"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, June 17, 2012

ragu kesucian modal takaful

KETIKA institusi kewangan Islam berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, wujud beberapa isu yang masih dipertikai masyarakat, yang mana ia perlu diatasi segera oleh ilmuwan Islam (ulama).
Antara isu yang kerap ditimbulkan ialah berkenaan modal permulaan bagi bank Islam dan syarikat Takaful, terutama yang berasal daripada syarikat induk berorientasikan konvensional.

Saya kerap mendengar rungutan orang ramai yang mempersoalkan ‘kesucian’ modal bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam.
Maklum balas ringkas yang dapat saya berikan terhadap soalan berkenaan adalah seperti berikut: A. Wang itu sendiri adalah ‘tidak haram’ dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi ‘haram’ disebabkan jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak syariah). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz) B. Modal dan keuntungan asal yang didapati syarikat induk kepada bank Islam bukan semuanya berasal daripada perniagaan haram. Sebahagiannya daripada individu dan organisasi kerajaan dan swasta.

Jika dilihat di sisi syariah, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama, yang mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram, dengan syarat majoriti modal itu datang daripada sumber halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatan halal, tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia haram.

“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya haram, tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali selepas disahkan kebersihannya (halal).” (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair) Imam Ibn Qaddamah pula berkata: “Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu daripada sumber/modal halal, maka ia halal.” (Al-Mughni) Selain itu, ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat ‘dibenarkan secara total’ untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian halal dalam modal berkenaan majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal) Dalil mereka banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19): 1. Rasulullah SAW melakukan urusan (jual beli) dengan sahabatnya daripada kalangan penduduk Makkah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak kafir. Tidak pernah didengari sebarang tegahan daripada Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka daripada sumber haram.

2. Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah daripada kalangan Arab Badwi yang syirik ketika itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
3. Ketika Rasulullah SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi daripada kalangan penduduk Madinah dan Arab Badwi yang menghalalkan perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka haram, tentu baginda akan menegah daripada awal lagi.

4. Taqir (pengakuan) Rasulullah SAW dengan membiarkan sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah satu dalil.

5. Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.

6. Sahabat Rasulullah SAW juga berurusan dengan perompak Madinah pada zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. (Ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali) 7. Jika muamalah seperti ini dihalang, tentu keadaan sukar akan berlaku kerana pada akhir zaman seperti sekarang, sememangnya sukar mencari sesebuah syarikat yang 100 peratus halal pendapatannya. (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas) Berikutan itu, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank Islam dan syarikat Takaful.

Tidak dinafikan, menjadi keperluan besar bagi pihak bank untuk memastikan hanya bahagian halal digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Bagaimanapun, jika masih ada sebahagian kecil atau minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya.

Berikutan itu, bank Islam boleh membersihkan modal yang diragui tadi dengan membayar balik pinjaman itu, selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Sunday, June 3, 2012

Simpanan KWSP




Salam sahabat semua.

Pernah tak anda terfikir berapakah jumlah simpanan KWSP apabila anda bersara kelak. Mari kita buat kira-kira bersama.

Andaikan jumlah simpanan anda adalah sebanyak RM100K ( banyak juga ye )

Sebulan, gaji terakhir anda adalah RM5,000.00 ( banyak juga, yeke ) 

Apabila bersara, anda ada pendapatan tambahan lain sebanyak RM2500.00 sebulan.

Dengan komitmen sekarang , kebiasaanya 70% daripada gaji kita habis untuk membayar hutang dan menampung kos sara hidup yang tinggi. Bermakna gaji sekarang akan tinggal bersih RM1500.00

Apabila bersara, anda akan tetap menjalani cara kehidupan yang sama. Andaikan jumlah yang sama anda peruntukkan iaitu sebanyak RM3500 sebulan. Namun, jikalau anda masih ada pendapatan tambahan lain sebanyak RM2500, cukup ke? . OMG, masih lagi kurang RM1000 untuk menanggung liabiliti dan membayar hutang. Untuk mengekalkan lifestyle yang sama, anda masih memerlukan RM5000 sebulan. Maka, duit simpanan KWSP akan dikeluarkan untuk menampung kekurangan tersebut.

Setiap bulan anda masih memerlukan tambahan RM2500.00 

Maka RM100,000 / RM2500 = 40 bulan.= 3.3 tahun sahaja bertahan.

Jikalau anda bersara pada umur 58 tahun , maka pada umur 61 tahun anda akan mengalami semula masalah kewangan. Adakah ini yang anda inginkan?

Maka, Faiz cadangkan kita semua lakukan simpanan berasingan demi masa depan kita semua. Lakukan simpanan berserta perlindungan bagi memastikan hari tua kita lebih terjamin dan tanpa belenggu hutang yang membebankan. Bagaimanakah caranya? 

hubungi 0125409954