"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, March 13, 2009

School Attack..

Baru2 ni sekolah aku 'diserang' oleh grup TV3 Kids bagi rancangan School Attact..Hurm, gempak gempita sekolah, sampai abg kamera pun kena kejar..budak2 ni nak minta autograf..aku agak kurang selesa sebab aktiviti permainannya melibatkan tahun 6 (cuma 3 kelas yang terlibat daripada 8 kelas tahun 6 keseluruhannya) sedangkan pada masa yang sama tahun 6 ada ujian setara subjek UPSR MGB daerah..isyh...terpangka la rombak jadual dan dalam masa yang sama kelas2 yang tidak terlibat meninjau2 dari kelas dengan air muka yang sedih sebab tidak dapat bergembira dengan yang lain..aku tak jengukkan muka pun juat lepak dalam kelas dan mengajar sehingga waktu balik..dan ketika seorang budak dari kelas tahun 6 yang tidak terlibat ni bersalam dengan aku dia bertanya 'cikgu, esok giliran kita pula kan?' aku terdiam dan tidak mahu memberi harapan palsu pada anak kecil ini tapi aku tahu dia terluka... :(

No comments: