"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Monday, March 16, 2009

kisah satu malam di IPOH

Sabtu (140309) lepas kelas kat UM aku terus pecut kereta balik ipoh..hurm rindunya aku ngan umah aku kat kampung..memang tak sabar nak duduk2 lepak tepi kolam ngan mak sambil cite apa saje then nak main ngan kucing parsi akak aku yang gebu dan manja, nak cubit2 anak saudara aku si haikal (tahu tak...nama haikal ni di ambil sempena nama 'anak bawang putih' dalam sinetron indonesia bawang putih bawang merah) dan yang pasti nak jumpa saudara mara yang lain sbb malam ni kami semua akan buat family gathering bersempena dengan perkahwinan akak ke dua aku (anak ketiga dalam keluarga) selepas hampir 12 tahun hidup solo setelah kematian suaminya pada 1997.

Tapi aku sampai ipoh tak terus balik ipoh ni sbb family aku masih di dewan tempat kenduri berlangsung dan atas alasan diet aku tak hadirkan diri (mak aku faham..takpe) then aku ke TC tempat yang menjadi lepak aku zaman sekolah dulu..aku g jumpa ahso yang selalu cuci rambut aku dulu ...jumpa buat apa? ala...jumpa suruh dia cuci rambut sambil uli kulit kepala aku la....then aku jumpa mentee aku, bekas pelajar smk tawau yang aku ajar pidato untuk pidato lhdn last year si alif saje2 borak n then aku ke taman budaya negeri perak berjumpa dengan aini n che wan (jsbn perak) untuk program borak2 + senam seni...so sampai masa untuk aku balik umah...

aku sampai umah ketika semua org solat maghrib so aku menyelinap masuk n joint la saff then pastu semua terkejut..hahahaha...mmg best arrr bila2 ramai2 berkumpul..kami ni spesis jrg berjumpa tapi sering take care each other..memang aku sayang sangat family aku..aku rasa bahagia sangat..kebetulan selama ni aku merahsiakan dari family tentang aku sambung master (kecuali mak dan akak aku yang bela kucing tu jek yang tahu) so bila dah jadi mcm ni..bocor la rahsia kenapa aku lambat balik umah dan masing2 bagi kata semanagt untuk aku tamatkan pengajian dengan cemerlang..sepanjang malam kami semua berkongsi cerita tentang hidu masing2...hurm, cousing aku si nurul yang sedang buat degree kat UiTM dah jinak2 ngan business cup cake..khabarnya pendapatan agak lumayan..hehehe..bolehlah joint pasni erk..oklah pada semua family..TQ kerana kasih sayang semua..tahu tak?walaupun kadang2 banyak dugaan untuk pengajian master ni tapi aku meminjam semangat mak untuk terus bermandiri...GO AZERAI...

No comments: