"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, August 8, 2009

Amirul Hamizan Ibrahim





Hurm, peminat2 sukan angkat berat negara pasti akan kenal Amy..Sukan Komanwel 2002 di Manchester, Amy muncul sebagai Badang Negara dengan menang 3 pinggat emas untuk 'clean & jerk', 'Snacth' dan 'Over-all' dan masa tu dia ni dapat durian runtuh yang besar la jumlahnya dari Majlis Olimpik Negara..hurm, nape tetiba aku nak cite pasal dia erk..? saje nak mengimbau sejarah aku kat KOSASS..begini, tradisi KOSASS setiap kali perayaan Hari Keluarga akan ada penerima SELEMPANG KOSASS ala2 penganugerahan la (tapi tak memberi apa2 gelaran ler..sekadar penganugerahan) antara yang pernah menerima Wira Negara Lt. Adnan (di am bil oleh pihak kelurganya), Wan Hafizam (penderma hati), Sapok Bini (Peninju)...sekadar menyebut beerapa nama..



masa HARI KELUARGA 2002 kat KOSASS aku dilantik jadi ex-officio dan dalam meeting untuk memilih penerima anugerah aku tetiba terus mencadangkan Amy yang semasa tu tengah HOT...semua macam blur dan untuk memudahkan urusan semua orang aku pun volunteer untuk dapatkan Amirul Hamizan Imrihim ni untuk penerima selempang seterusnya...serius susah nak jejak dia..akhirnya dengan bantuan seorang rakan aku dapat no telefon orang penting kat SUKPA dan dengan bantuan orang penting SUKPA ni jugakla aku dapat contact Amy dan kali pertama menghubungi dia melalui phone aku dapat rasakan budak ni humble dan sangat baik hati...tanpa banyak bicara..dia bersetuju untuk menerima penganugerahan yang tak seberapa dari pihak kolej kediaman aku tuh!!




Sebagai Ex-Officio aku ditugaskan untuk membaca biodata penerima-penerima anugerah dan aku jugakan tagline 'dia kecil.dia gagah' semasa membaca biodata Amy..hahaha...aku lupalah tagline tu tagline iklan sebenarnya tapi serius mmg sesuai, sb kalau tgk Amy ni orangnya 3 kali ganda kecil dari aku tapi boleh angkat bebanan 5 kali ganda dari aku..serius!! aku mmg kagum dengan adik aku nih!!then lepas habis function kitaorg sempat la snappy sekeping dua gambar untuk jadi kenangan dan ada ketikanya aku msg gak la ngan Amy (sampai sekarang) dan aku mmg ikut juga la cerita dan berita ttg Amy, dia pernah jatuh, pernah terpinggir dsan pernah gak dikenakan tindakan disiplin kerana menggunakan dadah terlarang (sebenarnya dia tak tahu ttg kandungan dadah tuh!! jangan salahkan dia..) walaupun aku tak jumpa dia tapi perkembangan dia semua aku tahu ..bukan susah beb..internet kan ada!!hahaha..dan mmg Amy ni jensi tak lupa kawan, masa dia kawin dia sms la jemput aku tapi dek sebab kekangan masa dan jarak yang jauh jadi aku tak dapat hadirkan diri..




baru2 ni, Mini Olimpik..Amy pecahkan rekod sendiri yang dibuat tahun 2002 dengan lebihan angkatan sebanyak 3 kg aku rasa...hurm, tak sia2 dia usaha untuk turunbkan berat badan, dia dah lama pendam cita2 ni selepas tindakan disiplin dulu, akhir azam Amy tercapai jugak..tahniah dik!! aku mmg jadikan idola la budak kecil yang gagah ni..dia tak pernah kalah pada sebarang kepayahan..dia akan sentiasa berusaha untuk capai kejayaan..dan hari ini..(8 Ogos 2009) Amy bergelar ayah pada seorang putri yang lahir pada jam 2.26 petang tadi...dan anak kecil ini akan bakal membawa rezeki buat ayahnya dan sudah pasti pada sukan angkat berat Malaysia...Amy, sekali lagi abg ucapkan TAHNIAH dan semoga lebih berjaya..abg doakan yang terbaik untuk amy..
MALAYSIA BOLEH

2 comments:

alfa juliet said...

aku rasa pernah dgr cerita amirul ni..dasatkan dia..

..... said...

to my follower :

new url of my blog .

www.khalisaqeelabudakbulat.blogspot.com

do chnge okai .