"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, April 24, 2009

Semester yang cukup menguji...

Entry sebelum ni terpaksa aku delect atas permintaan mak aku-yer!!mmg aku anak mak so aku ikut ler kata2 mak aku!!hahahaha..aku rasa semester ni cukup menguji aku..bermula dengan sesi pendaftaran yang aku hampir tak dapat daftar satu subjek penting yang perlu aku khatamkan sebelum buat projek paper (permintaan supervisor aku!!) then duit aku pulak tak leh kuar-simpanan aku semua dalam bentuk unit trust dan bila ekonomi merudum so susutlah nilai simpanan aku dan aku ambik keputusan untuk tidak kuarkan duit tu..pinjam duit mak la..hahahaha..tai aku bayar lambat dua minggu so kena la denda RM200 kan..

Then selesai jek soal bayaran yuran, aku terperangkap pulak dengan asgmnt yang dtg bertubi2 dan serentak untuk 4 subjek yang aku ambil-gile kau nak ngadap asgmnt 24jam..matilah kan!!dengan musim ujan yang sering gak memerangkap aku dari g kuliah tepat ada waktunya (pernah aku g kuliah dengan basah kuyup-sedih sangat masa ni!!!), di tambah keje2 pentadbiran kat sekolah kadang kala memaksa aku ponteng kuliah semata-mata nak siapkan keje yang aku tak suka tangguhkan (tipulah, kadang2 tertangguh gak!!!)

Musim kuliah dan agnment dah selesai dan skg aku sedang hadapi minggu peperiksaan-sedihnya dah seminggu aku sakit (pada yang tak tahu, baru2 ni aku kena tahan di PPUM sbb kekerangan air dalam badan-merasalah cucuk sana cucuk sini!!!AKU TAKUT JARUM!!!!)batuk tak henti sampai tonsil aku bengkak dan luka sampai nak telan air liur pun sakit, badan pulak lemah2, sendi sakit2 dan otak tak leh fkus-tapi tetap gak aku hadapi exam walaupun jujur aku tak tahu apa sebenanrnya yang aku jawab!!

Banyaknya ujian untuk aku semester ni...takpe, ALLAH MAHA MENGETAHUI sebab musabab DIA turunkan ujian ni untuk aku...

p/s : John, plz jgn nak babitkan org suka2 hati dalam masalah dikalangan korang!!aku tak tahu apa2..keluarga korang settle la secara kekorangan-,aku tak pernah cuba bernakal2 dan tak pernah cuba berpura-pura menyayangi jgn sesekali tak pernah bertindak menjadi HEROIN dalam mana2 cerita!!!last but not least-enjoy la vacation korang dan plz jgn babitkan aku yang tak tahu apa2 ni!!!!

Wednesday, April 22, 2009

Alhamdulillah..Dah di takdirkan!!!

Tahun ni aku diingatkan agar tidak keluar bila tiba musim debat sbb katanya aku mengajar tahun enam, hurm, tahun lepas pun aku kuar gak sampai peringkat kebangsaan dan aku ngajar tahun enam gak masa tu..alah kalau susah2 sangat tarik je la mana2 cikgu yang bagus naik tahun enam kan..aku kan tak bagus..hurm...
yang aku tahu, apa pun aku, time teater aku akan kuar sebab aku JSBN untuk Teater, untuk MSSSM Olahraga pun aku akan kuar sebab aku ada sijil KOAM (MSSD dan MSSS sowi yer!!!!hahahaha..kekwat!!)then debat pun aku nak kuar sbb itu darah daging aku tapi tahun ni aku DIHALANG :(

Tahun ni pulak kali pertama format diubah, semua negeri bertemu dalam karnival yang diadakan di Kedah baru2 ni then kali pertama gak usul dikeluarkan setengah jam sebelum bertanding (kaedah lama bagi debat di Universiti laaaa) so aku agak terkilan tapi tak pelah bukan rezeki aku kan...

Tap kalau dah tuhan tentukan itu rezeki aku maka ia tetap rezeki aku walaupun aku DIHALANG, insyaALLAH aku akan ke Terengganu beberapa hari sebelum sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan sbb aku akan gantikan salah seorang pendebat yang tidak dibenarkan oleh urusetia kerana pernah menjadi Johan pertandingan tersebut..SYUKUR..aku berpeluang beraksi...YA ALLAH, berilah Kejayaan dalam peluang yang engkau berikan ini...Aminnnnn

Tuesday, April 21, 2009

WOW...Sedapnya mulut!!!!!!

Sebelum aku citekan tentang entry aku nak luahkan rasa terkilan sebab Amylea dan Qhaud tersingkir dari OIAM dan AF walhal kedua2 perform sangat meletop.... :( takpelah teruskan AFUNDI AKIM!!!..

ok guy, Isnin 20hb aku tak g sekolah sbb Mohon CUTI TANPA REKOD untuk duduki Exam 2 paer yang terketar2 aku ambik sbb demam tu kan...kat sekolah ada meeting untuk penyelarasan acara sukaneka...ingat yer..MEETING PENYELARASAN SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH...tapi tetiba GB aku mengamuk dan ugut pada semua cikgu katanya - Dia yang berhak tentukan cikgu naik pangkat ke tidak..dia yang berhak tentukan kita dapat cemerlang ke tak..
ye la memang betul la.. masalahnya dia tidak menilai orang dengan betul..pernah tak dia nilai cikgu yang bertungkus lumus ajar budak2? yang dia nilai "berapa laras temperature air cond" seseorang cikgu..biarpun cikgu tu datang lewat, pakai selipar pun tak pe..janji air cond pasang baikkkkk punyerrrrr..... ha, yang paling aku tak gemar...dia dengan TAK PROFESIONALNYA CAKAP MCM NI

"DALAM SEKOLAH NI ADA DUA ORANG CIKGU BUAT MASTER TAPI JGN LA NANTI FIKIRAN DAN
KERJA TAK SETARAF DENGAN MASTER YANG DIMILIKI"

isyh, bila aku dengan kawan aku..(Akka' Nithiya) dengar statement ni, kami ber2 rasa nak ngamuk giler..weiii jatuh maruah la...apa yang aku tak buat hah kat sekolah? asyik nak cari salah jek...untuk pengetahuan korang semua..kami ni tak pernah dihargai..yang dihargai ada la beberapa cikgu tertentu jerk..yang pandai meng'AIR COND' dia...rasa rimas la....BILA LA DIA NI NAK PINDAH...cakap ikut sedap mulut..korang nilai la sendiri..GB AKU PROFESIONAL KE TAK ? ( tapi kalau pertikaikan dia tak profesional...dia akan tanya balik...."apa hak awak nak cakap pasal profesional..saya ni GB saya lebih prpfesional la..."

aiyo mudahnya menghukum...jadi boss je profesional ler...kelas pun tak masuk..kalau profesional sangat kenapa pindahkan anak ke kelas depan wal hal anak tu layak kat kelas belakang, kalau profesional sangat nape janji nak bayar ganjaran cikgu2 lepas tu lupakan je mcm tu, kalau profesional sangat kenapa hal anak gaduh nak libatkan mak ayah..kalau profesional sangat kenapa ambil kontrak bekalkan bahan mentah kepada sekolah...what ever!!!

Kegilaan yang menyeronokkan II

Aiyo, matilah kan..ada entry berantai katanya...hahahaha, tu maknanya dah takde idea la tu kan....ok ler, cite pasal exam, mmg aku rasa giler..khamis 16 April aku ambik exam PXGM 6104, alah exam kan..semua orang ambik exam..mmg arrr tapi exam yang ni aku kena ambik selama 15 jam...mak aiii..betoi ka? tak propa? seriusss ler...15 jam occay!!! balik lebih kurang jam 12.30 malam aku dah rasa lain macam jek..penat ngan ngantuk..

then pagi esoknya, g sekolah mcm biasa...tapi badan mmg rasa lenguh dan kepala berdenyut2..tengahAri 17 April tu aku bertolak ke Dynasty Hotel untuk pendaftaran Kursus pRogram Penghayatan Seni & Budaya (PPSB) kelolaan DBP untuk cari calon fasilitator PPSB PLKN..hahahaha..so g sana tak sangka jumpa kawan lama masa UPM si Hisyam dan Flora (dua2 ni budak Pantun) jumpa Che Wan (Peserta Perak masa JSBN Tahap 1)..yang bestnya aku peserta pertama..ha ngangis la aku kan nak berseloka kat depan khalayak tu kan..tapi aku bangga la..bukan mudah beb nak jadi peserta pertama..then group aku namanya SELAUT KASIH...ramai yang otai ok..jadi aku, Flora, Hani ikut jek (wal hal..aku ler ketua..hahahahah..makan gaji buta ker?)

Sabtu 18 April Aku dah mula rasa sakit2 badan-alamak ni sure sbb tak cukup tidur dan asyik terperap dalam air cond je kot!!!matilah, dah mula risau ni...dari pagi sampai petang aku mmg tak selesa...malam aku tetap buat show penilaian...semangat kena kuat beb...tapi tak tahan....aku minta balik lepas show..dan tak sedar apa...terus terjaga pagi esoknya.....(ke demam sebab tak dapat tegaok AF...tak dapat tengok tapi tetap AFUNDI AKIM...!!!!AHAKS)
Ahad aku bangun bersiap dan minta balik untuk ke Klinik, so aku terus check out dan terus ke Pandan Indah, Klinik Keluarga-sementara tunggu nama nak kena panggil, tanpa sengan silu aku baring je mcm BABY (plssss baca betul2 occay) kat kerusi..then doc kata tonsil bengkak dan virus infection ..occay, ambil ubat+bayar+balik+makan ubat+tidur dan tak sedar apa dah.....
Isin, badan masih tak sihat...tapi gigih gak ke UM sbb ada dua paper yang aku kena ambik exam paper PXGM6105 pagi 3 jam dan paper PXGM6107 petang 3 jam..(tahniah ler pada diri aku..mampu jawab exam walaupun badan terketar2...-tapi tak tahu la apa yang aku jawab sebenarnya!!!)balik jek umah aku rehat (Alhamdulillah, petang dah rasa makin kebah) dan kemas bilik yang dah semerbak bau peluh tu...so nilai sendiri mcm gile tak? mak aku kata GILA...tapi akak aku cakap SERONOK..so aku cakap KEGILAAN YANG MENYERONOKKAN.!!!!!

Kegilaan yang menyeronokkan

Peliknya entry ni...hahahaha...weiii jgn fikir aku giler occay!!Alah, cuma kegilaan yang aku refer kepada jadual aku yang pack sejak musim exam ni!! aku mulakan dengan Upacara menyambut kawan2 dari Sabah...Dexter, Oja, Mila semuanya bekas pendebat masa kami semua kat university dulu Oja dan Mila dari USM dan Dexter (yang kini dah beragama Islam pun..Aminnn) dari UMS..aku tak jumpa diorang hampir 6 tahun kot!! diaorg ni masuk debat guru wakil Sabah kat Kedah dengan sorang lagi kawan aku si Azam. Alkisahnya diaorg tersingkir pusingan pertama kalah dengan Selangor (mak aiii....aku tak wakil ye tahun ni...tak g pun pemilihan peringkat negeri!!!) so dah kalah depa ni pun ambik le kesempatan turun KL (katanya nak lepak umah Azam kat Danau Kota tu...) so dapatlah aku hang out ngan diorg semua...BESTTTTTTTNYAAAAAA...kitaorg g karaoke sama..(Bakri pun datang joint pas tu)alah..sumbang mambang ke pedulik apa..bilik tu kami yang bayar..kan kawan2...hahahahaha..tanpa mengira siapa pun kami...dalam erti 'sporting'nya persahabatan,kami berjoget sama2 bila menyanyai lagu KETAHUAN, then time lagu INTIFADHA..baik sikit la kan..nyanyi dan ketawa sama2 untuk CINTA DI AKHIR GARISAN .. dan lain2 lagu lagi cuma aku rasa sebak bila lagu MUNGKIR BAHAGIA dan lagu MY HEART dinyanyikan..mungkin sebak itu datang kerana PERASAAN SAYANG PADA SAHABAT2 KU INI...FREIND FOREVER..MUAHHHHHH

BB Walk nun jauh di Cyberjaya...

Susahnya sejak menjadi nomad ni..nak up date blog pun kena lah tunggu seminggu sekali kan..mcm ni arrr..rabu (15 April) aku g ke Cyberjaya, jumpa coursemate aku si echah (di baca : aishah) kat Lim Kok Wing University..masuk jek..aku terpegun!!Dah la warna korporatnya mmg warna kegemaran aku..HITAM...mak aiii..ni pusat pengajian ke? tempat berlibur...sepanjang jalan aku rasa mcm berjalan kat BB Walk..dengan muzik yang berdentum, aksi anak muda yang menghiburkan..(amboi mcm bahasa buku sangat!!!) then achah belanja aku makan burger yang boleh tahan harganya (mujurla pensyarah LKW ni sudi belanja cikgu sekolah rendah mcm aku ni!!!huhuhu)jadi aku pun makan la dengan bersulam chocolate ice blended..slurp...slurp sedapnya!!ada cafe!!ada saloon!!ada gym!!ada butik!!then echah tunjuk kat aku blok pentadbiran dan blok kuliah..dah nak jalan balik tu tetiba aku bertanya.."echah, surau ada ke?"..."ada..kat blkg libraray tu!!".."ohhhhhhh....alhamdulillah!!!" yang pasti aku teruja dengan LKW University ni..serius aku plan nak apply keje kat sini pas abis master nanti!!serius!!Tan Sri LKW..Harap laaaa ada vacancy untuk i ok!!!hehehehehe

Saturday, April 11, 2009

Ada jugak cikgu mcm ni !!!!!

Last week aku berbincang dengan GB tentang program kecermelangan tahun 6 tetiba bila masuk bab kelas tambahan dia cadangan untuk tahun 4 dan 5 pun stay gak kat sekolah untuk 3 hari pada cuti bulan Jun nanti (3 hari jek bukannya habis 2 minggu kena stay!!)...alasan dia untuk membudayakan kepentingan ilmu budak2 tahun 4 & 5 disamping untuk menerapkan rasa tanggungjawab cikgu lain2 terhadap kecemerlangan UPSR sekolah ni (bukan cikgu tahun 6 jek yang dok berfikir...)..jujur sekolah aku mmg kurang budaya cemerlang ni..masing2 rasa hanya cikgu tahun 6 yang bertanggungjawab kalau keputusan UPSR merosot tapi kalau naik (belum pernah pun...) mungkin diaorg akan rasa diaorg turut menyumbang sbb diapun ajar budak2 tu masa tahun 4 dan 5 ...
Oklah, kebetulan aku stay back petang lepas aku discuss tu so aku pun bagi tahu la kat cikgu2 tahun 4 supaya plan cuti ni untuk tidak balik kampung terlalu awal, tiba2 cikgu M ni (isteri kepada cikgu N) pun ala2 membantah...situasi lebih kurang mcm ni...

Cikgu M :
Isyh tak nak la...nak balik kampung, lagipun diaorg bukan nak ambik UPSR pun...kalau dah tak pandai ajar mcm mana pun tak pandai gak

Aku :
Alah M, mcm ni la kita..kena la korban sikit..aku tak tahu la kan..aku takde anak..mak aku cakap kalau aku ajar anak org bagus2 dan jadi pandai, insyaALLAH Allah akan turunkan sorang cikgu yang paling bagus untuk ajar anak kita dan anak kita akan jd lebih pandai dari budak yang kita ajar tu..

Cikgu M :
Tak payah la...aku boleh ajar anak aku sendiri la..kalau aku ada duit aku buka sekolah sendiri ajar anak aku..

(AKU SENTAP DENGAN JAWAPAN CIKGU NI....AKU DIAM DAN MEMBIARKAN CIKGU M NI BERSEMBANG DENGAN CIKGU2 DARJAH 4 YANG LAIN..LAMA SIKIT AKU BERSUARA..)

Aku :
Mcm ni la cikgu2 darjah 4 ek, saya akan bincang dengan GB untuk mengecuali kan korang..ye lah (AKU SEBAK DAN MCM NAK NANGIS) air mata sekolah ni milik cikgu2 darjah 6..tak pernah la org lain nak bg sokongan dan bantu kitaorg..korang balik la kg biarlah kitaorg je stay...(AKU SEBAK SANGAT NI NGAH SAKIT HATI DENGAN CIKGU M)... takpelah kita semua tak payah la ajar anak org lain baik2 buat apa kan..kita semua kan boleh ajar anak sendiri..kita semua kan mampu buka sekolah sendiri..tak pelah..(AKU TERUS DUDUK!!!)

Aku bukan seorang guru asalnya, aku dah ada kerjaya yang kukuh (gaji aku setelah jadi cikgu 5 tahun masih belum cecah gaji aku yang dulu..bukan nak kekwat yer..) aku TERPAKSA jadi cikgu kerana mengikut kehendak mak (baca entry "betul kata mak") tapi aku akui aku dah SAYANG pada profesion aku skg biar apa pun org nak kata..tapi aku tak salah kan org luar kalau dok mengata sbb mmg ada cikgu mcm tu yang aku lebih rasa malu sbb ....
DIA PEREMPUAN, SEORANG IBU DAN SEORANG ISTERI KEPADA SEORANG CIKGU
tapi kenapa dia mcm tu?


tu lah..kalau dah tak dapat keje sekalipun jangan jadikan profesion ni PILIHAN TERAKHIR, nanti mulalah tak ikhlas, itu tak boleh, ini tak boleh...Hurm kalau dah kaya sangat..BERHENTI LA..BUKA SEKOLAH SENDIRI, AJAR ANAK KAU SENDIRI!!!

Konsert 5 AF7



Dah separuh perjalanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal..Tahniah..Memang TRANSFORMASI telahpun berlaku..hurm, aku rasa hanya untuk pentas semata-mata Tidak adil la kalau kata tidak ada langsung kemajuan pada pelajar namun rasanya tidak cukup berbanding kekerapan 'transformasi' tersebut diungkapkan terutama oleh AC..boleh dikatakan perkataan tranformasi itu adalah hela nafas beliau untuk setiap konsert.




oklah, tema duet kali ini mungkin menarik bagi sesetengah orang tau mungkin tidak bergantung pada interpretasi individu tersebut...kalau bercerita ttg duet di AF aku rasa paling menarik adalah lagu Duet lagu My Heart di tangan Mila dan Ebi - superb sangat2!!mungkin kebetulan diaorg memang tgh bercinta masa tu sbb tu yang feeling abis kan..tak lupa gak duet dari filem Love is Cinta dendangan Stacy dan Nubhan..cerita dalam lagu tu sampai!! Mungkin ada yang terlupa Sahri muncul menghidupkan persembahan Zarina untuk lagu Pulangkan walaupun ini sebenrnya bukan lagu duet tapi nampak serasi dan persembahan Zarina memukau..




Aku mmg tertunggu2 adakah ada yang mampu memberikan persembahan sebaik Mila dan Ebi? Hurm dan aku pun tak sabar nak tggu kejutan sbb aku yakin zahid dan vince tidak akan menyanyi untuk dua pelajar yang berbeza...aku rasa zul 2by2 akan muncul untuk isma dan dafi pula akan muncul untuk aishah (tapi Alif Aziz yang muncul...boleh la suara dia!!!)




Aku sebak semasa persembahan isma-dia sendiri nampak sebak dan mungkin bagi sesetengah orang persembahan mereka keterlaluan tetapi mungkin disebabkan terlalu rindu maka sebab itulah aksi mereka mcm tu...alah kalau kita pun mungkin mcm tu jugak kan!!perasaan sebak menjadi persembahan isma biasa2 jek..tapi masih menarik untuk di tonton-percayalah ibu anak 5 ni bakal beraksi di final




Aku rasa yang cemerlang minggu ni Claudia, Hafiz dan Aishah..mereka ni pun akan berada di Final...aku sebak melihat persembahan Hafiz-dia terlalu cemerlang pada setiap minggu tapi kenapa gelaran pelajar cemerlang hanya diperolehi pada minggu pertama sahaja? adakah konsep pelajar cemerlang tu untuk semua rasa...? kalau dah dia cemerlang dan berhak dapat bagi je lah tak kiralah berapa banyak kali dah dia dapat...kan!!!! Claudia menggunakan pengalaman menyanyi di lounge dengan sebaik mungkin aku enjoy lihat persembahan mama christian ni..Aishah-serius aku nampak dia boleh pergi jauh sangat..dia seperti Gita Gutawa!!aku undia untuk tiga pelajar ni...




Rasanya ramai yang tahu..aku minat akim dan akan undi dia..ye mmg aku undi dia (hello...bil ni aku yang bayar yer..so peduli apa orang nak kata kan...) cuma aku rasa tone yang sedap tu tak disokong dengan persembahan yang groove untuk lagu dan pasangan duet yang dah cukup menarik ni.Work Harder Akim...!!!!Tak payah la nervous2 lagi...dah 5 minggu dah di pentas dan khalayak yang sama..ok Akim!!




tone serak2 basah Aril makin sedap didengar...ditambah dengan lagu dan jalan cerita yang menarik bersama Marsha membuatkan dia nampak istimewa..Hurm, si Wok ni nampaknya pilihan produksi..tengok la kejutan yang dia terima, bantal busuk dan teddy bear di bawa naik, klip parent dia dengan adam..hurm, ingat tak AF2..mula2 Zahid biasa2 jek, tapi dia selalu dapat kejutan-Shebby dtg bg Jersey, Klip parent dia bersama Misha, Arwah Pak cik MMA dtg bg komen, phone call dr Datuk Daud Kilau, Tiba2 Datuk Daud Kilau muncul menari dengan dia then Misha dtg bg komen dan suapkan cucur kodok untuk dia..fuhhhh...dan skg giliran Aril (dia pun sebenarnya pilihan Principal Tiara)




Yazid, ada kemajuan tapi belum cukup lagi la yang dia dapat beri...sejak2 ni dia ni rajn bercerita dalam diary dan sah2 undia dia naik sebab tarikan dia dalam diari..prestasi dia meningkat tapi masih di bawah aras "transformasi..No komen untuk Sidi dan Qhaud (sedihnya dengar heliza nyanyi...what happen cikgu ) cuma aku rasa happy sidi terkeluar sbb dia tidak ada kemajuan...(rasanya dia masuk top 14 sbb kuota org utara kot.hahahaha..si Abraham tu sah2 la top 6 untuk OIAM tapi tak dapat masuk top 14 AF mungkin sbb kuota Sabahan ramai sangat..)

p/s pada yang ak setuju..maaf la erk..ni komen dari aku..ikut observation aku!!!

Friday, April 10, 2009

Kabinet Baru 2009

PRIME MINISTER:
Datuk Seri Najib Tun Razak

DEPUTY PRIME MINISTER:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MINISTER IN THE PRIME MINISTER'S DEPARTMENT:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Unity and Performance Management)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Legal and Parliamentary Affairs)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Economic Planning Unit)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Islamic Religious Affairs)

Deputy Minister:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

FINANCE MINISTER:
Datuk Seri Najib Tun Razak

SECOND FINANCE MINISTER:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Deputy:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

EDUCATION MINISTER:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Deputy:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

TRANSPORT MINISTER:
Datuk Ong Tee Keat

Deputy:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

PLANTATION INDUSTRIES AND COMMODITIES MINISTER:
Tan Sri Bernard Dompok

Deputy:
1. Datuk Hamzah Zainudin

HOME MINISTER:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Deputy:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

INFORMATION, COMMUNICATIONS, ARTS AND CULTURE MINISTER:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Deputy:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

ENERGY, GREEN TECHNOLOGY AND WATER MINISTER:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Deputy:
Noriah Kasnon

RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT MINISTER:
Datuk Seri Shafie Apdal

Deputy:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

HIGHER EDUCATION MINISTER:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Deputy:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY MINISTER:
Datuk Mustapa Mohamed

Deputy:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION MINISTER:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Deputy:
Fadillah Yusof

NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT MINISTER:
Datuk Douglas Uggah Embas

Deputy:
Tan Sri Joseph Kurup

TOURISM MINISTER:
Datuk Ng Yen Yen

Deputy:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MINISTER :
Datuk Noh Omar

Deputy:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

DEFENCE MINISTER:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Deputy:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

WORKS MINISTER:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Deputy:
Datuk Yong Khoon Seng

HEALTH MINISTER:
Datuk Liow Tiong Lai

Deputy:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

YOUTH AND SPORTS MINISTER:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Deputy:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

HUMAN RESOURCES MINISTRY:
Datuk Dr S.Subramaniam

Deputy:
Datuk Maznah Mazlan

DOMESTIC TRADE AND CONSUMER AFFAIRS MINISTER:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Deputy:
Datuk Tan Lian Hoe

HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT MINISTER:
Datuk Kong Cho Ha

Deputy:
Datuk Lajim Ukin

WOMEN, FAMILY AND COMMUNITY DEVELOPMENT MINISTER:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Deputy:
Datin Paduka Chew Mei Fun

FOREIGN MINISTER:
Datuk Anifah Aman

Deputy:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

FEDERAL TERRITORIES MINISTER:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Deputy :
Datuk M.Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

TQ Aisha...







ingat tak entry aku ttg aku g kursus teater tahap 2 baru2 ni..so ni ler ada sikit pic yang aku grab dari akaun friendtser kwn aku (kebetulan junior kat KOSASS UPM)..ok TQ erk Aisha
Okies, aisha ni yang pakai baju kelabu bertudung itam then yang tudung ungu tu kakak dia..hehehe..kak aisha then baju kuning tu nada,jurulatih kitaorg yang cute pakai cap tuh n yang pakai bj ijau pakai vest kotak2 tuh..yg sweater ijau tu kenal kan..nak tau cite2 ms aku g kursus baca arrr entry lepas tajuk -jsbn tahap 2
wokehhhh..jgn lupa erk..afundi akim..hahahaha


















Doakan aku yerk!!

Minggu ni minggu terakhir kuliah (just wat conclusion and jamuan makan2 jek) untuk penggajian master yang aku ngah pening2 kepala nih!!mulai 13-19 aku akan bercuti untuk study week tapi nak kata apa kan..16hb tetiba lec aku buat exam untuk paper research sbb dia kena berlepas ke Korea minggu berikutnya..hurm, yang menarik tu exam ni akan berlangsung selama 15 jam dari jam 9 pagi-12.00 tengah malam..(ni kali kedua aku ddki exam 15 jam)...penat giler!! then 20hb aku ada 2 paper..4 jam waktu pagi dan 3 jam waktu petang (giler arr aku pas tu dah ler dua2 paper ni susah) then aku break, 25hb ada exam petang tu..pas tu..MERDEKA!!!! tapi tak leh happy sangat sebab aku dah mula dengan project paper..haraplah aku dapat siapkan dalam masa satu sem lepas tu tak payah dah fikir2 pasal master ni..harap2 cemerlang dan dapatla biasiswa untuk PhD...AMINNNNNNN!!!!

oHya, aku ada satu cerita yang kurang menarik untuk dikongsi bersama ..begini dalam kelas2 terakhir ni aku ditanya tentang group development-aku beri la jawapan tentang perlunya hubungan profesional dan kalau lebih baik adanya chemistry untuk memudahkan kerja ...chemistry?lecturer aku terkejut bila aku guna word ni seolah2 dia tak tahu (atau sengaja je kot aku fikir!!) then aku guna lak perkataan modus operandi dalam menjawap hal lain dan last sekali aku cerita tentang epistemologi (ketiga2nya digunakan berasingan untuk soalan yang berlaianan).

Lecturer tu pun bagi komen, aku ni pelajar yang gemar guna 'bombastic word' jujur dia tak gemar sebab aku seolah2 hanya ingin aku saja yang faham dan bg mereka2 yang tak faham akan jadi terus tak tahu apa sebenarnya yang aku jawap..aku blank!! tak kan la kerana 1 word terus tak faham semua statement?then dia kata jgn jd selfish sbb nak faham sorang2 dan jgn jd budak2 yang suka guna bombastic word ni..then dah komen aku (dlm nada yang marah) dia terus ubah topik lain..aku still blank..tak dapat jwpn 'adakah 1 word akan gagalkan pemahaman org lain terhadap kesemua jwapan aku?'...hurm, jujurnya aku jadi malu dengan classmate (terutamna student antarabangsa)..tapi mujur lepas tu diaorg bagi semangat kat aku..takpelah lain kalai naku akan gunakan ayat yang mudah atau better jgn cakap terus dengan org2 yang berpendidikan tinggi ni..rasa tercabar sikit bila org lain guna perkataan tinggi sikit mulalah melenting, walhal, perkataan tu mudah jek (buletin utama pun kadang2 guna perkataan tu!!!) TENGAH MENAIP ENTRY NI PUN AKU STILL BLANK-APA SALAH AKU SEBENARNYA!!!

Reward Day 2

Setelah lama aku tak jumpa kwn2 JSBN tahap 1 akhirnya aku buat konsep reward day sekali lagi..kalau aku dapat siapkan asignments sebelum jam 6 so malam tu aku cadang nak contact diaorg and lepak somewhere..hurm, gigih arr menyiapkan asigment kan..finally, yesssssss...so aku g arrr lepak ngan Rozi giler...ngan Rose + BF dia..kitaorg g Matic jumpa Lie yg ngah sibuk ngan tetaer Patung Kertas (serious arrr tak sabar nak tgk Dato Jalal drag sekali lagi..) then takde yang menarik pun sekadar kami borak2 kosong dan merancang untuk pentaskan teater hasil idea bersama..hehehe..kalau jadi, bulan 8 ni show!!so tggu je arrrr...

cabaran 'bintang'..bila?

AF 1 kita ada vince yang dipaksa menyanyi lagu bunyi gitar tapi seperti nyanyian Elvis Priesley then Af2 paling aku ingat mamat Hip Hop si Adam tu kena nyanyi lagu Saloma-Bila Larut Malam, konsert final si Linda nyanyi lagu spain, ...then AF3 ada Raja SMS kena nyanyi lagu Beautiful Maria dan lagu Arab , Felix nyanyi lagu tagalog then AF4 ada Saleema nyanyi lagu Hindi, Farhan kena nyanyi lagu spain rasanya kat konsert final .Hurm, Af5 dan Af6-tak berapa ambik port dan aku menuntut lagu bahasa asing yang lain dinyanyikan untuk AF7 ni kalau leh tak nak la genre yang sama atau lagu yang dah popular di bibir pelajar2 ni..
p/s: teringin nak dengar akim nyanyi lagu asli!!!rasanya dia boleh pukul jek lagu mcm tu

Udah2 la tranformasi yang memualkan!!

Aku rasa mual lak tgk konsert af4 hari tu, mual dengan undi kesian pada yazid (tetiba naik ke tannga kedua lepas bersedih dengan cerita ttg arwah ibunya) mual juga dengan cikgu yang bersungguh2 nak menyampuk dan secara langsung sebenarnya menjatuhkan air muka pengkritik untuk konsert malam tu..

sebagai guru (kebetulan aku mmg guru yang dilatih secara profesional) kita sepatutnya menerima teguran orang lain untuk memperbaiki pedagogi kita, bukannya mengkritik semula pihak yang memberi komen kepada anak murid kita tu..bukan tak boleh cuba bukan depan orang ramai.

ok la, mmg AF medan mencari bintang (patutla berapa kerat jek yang jd bintang) tapi dalam pertandingan yg menitikberatkan nyanyian ni haruslah vokal diambil kira sebagai aspek yang paling penting then barulah lengkapkan diri 'bintang' tu dengan spectacular factors yang lain.

Dato CT dulu masa mula2 masuk Juara Lagu 96 dengan lagu Jerat Percintaan pun sekadar duduk dan berdiri sahaja namun disebabkan vokal beliau yang superb beliau dapat menepis bintang paling popilar ketika itu, Kak Ziana...tgk..vokal penting kan?

ibaratnya mcm ni, untuk SPM semua subjek paling penting namun paling penting antara semua subjek penting tu adalah subjek BM,kalau nak keje kerajaan (tak kira la keje apa pun) malah nak minta biasiswa untuk master dan PhD walaupun dah ada degree tetap ditanya keputusan BM untuk SPM..penting kan subjek BM..so faham la konotasi ni ye cikgu2 AF terhadap pentingnya aspek vokal untuk 'bintang' AF ni

Syabas cikgu CT dan cikgu Syafi-mungkin disebabkan mereka ada sekolah muzik masing so mereka tahu silibus dan lebih terarah pengajaran mereka..cikgu Ida-pakaian ok sikit la skg tapi menagajar macam a bit berangan + merapu..lebih baik tumpukan pada diksi,artikulasi dan emosi bukan lakonan ybudak jantan dilembikkan jadi pondan-cikgu Marlia + ibu Fauziah Nawi gak yang tahu apa itu seni persembahan dalam nyanyian...

anyway, aku tetap demam dengan AF dan tetap Afundi Akim (harap ada afundi masuk..nak zizi ke final)

AF7 konsert minggu ke-4

Happy arr sebab akim dapat best student mmg dah rezeki akim sbb yang paling layak dapat adalah zizi tapi sebab dah terkeluar so what to say kan..jujur gak, ni bukanla persembahan terbaik akim..rasanya anak gembala pada minggu ketiga lebih baik,akim nampak enjoy sangat dengan gerakan yang di tunjukkan .akim masih kekok tapi vokal dia makin baik (ada beberapa part kantoi sikit la tapi still dapat undi dari aku-walaupun berkrisis dgn hafiz)

rambut baru akim ni ala2 tomok la pulak aku tgk, cuma aku tak berapa suka dengan kreografi , dengan suara latar (kejap tinggi kejap rendah)dan finale dia yg dirancang dan sedikit pelik untuk dia.

isma aku rasa pakar dalam imitasi-sebijik seperti gerakan amy atas pentas untuk lagu aku dah bosan tu..tapi aku enjoy la ngan mama anak lima ni...qhaud? kesian la untuk ulangan kali kedua tu seperti tak dibriefing tetiba jek dia dipanggil, nampak sangat tak bersedia..penyanyi latar pun berlari2,sebenarnya tak perlu pun ulangan tu sbb undi dah dibuka selama seminggu bukan seperti oiam yang undi hanya dibuka selepas persembahan ..kan?

Sidi..persembahan dia yang terbaik..serius!!mostly pelajar pompuan mcm 'meracau+menurun'..zizi cemerlang gile-mungkin semangat abg motor tu kot..hafiz-spectacular!!!rubisa nyanyi lagu tiada lagi ..lagu tu asalnya lagu mayang sari so takde cabaran pun sbb arragement music dia ikut lagu asal..pelajar pilihan aku..zizi,isma,hafiz (afundi)dan akim(afundi10) aku target rubisa (yg tiap minggu nak nangis kan..) dan yazid perlu keluar tapi rubisa (yessss!!!) dan zizi (omg...astro plssssss..afundi masuk zizi)

Thursday, April 2, 2009

nak tunjuk diva..

balik dari kursus ada meeting..adoyai aku baru plan nak balik awal nak g library nak study..hurm...ok ler g je lah..alahai benda ni dah berkali2 meeting tapi mcm biasa la buat kata glickman dalam buku superivision 'dunia pendidikan ni kadang-kala GAGAL sebab perancangan yang cantik tak pernah diimplement dengan baik' ok..takde yang menarik cuba aku bertanya la dengan pengerusi majlis tetiba sorang cikgu ni, cikgu A tampil ke depan dan ingat ke nak menjawab dan memberi tunjuk ajar tapi sekadar nak tunjuk diva (weeeiii...nak speaking betulkan la dulu diction tu..) yang paling aku hangin, aku kata mcm ni 'saya ni cikgu baru, tak banyak pengalaman sbb tu minta tunjuk ajar, saya tak la bagus sangat so nak jadi bagus sbb tu bertannya n minta tunjuk ajar' dia jawab 'memang pun'..sial tak? tapi tetap tak bg jawapan terhadap soalan aku tu..then aku geram kan..aku jawap la 'saya tak bagus tapi at least saya masuk kelas' nak tahu nape aku cakap mcm tu? sbb cikgu A ni kaki air cond GB depan GB tunjuk bagus seh..tapi jenis tak masuk kelas, atau masuk kelas bawak lap top buat asgment
(dia ni kaki ambil upah asgmnt org) dan paling baru dia bw budak masuk library n biar budak buat keje sendiri then dia tido..what? ha nak jadi sorang budak terpegang kaca dan tangan berdarah..tapi dia senang je jawap - 'g jumpa cikgu kelas awak..' hurm, susah la cikgu2 yang nak tunjuk diva tapi biasa2 je ..tp aku tak nafikan la dia ni mmg berlian intan payung org PPD dan GB aku..hurm, teringin nak peer coaching ngan dia nak tgk mcm mana erk dia buat inkuiri penemuan dalam P&P dia..atau teringin gak nak minta dia ajar tahun 6 tahun depan..nak tgk sikit mcm mana approach dia..dah la..yang penting aku mmg sentap..ntah la..nasib badan kan

JSBN tahap 2

bestnya balik umah kat seremban, hampir 3 minggu tak balik umah sbb terlalu busy ngan asgment (ni pun tak siapkan lagi 4 asgmnt..matilah, sempat meng'up date' blog kan) pas kemas2 dapur sambil dengar siaran ulangan konsert af7 tengahari ahad tu, aku pun bersiap nak bertolak ke PD..gamble arr ikut jalan mambau..1st time ni lalu ikut jalan ni..sambil2 tu dok usha2 gak umah nabil,mana la tahu kot2 dia ada ka..leh g bersalam (hahahahaha) ye arrr bakal artis paling popular katakan..



fuhhh mujur tak sesat, aku sampai gak ke Glory Beach Resort 25 minit pas tu, pas daftar aku pun just lepak je la dalam apartment-aku ddk ngan joseph, lee, faizal..then malam sesi house keeping diadakan..hurm ramainya otai yang hadir..jadi cuak la gak..pas tu balik bilik n berkurung siapkan sikit asgmnt, mmg arr tak mampu nak siapkan,bak kata org siapakan sehelai dulu pun jadilah...



kelas teater-kitaorg dicampur untuk tahap 1&2, kelas pertama mmg memboringkan..kuliah ttg sejarah, asal usul, jenis2 tetaer, jenis2 pentas..etc..pendek kata sapa yang baru nak kenal ngan teater sure rasa bosan...mmg pun ..ada sorang peserta ppuan yang tukar ke kelas tarian sbb rasa bosan..lantak la dia...sambil dok dengar kuliah akubaring & terlelap..hehehehe..baik punya bunyi dengkuran manja katanya ..sambil dok dengar lagu india tarian baranathiam dr kelas tari tahap 2..pas makan tengahari dah mula beraktiviti..sambung cerita, hahaha tetiba aku jadi anak muda yag mengandungkan anak org (haha,..mira?) then melutut nak bertanggungjawab pada ayah pompuan yang aku kandungankan itu..tiba2 kan..then belajar vokal, belajar teknik pernafasan, belajar fokus, ada game teater dan sebagainya..walaupun aku tahu aku tak akan jadi best student untuk kali ini (peserta yg pernah dapat gelaran itu tak akan diberi lagi-itu janji acik dan abg kusairi-faci kesayangan kitaorg) tapi aku janji pada diri aku..aku akan buat yg terbaik.



kumpulan aku memang best...aku ssorang je peserta tahap 2 yang lain tahap 1 tapi kesemuanya berbakat dan bagi komitmen yang tggi untuk kumpulan..task pertama-bina plot cerita berdasarkan tema..ada kumpulan yang dapat tema jiwa, mata, tamu, kecoh dan kumpulan aku paling mudah kenduri..cerita kita pun mudah jek..hari kenduri kawin arrr..so bersempena dengan tema tu kami sepakat pilih nama kumpulan kendara..hahahaha..group aku yang mmg happening nada,muli,faizal,aisha,su,dan aku arrr..konsep kami takde ketua sape saje boleh buat keje ...



sambung balik psl task 1 tadi, selain kena bina plot dan berlakon, kami semua dikehendaki menyediakan sub text untuk setiap watak dalam cerita tu..dalam cerita ni aku jadi pak andam..hehehehe..terpaksalah kena buat gaya mengumpat2 sikit (aku tak suka mengumpat dan mendengar umpatan-opsss)..kendara group paling last perform-alhamdulillah,kami dikatakan satu2nya kumpulan yang mempersembahkan task dengan baik dan betul pada subjek sub text..(aku tengok markah,mmg kami paling tinggi..)ahhh..competition bermula walaupun aku tahu aku takkan terpilih..ahh g mampus janji ak buat yang terbaik...



then sebelum task kumpulan yang setrusnya ..hari berikutnya kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar-lelaki dan perempuan dan melakonkan dengan mengaplikasikan pelbagai elemen dalam lakonan..lelaki kena tema 'kapal' then yang bestnya aku usulkan buat replika kapal then aku jadi angin dan menghembus kapal untuk bergerak, then ombak datang cuba memusnahkan kapal..angion sentap then angin paggil ribut untuk bertarung dengan ombak dan kapal karam,matahari datang dan mendamaikan..hahha..mmg pompuan tak dapat clue sbb subjeknya kami selindungkan..group pompuan..lite2 jah..hahahaha..aku tak paham apa yang mereka nak tampilkan tapi just lakonan la takde unsur suspen+spectacular factor..opsss...jgn marah kwn2..in charector..kami semua terpaksa jadi org tua cacat kaki sebelah kanan yang bermuka herot kena stroke then kena jalan balik dari pantai ke dewan kuliah melalui lobi hotel..malu seh tapi pengalaman merasai kepayahan org yang sebegitu..insaf kejap aku..



petang kami semua mmg flat-tak cukup tido mata berat dan ada 3 exam yang menanti..mula2 exam individu-lakonan+vokal pada skrip yang sama tapi sejauh mana ekspresi kita akan menjadikan kita lain daripada yang lain..aku puas..serius aku puas bila aku faham analisa 'watak vs aku' aku puas sbb faham dengan watak dan dapat lakukan dengan baik..bila aku menarik kerusi (gerakan improvisasi katanya) keluar dari lantai lakon aku menitis air mata kerana puas dengan lakonan aku...(alhamdulillah aku dapat markah tertinggi untuk vokal dan lakonan sama markah ngan abg hafez azwan)..



then abis jek ujian vokal+lakonan..aku terus sentap sbb rehat cuma 40 minit dan kemudian test lakonan kumpulan-skrip bangsawan tapi kami boleh ubah latar ikut kreeativiti tanpa mengubah skrip..akhirnya kendara mengambil keputusan untuk lakonan cerita bangsawan mahsuri ini dengan berlatarbelakangkan cafe yang diberi nama cafe mahsuri (ala2 pi mai pi mai tang tu) then watak2 pula kami ubah dengan aku akan bercakap slang inggeris, aishah seorg pompuan gedik, nada ambik watak india tipikal, faizal watak sengau (dia ni mmg sesuwai...sangat prefect), su jadi mk mahsuri yang bercakap kelantan (oreng lengkawi cakap kelenten?..skrip add lip aku..hahaha) then muli lak jadi lelaki skema yang sopan tak hengat..wow...dalanm tak hafal skrip aku rasa puas hati sangat..tahu tak nape kami buat situasi mcm tu? sbb kami semua tak hafal skrip so ala2 kononnya si su ni hantar la menu padahal masa belek menu tu kami belek skrip..hahahaha..yang su ngan muli lak jadi pemilik restoran ..hantar dulang air-atas dulang pun ada skrip..cayalah kendara-aku sayang korang semua..dan yang penting kami sekali lagi dapat markah paling tinggi..alhamdulillah...



abis jek semua group buat persembahan kami semua dipenggil untuk test senamseni..no comment aku etap dapat part yang aku fobia-lagu zapin hadrah+hanuman..why arrrr?



then malam show, aku jadi mc so berangan la jadi aznil kan masa handle konsert af katanya..tak kisah la berangan ke tak yang penting majlis jadi happy...tarian india dari senior tari (tarian tahap 2) mmg mengujakan..aku tak puas..reza dan kak hud mmg meletopppppp...



then aku rasa happy gile masa mementaskan semula cerita kenduri..mcm ada roh lak..sampai cerita ni jadi seperti nyawa kepada show mlm ni..siap ada majlis tepung 'air tawar' pulak dr fasi2..tq semua yang sporting..then kami akan lakonkan semula cerita ini untuk majlis penutup esok..abis show kitaorg semua happykan diri...aku,acik,abg kusairi, kak aisha, aishah kendara, kak tini, abg saidi, kak zamani, amin, makmor, dan dua tiga org lagi pun kuar arrr g minum2 kat PD..kitaorg g kat bangi kopitiam...opsss ada raja faraah dengan pelakon lelaki cerita ezora dulu tu...nak jadi cerita diaorg ni kenal ngan abg kusairi so bila diaorg salam2an kitaorg pun berangan la salam2 n tangkap gambar bagai ni...then ada la sorang pekerja tanya,kitaorg ni artis ke..jawapan kak aisha"haah, kami artis..pelakon" apa lagi budak indon tu pun mula la snappy2 pic kami semua hahahaha..berangan..



balik..flat tido arrrrr..esoknya hari penutup mcm biasa aku jadi mc..sekali lagi kendara featuring kwn2 teater lain mempersembahkan cerita kenduri..bertambah meriah bila masing2 kreatifkan diri dengan hantaran (abisla kuih2 hotel tu kan)..tahniah pada peserta terbaik teater tahap 1-nada dan kak aishah then tahap 2-makmor dan rose (aiyo kakak..ko ambik aura aku kah?) hahaha..yang lain jgn kecewa ok..korang semua berbakat ok..walaupun aku tak dapat tapi aku bangga dengan pencapaian aku..ok..pada semua aku sayang korang ..sayang sgt2...

Jom bersihkan sawang...

Sowi, lama aku tak up date blog, pas balik dr kursus ni aku busy sikit..yela banyak keje yang tertangguh so kena la settlekan...ohya, saje2 nak komen ttg konsert 3 AF7, aku rasa kesemua peserta cuba menunjukkan peningkatan tapi biasa2 jek..takde yang boleh dibanggakan lagi kecuali hafiz dan isma ..dua org peserta ni nampak sedar ttg keperluan diaorang dalam AF7 ..diberi pendidikan percuma maka mereka perlu tekun dan hasilnya persembahan yang menyelematkan 'maruah' tranformasi yang sering diulang-ulang oleh AC dalam konsert (yg membosankan)..akim, sure lah aku minat cuma ada ketikanya tidak serius pada sesi P&P dan persembahannya bagus saja bukanlah cemerlang pun (1st note dah sumbang dah)...pelajar pilihan aku untuk konsert kali ni akim (sbb aku mmg minat dia...afundi10 ) then aku pilih isma,hafiz (terlalu konsisten) dan zizi..keempat mereka dapat afundi dari aku..aku jangkakan sidi terkeluar tapi..rini? rasanya rini dah meningkat sedikit tapi takpelah bukan rezeki dia..nway, aku tak sabar nak dengar lagu Dato' CT dinyanyikan oleh pelajar lelaki AF utk konsert 4