"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Wednesday, March 25, 2009

Hatiku ku luka - Akim

video

Akim@OIAM

Tgk arrrr Akimm-'im urs' masa ujubakat OIAM, then kat blkg dia ada Amim, top 20 AF7..sowi arr..fanatik Akim, ngah sentap so better layan clip video dia..AFUNDI AKIM
video

SENTAP 2

tak de kena mengena dengan title entry...tapi nak guna gak tittle tu...ohya, untuk meredakan kesentapan aku so aku pun hiburkan hati dengan tengok clip ni..ok lah..jom share tonton clip video ni ok..semoga terhibur dan AFUNDI AKIM
video

SENTAP....

al kisahnya, isnin lepas hari pertama buka sekolah aku ke HUKM untuk rawatan susulan tonsil then aku tak g arr sekolah,selasa pulak aku lewat 5 limit ke sekolah (dah dimaklumkan pada GPK), alkmaklum arr ddk jauh dari sekolah, then ada sorang cikgu BM tahun 6, cikgu J datang dan agak marah2 kat kantin..(cikgu ni terlalu baik tak pernah tinggi kan suara..) 'wei dah2 la tu..aku sorang ni susun dewan...tak pun nak bntu'...susun dewan? aku pelik...untuk apa? then mulut manis aku pun bertanya la pada org lain..then terus aku terSENTAP-ada program motivasi tahun 6,awat aku tak tahu apa2? dan khabarnya semua orang tak tahu apa2-GB bg tahu cikgu J tadi minta handle..then aku terus bergegas ke atas - tinggalkan breakfast aku mcm tu jek... : ( untuk tykar kasut dan turun semula ke dewan..hurm mata pn GB menjeling pada aku then cikgu2 lain ada yang tak menegur aku..then sorang cikgu pompuan ni-cikgu R pun ala2 tak nak sangat bercakap dengan aku..aku disalahkan sbb anak buah tahun 6 yang lain tak turun ya ALLAH...sebak dada aku..salah ak ke? ye la..aku ni penyelaras tk guna..tak reti buat keje kan..kalau dah tak suka aku sangat tak payah la bg jawatan ni..dr awal aku dah cakap-bantu aku tapi bila aku buat salah (tapi salah ke? aku tak diberitahu dan semua orang pun tak tahu ) semua terus hukum aku...isyh...aku rasa tertekan sangat sampai aku abik keputusan kuarkan memo pada guru2 tahun 6 dan tampal di bilik guru..aku minta maaf pada yang TERSENTAP dengan kelewaatan aku turun ke dewan dan kelembapan keje aku..(kalau diaorg rasa aku lembap la...) tak pelah..aku sedar AKU DILAHIRKAN UNTUK DIBENCI :(

dari cikgu buat cikgu

Sebelum aku menjurus pada tittle entry kali ni aku just nak srot sikit konsert 2 AF7..
yang aku suka - aDa improvement aku then aku suka gak rasional dua buah lagu yang berbeza genre untuk pelajar tunjukkan transformasi persembahan..then dah mula ada tag line pelajar..contoh - akim "im yours" hehehe..then persembahan yang rata2 aku rasa ok tapi aku pilih claudia dan hafiz yang rasanya mcm pro abis atas pentas...undi aku untuk mereka ber 2 + akim..
yang aku tak suka - AC perlu ke tanya perasaan adilla then tetiba umum adilla..malu la kawan tu..patutnya mungkin ac lebih berdrama+main sentimen sikit, g balik kat rini then bla,bla baru la umum adilla ni tak str8 terus umum adilla pas tanya perasaan dia..dia dah jd sedih+malu la pulak..tak suka si poyo azam (ata nama afundi'nya aril)..bosan arr mamat ni..nari meletop sora hancusss..tak suka arrr qhaud dapat pelajar cemerlang..suara dia sumbang mambag laaaaa...
ha, dari cikgu sekolah buat cikgu af- kita ni cikgu (kan semua dipanggil cikgu) so pls la jg etika pemakaian terutama buat actress kesayangan ku..ida nerina..jgn la baju+suar sampai nak nampak alur bontot...then tiara ni principal ke mak datin .?mmg la dia mak datin tapi tak payah la berlagak mak datin kalau datang fakulti..just biasa2 je la..aiyo, karang pelajar ntah ke mana, principal yang transform lebih2...
ohya, kita ni cikgu so kena la realistic..kalau kita hanya ada mentega jgn la berangan nak buat kek keju..so kalau bakat yang ada tak seberapa jgn la terlampau cakap besar n berangan nk sampai ke mercu dunia...rasanya ramai blogger n penulis akhbar setuju yang tiara agak berangan dengan hal ini..nway aku tetap doakan angan ini akan jadi kenyataan ye gusti putri..AFUNDI AKIM

Afundi AKIM

AFUNDI AKIM.. ha ni kali keempat aku mengundi, kali pertama masa AF2, masa tu undi aku untuk Linda - si pesona bintang yang aku rasa lebih sesuwai untuk aku gelar HILANG PESONA ..hehehehe..then pas tu untuk Amylea..AMAZING AMYLEA AF3..mmg gempak minah sorang ni (ye arrr kalau tak..takkan la top 12 OIAM3 kan )..tapi aku rasa penat ngundi dia ni..tetap tak leh naik,paham2 la masa tu undi didominasi oleh RAJA SMS..then AF4 aku AFUNDI farhan..giler tak suka Farhan? pastu aku rasa malas arr nak ngundi sebab mcm tak kemana pun..Maestro tak hargai pun pengundi dengan kuarkan album yang berkualiti untuk 'bintang2' ni...then tahun ni aku suka dengan mamat lepasan SPM ni (adik, pas ni sambung belaja k..biar arr jd artis yang berilmu!!), aku suka tone suara, 1st time tgk konsert aku terus AFUNDI 1O AKIM.. ha kau? penangan peserta laki kali ni..tak pernah ni aku undi lelaki..cuma minggu kedua aku rasa kelakar dengan persembahan dia..aku teringat abot masa semi final muzik2 tahun 200? (lupa arrrr) semua lirik nak diaksikan cm tu gak akim, untuk lagu buronan cinta dia mengaksikan setiap bait kata pada lirik lagu ni..alahai akim...tapi suara tetap sedap arr..tapi just AFUNDI (no more AFUNDI 10) untuk konsert kedua so..Akim bijak sikit kat atas pentas ok...
video

aku tak g PTK

dah seminggu dah benda ni tapi aku tak declare pun pada sesape kecuali member2 yang terperasan aku takde dalam dewan peksa, tu pun aku bagi tahu yg aku sakit..hahaha..propa jek..aku sebenarnya jadi MC untuk majlis penutup perkhemahan peringkat kebangsaan kat Kem Tekali, Hulu Langat..hurm, sanggup erk tak g PTK...? ye arrrr bosan dengan sistem pendidikan kita..semuanya nak berorentasikan peperiksaan :(

Tuesday, March 24, 2009

Reward day

Mesti ada yang tersenyum membaca tittle entry kali ni..dulu kalau budak2 orator UM tanya "banyak makan hari ni bang.." aku akan jawab "dah seminggu diet so hari ni reward day arrr " hahaha..sampai bila2 pun tak kurus kan..so aku bukan nak cite pasal program diet aku sejak 11 tahun lepas ni..yang aku nak cite ttg reward day yang aku isi dengan menonton CD yang dah lama beli tapi tak reti2 nak pasang..nape tetiba ada reward day ni..hurm, sempena dengan siapnya synthesis paper aku katanya...so mula2 aku tonton filem slumdog millionaire-kebetulan filem ni dah menang 2x best film award-globe+academy award so sikit berkobar la na tgk..hurm, serius terapi emosi sangat..meleleh air mata aku..cite dia simple, tentang seorang remaja yang tidak berpelajaran yang berasal dari kwsan yang miskin menyertai rancangan 'who want to be millionaire' dan menang..tapi setiap jawapan yang dijawap ada kisah yang tersendiri..bukan buku yang memberi ilmu namun pengalaman yang mengajar..ada beberapa part yang aku tersentuh-betapa jahat pun seorang abg namun masih ada sifat sayangkan adiknya..sampai sanggup gadaikan nyawa demi adik tercinta..dalam cite jugak mengajar kita-tak semua orang jahat tu suka nak jd jahat-ada yang terpaksa namun sentiasa berdoa tuhan ampunkan dosanya setiap kali sebelum dan selepas melakukan kejahatan bahkan sampai saat sebelum dibunuh pun sempat mengambil wudhuk..kesimpulan,tgk arr cite ni..terutama bg mereka2 yang rungsing dan perlukan terapi maka ni lah jawapannya...cite wayang..aku kagum hampir setiap aspek, sinematografi, lakonan, lakon layar..semua hebat..tapi kalau dah namanya filem melayu mesti ada unsur kebetulan..rupa2nya anak angkat yang dipelihara selama ni adalah anak kandung yang ditinggalkan ketika dalam kandungan lagi..hurm, cite ni pun aku cdgkan untuk semua..ha, yang penting tak sabar nak tonton TALEnTIME....

Monday, March 16, 2009

Konsert 1 AF7

boring kot..itu jek kesimpulannya...tgklah..ada penonton di sisi pentas tapi tetap rasa hambar dan diaorg pun rasa boring dan mengekpresskan konsert mlm tu dengan mood yang pasif..ye aku akui tranformasi telah berlaku dalam konsert bagi AF musim baru ni..bukan tranformasi bagi peserta (tidak adil la kan..baru je bermula) namun transformasi aura konsert AF itu sendiri...dalam dewan yang kecil, set pentas yang standart untuk rancangan mentor je aku rasa..dah hilang identiti konsert AF yang gah tu..aku rasa set pentas kali ni lebih kecil berbanding AF1 ketika diadakan di Panggung Percubaan UPM dulu..sebelum pelajar menyanyi just ada klip video ucapan diaorg (mcm OIAM kan) then pas nyayi terus komen dari juri...

maknanya tugas AC sebagai pengacara dah limited tapi perasan tak, mamat ni tetap tak kreatif,choi tahap dewa..yang penting lawak berulang..kalau peserta dari Sarawak mulalah dia pun dari Sarawak..sampaikan Obri spontan me'laha' ...'Abg pun Org Johor gak kan'..hahahaha..aku suka part tu...lawak (lawak ke?) yang boleh dijangka dan memualkan yang pastinya..mmg AF makin tidak berseri dengan AC..pls la AC janji nak baiki kesilapan musim lalu..ni apa ni?


Juri lak ok jek kot cuma aku kecewa tanpa kehadiran kak ogy.mmg dia laser tapi dia jujur dan ada kalanya kritik kak ogy menjadi elemen kebencian dan secara langsung menaikkan rating dan 'semangat' menunggu konsert berikutnya..iyelah nak tahu apa 'roh' seterusnya yang 'digali' oleh kak ogy kan..takpelah kita semua masih ada adlin yang berdarah manis tapi mulut tetapkan..ntahla..aku terima sangat sebab dia (sama ngan kak ogy) jujur dan buat homework...


Edry-satu malaysia dah tahu awak terlibat dan boleh dikatakan orang kuat dalam pemilihan tapi jgn la dok bg tahu berkali2 bahawa org ni awak pilih rg tu awak pilih just komen jek la...Dato'Khaty-mungkin berpengalaman tapi terlalu memuji dan ada ketika boleh dengar out of tune suara pelajar tapi tetap daopat pujian...hurm..takpelah org lama mmg mcm tu..kaya budi bahasa namun kdg kala budi bahasa ni boleh gak rosakkan masa depan industri..(terus terang je kalau diaorg tak bagus..untuk kebaikkan diaorg gak). overall pakaian semua berseluar kalaulah pelajar yang dapat lagu agak melankolik mcm lagu sepi (isma) mengenakan dress mungkin akan lebih membantu mood persembahan..


Ida Nerina pelakon yang sangat aku kagumi sejak menonton drama 'anak angkat' lakonan ida dan sidi oraza..sejak tu aku minat dia dan tak pernah berpaling, aku rasa dia buat kerja dengan baik sebab jelas penghayatan yang baik ditunjukkan oleh hampir kesemua peserta cuma aku tak suka gubahan semula lagu alleycat nyanyian akim hingga gubahan baru ni mengganggu emosi asal lagu dan adakala akim salah dalam meluahkan emosi lagu tersebut..paling cemerlang dalam penghayatan Isma dengan lagu sepi dan claudia dengan sempurna (sempurna persembahan ni)... Rubisa dan Obri bahasa tubuh yang agak kelakar...Aril, work harder on your vocal n intrepretasi ok...


Cikgu Aris belum teruji lagi kebolehannya sebab takde kreografi lagu menuju puncak yang meletup (pada awal konsert rasanya penari profesional yang menari peserta hanya buat cameo je kan) dan semua kata hafiz nyanyi bagus hingga jadi pilihan pengetua,aku akui bagus tapi lagu tu pun sendiri biasa2 jek bersesuai dengan suara dan penampilan dia yang biasa2 jek..jujur pilihan aku untuk minggu pertama isma dan claudia (tak dapat download pic diaorg dari web astro)..Tone yang sedap akim (hurm yang ni ada transformasi pada rambutnya..hehehe)..

kisah satu malam di IPOH

Sabtu (140309) lepas kelas kat UM aku terus pecut kereta balik ipoh..hurm rindunya aku ngan umah aku kat kampung..memang tak sabar nak duduk2 lepak tepi kolam ngan mak sambil cite apa saje then nak main ngan kucing parsi akak aku yang gebu dan manja, nak cubit2 anak saudara aku si haikal (tahu tak...nama haikal ni di ambil sempena nama 'anak bawang putih' dalam sinetron indonesia bawang putih bawang merah) dan yang pasti nak jumpa saudara mara yang lain sbb malam ni kami semua akan buat family gathering bersempena dengan perkahwinan akak ke dua aku (anak ketiga dalam keluarga) selepas hampir 12 tahun hidup solo setelah kematian suaminya pada 1997.

Tapi aku sampai ipoh tak terus balik ipoh ni sbb family aku masih di dewan tempat kenduri berlangsung dan atas alasan diet aku tak hadirkan diri (mak aku faham..takpe) then aku ke TC tempat yang menjadi lepak aku zaman sekolah dulu..aku g jumpa ahso yang selalu cuci rambut aku dulu ...jumpa buat apa? ala...jumpa suruh dia cuci rambut sambil uli kulit kepala aku la....then aku jumpa mentee aku, bekas pelajar smk tawau yang aku ajar pidato untuk pidato lhdn last year si alif saje2 borak n then aku ke taman budaya negeri perak berjumpa dengan aini n che wan (jsbn perak) untuk program borak2 + senam seni...so sampai masa untuk aku balik umah...

aku sampai umah ketika semua org solat maghrib so aku menyelinap masuk n joint la saff then pastu semua terkejut..hahahaha...mmg best arrr bila2 ramai2 berkumpul..kami ni spesis jrg berjumpa tapi sering take care each other..memang aku sayang sangat family aku..aku rasa bahagia sangat..kebetulan selama ni aku merahsiakan dari family tentang aku sambung master (kecuali mak dan akak aku yang bela kucing tu jek yang tahu) so bila dah jadi mcm ni..bocor la rahsia kenapa aku lambat balik umah dan masing2 bagi kata semanagt untuk aku tamatkan pengajian dengan cemerlang..sepanjang malam kami semua berkongsi cerita tentang hidu masing2...hurm, cousing aku si nurul yang sedang buat degree kat UiTM dah jinak2 ngan business cup cake..khabarnya pendapatan agak lumayan..hehehe..bolehlah joint pasni erk..oklah pada semua family..TQ kerana kasih sayang semua..tahu tak?walaupun kadang2 banyak dugaan untuk pengajian master ni tapi aku meminjam semangat mak untuk terus bermandiri...GO AZERAI...

serabut arrrrr...

hurm, nama jerk tapi keje berlambak nak kena settlekan..Hurm, teks MC untuk majlis resepsi 28 Mac ni dah settle dan ngah tunggu payment jek then teks MC untuk majlis penutup perkhemahan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh Dato KP pun dah settle cuma nak tggu reahersel n majlisnya saja..

mujurlah paper ujian MGB aku dah tanda untuk 4 kelas then tinggal lagi siapkan kertas kerja program tahun 6 yang perlu aku forwardkan pada puteri umno pandan..yang tu pas subuh sementara nak tunggu matahari terbit pun leh siapkan (masalahnya..dah berapa kali subuh dah ni tak siap2..) hurm, ada 4 asigmnt major yang aku tak siapkan lagi ni...tup-tup pas kelas hari isnin (160309) dapat lagi satu asgmnt..adoyai..mati la pala otak aku nih...

Friday, March 13, 2009

School Attack..

Baru2 ni sekolah aku 'diserang' oleh grup TV3 Kids bagi rancangan School Attact..Hurm, gempak gempita sekolah, sampai abg kamera pun kena kejar..budak2 ni nak minta autograf..aku agak kurang selesa sebab aktiviti permainannya melibatkan tahun 6 (cuma 3 kelas yang terlibat daripada 8 kelas tahun 6 keseluruhannya) sedangkan pada masa yang sama tahun 6 ada ujian setara subjek UPSR MGB daerah..isyh...terpangka la rombak jadual dan dalam masa yang sama kelas2 yang tidak terlibat meninjau2 dari kelas dengan air muka yang sedih sebab tidak dapat bergembira dengan yang lain..aku tak jengukkan muka pun juat lepak dalam kelas dan mengajar sehingga waktu balik..dan ketika seorang budak dari kelas tahun 6 yang tidak terlibat ni bersalam dengan aku dia bertanya 'cikgu, esok giliran kita pula kan?' aku terdiam dan tidak mahu memberi harapan palsu pada anak kecil ini tapi aku tahu dia terluka... :(

Tranformasi akan berlaku?

Seperti biasa aku tak terlepas untuk 'demam' Af..walaupun AF dah masuk tahun ke 7 namun masih ada auranya (hanya bermusim..kemudian senyap sehingga musim baru tiba...) tahun ini menjanjikan satu tranformasi namun seperti biasa jugak..percayalah tak ada apa yang bakal berlaku..kalau ada pun, ramai yang bil tlefonnya melambung kerana mengundi pelajar2 ini..(aku pernah mengundi untuk Linda AF2 dan Farhan AF4)
Pemilihan 'top 14' telah dilakukan daripada 20 yang tersenarai..pada 6 peserta yang gagal jgn la sdih..lihat Wana walaupun tersingkir dari 'top 12' AF6 namun semangatnya tidak pernah lenyap dan akhirnya dia berjaya untuk menjadi juara My Star LG baru2 ini (masih confuse kenapa AF6 ada ika?)
Favourite aku tahun ini..ada 4 kesemuanya..Akim dan Aishah (dua plajar yang paling muda yang tiada apa2 klulusan akademi semasa dipilih masuk ke Akademi) Yazid (Suara 'jantan' pasti memukau khalayak..-qhaud pun best gak..tapi kelebihan Yazid..break dancenya!!!) dan Claudia (Hey..Claudia sayang kamu kah? Dayang la minah ni...aku suara suara dia)..

Cuma kalaulah AF benar2 ingin lakukan tranformasi, kenapa tidak AF mensyaratkan untuk menyertai AF perlu ada diploma dan ke atas..(seperti syarat untuk sertai PJN TV3) ..nampak mcm diskriminasi namun disebabkan pengaruh AF mungkin selepas itu rakyat Malaysia bersungguh2 dapatkan diploma semata2 untuk sertai AF terutama adik2 yang sebaya Aishah dan Akim..Kelakar sayarat ni tapi kalau diimplimentasikan AF akan benar2 mengagngkat martabat ilmu (namapun Akademi kan) then tranformasi benar2 akan berlaku dan pasti AF akan lebih dihormati oleh pencinta seni..apa2pun jgn lupa AFUNDI (miss kat Pak Nil..)

Saturday, March 7, 2009

jadikan ikhtibar

video

Tahniah Sepah

Aku tak menyaksiakan gelanggang akhir namun Jihan tersungguh dengan Sepah..nway, tahiah Sepah..untuk Sepah dan Jihan teruskan usaha untuk memartabatkan komedi dalam dunia seni tanah air..selamat memulakan langkah dan untuk Amir..langkah ler kembali ke IKBN..abiskan pelajaran, belajar diksi dan pronounsiasi dulu baru munculkan diri

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu


Aku akhirnya buat keputusan untuk tidak menyaksikan Gelanggang Akhir RJ3 di MPSJ sbb nak ke PICC bg menyaksikan pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dengan Pa'dat, Hasril, Bob dan ad'angnya..kebetulan sejak kepulangan Hasril dari Korea aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan dia lagi so aku rasa ni peluang la untuk melepaskan rindu pada sahabat aku yang sorang ni dan juga rindu pada dunia pengucapan awam.





Aku rasa semua pun dah tahu keputusan pertandingan ini, johan nusantara dah tentulah Malaysia (tahniah Syam- berbaju kemeja putih !!), naib johan- Indonesia dan ketiga- brunei..manakala kategori antarabangsa johannya dari Combodia( yg comel berbaju kemeja biru ni), Naib johan-Australia (yang cantik ni hah) dan ketiga - Belanda



Aku rasa tak perlulah komen tentang Syam, bagi aku dia dah terlalu hebat dan sepanjang pidatonya aku benar2 terasa remamg bulu roma kerana setiap bait katanya meresap masuk ke jiwa.



Sebagai penutur Bahasa Mel;ayu aku rasa bangga kerana rupanya ramai orang tahu bertutur dengan baik dalam bahasa melayu walaupun kebanyakanya bertutur dalam bahasa melayu indonesia namun bahasa melayu tetap bahasa yang sama walaupun berbeza dialeknya sehingga bagi aku objektif untuk pengaktarabangsaan bahasa melayu mungkin akan tercapai pada suatu hari nanti cuma sayangnya pertandingan peringkat antarabangsa ini sangat sedih dengan beberapa kelemahan yang tertanya menunjukkan kepada dunia luar betapa kita tidak profesional




  1. MC yang bertugas katanya dibayar empat angka tapi seperti tak buat research sampaikan ketika keputusan lambat keluar beliau boleh umukan perasaan gelisah kerana tidak tahu dah nak buat apa-ler,mungkin pada yang pertama kali menyaksikan pertandingan ini bolehlah diceritakan tentang sejarah pertandingan lalu atau mungkin juga boleh ceritakan tentang negara kita pada peserta dan delegasi luar.atau kalau dah tak tahu sangat psl pertandingan (walaupun mc ni mc yg sama untuk 2 pertandingan lalu) atau psl malaysia (hurm..) masa tu boleh je run penyampaian sagu hati pada peserta yg tidak berjaya ke final


  2. peserta tidak dibreafing /rehearsel cara mengambil hadiah aku rasa samp[ai kalau tak silap peserta dari China ingin mengambil hadiah buat kali kedua dari tangan org yg berbeza..


  3. persembahan yg aku kira murahan-baik tarian opening, dekon ms menunggu keputusan atau gendang mengiringi pergerakan majlis..aku rasa budget tinggi (dengar khabar cecah 1.5 juta) apa salahnya jemput yayasan kebudayaan mana2 negeri untuk persembahan..aku rasa tak sesuai jemput tarian dari ipt yang tak gah..hurm, UPM pernah buat persembahan tarian yang sangat meletop..kenapa tak dijemput UPM saja kalau nak save sangat budget?dekon?isyh aku rasa salah interpretasinya..tapi ntahlah..yang pasti itu bukan level persembahan untuk pertandingan peringkat antarabangsa..gendang?bingit la..lebih sesuai kalau caklempong yang bunyinya lebih mesra telinga.


  4. then tidak disediakan podium untuk pemidato..sekadar ada mic saje..at least sediakan stage kecil untuk mereka berdiri..hiasan pentas mmg hauk la bagi aku..dulu ms pertandingan kali pertama-peringkat saringan .aku rasa pentasnya sangat menarik..DBP telah bina replika rumah kampung dan peserta berpidato di anjung rumah..


  5. Aku rasa tajuk pertandingan ini perlu global dan jangan sesekali fokus kepada malaysia-kadang2 penonton sering bertanya apa autoriti peserta2 luar nak bercerita atau berpidato tentang negara kita?

keputusan hakim memang menepati jangkaan, secara jujur walaupun Australia hanya menduduki tangga kedua dalam kategori antarabangsa namun perta wanita yang tinggi lampai ini telah menambat hatiku (juga kwn2ku)dengan olahan yang menarik, penggunaan contoh dan bahasa yang dekat di hati walaupun dikatakan kurang isi..sedikit petikan pidato beliau yang melekat di hati aku..


"saya membaca A,B,C dan terlupa selepas itu huruf apa..lalu saya bertanya kepada guru -selepas C huruf apa.Guru saya tidak menjawab tetapi berkata syukur anak ini sudah bijak berfikir untuk bermandiri.sekiranya semua org berfikir maka berfikir akan menjadi satu budaya dan akhirnya budaya ini akan dapat mengangkat kegemilangan sesebuah negara"


"anak2 mengangkat tangan ingin bertanya dalam kelas-itu satu kebiasaan,


guru memarahi murid -itu satu kebiasaan,


kita terlupa huruf apa selepas huruf C-itu satu kebiasaan,


tapi kebiasaan inilah yang sebenarnya menjadikan sesebuah negara luar biasa dengan kegemilangan"


"kegemilangan sesebuah negara bukan diukur dengan baja dan besi bukan diukur dengan ketinggian bangunan, bukan diukur dengan kemampuan penganjuran tapi diukur dengan ketinggian luar pengetahuan"


"kita tidak boleh berhenti untuk belajar untuk melihat kecemerlangan negara kita-jgn sesekali berhenti selepas A,B, C ..."

Tuesday, March 3, 2009

BODOH?

hurm,satu kisah telah berlaku last week di sebuah sekolah di daerah X..katanya PPD Daerah X tu telah menerima email layang mendakwa bahawa guru2 tahun 1 di sekolah Y yang kononnya tidak menyemak buku latihan sejak sesi persekolahan bermula, jadi beberapa org pegawai telah turun ke sekolah tersebut untuk menyiasat tentang dakwaan parent tersebutlah..Alhamdulillah,dakwaan tersebut terbukti palsu..(jgn la tuduh guru ni sebarangan..plzzzz)..namun yang menyedihkan, seorang pegawai lain (pegawai A) di PPD daerah X tersebut telah bercerita tentang 'kemalasan' cikgu2 tahun 1 sekolah Y kepada pentadbir sekolah Z yang kedudukannya berada di sebelah sekolah Y ni dan pawanapun menghembuskan cerita ini k sekolah Y..

Dengan profesionalnya,pentadbir sekolah Y pun menelefon pegawai A untuk membetulkan keadaan dan ingin bertanya kenapa perlu menyebarkan cerita tentang sekolah Y ni tetiba dikatakan pegawai A dikatakan mengamuk dah menyebut perkataan BODOH sebanyak 3 kali kepada pentadbir tersebut..cerita ini disampaikan secara lisan kepada aku oleh seorang guru di sekolah Y itu sendiri..

aku kagum dengan pentadbir sekolah Y yang ingin mempertahankan maruah anak buahnya (dengar cerita-petisyen bantahan akan dihantar oleh sekolah ini ke KPM,JPS dan NUTP disebabkan penggunaan pertaan BODOH tu) namun aku agak sedih dengan budaya penggunaan perkataan BODOH tu ..kalaulah cikgu sebut je perkatan tu..terus jadi isu dan cikgu akan dipersalahkan,kena buat surat tunjuk sebab dan apa2 je lah tindakan yang seolah2 kesalahan tu sama besarnya dengan mengedar dadah...tapi kes ni..mcm mana pulak yer..biasalah kami ni bilis je...

Azerai nak masuk PLKN?

kan aku dah tua..takkan la aku nak sertai PLKN tapi best gak kalau dapat joint.rindu la aktiviti mcm ni (walaupun takut tapi seronok...)..insyaALLAH aku bakal masuk ke kem PLKN mulai hujung April ni sebagai fasilitator seni budaya..terkejut ke?
alaaahhh..kisahnya begini-pada sambutan merdeka tahun lepas aku terlibat dengan persembahan di MPAJ dan tak sangka ada mata yang memerhati,ada hati yg berkenan lantas aku disunting (ahaks..mcm kena pinang pulak) ..seorg pegawai dr unit perkembangan budaya,DBP tawarkan aku untuki menjadi fasilitator seni budaya untuk ditempatkan di kem2 PLKN tapi masat u aku tak berapa faham dan tak berapa minat (senang cite tak confident) sampailah lepas aku dapat sijil JSBN barulah aku jumpa balik pegawai tu dan mengisi borang..hurm,tak lama lagi aku akan mulakan tugas baru ku ini..tak sabarnyaaaaaa

uncle azerai vs uncle aznil..ahaks

hehehehe..gempaknya tajuk entry kali ni..untuk pengetahuan semua aku ni jenis tak reti nak handle budak2..hurm masa tahun pertama mengajar kat sekolah ni aku suka sangat jerit2 marahkan budak,impaknya budak tak suka aku dan diaorg tak dapat pun sebarang outcome dari pengajaran aku...namun temper aku mulai turun pada tahun kedua menjadi cikgu...dan aku mulai pandai untuk tackle budak, kalau dah marah..aku dah tahu macam mana nak pujuk, kalau malas belajar aku dah tahu mcm mana nak tingkatkan minat diaorg..

percaya tak...semua ni bukan mudah untuk aku perolehi, aku berazam untuk berubah sebab bg aku mengajar satu proses yg bukan mudah,perlukan kerelaan dan keikhlasan kedua-dua pihak..aku banyak belajar dr pemerhatian terhadap cara uncle aznil berkomunikasi dengan budak2 dalam rancangan mcm2 aznil (segmen anak2 ku) then skg dah ada tom2 bak..bygkan setiap lapisan kanak2 sayang pada dia..ingin menjadi seperti dia dan taksub pada dia..kuasa itu yg ingin aku pinjam dari dia..hurm mungkin azerai tetap azerai tidak boleh menjadi aznil sbb aznil tu makhluk tuhan yang paling disayangi oleh anak2 dan kuasanya tidak mungkin dimiliki oleh orang lain..

namun hari ni aku dah dapat rasa bahagia bila disayangi oleh anak2 murid malah budak2 tahun 1 melambaikan tangan kepadaku setiap kali terserempak atau ternampak aku di mana2 sudut disekolah sambil memanggil ku dengan panggilan 'uncle aznil'....(hehehehe..bukan cikgu azerai)..ini semua sbb aku kendalikan satu sesi bercerita semasa minggu transisi tahun 1 pada awal tahun dan cara aku buat mmg seperti rancangan tom2 bak..eeeeiii...tq pak nil sebab beri inspirasi pada saya...ops..bahagianya kalau aku ada anak sendiri lepas ni..heheheheh

Go Jihan!!!




Lama aku tak up date blog,kesihatan tak mengizinkan la..aku migrane teruk baru2 ni dah tu demam lak tu..tapi gigih gak ni g sekolah n kelas kat um walaupun terpaksa membaluti tubuh dengan tiga helai baju..huhuhu...nasib badan meh!! ok lah..rasanya dah lambat kot untuk aku publish entry ni...pasal raja lawak musim ke 3 yang bakal sampai ke kemuncak bagi memberi laluan kepada rancangan realiti yang makin kurang pengaruhnya iaitu akademi fantasia musim ke 7...aku raja sedih sebenarnya amir masuk final..sape lah yang mengundi budak ni?nway jihan aku tetap masuk final kan..so bestnya....ohya walaupun harap jihan untuk menjadi juara mungkin tipis (sebab org mcm aku sebagai pengikut setianya kurang...) namun percayalah peserta tunggal ini tidak akan mengewakan kita semua..kata org dia tak bagus tapi bg aku..dia lah satu2nya peserta yang persembahankan komedi kepada khalayak..sedangkan amir tu persembahkan lawak bodoh atau kata sopannya lawak splapstik..Sepah tu pulak pakar buat double meaning,diaorg ni ramai pngikut tapi lawak dia bukan komedi namun sekadar double meaning yang memualkan kerana terlalu kerap dan kadang kala loyar buruk di atas pentas...takpelah kwn2 kita tgk jumaat ni..sape yang bakal menang-komedi,lawak bodoh atau loyar buruk..pilihan di tangan anda