"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, July 19, 2009

Dan Sebenarnya aku...

Masih ingat entry yang dulu2? aku kata nak beritahu sape sebenarnya aku kan..Setelah berkali2 menimbangkan untuk memberitahu semua tentang diri aku sebenarnya..akhirnya aku putuskan aku akan ceritakan segala2 dalam entry kali ini..status aku dalam semua borang adalah 'bujang'..ye aku memang bujang kalau ikutkan undang2 am..tapi benarkah aku ni benar2 bujang dari hukum syarak?

sebenarnya aku pernah berkahwin pada tahun 2004 dan bercerai setahun berikutnya..maknanya dari hukum syarak aku ni duda tapi disebabkan perkahwinan aku tak didaftarkan di Malaysia maka perkahwinan tersebut dan status aku sebagai suami tidak sah maka penceraian tersebut juga tak perlu aku sahkan cukuplah lafaz bertalak...

dengan siapa aku berkahwin? , atas dasar apa aku berkahwin? tak perlulah semua orang tahu..

aku akui rakan2 terdekat dan saudara mara terdekat terkejut dan semua bersimpati dengan aku malah tak kurang pula yang kesal dengan aku...rahsia perkahwinan ni tertutup rapat dan hanya aku, isteri, keluarga mentua dan DIA sahaja yang tahu...

sampailah satu masa pasport aku hilang dan dalam report polis aku terpaksa nyatakan destinasi terakhir aku gunakan pasport tersebut..ketika inilah rahsia aku terbongkar dan mak bertubi2 menyoal itu dan ini..akhirnya aku ceritakan segala2nya mak..terlopong mulut mak dan aku terkejut bila mak peluk dan menangis dalam pelukan aku..mak tertanya beri sokongan moral pada aku dan minta untuk aku kuatkan hati namun...jodoh aku tak panjang..

mengapa aku bercerai pula? juga tak perlu tahu..

apa yang perlu anda tahu...aku bujang ikut undang2 dan aku sekarang bersedia untuk berkahwin (lagi) kalau dapat calon yang sesuai...doakan aku bahagia kali ini!!

14 comments:

Yasminhamid said...

emmm. apa pun kuat kan semangat, tabahkan hati.... setiap yang jadi ada hikamah...anggap UJIAN dari YANG MAHA ESA

azhariahzuber said...

bujang tapi duda???? hingga titik noktah entry ini aku masih dlm keadaan blur...apa pun, bujang ke duda ke, yg penting hati mau rock...hihihi..apa kaitan

Moh Azam Rezali said...

haaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh?????!!!!!

Moh Azam Rezali said...

EMANGNYA ELO TU NGOMONGNYA YANG BENAR ?????????????

4z3r@1 Azm1 said...

min-tq..sampai skg saya masih kuatkan semangat!! aza..aku duda tapi bujang..hahahaha..isyh tak rock la..ballad jerk..hurm, azam..sori simpan rahsia ni lama...ni la saya sebenarnya!!

Norhuda Ahmad said...

ishhhh macam tak caye je!!!!betul ke???

4z3r@1 Azm1 said...

terpulang la kak huda..

Anonymous said...

watttttttt... biar betulll... halooooooo

Anonymous said...

so i tetipu la slama nei...... well.... up 2 u

Anonymous said...

best gak biler baca citer2 gempar nih....
tahniah...best r citer nih!!!!

Tinta Penulis said...

jodoh sesuatu yang tuhan dah takdirkan untuk kite..kadang2 kita akan dipertemukan dgn bmacam2 ranjau2 n dugaan d setiap pesimpangan..aku xkenal kamu tapi aku akan pasti akan mendoakan kamu..kerana kita hampir serupa..

Pn Nik Aziah said...

akum en azerai.

benarkah azerai dah pernah kahwin??
cikgu ada ramai anak perempuan.. nak??
nanti cikgu rekomenkan...

Anonymous said...

mmmmmm.....terkesima gak baca coretan boy ni....apapun sume tu dah tercatat dalam diari kehidupan boy..nak taknak kena hadapi...tapi sume tu dah berlalu...so lupakan dan bina hidup yang baru.hidup bukan selalunya senang..kadang kala akan rasa susahnya.dah lumrahkan....so harap boy jumpa makna kasih sayang sebenar nanti k...gud luck...rose

Marsch Joe Cole said...

hehehehehehe.

ko dah kawin ek....
hebat ah ko