"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, August 8, 2009

Amirul Hamizan Ibrahim





Hurm, peminat2 sukan angkat berat negara pasti akan kenal Amy..Sukan Komanwel 2002 di Manchester, Amy muncul sebagai Badang Negara dengan menang 3 pinggat emas untuk 'clean & jerk', 'Snacth' dan 'Over-all' dan masa tu dia ni dapat durian runtuh yang besar la jumlahnya dari Majlis Olimpik Negara..hurm, nape tetiba aku nak cite pasal dia erk..? saje nak mengimbau sejarah aku kat KOSASS..begini, tradisi KOSASS setiap kali perayaan Hari Keluarga akan ada penerima SELEMPANG KOSASS ala2 penganugerahan la (tapi tak memberi apa2 gelaran ler..sekadar penganugerahan) antara yang pernah menerima Wira Negara Lt. Adnan (di am bil oleh pihak kelurganya), Wan Hafizam (penderma hati), Sapok Bini (Peninju)...sekadar menyebut beerapa nama..



masa HARI KELUARGA 2002 kat KOSASS aku dilantik jadi ex-officio dan dalam meeting untuk memilih penerima anugerah aku tetiba terus mencadangkan Amy yang semasa tu tengah HOT...semua macam blur dan untuk memudahkan urusan semua orang aku pun volunteer untuk dapatkan Amirul Hamizan Imrihim ni untuk penerima selempang seterusnya...serius susah nak jejak dia..akhirnya dengan bantuan seorang rakan aku dapat no telefon orang penting kat SUKPA dan dengan bantuan orang penting SUKPA ni jugakla aku dapat contact Amy dan kali pertama menghubungi dia melalui phone aku dapat rasakan budak ni humble dan sangat baik hati...tanpa banyak bicara..dia bersetuju untuk menerima penganugerahan yang tak seberapa dari pihak kolej kediaman aku tuh!!




Sebagai Ex-Officio aku ditugaskan untuk membaca biodata penerima-penerima anugerah dan aku jugakan tagline 'dia kecil.dia gagah' semasa membaca biodata Amy..hahaha...aku lupalah tagline tu tagline iklan sebenarnya tapi serius mmg sesuai, sb kalau tgk Amy ni orangnya 3 kali ganda kecil dari aku tapi boleh angkat bebanan 5 kali ganda dari aku..serius!! aku mmg kagum dengan adik aku nih!!then lepas habis function kitaorg sempat la snappy sekeping dua gambar untuk jadi kenangan dan ada ketikanya aku msg gak la ngan Amy (sampai sekarang) dan aku mmg ikut juga la cerita dan berita ttg Amy, dia pernah jatuh, pernah terpinggir dsan pernah gak dikenakan tindakan disiplin kerana menggunakan dadah terlarang (sebenarnya dia tak tahu ttg kandungan dadah tuh!! jangan salahkan dia..) walaupun aku tak jumpa dia tapi perkembangan dia semua aku tahu ..bukan susah beb..internet kan ada!!hahaha..dan mmg Amy ni jensi tak lupa kawan, masa dia kawin dia sms la jemput aku tapi dek sebab kekangan masa dan jarak yang jauh jadi aku tak dapat hadirkan diri..




baru2 ni, Mini Olimpik..Amy pecahkan rekod sendiri yang dibuat tahun 2002 dengan lebihan angkatan sebanyak 3 kg aku rasa...hurm, tak sia2 dia usaha untuk turunbkan berat badan, dia dah lama pendam cita2 ni selepas tindakan disiplin dulu, akhir azam Amy tercapai jugak..tahniah dik!! aku mmg jadikan idola la budak kecil yang gagah ni..dia tak pernah kalah pada sebarang kepayahan..dia akan sentiasa berusaha untuk capai kejayaan..dan hari ini..(8 Ogos 2009) Amy bergelar ayah pada seorang putri yang lahir pada jam 2.26 petang tadi...dan anak kecil ini akan bakal membawa rezeki buat ayahnya dan sudah pasti pada sukan angkat berat Malaysia...Amy, sekali lagi abg ucapkan TAHNIAH dan semoga lebih berjaya..abg doakan yang terbaik untuk amy..
MALAYSIA BOLEH

Pukal...

Hahahaha..sekejap komnpilasi, sekejap Pukal..yang penting ni la gaya org malas nak update blog selalu kan..ok aku rasa takde cite sangat kot..dalam dua tiga minggu ni aku busy ngan Projek Tahun Akhir aku..Supervisor aku kurang bagi kerjasama la...ye la, dia kan Profesor aku ni sape? ambik master pun tak lepas lagi so kenalah mengejar dia dan kadang2 tak terkejar :(

ok, selain tu au sibuk dengan preparation budak nak UPSR (dah banyak trial, gerak gempur dan apa2 ntah lagi namanya..alahhh ujian jerk!!) sempat gak aku menyelit2 buat aktiviti aku yang selalu la mcm mengajar teater kat sebuah sekolah kat Selangor (lokasi terpaksa dirahsiakan atas seba2 tertentu) then aku sibuk dengan demotrasi senamseni..tour katanya, setakat ni aku dah buat tour kat presint 9 Putrajata, depan Dataran 'Mahkamah Keadilan' Putrajaya sempena 'BIG wALK' KPM 2009 dan kat PPD Gombak!!

Keje2 KOAM pun ujung minggu masih seperti biasa...aku duty untuk sukan terbuka (remaja) Selangor, sukan interbank kat Kompleks Sukan MayBank Bangi, Big Walk Putrajaya..paling menarik masa Sukan Interbank tu aku jumpa kawan lama kat KOSASS UPM, Ruzina Eluk yang dok masih aktif bersukan..aku kan jenis tak kenal orang, mujur la dia tegur aku ..then sembang2 la kat tepi balapan tuh..besttt arrr jumpa kawan lama...

Selain tu, aku pun menyelit2 jadi hakim pidato untuk pertandingan Pidato kat daerah/negeri Selangor ni..tapi paling kelakar tu, aku bertugas Pidato Majlis Keselematan Jalan raya dan venuenya kat Kompleks Sekolah Memandu kat Kuang Rawang, aiyo, kalau Pidato Alam Sekitar kat tempat pelupusan sampah agaknya kan..atau bak kata Farhan Uia, kalau Pidato Gejala Sosial mungkin kat Rumah Pelacuran..haiyo!!simpang malaikat la..dan untuk PLKN P3 aku takkan bertugas seba clash dengan xtvt kat sekolah cite secara pukal..senang kan!!

Dua kali aku kecewa..akhirnya terubat jua!!


Lately, aku ni melankolik sangat kan..dok kecewa itu la, kecewa inilah..tapi ini bukan soal buah hati lagi..tapi masih soal hati..soal hati yang rasa tertipu dengan filem dan teater yang aku tengok..1st aku gigih drive ke Shah Alam untuk menonton pementasan MENANTI PERANG BERAKHIR..kwn2 dari Program Penghayatan Sastera & Budaya (PPSB) ajak menonton sbb teater ni arahan Penyelaras Negeri untuk Program PPSB dan beerapa Fasilitator PPSB turut berlakon (termasuklah roomate aku masa uji bakat PPSB kat Hotel Dynasty) ..ok, aku sampai jek aku dah rasa sentap dengan suara emcee yang bunyinya kelam kabut..penguman sampai ulang tiga kali, salah sebut nama VVIP dan aku dah RASA MCM NAK LEMPANG...ok tapi aku tengok jek..monolog Zuraini Kasim dan Emma Akma tertanya fail dan dibuat2 emosi dan sekali lagi AKU RASA NAK LEMPANG..masukl narator..aku rasa tak ubah seperti penyajak sekolah rendah yang baru nak belajar membaca sajak..apa ni..serba tak kena..malahan Emma Akma menangis (part sedih) tapi aku rasa kelakar dengan bunyi esakannnya tuh..mengundang ketawa..lawak bodoh yang ditonjolkanoleh pencari kayu yang mati lakonannya dan gerakkan kelakar seperti kayu (sesuai la jadi pencari kayu)...watak PTD tapi lagaknya seperti badut..apa nih?tak buat homework?imitasi tu tak kena...aku sekali lagi RASA NAK LEMPANG..so sebelum aku terus berkecamuk..aku ambik keputusan balik..memang la mcm NGOK NGEK..AKU KECEWA....



Aku dan Montel bosan lepak2 makan Laksa Sarawak kat Laksa Shack (mak aiii tak sabar nak tunggu AidilFitri...nak rasa Laksa Sarawak makcik aku buat...nak tunggu bini aku masak-dah tak jadi pulak dengan orang Sarawak kan...) So, kami buat keputusan nak tgk wayang..ice age 3 tiket habis untuk tayangan ketika itu dan dua jkam selepas itu so kami pun dengan berat hati ambik keputusan tonton FILEM SERAM SKRIP 7707...Prof Razak Mohidden..Boleh tak aku nak tanya dia..."BILA LA PROF NAK MAJU?" serius UiTM perlu kaji gelaran Profesor yang dimasyurkan pada makhluk sorang ni..kalau orang kutuk filem melayu kita rasa terhina tapi ni la makhluk yang merosakkan nama filem melayu..ye memang la aku tak pandai pasal Filem tapi sebagai khalayak yang menonton aku rasa memang memalukan..kan lebih baik jgn buat filem kalau sekadar buat filem macam taik!!Aku rasa mcm HARAM JADAH, mcm GAMPANG...serius aku HANGIN!! dan....AKU KECEWA



Masih watak yang sama-aku dan Montel..kegigihan yang sama...menonton filem melayu..Filem SETEM!! aku kagum giler...memang ending tak boleh dijangka...perghhhh..Khabir Bakhtiar mmg hebat..CINTA, SEPI dan sekarang SETEM...dua kali kecewa akhirnya terubat juga dengan SETEM (jgn lupa NUR KASIH dan KASIH KUSERU) aku nak menonton lagi..tak puas...mmg karya yang hebat..aku harap FFM kali ni SETEM gondol banyak anugerah (yang pasti pengarah terbaik..bukan Khabir la...sbb bukan warganegara) dan harap juga adik angkat aku si SYAFIE aka MUHSIN akan membawa pulang trofi Pelakon pembantu lekaki terbaik sebagai kenangan untuk arwak Cik Minnya...AL Fatihah untuk ARWAH YASMIN AHMAD (aku dah mula terima pemergian MAKHLUK TUHAN YANG PALING HALUS JIWA SENINYA INI)

























Sunday, July 19, 2009

Dan Sebenarnya aku...

Masih ingat entry yang dulu2? aku kata nak beritahu sape sebenarnya aku kan..Setelah berkali2 menimbangkan untuk memberitahu semua tentang diri aku sebenarnya..akhirnya aku putuskan aku akan ceritakan segala2 dalam entry kali ini..status aku dalam semua borang adalah 'bujang'..ye aku memang bujang kalau ikutkan undang2 am..tapi benarkah aku ni benar2 bujang dari hukum syarak?

sebenarnya aku pernah berkahwin pada tahun 2004 dan bercerai setahun berikutnya..maknanya dari hukum syarak aku ni duda tapi disebabkan perkahwinan aku tak didaftarkan di Malaysia maka perkahwinan tersebut dan status aku sebagai suami tidak sah maka penceraian tersebut juga tak perlu aku sahkan cukuplah lafaz bertalak...

dengan siapa aku berkahwin? , atas dasar apa aku berkahwin? tak perlulah semua orang tahu..

aku akui rakan2 terdekat dan saudara mara terdekat terkejut dan semua bersimpati dengan aku malah tak kurang pula yang kesal dengan aku...rahsia perkahwinan ni tertutup rapat dan hanya aku, isteri, keluarga mentua dan DIA sahaja yang tahu...

sampailah satu masa pasport aku hilang dan dalam report polis aku terpaksa nyatakan destinasi terakhir aku gunakan pasport tersebut..ketika inilah rahsia aku terbongkar dan mak bertubi2 menyoal itu dan ini..akhirnya aku ceritakan segala2nya mak..terlopong mulut mak dan aku terkejut bila mak peluk dan menangis dalam pelukan aku..mak tertanya beri sokongan moral pada aku dan minta untuk aku kuatkan hati namun...jodoh aku tak panjang..

mengapa aku bercerai pula? juga tak perlu tahu..

apa yang perlu anda tahu...aku bujang ikut undang2 dan aku sekarang bersedia untuk berkahwin (lagi) kalau dapat calon yang sesuai...doakan aku bahagia kali ini!!

Arghhhhhh...Stress!!


11 Julai yang lalu, ada LADAP kat sekolah dan aku dipertanggungjawabkan untuk mengacara program tersebut tapi aku menolak dan menulis surat kepada pihak pentadbiran kerana aku tidak dapat hadir..aku harus mengadap muka supervisor di UM..semester ni semester akhir jadi projek paper aku mesti disiapkan sebelum akhir bulan 10..lepas mengadap muka Prof Sufean aku bergegas ke Stadium Kelana Jaya bertugas untuk KOAM bagi Kejohanan Terbuka Remaja Selangor..aku bertugas di Stadium dua hari berturut2..Sabtu dan Ahad...


13 hb pula aku bertolak ke PD..sebenarnya, Aku guru tahun 6, tak lama lagi anak2 murid aku akan hadapi UPSR..tapi dalam masa yang sama aku sibuk menghadiri kursus yang bukan pun aku mengada2 minta..aku yang diminta untuk menghadiri kursus ni..Kursus protokol, etiket dan pengacaraan peringkat Negeri Selangor..setiap daerah wajib menghantar peserta2 terbaik yang biasa menjadi pengacara peringkat daerah bagi pemilihan peserta yang layak untuk mengacara peringkat yang lebih tinggi, bila mana nama aku naik untuk mewakili sekolah ini bermakna aku akan tinggalkan sekolah selama 3 hari bermula 14-16 Julai yang lalu..suka duka, tak cukup tidur semasa kursus ditambah dengan perasaan sentap kerana tak tersenarai 10 yang terbaik aku telan sendiri...yang peliak peserta yang lebih meletop dari aku tak terpilih..tu yang buat aku lebih sentap..aku sedar aku biasa2 jek so kalau terpilih mungkin rezeki aku..(aku kena belajar banyak lagi untuk project suara)..tahu tak salah sorang peserta yang terpilih..ada yang project suara dari hidung pun...sampai 'sihat' bunyinya seperti 'sehh-hart' dan terlentok2 kepala ketika menjadi pengacara..ntahlah..mungkin dah rezeki dia kot!!


Balik dari PD ptg 16HB tu aku terus ke JPS untuk mesyuarat pelarasan sebagai J.U Senamseni (pelik gak..tetiba ada jawatan ni..) Rupa2nya 5 daripada JSBN Selangor terpilih untuk present JPS untuk senamseni di KPM bagi program transformasi Kokurikulum..yang terpilih aku (JSBN teater), Jijah dari Klang, Kak Lydia dari Petaling Perdana, Kak Ros dari Gombak dan Abang Mail dari Hulu Lngat (Kesemua ni JSB Tarian) jadi petang tu kami meeting + rehearsel dengan mama Yati dan Puan Siti..balik malam..penat giler....


Jumaat pagi2 dah terpacak kat KPM dan Puan Roslina pegawai dari Bhgn Sukan, Seni dan Kokurikulum KPM bawa ler kitaorg ke SK Putrajaya Presint 9 (2) untuk meeting pelarasan+rehearsel senamseni..ini sebagai salah satu program dalam usaha transformasi kokurikulum..then Sabtu 18hb kitaorg semua akan present depan ramai tetamu termasuk Dato Norizan Bapoo...Well Done..kalau tersalah pun aku la sikit2 ..tak biasa jadi intructor so salah arah..sebab instructor kena jadi cermin..tapi aku terbuat pantulan cerminnya..hehehehe..Balik dari Putrajaya, aku mandi dan terus ke UM sampai malam ..lepak library dengan coursemate aku..Aishah untuk study.kebetulan bidang kajian kami berdua untuk projek tahun akhir sama-iaitu berkaitan dengan pengurusan stress..Ahad, pagi aku uruskan perkara2 yang patut dan petang online kejap..(tapi sempatlah update beberapa entry untuk blog ni..) then malam aku akan ke UM..nak study...(study aku belum pernah mengganggu kerja2 di sekolah kerana aku study di hujung minggu dan malam hari!!)


Esok, aku akan ke SMK Tasek Kesuma, Penyelia koakademik PPD Hulu Langat melantik pendebat2 guru daerah sebagai Hakim Pidato BPR peringkat Daerah so mahu atau tidak,,aku kenalah hadirkan diri..maka aku tidak akan ke sekolah lagi...kesian budak2 aku..Selasa hingga Khamis diaorg akan duduki Percubaan UPSR..aku tahu akan ramai yang menyalahkan aku sebabnya aku sering tidak ada di sekolah walaupun aku guru tahun enam..sebenarnya, kesibukkan sebegini setiap tahun pun aku alami dan hujung tahun lepas aku dah berbincang dengan guru besar agar aku tidak lagi mengajar tahun enam tetapi guru lain tak mahu naik tahun 6 so tiada pilihan..tetap aku dan bila perkara begini berlaku..aku gak yang dipersalahkan..aku stress!!!pernah coursemate aku gelakkan aku..kononnya kajian tentang pengurusan stress tapi aku sendiri selalu stress..hahahaha..


Cuba fikirkan kalau pegawai anda mengeluarkan ayat di bawah ini..apakah jawapan anda?...aku?terkedu..tiada jawapan..sekadar telan air liur, hadiri kerja yang patut dihadiri maka terpaksalah tinggalkan sekolah..anda pula?




"cikgu, perjalanan diaorg panjang lagi..UPSR bukan penamat
pun tapi cikgu tu tetap dan berpencen..kalau cikgu ingkar dan dikenakan tindakan
tatatertib maknanya perjalanan cikgu akan gelap sementara menunggu pencen" ...

Seperti yang dijangka...Tahniah Black!!


Aku cadangkan black ganti Lan sebagai vokalist Meet Uncle Hussien..ok kot!!!!

PPSMI...satu kerugian?


basi..lapuk..?baru sekarang aku berani buka mulut..hurm, benarkah PPSMI satu kerugian? kerugian dari segi perlaksanaannya? ramai yang kata begitu namun bagi aku pula..benar ia satu kerugian tapi kerugian kerana menghentikan keterusannya!! Bila aku berbincang tentang isu ini di sekolah, ramai yang kata aku terkilan kerana gaji aku akan berkurang kerana elaun aku akan dipotong, apalah sangat elaun tu..perbelanjaan aku mengikuti kelas pemantapan bahasa inggeris lebih tinggi berbanding elaun yang aku dapat...bagi aku guru-guru yang bergendang tari kerana pemansuhan PPSMI ni mungkin golongan2 yang malas berusaha memperbaiki diri sendiri..aku malas nak komen lanjut tentang perkara ni..ini isu besar..isu sensitif..cuma aku terkilan sebab yang dapat aku lihat perkembangan budak2 aku ni, diaorg lebih bagus bahasa inggerisnya berbanding aku ketika aku seusia mereka..dan kesan jangka panjangnya, kalau mereka seusia aku pada hari ini maka mereka pasti lebih bagus dan pasti generasi akan datang lebih mantap...apapun pemansuhan secara beransur akan bermula 2012 dan selamat bekerja keras pula buat guru- bahasa inggeris yang bakal ditambah waktunya dan pesanan buat guru2 sains dan matematik..lepas ni kita tidak boleh lagi menyalahkan bahasa inggeris jadi limu kita perlu lebih mantap berbanding apa yang kita ada hari ni...terkilan sekalipun aku tetap menghormati keputusan kerajaan sebab aku rakyat yang menurut perintah...1Malaysia!!!

Islam:Masih tidak terjawab?


Teater Perdana DBP-Intan Yang Tercanai

Sempat aku menonton produksi ni dua kali, kali pertama 9hb (g sorang2) dan kali kedua 11 julai (dengan kawan dari Pahang- Norlida) yang lalu kat Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP..Ini bermaknanya dalam masa tak sampai dua bulan aku dah menonton 2 karya Agung Sasterawan Negara Noordin Hassan..satu di tempah yang gah di Istana Budaya (Di mana Setangginya?) dan satu lagi..yang ini yang bakal aku review untuk semua...Jujur IYT sangat meninggalkan kesan di hati aku..dan aku sanggup hadirkan diri buat kali kedua pada 11 Julai walaupun sebenarnya badan masih penat kerana seharian berpanas di Stadium Kelana Jaya untuk Olahraga Remaja Terbuka Selangor..



Aku cite dulu kisah2 yang kurang sedap-rasanya untuk produksi yang Agung ni tak sesuai untuk dipentaskan di dewan serba sederhana dengan tempat duduk yang searas untuk semua penonton dan sudah semestinya kesian kepada penonton2 di bahagian belakang, apatah lagi pihak DBP menjemput pelajar2 sekolah untuk menonton bersama dan bagi aku..tak perlu jemput budak2 mentah yang kurang ajar ni..menanyi dan buat bising..serius terganggu..yang aku tahu pada malam pertama kehadiran aku SBPI Rawang yang dijemput sampai aku panas hati dan terus menulis nota di skrin telefon yang berbunyi "adik, kalau tak suka, adik boleh keluar dari sini sekarang..plz la jangan ganggu orang lain ok!!" dan kemudia aku hulur untuk adik2 ni baca..baru la diam sikit.. (sikit jerk..) kali kedua aku hadir..aku terganggu dengan ketirisan air air cond namun aku abaikan jerk..takpe selagi tak terganggu mcm malam pertama tu kira ok lah kan..lagipun aku dapat masuk dengan tiket murah-harga warga emas..hahahaha..aku kan student so tunjuk kad matrik dapatlah potongan kan...Abaikan kisah2 ni..


Setelah menonton dua kali aku andaikan (andaian dan interpretasi aku semata-mata,kalau ada yang kurang setuju..harap maaf la yer..ini epestimologi!!) pRoduksi ini aku andaikan seperti Titanic versi Teater Malaysia-tragedi yang diangkat dan disulam dengan kisah cinta..tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990..dan salah seorang yang tekorban adalah Ungku Intan yang juga merupakan sahabat/cinta untuk Danial Sundaram..dan ini merupakan tetaer pertama tontonan aku yang menggunakan pentas thurst.



Biarpun Monolog oleh Danial Sundaram pada awal cerita seakan ringkas dan tidak kaya dengan mimik muka dan emosi pada mata namun aku rasa ia sudah cukup memaku aku untuk terus menonton..kekurangan lakonan pemuda Chindian ni diselamatkan dengan nyanyian syahdu oleh TEKA VOICE yang ..owh..runtuh jiwa kalau mendengarnya!! penampilan istimewa Kak Ogy (biarpun ada yang kata dia over acting namun bagi aku..oklah sebab dah itu stail lakonan dia kan..what can i say!!!), juhara dan zizi zulkifli bagi aku menarik kerana watak mereka (lembaga suci a.k.a malaikat) sebenarnya sama seperti watak Mira (oleh Azizah Mahzan) dalam DMS? iaitu narator dan lebih membantu dalam memahami plot cerita..



Ohya, Mardiana Alwi sebagai Ungku Intan memang cukup hebat..biarpun monolog ini di'serikan' dengan lakonan oleh pelakon2 lain (watak2 ungku intan adik beradik ketika kecil, watak2 di luar negara dan penari2 kavadi) namun sikitpun gerak geri pelakon2 itu menarik minat aku sebabnya Ungku Intan telah memukauku kecuali ketika ungku intan mengelap peluh Danial ketika Danial mengangkat kavadi..mata2 kedua2nya berkaca dan emosi itu menyusuk perasaanaku..HIBA!! Aku suka perbandingan oleh Ungku Intan-mengapa jemaah2 sanggup memijak kepala jemaah lain semata2 untuk beribadat dan mengejar syurga...orang ramai yang bersesak ketika thaipusam akan meminta maaf sesama mereka jika tersentuh sekalipun..hurm, pedihkan persoalan ni!!(aku tak peduli pun konti warna kavadinya tak tepat dengan seperti yang digambarkan..kata Ungku Intan kavadi Danial warnanya putih dan biru pelbagai tona tapi yang diangkat Danial kavadi Kuning, Jingga dan Merah..tak cacatpun sebab lakonan mantap Mardiana ni-hehehe kata tak peduli tapi komen..opssss)


Begitu juga dengan watak Hj Fadzil yang berlegar di atas mayat2 yang bergelimpangan di sebalik kain merah (part kain merah memerangkap mayat2 ini dilakukan dengan sangat baik selari-pergerakan dan muzik..kesan yang sangat dramatik untuk simbolik tragedi runtuhan terowong tersebut) - berderau darah aku tatkala Haji Fadzil seakan mempertikaikan kuasa tuhan- di manakah Tuhan apabila musibah itu melanda dan kenapa tiada keajaiban mampu menyelamatkan jemaah yang sedang beribadah itu? Namun akhirnya Hj Fadzil mengatakan bahawa semua itu adalah persoalan yang di luar jangkauan manusia (Qada & Qadar)..

Watak Sandra, adik kepada Danial pula seakan gagal menarik minat aku untuk mendengarnya..penjelasan sandra kepada danial tentang hubungan Ungku Intan dan Mak cik Yong Sutinah berjela dan mono-ton ..tidak ada emosi dan ditambah dengan lakonan mantap Mak cik Yong Sutinah yang seksa untuk mati kerana 3 bilah jarum emas yang dipakai sebagai susuk lebih menengelamkan lagi penceritaan Sandra...


Ending, Hj Fadzil berjumpa dan membantu Danial untuk beberapa informasi tentang Ungku Intan..Danial masih menaruh harap untuk berjumpa dengan Intan namun pencarian ini berakhir di Gua Hira' ..Intan sudah tiada, sudah pergi buat selamanya namun mengapa imej Intan kelihatan di Gua Hira oleh Hj Fadzil dan maklumkan pada Danial? itu mungkin tersurat namun yang tersirat Danial menemui agama yang selayaknya dianuti setelah bertahun membuat kajian tentang perbandingan agama..akhirnya beliau menemui keindahan Islam..simbolik pencarian Danial berakhir di Gura Hira bagi aku kerana Perjalanan Danial sebagai Muslim bermula kerana di situlah turunnya wahyu pertama..bak kata Danial pada adiknya Sandra ketika Sandra bertanya tentang bidadari di syurga-"tak perlulah berpuluh bidadari, Intan seorang dah memadai tapi yang penting dengan kalaupun tiada cinta dari Intan aku akan dapat lebih dari itu..Cinta dari ALLAH SWT (lebih kuranglah skripnya mcm ni..) Jujur, aku terlupa ketidakselesaan dalam dewan ni..kerana lakonan, set, lagu dan vokal untuk produksi ini sangat hebat..syabas untuk Produksi INTAN YANG TERCANAI dan DBP!! (p/s : gambar ihsan dari blog www.intanyangtercanai.blogspot.com)






Sunday, July 5, 2009

Rindunya...




Penat bekejar seharian semalam..pagi aku ke UM jumpa beberapa orang coursemate dan jumpa ngan supervisor aku untuk tetapkan masa bimbingan bagi disertasi aku..insyaALLAH aku akan grad semester ni..Aminnnn...semoga doa mak aku dan doa kalian akan makbul..balik dari UM aku terus bergegas ke SMK Gombak Setia-aku ditugaskan untuk mengajar tetaer kat sekolah ni..bawah program bimbingan seni budaya negara..kebetulan pekan teater KOMSAS peringkat negeri selangor dah makin hampir so terpaksa la aku rajin2 menjenguk anak buah kat sana...hurm untuk pengetahuan korang, salah sorang anak buah aku..aku panggil ayie tapi ramai yang kat luar sana panggil dia shafie atau muhsin sbb lakonan pertama dia adalah watak muhsin dalam filem muhsin..hahahaha..bukan senang beb nak ajar pelakon yang dah pro berlakon..pas lepak ngan budak2 ni..aku bergegas ke PICC nak tgk final PPM..antara SMAPK dan budak2 yang aku bimbing sejak 3 tahun lepas SM Sains Selangor..(nanti aku akan wat entry khas untuk kumpulan teater dan debat ni occay!!!) pas balik dr PICC g lak ke taman warisan pertanian putrajaya..penatnyaaaaa....balik aku tertido dan terjaga tengah malam tetiba teringat kat TJ, kat kwn2 masa study UPM dulu..aku rindu sangat2 course mate, collage mate, debate team mate, ngumpat2 mate...ahhhhhh...terus aku on9 and buka facebook nak borak2 ngan member2 yang tak tido ag then aku surf website kolej aku dulu..KOSASS (engkaulah permata....)..ya Allah, terus aku sebak sebab aku terlalu rinduuuuuuuuuuuu....banyak kenangan, suka duka..semua tetap dalam ingatan aku..kenangan itu tetap akan jadi kenangan..takkan terpadam sebab kenangan guru paling bermakna dalam hidup aku...(kalau rajin aku akan up date kisah2 aku kat KOSASS..InsyaALLAH...tunggu occay!!)

Friday, July 3, 2009

aku makin tua....


Happy Birthday to me

Tarikh 2 Julai sekadar tarikh biasa bagi aku, takde yang istimewa walaupun tarikh itulah detik pertama aku mendengar laungan azan memuji tuhan Maha Esa oleh bapa saudaraku (kata mak masa tu abah tak sempat balik dari penang kerana tugas) ..seingat aku sejak kecil aku tak pernah meraikan tarikh 2 Julai ni..sebab itulah aku rasakan tarikh ini takde apa2 makna sekadar tahu ia adalah tarikh lahir ..

Aku selalu hadir ke birthday party kawan2 masa kecil dulu, malah kakak aku sendiri (anak emas abah..) selalu gak sambut birthday walaupun bukanlah tetap setiap tahun sambutannya dibuat tapi ernah la jugak berbanding aku yang langsung tak pernah ni…Seingat aku, semasa darjah dua aku pernah bertanya pada mak “Mak, kenapa abang tak sambut birthday? Kalau tak boleh abang dapat hadiah mcm budak tu, dapat makan sedap2, dapat pakai cantik2” Aku tahu mak sayang aku dan disebabkan soalan tu, mak sebak…dan berubah air muka…sejak itu, soalan tak pernah lagi aku Tanya, aku janji tak akan Tanya dan aku janji tak akan minta hadiah…cukuplah mak sayang abang, dakan abang..abang pun sayang mak..aban g janji tak tanya lagi..tak minta hadiah lagi


tahu tak, kerap kali aku buat lukisan kek dan nyanyi sendiri2 lepas tu buat2 tiup lilin tu…aku happy dapat sambut birthday cara aku sendiri…seingat aku jugak, kakak aku pernah tarik aku masa birthday dia untuk tiup lilin sama2 …eh, aku dapat tiup lilin betul2..seronoknya!!detik itu, aku tahu betapa ‘syoknya’ sambut birthday…TQ sis…aku tahu kakak aku sayang aku!!!

Masa sekolah menengah aku dah tak kisah dengan birthday, sambut ke tak sambut ke sama jek..fokus aku masa tu belajar sebab aku nak masuk universiti sbb aku tahu mak nak sangat aku masuk universiti, aku tak nak kecewakan mak..sebab tu aku tak pernah hirau benda2 yang tak penting Cuma masa form 5 pernahlah sorang kakak form 6 bagi aku kek masa rehat, sekadar kek potong tapi…bestnya!!!dan kek tu rasanya sedappp sangat pada tarikh 2 julai walaupun sebenarnya aku selalu jek makan kek tu masa stay back kat sekolah untuk study…hehehehe.

Masa kat Universiti, 1998 birthday paling bermakna sebab hadiah yang aku dapat adalah hati TJ (tapi sekrang hati dia milik orang lain dan aku…tetap di sini menunggu ntah siapa yang bakal ganti dia…) hurm, aku ingat sangat tahun 2002 petang birthday aku tu aku g stadium ngan abang nazri lokman..dia ajak aku jogging..so aku pun g ler..masa tu aku mmg suka riadah (badan pun fit lagi kan masa tuhh..hehehehe), takde apa2 yang berlaku..just jogging, penat dan rasa sihat…tapi pas maghrib abang nazri call sebab katanya kunci umah dia teringgal tepi stadium..alamak..ada lagi ker? Takpelah just cuba cari kan..dia kata dia kat bilik pak atan .so aku bersiap dan g ler blok napuh untuk jumpa abg nazri then aku naik ke tingkat 2 dan bila aku buka bilik pak atan-abg nazri, pie, pak atan nyanyi lagu birthday dan ada kek sebiji dan ada lilin…kwn2 tahu dan ingat birthday au rupanya..ni lah kali pertama aku rasa sambut birthday..tq sangat2..aku tahu kawan2 sayang aku!!! Sampai sekarang pun aku sayang diaorang sebab aku dewasa kerana diaorang!!

2008- kat kelas aku ada tampal tarikh2 lahir budak2 kelas termasuk cikgunya sekali dan aku tak sangak budak2 ni tahu berbudi..diaorg siap buat comitte nak wat surprise party untuk aku…tapi aku namakan surprise ni sebagai surprise yang kantoi…sebab subuh2 tu ada sorang mak kepada student aku call dan wish birthday pastu dia cakap ‘karang jgn lupa ye makan nasi goring akak buat tu..anak akak cakap diaorg nak buat birthday cikgu..sorilah itu je mampu akak bagi…” opss….aku terkejut dan terus tahu rancangan budak2 ni..bile masuk kelas maka lagu yang dulunya aku nyanyi sorang2 sekarang ramai pulak nyanyi-bergema!! Dan terus hati aku sebak..kecil2 dulu tak pernah aku rasa dikelilingi ramai orang, ada kek, ada lilin, ada makanan yang banyak dan aku meniup lilin dan ramai2 nyanyi dan tepuk!!!hari ni aku merasa dan TQ untuk budak2 6 bestari (2008) kerana beri cikgu kenangan paling indah ni..cikgu tak akan lupa sampai bila2…Tq jugak buat 6 Amanah, 6 Ikhlas dan 6 Jaya (2008), untuk mengantikan uacapan – selamat sejahtera cikgu azerai kepada lagu selamat hari jadi cikgu Azerai..aku tahu anak2 murid aku sayang aku dan kasih sayang aku tetap bersama diaorang (tatkala menulis ni, aku masih sebak mengenang detk itu)

2009- mostly budak2 tahun 6 tahun ni adalah adik2 budak tahun 6 tahun lepas jadi daorg tahu la banyak gak tentang aku dari abg dan kakak diaorang!!tapi aku tak expect pasal sambutan birthday untuk aku dan tahun ni betul2 kejutan..betul2 surprise..mcm biasa-petang2 aku buat kelas tuition untuk diaorang ni (jgn tuduh aku gile duit yer..takde bayaran..aku yang nak buat…) then masa beri latihan aku minta excuse 10 minit untuk ke kantin sebab aku tak makan dari pagi so dah gigil ni dan masa tengah makan tetiba “happy birthday to you……” aku toleh dan hampir tercekik nasi yang aku makan tu…kek, lilin budak2 nyanyi dan 2 julai…Ya Allah, budak2 ni..serius..memang aku terkejut, sebak dan lepas meniup lilin aku minta kek tu dihantar dalam kelas tambahan ..(rupa2nya smua dah sepakat!!!) aku terus tak lalu makan-lepas bayar aku ke tandas..dan aku betul2 sebak..terus terkenang wajah mak – “mak abang janji tak akan Tanya dan tak payah la mak buat birthday abang..nanti2 ada la orang buat untuk abanag” itu kata hati aku masa kecik2 dan memang telahpun tuhan makbulkan!!..lepas keringkan kesan2 menangis aku turun ke kelas dan jont budak2 potong kek dan makan sama2..aku sekadar makan potongan kecil dan terasa kenyang dengn kasih sayang budak2 ni!!aku juga sayang dan sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan diaorang!!

3 julai, time makan waktu rehat..tetiba sekumpulan bekas2 pelajar aku yang kini di tingkatan 1 menyerbu dan menyanyi ramai2 lagu yang baru semalam aku dengr dan ada kek..dan surprise dari diaorang kali ni betul2 menjadi dan tak kantoi mcm tahun lepas..sebak dan tahan air mata…aku rasa happy sangat bukan happy sebab dapat surprise semata2..aku happy sebab budak2 ni kenang dan ingat pda aku, happy sebab diaorang menyenangi aku maknanya diaorg menyenangi apa yang aku ajar dan aku happy sebab ukhuwah antara kami masih utuh dan harap Allah kekalkan persaudaraan kami..dan happy sebab impian aku masa kecik dah pun tercapai..kalau lepas ni tiada lagi tarikh 2 julai untuk aku kenang..dan kalau aku tiada lagi untuk mengenang tarikh 2 julai tapi yang pasti tarikh 2 julai tetap dalam kenangan aku!!!

kompilasi lagi II

Debat FOMCA kat Batu Pahat..aku ke Batu Pahat sebenarnya nak berubat kampong sikit…ada la sikit gangguan dan dalam masa yang sama aku ke UTHM untuk jalankan tugas sebagai hakim..dah lama aku tak turun Debat..last aku turun masa Royal kat UIA ujung tahun lepas..memang rindu arrr nak tengok debat..then aku rasa bangga denan team UPM sebab muncul juara dan aku rasa sejak zaman aku joint debat kat UPM sampailah sekarang-ni lah pencapaian terbaik UPM..TAHNIAH UPM!!biar aku jauh dari dunia debat bumi Serdang namun hati aku tetap di sana..tempat jatuh lagikan dikenang kan..hurm, sepanjang berada di sana..apa lagi ..kena jadi judge ler…FOMCA DEBATE ni ada penyetaan dari IPGM dan jujur aku katakana ada beberapa IPGM yang boleh pergi jauh dalam dunia debat ni!!mcm IPGM Islam Selangor, IPGM Bahasa Antarabangsa dan IPGM Sultan Mizan (hehehe..tak sabar nak bagi sentuhan untuk IPGM ni)..Kali ni ada delegasi dari Singapura yang sedang buat pemerhatian kerana nak bawa balik sistem debat ala parlimen kat sini untuk dipraktikan di sana dan khabarnya tak lama lagi aka nada DEBAT Nusantara..dulu2 dah ada Debat Universiti ASEAN tapi stop mcm tu jek..kalau betul Debat Nusantara akan muncul..bags ler…makin berkembang dunia ni!!ok ler, nak cite peristiwa2 yang menarik masa debat tu..kami hakim2 duduk kat Hotel kat Bandar bt Pahat then agak jauh la gak nak ke UTHM ni dan malam pertama aku dah pinjamkn kete aku kat Sam untuk hantar kwn2 dr Singapura ni balik ke kolej kediaman then Sam janji akan jemput aku, Syafik dan Tra pagi esoknya di hotel..ok jahh..tetiba esoknya tunggu punya tunggu, tak sampai2..bila Syafik call, Sam kata dah nak gerak g ambik dah..ok ler..kami pun sabar je la..tapi tak sampai2..kalau ikutkan dah sampai so aku call pulak Sam tetiba katanya “Boleh ak Abang Azerai naik teksi…lessen saya mati..lagipun round 5 dah nak start..” amboi..cantiklah sangat baru nak bagi tahu..dah tu, suruh tuan punya kete naik teksi..choi!!Kalau round 5 dah nak start pun apa kena mengena ngan kau Sam..kan Syafik yang menyusun hakim..so mcm mana nak start..Syafiknya masih di hotel..aiyo, ko memang Ratu Propa Maha Kaya kePROPAannya!!tetiba la lessen mati padahal semalam ko ‘tunggang’ kete aku ibarat kuda..hahahahahaso malas nak sentap2 (walaupun dah sentap yang bukan lite2 kan..)kami bertiga dengan Abg Bad sekali (Selamat Pengantin Baru Abang Bad & Fara) kami pun g ler ke UTHM ..malas nak ajak Sam dah pas ni..hahahaha..masa FOMCA ni gak ler baru aku tahu true colour Suheiri kalau memandu..dia ni..akan jadi Jantan giler2 masa memandu..abid diredah jalan sehala dan aku naik mabuk kalau dia drive..gile2 mencilok mengalahkan mat rempit doeh!!nway, rindu kat ko Su…dan rindu gak kat budak sengal yang dah menyengalkan aku, Tra dan Su..hahahaha..sape lagi kalau bukan Nabil budak usher UNITEN tu..ok kwn2, jgn lupa turun Alam Sekitar kat UTP dan Kemerdekaan kat USIM ok!!!apapun, pesanan aku –ingat budak tomboy..ingat mee racun…ingat mee racun, duduk dekat toilet..hahahaha

KL Marathon yang 1st time buat kat Malaysia baru2 ni- aku duty kat refreshman untuk laluan half marathon..sehari sebelum pertandingan aku rasa diva sangat-kami dibawa melalui 42KM laluan untuk peserta Full Marathon dengan Bas DBKL dan diiringi Polis Trafik..aiyo semua org tengok ni..ala2 diaorg mesti heran “sape lah dalam bas ni?” then siap ada sekumpulan pelancong kat Petaling Street melambai nih…hehehehe..ok ler, jam 3 pagi ahad tu kena berkumpul kat Padang Merbok dan aku sah2 ting tong, aku leh g ke Padang Tembak..hahahaha..jauh doeh kena patah balik sempat la kena maki hamun sebab lewat 15 minit sampai ke Padang Merbok tu..aku duty dibantu oleh budak2 sukarelawan dari UPM so ada le cite leh share2 dengan diaorg kan!!balik penat sangat so tido seharian..nway, best duty untuk KOAM ni..aku minat sukan Cuma tak berbakat dengan sukan so dapat jd pegawai sukan bwh KOAM ni pun jadilah…heheheheh

kompilasi lagi!!!!

Kepada kwn2 sori sangat sebab kelembapan aku meng’up-date’ blog ni…hurm, kalau ada anugerah blogger aku dah tahu dah aku akan dapat anugerah sawang paling tebal..hahahaha…ok lah, nak buat trade mark aku-cite secara kompilasi…hehehehe.. cite pertama tentang aku g tengok teater ‘di mana setangginya’ – aku nak sangat tengok teater yang sepatutnya jadi pementasan pertama di istana budaya 10 tahun lepas dan dalam masa yang sama aku nak tengok kwn aku si Fatih berlakon sebagai Sibli (Fatih ni hebat menari jugak-dia peserta terbaik tarian untuk JSBN tahap 1 2009) so lepas menyelesaikan tugas sebagai emcee kat rumah Tini kat keramat aku pun g ler ke IB untuk beli tiket dengan kamrul yang sekadar ingin menemani aku beli tiket tetiba dia tergerak hati nak tengok jugak..ok ler, ada geng!!! Kat IB jumpa ler beberapa kenalan aku dalam dunia teater ni..dan aku taste cite ni (walaupun ada penonton yang keluar panggung awal dan kamrul hampir2 berdengkur di sebelah aku) isu berat tapi sakarstik sangat..kalau diikutkan cite ni ditulis sekitar 90 an dan ada isu pemimpin yang homoseksual so faham sendiri masa tu isu siapa kan…keseluaruhannya aku suka Fatih, Azizah Mahzan (walaupun hanya sebagai narrator tapi sangat hebat pompuan ni) dan Shaharuddin tamby..yang lain aku rasa fail..terutama Sabrina Ali..kaku, keras, kayu..please la jgn ambik pompuan ni berlakon teater lagi!!!aku suka konotasi belut gergasi yang dibela ole Uzza sorang pemimpin yang jahat memperdaya dan kononnya membuka pintu rezeki membenarkan hari ibadat untuk bekerja tapi sebenarnya hasil petani adalah untuk kekayaan dia!belut kab licik so gambaran untuk kelicikan dia dan akhirnya belut makan tuan, so kelicikan dia membunuh dia sendiri..teater ni dikatakan teater pertama di Malaysia yang ada adegan terbang..aku bayangkan lawan sambil terbang tapi rupa2nya pari2 tergantung (terbang ke?) jek!!!nway, oklah kan..aku suka dengan satu patah skrip dalam teater ni “pohon setanggi ni gagah berdiri namun di mana harum bau setangginya?” aku pun buatlah intepretasi aku sendiri..sesuai dengan situasi semasa sebenarnya..isu perpaduan..kita gah kononnya bersatu- 1 Malaysia!! Tapi mengapa masih pertikai hak keistimewaan orang melayu? Pohon perpaduan berdiri megah tapi mana harum bau perpadua itu? Wahhh..pandai2 la aku!! Namapun tetaer absurd so ikut la kan!!keseluruhannya aku rasa enjoy dan 3 bintang aku bagi!!





Then cite kedua tentang Kursus Apresiasi Puisi kat DBP so sebagai fasilitator PPSB untuk Kem PLKN aku kena lah g joint untuk tambah ilmu..tak banyak yang aku mampu citekan Cuma aku dapt jumpa kwn2 fasi dan dpat bertukar2 idea tentang PPSB then dapat jumpa buat kali perama Dr Zurinah Hasan, penyair terkenal tanah air then dapat jumpa buat kali keberapa aku pun lupa- Dr Lim Swee Tin (Penyajak Cina yang tinggi Protesnya!!sajak2 protes beliau dekat di hati aku… malah beberapa kali aku dah deklamasikan himpunan sajak beliau-tapi sayang aku ni lebih sesuai dengan sajak2 melankolik..mat jiwang katanya) juga tak lupa jumpa En Roslan Madum yang tinggi semngatnya untuk puisi tradisional..setiap kali jumpa beliau aku memang akan terpesona mendengar alunan suara beliau!!Keseluruhannya memang banyak ilmu yang aku dapat dari kursus ni!!

Monday, June 8, 2009

Tunggu punya tunggu...

Aku takde perasaan ler nak tulis entry ni, mcm ni, aku ngan Riz kwn aku yang akan handle kes cerai Ustaz Akhil Haiy (betul ke ejaan skandal Waheeda ni..opsss) merendek le ke Kelana Jaya..mana lagi kalau tak ke William kan..gerai yang keji sangat tapi ramai gile org dtg makan sebab meletop gile makanan dia (pada yang nak tahu...gerai ni terletak belakang bangunan University Ling Kok Wing lama kat KJ tu..dekat dengan SK Tmn Megah)...


Aku order ler Nasi Goreng Ayam 3 Jenis ; RM 20.00 meletop kau..boleh makan 3 orang, dan si Riz order Beef Burger Mozarella+Onion Ring; RM25..makan makan slow2 sbb nak tunggu Syafiq yang on da way dari Shah Alam dengan Tra (semua ni geng2 debate masa kat U dulu)...tunggu punya tunggu tak mai2 lagi...isyh naik risau pulak aku..jadi apa2 ke? sbb Syafiq ni ada sejarah accident yang teruk sbb diserang migrane ms ngah drive..serius aku risau giler..


tetiba call dr syafiq..hati aku terus berdebar, risau...dan sayup suara syafiq...


..."tak jadi mai la..kena g Bangi, Abg Bad suruh ambik kasut..."


Lorrrr....aku ni beria2 la makan lite2 tunggu dia nak makan sama...terus takde mood..bungkus je dan balik...dan dalam perjalanan tetiba dia call...


"katne? i dah sampai William..."

motif kau Syafiq...

Benar kah?


Petikan Kolum Niezam dalam Pancaindera


"Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk......"



Sedihnya kalau benarlah bagai dikata oleh Niezam ni...tapi aku sekadar ingin ceritakan apa yang aku dengar dari kwn2 yang terlibat secara langsung dengan AF7...Akim ni baran orangnya, masa rehearsel dia pernah terajang tong sampah kat dewan tu sbb tak puas hati dengan obri..then kat kelas pun kdg2 dia tunjuk baran dia...ngan hafiz tu dia sangat tak sebulu..asyik nak hangin satu badan jek..betul ke ni Akim? nway Afundi aku setiap minggu untuk dia..takpelah bagi dia masa occay..doakanlah kejayaan dia agar kita pun nanti boleh berjaya..Aminnnnnnnn

Kisah Upin & Ipin

Sekadar Meminjam nama dua watak 'hot top' kat Malaysia ni untuk kisahkan dua watak dalam idup aku yang aku kira perlu diletakkan dalam ranking yang tinggi...untuk pengetahuan sahabat2 yang tidak mengenali 'upin & ipin' aku ni, takpelah..cukup sekadar membaca dan mengambil ikhtibar (mungkin...!!!)

Kisah Upin - Sahabat aku sorang ni memang obses dengan dunia debat, dia ni gigih mengajar sekolah sana sekolah sini, bukan dia sorang buat dah ramai buat benda ni..termasuklah aku..bakat yang ada jgn disiakan, kalau boleh buat duit janakanlah selagi mampu..kannnn..
tapi jgn sampai tikam kawan dari belakang...what? tikam kawan...opsss sensasi ni...

Macam ni, Upin ni ramai alumni debat kata dia tak abis belajar (Gagal n diberhenti kan lerrrr)..tu la..obses debat sangat kottttt...dia ni ligat business debat, sana sini muka dia mengajar dan terbukti la gak sbb pernah muncul Johan Piala Datuk Syukur kan...ok, alkisahnya sebuah sekolah kat Klang ni call aku kat sekolah (mana dia dapat nama sekolah aku pun aku tak tahu ler..) so pas deal aku sms le Upin ni, dia tak balas tapi terus call..mak ai..berbakul cikgu sekolah kat Klang tu diburukkan (kebetulan Upin pernah ngajar debat sekolah tu) then aku ni cepat panik...hurm, tak jadi lah ngajar sekolah tu...then Kejadian yang sama berulang bila aku dapat call dari sekolah area Sri Petaling..dia buruk2kan cikgu tu gak...keputusan yang sama aku ambil..tak jadi..
Tup2, aku dengar cite dia g ngajar sekolah area Sri Petaling tu..mak aii...patutlah dia beria2 kutuk sebab tak nak aku caras line dia kan..aiyo..tak cukup tu dia cuba caras aku dengan berusaha minta no Phone sorang pensyarah dari maktab Mizan Terengganu untuk deal ngan pensyarah tu sedangkan dia dah tahu pensyarah tu ada contact aku dan melalui seorang kawan, dia dah maki2 aku ni sbb tak ajak dia g Mizan sama2..motiff? mcm ni la, aku tak la laparkan duit sangatsbb aku byk lagi sumber lain tapi kalau nak CARMA sekalipun jgn la sampai caras kawan2 occay!!
Kisah Ipin- Selain dari debat, budak2 debat ni ramai yang CARMA dengan jadi MC kat termasuklah aku gak...Nak jadikan kisah..sorang kwn lama aku dalam debat ni bukalah syarikat untuk event management dan dia minta tolong aku la hal2 MC ni...dia pun not bad ler..dia pernah keje ngan Radio NO 1 kat Malaysia ni tapi dia akui terus terang malas nak buat skrip (PULAKKK...!!!) so memandangkan kwn2 aku setuju ler tolong dia buat skrip tapi dengan bayaran la kan..dan dalam masa yang sama dia nak 'up' kan aku ler jadi talent dia (selama ni aku free lance dan sub talent kepada beberapa company kenalan aku...) jadi aku setuju ler..mana tahu kan job aku pas ni meletoppp...
Hampir 5 skrip gak la aku dah buat tapi takde pun job untuk aku, tapi skrip sentiasa nak meletop..bayar tetap sama tapi tak kisah..SABAR katanya!!sampai la satu hari, aku g rehearsel satu majlis ni-dia suruh dtg sebab nak kemaskan skrip then aku terkedu...dia recycle jek skrip2 aku sebelum ni..aiyo, dah la job yang dijanjikan tak dapat2 then job lite2 tulis skrip pun dia dah caras dan tak bayar pun royalti sbb dah guna (hahaha,..padan muka ko Azerai sbb tak buat perjanjian!!) Sentap la aku...tapi takpleh..aku tetap ada job lain -stail aku kalau orang bayar 3 angka pun aku ambik gak..yang penting kepuasan aku!!
Hurm, kalau kalian takm kenal diaorg pun takpe, janji Si Upin dan Si Ipin ni dah pekena aku!!!merasalah jiwa merana kannnnnnn
p/s:
pas ni kalau sape2 nak perkhidmatan emcee untuk resepsi (sebarang konsep), majlis korporat, majlis makan malam, dan sebarang majlis tak formal boleh contact aku terus ok!!

Kisah Upin & Ipin

Thursday, June 4, 2009

Bravo@PLKN Kerling

rasanya sebelum ni aku dah beritahu kan, aku akan ke Kem PLKN untuk bertugas sebagai fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di bawah modul DBP..Untuk pengambilan kedua 2009 aku ditugaskan di Kem Pelangi Hill Resort Kerling, Selangor...aku bertugas dari 1 Jun hingga 3 Jun 2009 dan untuk mengelakkan kelewatan aku bertolah petang 31 Mei dan bermalam di Serendah, TQ Cikgu Khairul yang sponsor penginapan malam tu...


Selepas subuh 1 Jun tu pun bertolak ke Kerling, tak jauh sangat cuma jalannya sunyi jek..isyh tapi kena ler berhati2 sebab ni jalan lori balak nih...cari punya cari aku tersesat ke kem PLKN Bina Negara Kuala Kubu Baru..haiyo...boleh tak nampak signboard nama kem..hahaha..cari balik ler...mujurlah aku sempat sampai sebelum mesyuarat bermula jam 8.00 pagi!!..Hurm, sorang fasi tak dapat datang dan kebetulan fasi tersebut bertugas dengan aku untuk Kumpulan Tun Sri Lanang..ini bermakna aku akan bertugas sorang..masak la aku..dah la kali pertama, kena bertugas sorang pulak tu.."takpe Azerai..ko mampu kalau ko fikirkan ko mampu!!!" kata2 pada diri aku sendiri untuk sedapkan hati!!Hurm, salah sorang Fasi, kak Azlin (peguam occay..tapi tetap meletop dalam bidang sastera..) rupa2nya mak kepada student aku...Ya Allah, keciknya dunia..tapi seronoklah, selain bertukar2 idea tentang sastera kami sempat berbincang tentang kemajuan anak dia!!hehehehe

Occay, bila wira dan wirawati berkumpul aku terus floop tengok ahli2 kumpulan Tun Sri Lanang, atau nama asalnya Bravo...(nama di tukar untuk kesesuaian modul), kebanyakkan ahli Brovo yang berbendera biru ini mcm jenis tak nak dengar kata dan muka semuanya kebosananan (hampir kesemua wiraBravo tidur semasa briefing oleh ketua fasi kami-cikgu mior), nampaknya dugaan aku makin besar-dah la kali pertama aku bertugas, terpaksa bertugas seorang dan akan bertugas dengan budak2 yang Hampeh ni dah tu kelas kuliah yang kami dapat tak dapat digabungkan sampaikan terlalu sempit dan hari kedua terpaksa tukar ke bangunan lain ...matilah aku!!!








Kelas pertama memang betul telahan aku, baik wira ataupun wirawati semua jenis tak nak bagi kerjasama-suruh baca sajak pun tak nak..yang diaorg tahu excuse, minta g toilet then hilang!!..hurm, walaupun diaorg panggil aku 'cikgu cute' -hahaha cute ke kau? tapi memang aku tertekan buat2 cool je lah ..takpelah, aku cuba je lah buat yang terbaik dan aku hilangkan identiti aku sebagai fasilitator..aku cuba bergurau dengan diaorg dan menjadi kawan dengan diaorang...aku buat teater game untuk diaorg bagi diaorg happy, dan aku cerita2 motivasi tapi dalam bentuk yang melankolik (nak revearse psicology katanya) dan alhamdulillah, dalam masa yang singkat (sesi malam hari pertama) dah mula nampak nak bekerjasama dan energy diaorg dah berpindah kepada aku..aku turut bersemangat dan lupakan semua masalah dan dugaan dalam duty ni...






Kami semua mula merangka persembahan, dari memilih produksi sampailah merancang pergerakkan, yang lebih aku bangga, diaorg dah mula tunjukkan keupayaan yang sebenarnya..rupa2nya diaorg berbakat dan yang magisnya diaorg pun tak tahu diaorg berbakat dan dengan modul ni baru diaorg kenalpasti bakat diaorg dan yang penting masing2 enjoy dengan modul ni..

Aku mmg bangga dengan Bravo, diaorg tahu, cikgu cute diaorg ni (hehehehehe) terpaksa lelah bertugas seorang (sepatutnya 1 kumpulan 2 orang fasi) jadi mereka bahagi2 tugas sesama mereka, yang kumpulan vokal bekerja sesama diaorg, pendlekamator pulak berbincang tentang maksud sajak, intonasi dan gerak tubuh sesama diaorg manakala penari2 (mawar2 penggitan..hehehehe) yang juga merangkap pelakon juga sering berikan idea untuk memperkemaskan persembahan mereka...sebab kerjasama diaorg ni lah aku hadiahkan permainan PS2 untuk diaorg (dalam bentuk teater game ler..bukan yang sebenar punya meh!!!)..diaorg mmg komited, aku suruh berkumpul jam 2 semua dah berkumpul tapi aku yang lewat...hurm, maknanya diaorg enjoy dengan kelas PPSB ni..Alhamdulillah


Masuk malam kedua aku rasa sayang dengan semua wira dan wirawati ni...aku rasa diaorg ni adalah org yang lain-bukan wira dan wirawati yang aku kenal hari pertama!! rasanya kami semua dah dapat right track untuk Malam Citra Puisi (MCP)...walaupun masih ada baki 3 sesi latihan...Hari ketiga semasa rehearsel ketua Fasi berpuas hati cuma minta kami gunakan ruang tepi pentas untuk kumpulan vokal sebab terlalu crowded atas pentas (Bravo satu2nya kumpulan yang tidak dibahagi 2 untuk segmen puisi tradisonal dan puisi moden-kami menggunakan orang yang sama dan kesemuanya di atas pentas dari awal hingga finale persembahan) so kami masuk ke kelas semula untuk berbincang dan latihan buat kali terakhir dan selebihnya kami gunakan masa untuk lepak sama2 dan bercerita-hurm, baru aku faham kenapa diaorg nampak boring semasa hari pertama-diaorg ni pengambilan pertama untuk kem ni dan fasilitis tak lengkap termasuklah latihan yang diaorg nak sangat buat pun tak dapat-menembak..sbb tu diaorg rasa boring!!


Aku rasa sebak bila ada yang kata-"cikgu hebat sebab buat sorang2 jek"-sebenarnya bukan aku yang hebat-diaorg yang bagi aku kehebatan tu!!! "cikgu kitaorg enjoy dengan kelas cikgu"-cikgu pun enjoy dengan korang semua dan sebelum menutup kelas terakhir ni aku minta maaflah dengan diaorg kalau ada yang tersilap kata dan perbuatan, aku pun berterus terang dengan diaorg tentang perasaan aku semasa kali pertama melihat diaorg dan yang pasti aku beritahu juga tentang perasaan sayang dan bangga aku dengan diaorg...kerjasama yang diaorg berikan sebenarnya telah mengubah persepsi kali pertama aku untuk diaorang..



"Cikgu, kita confirm ke pakai baju hitam? sebab ada kumpulan lain pakai baju hitam gak..." jawapan aku..."tak kisahlah kalau ada yang berbaju hitam jugak yang pasti baju hitam Bravo akan nampak hebat dengan persembahan yang mantap!!" Disambut dengan tepukan dan saat ni aku betul2 sebak melihat semanangat diaorg dan hati kecil aku mendoakan kejayaan diaorg untuk MCP..


Malam MCP diaorg buat yang terbaik dan disebabkan beberapa kesilapan teknikal (kumpulan vokal block pemandangan hakim untuk melihat pelakon di atas pentas) dan hanya berbeza 1 markah (menurut Fasi Urusetia..Cik Mat)..Bravo diumumkan tempat kedua dalam persembahan keseluruhan dan Wirawati Intan diumumkan sebagai pendeklamasi puisi tradisonal terbaik..Aku rasa bangga sangat untuk diaorg...walaupun terpancar kecewa di mata diaorg tapi seperti yang aku katakan-kehebatan persembahan diaorg dah cukup bagi aku bukan kedudukan..yang pasti beberapa org pemerhati dari DBP, pihak Urusetia dan beberapa jurulatih kem menyatakan rasa terkilan sebab Bravo tak jadi juara..takpelah adik2 wira dan wirawati, tuhan dah tentukan bukan rezeki kita, cikgu bangga, sayang dengan kamu semua...cikgu harap dapat jumpa lagi dan kita akan sentiasa berhubung antara satu sama lain occay!!


Lepas abis MCP kami semua fasi meeting di luar dan aku balsik semula ke kem untuk berkemas dan jam 2 pagi drive balik ke KL..aorang2 dalam perjalanan, sunyi dan tetiba aku sebak..hurm, tuhan temukan aku dengan adik2 yang istimewa di mata aku...dan aku tahu tuhan akan restui perjalanan hidup adik2 aku ini dan aku sendiri akan berdoa untuk kejayaan mereka...tQ buat semua fasi jugak yang bagi aku semangat terutama buat cik mior dan teristimewa buat dua fasi yang sangat rapat dengan aku..cik Matt dan cik Hatta(hehehe..bila ler nak makan kedai kak ida depan GIAT lagi kan..ye lar pelakon berek kan..)..LOVE SEMUA..LOVE BRAVO