Intronya macam ni, tahun ni aku jadi pentaksir untuk PEKA kat sekolah then dipanggil meeting bersama pentaksir sekolah yang lain bersama pentaksir kwsan di PPD tapi tarikh tu pulak aku kena g Terengganu untuk final debate guru so aku mintalah GPK Kurikulum aku cari pengganti, dan setelah dua tiga orang tak dapat g meeting tu, akhirnya KP Panitia Sains pun kena la paksa (mmg kerja dia pun sepatutnya...!!!), ha, kiranya dia pun attent ler, pas aku dah balik dari Ganu dia jumpa aku (aku dah angkat beg nak balik sgt2 sbb aku ada rehearsel kat PPD mc kat Bangi) then dia nak cakap psl PEKA dan aku katalah masa tak sesuai dan better dia buat 'in house trainning' untuk makluman guru2 lain (tahun lepas aku dah buat dan untuk up date info, giliran dia la pulak sbb dia yang attent meeting tu!!!) tapi dia tak nak buat alasan dia bg tahu aku sorang cukup yang lain tak payah tahu dan tak payah buat-APA? TAK PAYAH BUAT..AKU BENGGANG LA....apa hal tak payah buat..ni penilaian yang berterusan la...kena buat dari peringkat rendah lagi...amboi...nak lepas tangan ke? disebabkan aku dah lepas nak ke PPD aku pun cakap "no..no ...no u kena buat in house trainning...semua cikgu Sains kena up date info dan kena buat PEKA ni..."
Esoknya, GPK Kurikulum panggil aku nak bincang pasal PEKA dan secara tak langsung di tercerita la yang KP aku tu dtg jumpa dia semalam petang merepot segala hal...aku akui je la yang aku mmg tak nak dengar penerangan dia sbb aku dah lambat ke PPD dan dia sendiri mcm nak lepas tangan nak bg tahu aku sorang n mengharapkan aku bg tahu cikgu lain...tapi aku tahan statement KP aku (seperti yang diberitahu oleh Puan GPK) "ye la...dia kan ada master mana nak dengar cakap saya ni!!!" pergh, apa kena mengena master aku?kebudak-budakkan ler...hurm, dalam marah2 tu aku hanya mampu senyum jek la...ada gak mat report di zaman ni erk!!!!!
p/s : happy, aku ambik exam master dalam keadaan demam yang teruk (sampai minta ddk di luar dewan sbb tak tahan air cond) akhirnya result aku A dan 3 A-..happy dan aku dah habis coursework, bulan julai ni start wat thesis pastu aku grad..insyaALLAH..doakan aku yerk!!!
2 comments:
tahniah la sbb dapat 'A' jugak walaupun demam teruk seperti yang azerai citerkan pada akk...8-11 hb ni pulak, akak exam...doakan akak dapat semua 'A'macam azerai...sebab purata keseluruhan dah semakin menurun ni...huhuhuk.
good luck kak huda!! mungkin rezeki saya kot!!
Post a Comment