ni...tapi aku sekadar ingin ceritakan apa yang aku dengar dari kwn2 yang terlibat secara langsung dengan AF7...Akim ni baran orangnya, masa rehearsel dia pernah terajang tong sampah kat dewan tu sbb tak puas hati dengan obri..then kat kelas pun kdg2 dia tunjuk baran dia...ngan hafiz tu dia sangat tak sebulu..asyik nak hangin satu badan jek..betul ke ni Akim? nway Afundi aku setiap minggu untuk dia..takpelah bagi dia masa occay..doakanlah kejayaan dia agar kita pun nanti boleh berjaya..Aminnnnnnnn

Kisah Upin & Ipin

Sekadar Meminjam nama dua watak 'hot top' kat Malaysia ni untuk kisahkan dua watak dalam idup aku yang aku kira perlu diletakkan dalam ranking yang tinggi...untuk pengetahuan sahabat2 yang tidak mengenali 'upin & ipin' aku ni, takpelah..cukup sekadar membaca dan mengambil ikhtibar (mungkin...!!!)

Kisah Upin - Sahabat aku sorang ni memang obses dengan dunia debat, dia ni gigih mengajar sekolah sana sekolah sini, bukan dia sorang buat dah ramai buat benda ni..termasuklah aku..bakat yang ada jgn disiakan, kalau boleh buat duit janakanlah selagi mampu..kannnn..
tapi jgn sampai tikam kawan dari belakang...what? tikam kawan...opsss sensasi ni...

Macam ni, Upin ni ramai alumni debat kata dia tak abis belajar (Gagal n diberhenti kan lerrrr)..tu la..obses debat sangat kottttt...dia ni ligat business debat, sana sini muka dia mengajar dan terbukti la gak sbb pernah muncul Johan Piala Datuk Syukur kan...ok, alkisahnya sebuah sekolah kat Klang ni call aku kat sekolah (mana dia dapat nama sekolah aku pun aku tak tahu ler..) so pas deal aku sms le Upin ni, dia tak balas tapi terus call..mak ai..berbakul cikgu sekolah kat Klang tu diburukkan (kebetulan Upin pernah ngajar debat sekolah tu) then aku ni cepat panik...hurm, tak jadi lah ngajar sekolah tu...then Kejadian yang sama berulang bila aku dapat call dari sekolah area Sri Petaling..dia buruk2kan cikgu tu gak...keputusan yang sama aku ambil..tak jadi..
Tup2, aku dengar cite dia g ngajar sekolah area Sri Petaling tu..mak aii...patutlah dia beria2 kutuk sebab tak nak aku caras line dia kan..aiyo..tak cukup tu dia cuba caras aku dengan berusaha minta no Phone sorang pensyarah dari maktab Mizan Terengganu untuk deal ngan pensyarah tu sedangkan dia dah tahu pensyarah tu ada contact aku dan melalui seorang kawan, dia dah maki2 aku ni sbb tak ajak dia g Mizan sama2..motiff? mcm ni la, aku tak la laparkan duit sangatsbb aku byk lagi sumber lain tapi kalau nak CARMA sekalipun jgn la sampai caras kawan2 occay!!
Kisah Ipin- Selain dari debat, budak2 debat ni ramai yang CARMA dengan jadi MC kat termasuklah aku gak...Nak jadikan kisah..sorang kwn lama aku dalam debat ni bukalah syarikat untuk event management dan dia minta tolong aku la hal2 MC ni...dia pun not bad ler..dia pernah keje ngan Radio NO 1 kat Malaysia ni tapi dia akui terus terang malas nak buat skrip (PULAKKK...!!!) so memandangkan kwn2 aku setuju ler tolong dia buat skrip tapi dengan bayaran la kan..dan dalam masa yang sama dia nak 'up' kan aku ler jadi talent dia (selama ni aku free lance dan sub talent kepada beberapa company kenalan aku...) jadi aku setuju ler..mana tahu kan job aku pas ni meletoppp...
Hampir 5 skrip gak la aku dah buat tapi takde pun job untuk aku, tapi skrip sentiasa nak meletop..bayar tetap sama tapi tak kisah..SABAR katanya!!sampai la satu hari, aku g rehearsel satu majlis ni-dia suruh dtg sebab nak kemaskan skrip then aku terkedu...dia recycle jek skrip2 aku sebelum ni..aiyo, dah la job yang dijanjikan tak dapat2 then job lite2 tulis skrip pun dia dah caras dan tak bayar pun royalti sbb dah guna (hahaha,..padan muka ko Azerai sbb tak buat perjanjian!!) Sentap la aku...tapi takpleh..aku tetap ada job lain -stail aku kalau orang bayar 3 angka pun aku ambik gak..yang penting kepuasan aku!!
Hurm, kalau kalian takm kenal diaorg pun takpe, janji Si Upin dan Si Ipin ni dah pekena aku!!!merasalah jiwa merana kannnnnnn
p/s:
pas ni kalau sape2 nak perkhidmatan emcee untuk resepsi (sebarang konsep), majlis korporat, majlis makan malam, dan sebarang majlis tak formal boleh contact aku terus ok!!

Kisah Upin & Ipin

Thursday, June 4, 2009

Bravo@PLKN Kerling

rasanya sebelum ni aku dah beritahu kan, aku akan ke Kem PLKN untuk bertugas sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di bawah modul DBP..Untuk pengambilan kedua 2009 aku ditugaskan di Kem Pelangi Hill Resort Kerling, Selangor...aku bertugas dari 1 Jun hingga 3 Jun 2009 dan untuk mengelakkan kelewatan aku bertolah petang 31 Mei dan bermalam di Serendah, TQ Cikgu Khairul yang sponsor penginapan malam tu...


Selepas subuh 1 Jun tu pun bertolak ke Kerling, tak jauh sangat cuma jalannya sunyi jek..isyh tapi kena ler berhati2 sebab ni jalan lori balak nih...cari punya cari aku tersesat ke kem PLKN Bina Negara Kuala Kubu Baru..haiyo...boleh tak nampak signboard nama kem..hahaha..cari balik ler...mujurlah aku sempat sampai sebelum mesyuarat bermula jam 8.00 pagi!!..Hurm, sorang fasi tak dapat datang dan kebetulan fasi tersebut bertugas dengan aku untuk Kumpulan Tun Sri Lanang..ini bermakna aku akan bertugas sorang..masak la aku..dah la kali pertama, kena bertugas sorang pulak tu.."takpe Azerai..ko mampu kalau ko fikirkan ko mampu!!!" kata2 pada diri aku sendiri untuk sedapkan hati!!Hurm, salah sorang Fasi, kak Azlin (peguam occay..tapi tetap meletop dalam bidang sastera..) rupa2nya mak kepada student aku...Ya Allah, keciknya dunia..tapi seronoklah, selain bertukar2 idea tentang sastera kami sempat berbincang tentang kemajuan anak dia!!hehehehe

Occay, bila wira dan wirawati berkumpul aku terus floop tengok ahli2 kumpulan Tun Sri Lanang, atau nama asalnya Bravo...(nama di tukar untuk kesesuaian modul), kebanyakkan ahli Brovo yang berbendera biru ini mcm jenis tak nak dengar kata dan muka semuanya kebosananan (hampir kesemua wiraBravo tidur semasa briefing oleh ketua fasi kami-cikgu mior), nampaknya dugaan aku makin besar-dah la kali pertama aku bertugas, terpaksa bertugas seorang dan akan bertugas dengan budak2 yang Hampeh ni dah tu kelas kuliah yang kami dapat tak dapat digabungkan sampaikan terlalu sempit dan hari kedua terpaksa tukar ke bangunan lain ...matilah aku!!!








Kelas pertama memang betul telahan aku, baik wira ataupun wirawati semua jenis tak nak bagi kerjasama-suruh baca sajak pun tak nak..yang diaorg tahu excuse, minta g toilet then hilang!!..hurm, walaupun diaorg panggil aku 'cikgu cute' -hahaha cute ke kau? tapi memang aku tertekan buat2 cool je lah ..takpelah, aku cuba je lah buat yang terbaik dan aku hilangkan identiti aku sebagai fasilitator..aku cuba bergurau dengan diaorg dan menjadi kawan dengan diaorang...aku buat teater game untuk diaorg bagi diaorg happy, dan aku cerita2 motivasi tapi dalam bentuk yang melankolik (nak revearse psicology katanya) dan alhamdulillah, dalam masa yang singkat (sesi malam hari pertama) dah mula nampak nak bekerjasama dan energy diaorg dah berpindah kepada aku..aku turut bersemangat dan lupakan semua masalah dan dugaan dalam duty ni...






Kami semua mula merangka persembahan, dari memilih produksi sampailah merancang pergerakkan, yang lebih aku bangga, diaorg dah mula tunjukkan keupayaan yang sebenarnya..rupa2nya diaorg berbakat dan yang magisnya diaorg pun tak tahu diaorg berbakat dan dengan modul ni baru diaorg kenalpasti bakat diaorg dan yang penting masing2 enjoy dengan modul ni..

Aku mmg bangga dengan Bravo, diaorg tahu, cikgu cute diaorg ni (hehehehehe) terpaksa lelah bertugas seorang (sepatutnya 1 kumpulan 2 orang fasi) jadi mereka bahagi2 tugas sesama mereka, yang kumpulan vokal bekerja sesama diaorg, pendlekamator pulak berbincang tentang maksud sajak, intonasi dan gerak tubuh sesama diaorg manakala penari2 (mawar2 penggitan..hehehehe) yang juga merangkap pelakon juga sering berikan idea untuk memperkemaskan persembahan mereka...sebab kerjasama diaorg ni lah aku hadiahkan permainan PS2 untuk diaorg (dalam bentuk teater game ler..bukan yang sebenar punya meh!!!)..diaorg mmg komited, aku suruh berkumpul jam 2 semua dah berkumpul tapi aku yang lewat...hurm, maknanya diaorg enjoy dengan kelas PPSB ni..Alhamdulillah


Masuk malam kedua aku rasa sayang dengan semua wira dan wirawati ni...aku rasa diaorg ni adalah org yang lain-bukan wira dan wirawati yang aku kenal hari pertama!! rasanya kami semua dah dapat right track untuk Malam Citra Puisi (MCP)...walaupun masih ada baki 3 sesi latihan...Hari ketiga semasa rehearsel ketua Fasi berpuas hati cuma minta kami gunakan ruang tepi pentas untuk kumpulan vokal sebab terlalu crowded atas pentas (Bravo satu2nya kumpulan yang tidak dibahagi 2 untuk segmen puisi tradisonal dan puisi moden-kami menggunakan orang yang sama dan kesemuanya di atas pentas dari awal hingga finale persembahan) so kami masuk ke kelas semula untuk berbincang dan latihan buat kali terakhir dan selebihnya kami gunakan masa untuk lepak sama2 dan bercerita-hurm, baru aku faham kenapa diaorg nampak boring semasa hari pertama-diaorg ni pengambilan pertama untuk kem ni dan fasilitis tak lengkap termasuklah latihan yang diaorg nak sangat buat pun tak dapat-menembak..sbb tu diaorg rasa boring!!


Aku rasa sebak bila ada yang kata-"cikgu hebat sebab buat sorang2 jek"-sebenarnya bukan aku yang hebat-diaorg yang bagi aku kehebatan tu!!! "cikgu kitaorg enjoy dengan kelas cikgu"-cikgu pun enjoy dengan korang semua dan sebelum menutup kelas terakhir ni aku minta maaflah dengan diaorg kalau ada yang tersilap kata dan perbuatan, aku pun berterus terang dengan diaorg tentang perasaan aku semasa kali pertama melihat diaorg dan yang pasti aku beritahu juga tentang perasaan sayang dan bangga aku dengan diaorg...kerjasama yang diaorg berikan sebenarnya telah mengubah persepsi kali pertama aku untuk diaorang..



"Cikgu, kita confirm ke pakai baju hitam? sebab ada kumpulan lain pakai baju hitam gak..." jawapan aku..."tak kisahlah kalau ada yang berbaju hitam jugak yang pasti baju hitam Bravo akan nampak hebat dengan persembahan yang mantap!!" Disambut dengan tepukan dan saat ni aku betul2 sebak melihat semanangat diaorg dan hati kecil aku mendoakan kejayaan diaorg untuk MCP..


Malam MCP diaorg buat yang terbaik dan disebabkan beberapa kesilapan teknikal (kumpulan vokal block pemandangan hakim untuk melihat pelakon di atas pentas) dan hanya berbeza 1 markah (menurut Fasi Urusetia..Cik Mat)..Bravo diumumkan tempat kedua dalam persembahan keseluruhan dan Wirawati Intan diumumkan sebagai pendeklamasi puisi tradisonal terbaik..Aku rasa bangga sangat untuk diaorg...walaupun terpancar kecewa di mata diaorg tapi seperti yang aku katakan-kehebatan persembahan diaorg dah cukup bagi aku bukan kedudukan..yang pasti beberapa org pemerhati dari DBP, pihak Urusetia dan beberapa jurulatih kem menyatakan rasa terkilan sebab Bravo tak jadi juara..takpelah adik2 wira dan wirawati, tuhan dah tentukan bukan rezeki kita, cikgu bangga, sayang dengan kamu semua...cikgu harap dapat jumpa lagi dan kita akan sentiasa berhubung antara satu sama lain occay!!


Lepas abis MCP kami semua fasi meeting di luar dan aku balsik semula ke kem untuk berkemas dan jam 2 pagi drive balik ke KL..aorang2 dalam perjalanan, sunyi dan tetiba aku sebak..hurm, tuhan temukan aku dengan adik2 yang istimewa di mata aku...dan aku tahu tuhan akan restui perjalanan hidup adik2 aku ini dan aku sendiri akan berdoa untuk kejayaan mereka...tQ buat semua fasi jugak yang bagi aku semangat terutama buat cik mior dan teristimewa buat dua fasi yang sangat rapat dengan aku..cik Matt dan cik Hatta(hehehe..bila ler nak makan kedai kak ida depan GIAT lagi kan..ye lar pelakon berek kan..)..LOVE SEMUA..LOVE BRAVO

salah siapa?


Entry kali ni aku tak nak komen apa2 cukup sekadar sekeping gambar dan anda tafsirlah sendiri yerk!!!

Runtuh



aku ingat lagi masa di Terengganu untuk Final Debate Hari Guru, setiap hari kami semua akan melalui kawasan Kompleks Sukan Terengganu untuk ke Maktab Kuala Terengganu, setiap kali itu jugalah kami semua akan memuji pembangunan di Terengganu, ada antara kami yang menyatakan rasa terkilan stadium ini jauh dari KL kalau tak tentu stadium ni akan jadi venue utama untuk sukan antarabangsa dan bagi aku rasa Kompleks Sukan Terengganu yang terdiri daripada Stadium Utama, Stadium tertutup dan seberang jalan pula ada Bangunan Sekretariat Sukan Terengganu ni setaraf dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil..serius...tapi baru2 ni kita semua dikejutkan dengan kejadian bumbung stadium tersebut RUNTUH..ada apa sebenarnya ni?no komen tapi bagi aku perkara ni perlu disiaat yelah kosnya bukan murah dan belum pun setahun dah RUNTUH!!pelik kan? tapi yang pasti kejadian ni mengingatkan aku kejadian syiling RUNTUH kat sekolah dua tahun lepas...budak ni nak jadi spiderman so panjat syiling dan kedebub..jatuh dan dia patah kaki..yang lebih parah kejadian tu berlaku depan parent yang hadir untuk majlis graduasi di sekolah!!harap2lah takde perkara RUNTUH2 ni lagi, cuma aku harap...aku dapat durian RUNTUH