"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, July 3, 2009

aku makin tua....


Happy Birthday to me

Tarikh 2 Julai sekadar tarikh biasa bagi aku, takde yang istimewa walaupun tarikh itulah detik pertama aku mendengar laungan azan memuji tuhan Maha Esa oleh bapa saudaraku (kata mak masa tu abah tak sempat balik dari penang kerana tugas) ..seingat aku sejak kecil aku tak pernah meraikan tarikh 2 Julai ni..sebab itulah aku rasakan tarikh ini takde apa2 makna sekadar tahu ia adalah tarikh lahir ..

Aku selalu hadir ke birthday party kawan2 masa kecil dulu, malah kakak aku sendiri (anak emas abah..) selalu gak sambut birthday walaupun bukanlah tetap setiap tahun sambutannya dibuat tapi ernah la jugak berbanding aku yang langsung tak pernah ni…Seingat aku, semasa darjah dua aku pernah bertanya pada mak “Mak, kenapa abang tak sambut birthday? Kalau tak boleh abang dapat hadiah mcm budak tu, dapat makan sedap2, dapat pakai cantik2” Aku tahu mak sayang aku dan disebabkan soalan tu, mak sebak…dan berubah air muka…sejak itu, soalan tak pernah lagi aku Tanya, aku janji tak akan Tanya dan aku janji tak akan minta hadiah…cukuplah mak sayang abang, dakan abang..abang pun sayang mak..aban g janji tak tanya lagi..tak minta hadiah lagi


tahu tak, kerap kali aku buat lukisan kek dan nyanyi sendiri2 lepas tu buat2 tiup lilin tu…aku happy dapat sambut birthday cara aku sendiri…seingat aku jugak, kakak aku pernah tarik aku masa birthday dia untuk tiup lilin sama2 …eh, aku dapat tiup lilin betul2..seronoknya!!detik itu, aku tahu betapa ‘syoknya’ sambut birthday…TQ sis…aku tahu kakak aku sayang aku!!!

Masa sekolah menengah aku dah tak kisah dengan birthday, sambut ke tak sambut ke sama jek..fokus aku masa tu belajar sebab aku nak masuk universiti sbb aku tahu mak nak sangat aku masuk universiti, aku tak nak kecewakan mak..sebab tu aku tak pernah hirau benda2 yang tak penting Cuma masa form 5 pernahlah sorang kakak form 6 bagi aku kek masa rehat, sekadar kek potong tapi…bestnya!!!dan kek tu rasanya sedappp sangat pada tarikh 2 julai walaupun sebenarnya aku selalu jek makan kek tu masa stay back kat sekolah untuk study…hehehehe.

Masa kat Universiti, 1998 birthday paling bermakna sebab hadiah yang aku dapat adalah hati TJ (tapi sekrang hati dia milik orang lain dan aku…tetap di sini menunggu ntah siapa yang bakal ganti dia…) hurm, aku ingat sangat tahun 2002 petang birthday aku tu aku g stadium ngan abang nazri lokman..dia ajak aku jogging..so aku pun g ler..masa tu aku mmg suka riadah (badan pun fit lagi kan masa tuhh..hehehehe), takde apa2 yang berlaku..just jogging, penat dan rasa sihat…tapi pas maghrib abang nazri call sebab katanya kunci umah dia teringgal tepi stadium..alamak..ada lagi ker? Takpelah just cuba cari kan..dia kata dia kat bilik pak atan .so aku bersiap dan g ler blok napuh untuk jumpa abg nazri then aku naik ke tingkat 2 dan bila aku buka bilik pak atan-abg nazri, pie, pak atan nyanyi lagu birthday dan ada kek sebiji dan ada lilin…kwn2 tahu dan ingat birthday au rupanya..ni lah kali pertama aku rasa sambut birthday..tq sangat2..aku tahu kawan2 sayang aku!!! Sampai sekarang pun aku sayang diaorang sebab aku dewasa kerana diaorang!!

2008- kat kelas aku ada tampal tarikh2 lahir budak2 kelas termasuk cikgunya sekali dan aku tak sangak budak2 ni tahu berbudi..diaorg siap buat comitte nak wat surprise party untuk aku…tapi aku namakan surprise ni sebagai surprise yang kantoi…sebab subuh2 tu ada sorang mak kepada student aku call dan wish birthday pastu dia cakap ‘karang jgn lupa ye makan nasi goring akak buat tu..anak akak cakap diaorg nak buat birthday cikgu..sorilah itu je mampu akak bagi…” opss….aku terkejut dan terus tahu rancangan budak2 ni..bile masuk kelas maka lagu yang dulunya aku nyanyi sorang2 sekarang ramai pulak nyanyi-bergema!! Dan terus hati aku sebak..kecil2 dulu tak pernah aku rasa dikelilingi ramai orang, ada kek, ada lilin, ada makanan yang banyak dan aku meniup lilin dan ramai2 nyanyi dan tepuk!!!hari ni aku merasa dan TQ untuk budak2 6 bestari (2008) kerana beri cikgu kenangan paling indah ni..cikgu tak akan lupa sampai bila2…Tq jugak buat 6 Amanah, 6 Ikhlas dan 6 Jaya (2008), untuk mengantikan uacapan – selamat sejahtera cikgu azerai kepada lagu selamat hari jadi cikgu Azerai..aku tahu anak2 murid aku sayang aku dan kasih sayang aku tetap bersama diaorang (tatkala menulis ni, aku masih sebak mengenang detk itu)

2009- mostly budak2 tahun 6 tahun ni adalah adik2 budak tahun 6 tahun lepas jadi daorg tahu la banyak gak tentang aku dari abg dan kakak diaorang!!tapi aku tak expect pasal sambutan birthday untuk aku dan tahun ni betul2 kejutan..betul2 surprise..mcm biasa-petang2 aku buat kelas tuition untuk diaorang ni (jgn tuduh aku gile duit yer..takde bayaran..aku yang nak buat…) then masa beri latihan aku minta excuse 10 minit untuk ke kantin sebab aku tak makan dari pagi so dah gigil ni dan masa tengah makan tetiba “happy birthday to you……” aku toleh dan hampir tercekik nasi yang aku makan tu…kek, lilin budak2 nyanyi dan 2 julai…Ya Allah, budak2 ni..serius..memang aku terkejut, sebak dan lepas meniup lilin aku minta kek tu dihantar dalam kelas tambahan ..(rupa2nya smua dah sepakat!!!) aku terus tak lalu makan-lepas bayar aku ke tandas..dan aku betul2 sebak..terus terkenang wajah mak – “mak abang janji tak akan Tanya dan tak payah la mak buat birthday abang..nanti2 ada la orang buat untuk abanag” itu kata hati aku masa kecik2 dan memang telahpun tuhan makbulkan!!..lepas keringkan kesan2 menangis aku turun ke kelas dan jont budak2 potong kek dan makan sama2..aku sekadar makan potongan kecil dan terasa kenyang dengn kasih sayang budak2 ni!!aku juga sayang dan sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan diaorang!!

3 julai, time makan waktu rehat..tetiba sekumpulan bekas2 pelajar aku yang kini di tingkatan 1 menyerbu dan menyanyi ramai2 lagu yang baru semalam aku dengr dan ada kek..dan surprise dari diaorang kali ni betul2 menjadi dan tak kantoi mcm tahun lepas..sebak dan tahan air mata…aku rasa happy sangat bukan happy sebab dapat surprise semata2..aku happy sebab budak2 ni kenang dan ingat pda aku, happy sebab diaorang menyenangi aku maknanya diaorg menyenangi apa yang aku ajar dan aku happy sebab ukhuwah antara kami masih utuh dan harap Allah kekalkan persaudaraan kami..dan happy sebab impian aku masa kecik dah pun tercapai..kalau lepas ni tiada lagi tarikh 2 julai untuk aku kenang..dan kalau aku tiada lagi untuk mengenang tarikh 2 julai tapi yang pasti tarikh 2 julai tetap dalam kenangan aku!!!

8 comments:

azhariahzuber said...

happy belated birthday azerai...moga dipanjang umur murah rezki, cepat2 kahwin ye...aminnnnn

Yasminhamid said...

emmmm..
mcm sayu je baca entry ko kali ni... anyway, Allah dah makbulkan doa ko tu kan? Berbahagia la stp kali 2 Julai...

Norhuda Ahmad said...

hepi befday jugak utk azerai, mogakan dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. tahun ni sambut ngan anak murid, harap tahun depan sambut ngan anak murid n isteri gitu...

4z3r@1 Azm1 said...

ato azza, min dan kak huda..tq..doakan ler dapat bini cepat2 sikit

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd. Alias bin Demyati said...

Sebak giler...sebab aku memang tak pernah sambut birthday...semoga kau terus sukses !

4z3r@1 Azm1 said...

to cintalaila- tak turun ke intan yang tercanai kat dbp?

Mohd. Alias bin Demyati said...

tak sempat...hari sabtu tu bawa anak-anak audition teater gamat kat IB..budak-budak dah letih..janji gak dengan hatta tapi...