"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, July 19, 2009

PPSMI...satu kerugian?


basi..lapuk..?baru sekarang aku berani buka mulut..hurm, benarkah PPSMI satu kerugian? kerugian dari segi perlaksanaannya? ramai yang kata begitu namun bagi aku pula..benar ia satu kerugian tapi kerugian kerana menghentikan keterusannya!! Bila aku berbincang tentang isu ini di sekolah, ramai yang kata aku terkilan kerana gaji aku akan berkurang kerana elaun aku akan dipotong, apalah sangat elaun tu..perbelanjaan aku mengikuti kelas pemantapan bahasa inggeris lebih tinggi berbanding elaun yang aku dapat...bagi aku guru-guru yang bergendang tari kerana pemansuhan PPSMI ni mungkin golongan2 yang malas berusaha memperbaiki diri sendiri..aku malas nak komen lanjut tentang perkara ni..ini isu besar..isu sensitif..cuma aku terkilan sebab yang dapat aku lihat perkembangan budak2 aku ni, diaorg lebih bagus bahasa inggerisnya berbanding aku ketika aku seusia mereka..dan kesan jangka panjangnya, kalau mereka seusia aku pada hari ini maka mereka pasti lebih bagus dan pasti generasi akan datang lebih mantap...apapun pemansuhan secara beransur akan bermula 2012 dan selamat bekerja keras pula buat guru- bahasa inggeris yang bakal ditambah waktunya dan pesanan buat guru2 sains dan matematik..lepas ni kita tidak boleh lagi menyalahkan bahasa inggeris jadi limu kita perlu lebih mantap berbanding apa yang kita ada hari ni...terkilan sekalipun aku tetap menghormati keputusan kerajaan sebab aku rakyat yang menurut perintah...1Malaysia!!!

1 comment:

4z3r@1 Azm1 said...

maaf yer..tolong jgn timbulkan spekulasi tentang entry ini..sekadar terkilan bukan bermakna saya membantah pemansuhan PPSMI..