"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, February 27, 2009

betul kata mak..

Dulu aku berat hati untuk meninggalkan kerjaya sebagai veterinarian di sebuah ladang integrasi milik Syed Mokhtar AL-Bukhary di selatan tanah air, masakan tidak,emolumen dan keistimewaan yang diberi sukar untuk aku perolehi dengan institusi lain aku rasa..(memang benar..setelah 'makan gaji' di tahun kelima sebagai cikgu ..jumlahnya masih belum mencecah gaji yang pernah aku perolehi dulu).
Namun akhirnya aku akur untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lembu-lembu yang aku jaga di ladang tersebut kerana mengelak daripada dihantar ke Indonesia. Memanglah aku bangga, baru setahun jagung di situ sudah mendapat kepercayaan dari Bos, aku dijangka untuk dihantar bersama team yang terpilih ke ladang di Pontianak Indonesia bagi menguruskan ladang di sana dan namun aku memilih untuk terus tinggal di Malaysia disebabkan terkenang untuk lebih mengambil perhatian pada mak yang baru kehilangan arwah abah pada ketika itu.Natijahnya aku terpaksa berhenti dari Syarikat tersebut :(
Berhari-hari aku sedih dan binggung, tidak pasti sama ada keputusan aku betul atau tidak..tapi KATA MAK..
rezeki ada di mana-mana dan mak lebih suka kalau abang jadi cikgu Abang sesuai sangat jadi cikgu sebab abg tegas dan nampak seperti suka membangkang namun sebenarnya hati ni lembut
berkat doa ibu, aku mendapat tawaran KPLI dan setelah menghabiskan kursus tersebut aku pun ditempatkan di sekolah sekarang.pejam celik sudah lima tahun aku berada di sini..
berbeza di syarikat swasta yang berorentasikan keuntungan dengan sekolah yang memfokuskan kepada pembentukan modal insan,bukan itu saja malah trend bekerja pun berbeza, di sini aku lebih banyak kena akur dengan apa juga situasi (walaupun kadang kala bersuara...hurm, akibatnya aku di cop sebagai 'penghasut'...terpulanglah...)..
apa2pun lah...aku tak kisah walaupun aku dipandang serong namun aku tahu matlamat aku..MENGAJAR DAN MENJADIKAN ANAK MURID AKU LEBIH BAIK DARIPADA AKU..maknanya aku gunakan apa saja approach untuk level budak yang berbeza..setakat ni aku bangga,ada anak murid aku mampu mendapat keputusan A untuk subjek Sains dalam UPSR 2008(walaupun ada cikgu yang merasakan usaha aku mengadakan kelas tambahan untuk budak2 kelas corot ini sia2...hurm,..)
walaupun aku terkenal sebagai cikgu yang paling tggi suaranya, paling ketat syaratnya (aku berjalan je..berdecit budak berlari..kelakar.macam la aku makan orang) namun aku tahu budak2 amat menyenangi aku,menyayangi aku malah ada budak yang berkongsi rahsia dengan aku (maknanya mereka mempercayai aku)..malah aku empati dan berkongsi rasa dengan mereka..terkenang aku dengan seorang budak perempuan yang aku ajar pada tahun lepas (tahun ni aku ajar adik lelakinya pula)..semasa kem bestari sains, dia menyambut aku dengan senyuman yang manis dan tiba2 bersuara menceritakan tentang makanan yang paling sedap yang pernah dirasanya untuk makan malam..ayam masak merah...hurm,apalah yang sedap sangat ayam masak merah kan untuk kita yang dah biasa...tapi hidangan itu sangat istimewa untuk seoarang anak kecil (bersama adik beradik yang ramai) yang ditinggalkan ibu dan kematian ayah dan hanya tinggal dengan seorang nenek yang tua dan berpendapatan rendah,bukan setakat ayam masak merah malah nasi pun kadang dijamah kadang tidak,lauk ikan seketul dikongsi ramai..Sebak dada aku, bergenang air mata aku. kelu tak terkata..pity of her...dan saat itu aku hati aku berkata "BETUL KATA MAK"

Thursday, February 26, 2009

Aku Rasa...

Aku rasa minggu ni sibuk sangat aku sebagai cikgu sampai aku abaikan kelas dan assigmnt aku kat UM..sampai bersawang gak la blog ni..ye lah aku kenalah fikirkan yang keje hakiki aku ni cikgu bukannya student UM..Rasanya tahun ni aku agak tertekan sbb aku dipertanggungjawabkan untuk mengetuai guru2 tahun 6 jadi secara automatik aku bertanggungjawab menjaga kebajikan guru tahun 6 dan merangka program untuk kecemerlangan UPSR untuk tahun ni..

Aku rasa usaha untuk dua bulan pertama menyelaras tahun 6 ni tak sia-sia bila mana, Dato'Sri Ong Tee Keat telahpun menaja wang sebanyak RM5 Ribu untuk urusan kelas tambahan UPSR serta Puteri UMNO kawasan Pandan yang bersetuju untuk menaja katering untuk Kem Bestari UPSR..Alhamdulillah, tak sia2 setiap malam minggu aku luangkan masa mengajar senam seni untuk mereka..secara jujur memang aku mengharapkan timbal balik dalam bentuk penajaan ini..

Aku rasa sedih bila membaca blog zulfadhli aka montel bila mana sedikit mempertikaikan tentang tugas cikgu yang tersasar ni..ntahlah, kadang-kadang orang hanya boleh menunding jari tanpa pernah ingin memahami isi hati kami..tapi kenapa dia tetiba menulis tentang cikgu?mungkin dia ada sentimen peribadi dengan mana-mana cikgu atau mungkin saja ilham datang secara tiba-tiba?mungkin kerja kami ni tak glamour dan dipandang rendah (jujur...seorang kwn lama yang kini dah bergelar PTD pun pandang sebelah mata pada aku yang cuma seorang guru ni..sedihnya...)

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku tamatkan zaman bujang aku ni..hurm betul lah, sunyi sangat aku rasa kehidupan aku sehari-hari.kan bagus kalau masa sakit ada yang menjaga, masa berduka ada yang menceriakan, hurm, tapi bila...dan dengan siapa? Allah lebih mengetahui...

Aku rasa aku perlu 'sedar diri', selama ni ada kwn2 yang memuji namun sebenarnya hanya ingin mengeji ..kwn yang berpura-pura, tidak ikhlas dan menjadi duri dalam sekam selama ni..rasanya baiklah aku hidup sendiri dan jauh dari ketidakikhlasan ini..

Aku rasa aku semakin tidak terurus..dah kurang bersenam, kurang jaga penampilan, tak jaga makan, sampai baru2 ni aku kena serang migraine yang teruk..seksa sangat masa tu...

Aku rasa, dah sampai masanya aku muhasabah diri..rasanya aku sedikit tersimpang dari jalan ALLAH SWT dan moga ALLAH bukakan aku jalan untuk kembali...

Aku rasa, semua oarang akan tetiba rasa apa yang aku rasa, rasa runsing dengan kerja, rasa tertekan, rasa sedih, rasa gembira, rasa berdosa dan apa juga rasa yang boleh di rasa...namun bila rasa itu akan menjelma belum tahu lagi saatnya yang pasti rasa itu akan tetap ada selagi kita bernyawa...

Sunday, February 15, 2009

JSBN (TEATER) 2009 - Kenangan Terindah







PGL Musim 3..Puasnya!!








Sejak dikhabarkan oleh kawan aku dari Melaka, cikgu Chan tentang Tiket menonton PGL memang aku tak sabar nak menonton di Panggung Sari, Istana Budaya.Akhirnya..tiba gak tarikh 15hb..so apa lagi..malam sebelumnya aku di rumah Bakri (tolong kawan2 untuk kenduri House Warming katanya...) so pagi ahad aku bergegas balik dan berehat+bersiap untuk show di IB jam 3 ptg...
dup dap dup dap..jantung ni..tak sabar..serius tak sabar...show pun start dan setiap saat di Panggung Sari..ternyata aku puas ..ada beberapa pembaharuan untuk musim ke 3 ni..ada kapal..yang belayar dari Majapahit ke Melaka..wow...tapi paling aku kagum..teknik 'menghilangkan' pelakon dari atas pentas seperti Gusti Putri yang menyorok di balik kain Mbok Bayan dan kemudian terus menghilang..selain daripada Mbok Bayan sendiri yang mati dan kemudiannya 'dihanyutkan' oleh ombak (bak kata Chan..kalau kat sekolah ni..budak2 yang wataknya mati akan kemudian tiba2 bangun untuk ke belakang pentas..hahahaha) then aku suka gak teknik nenek kebayan yang muncul di sana sini dengan letupan (unsur2 misteri) then teknik menukarkan nenek kebayan kepada Gusti Putri..superbbbb...tahniah Datin seri Tiara.. Secara jujur aku kagum dengan pementasan ini sampai aku abaikan jek ilmu2 tetater aku tentang business pelakon kat atas pentas, tentang warna dan tentang blocking..yang pasti..aku enjoy..





























Wednesday, February 11, 2009

Dedikasi untuk adikku..Mazri


Selamat Pengantin Baru erk dik( langkah 'badul' nampak)..semoga kekal bahagia sampai hujung nyawa..ok doakan abg cepat2 dapat jodoh gak yer...aminnnn
Ha...ni la muka adik aku...muka control perut namanya ni..!!!hahaha..nway semua,doakan adik aku ni bahagia k (doakan gak abg dia ni cepat2 sikit!!)



Saturday, February 7, 2009

Jihan Bakal Raja Lawak 3?

Tiba2 lak aku nak cite pasal rancangan ni.sesetengah orang menganggap rancangan ni rancangan bodoh..hurm, terpulang..sejak musim kedua aku menjadi pengikut setia..aku suka dengan Nabil..dia pelawak yang ada kelas tersendiri bagi aku..tak perlu aksi memperbodohkan diri sendiri, tak perlu kata2 double meaning yang slapstik, yang penting setiap aksi dan kata dia menghiburkan hati aku...





Raja Lawak 3 ni aku tertunggu2 siapa la bakal pengganti Nabil..hurm, kehadiran Nabil masa Gelanggang yang pertama sememangnya menenggelamkan bakal2 juara RL ni..tapi aku tertarik dengan Jihan-aku teringat pada Harith Iskandar-stand up comedian yang ada aura dan roh serta pengembangan cite yang baik.tahniah jihan..saya peminat (merangkap pengundi) awak

Amir?no komen..dia tak bijak la...tak tahu kenapa ramai peminat? chot...diaorg ni tak konsisten tapi muka comel kedua2nya mmg bonus untuk diaorg tapi kalau nak jadi juara diaorg perlu bermaruah!!anyway,tahniah pada semua and jihan..selamat bergelar RL...

cerita tentang KIBLAT

Ni kisah masa aku kat hotel Goldcourse Klang untuk JSBN tempoh hari..tetiba teringat lak nak cite pasal benda ni..hurm, mcm ni pas check in aku solat asar ler kat bilik ngan sejadah yang dibekalkan oleh pihak hotel..confident je ikut arah anak panah yang ada dlm drawer kat meja tepi tv..then maghrib, isyak dan subuh esoknya pun aku ikut arah kiblat yang sama.
then masa rehatkan diri lepas lunch hari kedua tu, aku baru perasan ada satu lagi arah kiblat kat syiling ..yang pasti arah kiblat kat syiling tu bertentangan ngan arah kiblat yang aku ikut sebelum ni...alamak?mana satu nih...aku pun call la reception..budak melayu yang angkat (sebab dia jawap salam aku..)then bile aku cite masalah aku dia kata call house keeping untuk rujuk masalah ni (pelik gak..) tapi call je lah..then bila di sana..saorang pun tak tahu nak jawab sebab katanya takde sorang pun staff islam kat department tu (semuanya org myamar kalau tak silap)..
aku nekad ambik tindakan sendiri dengan buat survey kat bilik2 berdekatan..hurm, ternyata yang betulnya adalah arah yang tertampal di syiling sebab kebanyakkan bilik kedudukan mejanya tidak sama ngan meja kat dalam bilik aku jadi arah kiblatnya menunjukkan arah yang sama ngan arah kiblat kat syiling..
mungkin telah berlaku perubahan interior dalam bilik aku kan..hingga perkara yang sensitif tu tak disengajakan berlaku namun aku agak kecewa ngan servis di meja front office yang tak dapat jawap soalan tu tapi pas tu terus minta aku contact department lain..nasib baik masalah itu hanya berlaku pada aku..kalau berlaku pada org lain yg lebih cerewet?mcm mana...harap jgn berlaku lagi k!!

Sekadar berhibur...

video

JSBN Closing Ceremony











sowi, pic aku tak banyak sebab kamera tertinggal kat Seremban..so terpaksa arr download pic dari blog cikgu hanim (jurulatih senam seni Malaysia)...so ni jek yang ada..nanti aku try arrr minta mana2 pic dr kwn2..yg penting tgk betul2 ye..ada terselit pic aku ngah senam..tapi kat belakang arrr..(ngah curi tulang sebenarnya masa tu hehehehe)




POW...

masa kat UPM aku nyaris2 jadi mangsa pow masa nak balik kampung..masa tu aku berjalan sorang diri ke arah stesen keretapi dari arah puduraya...aku tetiba ditegur 2 budak lelaki yang nampak ganas dan diaorg panggil aku..kecut perut sangat masa tu..diaorg ikut aku..mujur sejurus lepas tu ada seorang Hamba Allah tetiba muncul dan aku cepat2 bersaing dengan dia untuk elakkan 2 org budak tadi..

Pagi tadi aku nampak kejadian Pow depan mata aku..semasa berhenti mengisi minyak moto awal pagi sebelum ke UM, aku nampak 3 biji moto yang dianaiki oleh orang india berhenti berhampiran dengan 3 orang mamat Indon seolah2 ingin bertanya tiba2 salah seorang mamat india ni cengkam tangan budak indon yang paling hampir dengan dia (terus yang dua indon yg lain lari...)dan dua mamat india yang lain cuba menyerang dan mem'pow' mamat yang terperangkap ni ...kesian ni..aku secara spontan bertindak bagi tahu beberapa orang di situ dan kebetulan ada sekumpulan pekerja indon berjalan kaki ke arah kejadian, aku terus naiki moto ke arah mereka dan bg tahu diaorg..apa lagi..diaorg terus berlari dan mamat india bertiga tadi terus campakkan barang yang di pow then terus pecut dari situ...

hurm tgk la bangsa malaysia kita...jgn sampai 'ngajang malaysia' makin menjadi2...

HURM...

MALAS NAK KOMEN SBB SEMUA BLOGGER DAH KOMEN DAN AKHBAR, BERITA KAT TV PUN CERITA BENDA YANG SAMA TENTANG NEGERI AKU YANG HARU BIRU DAH SEKARANG NI..NTAHLAH ..AKU CUMA DAPAT BUIAT KESIMPULAN "KERANA KALAH SEBUAH KERUSI,ABIS RUNTUH SEBUAH NEGERI"

Friday, February 6, 2009

JSBN...

Alhamdulillah, selepas terpilih sebagai peserta terbaik dalam kursus saringan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) 2008 so aku dipilih oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk mewakili warga pendidik Selangor dalam kursus JSBN (tarian dan teater) tahap 1 2009 bersama wakil NGO yang lain..selain daripada Selangor, penari2 dan aktivis teater dari WP KL,WP Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Johor turut berkampung di Hotel GoldCourse Klang..kami semua berkampung selama hampir seminggu bermula dari 29 Januari sampai 3 Februari..



Hari Pertama-selain daripada terlewat sampai ke Klang kerana jammed dan sesat jalan..aku dah rasa lain macam..yang datang pergh....bukan calang2 bakat dan pengalamannya malah ada antara mereka yang telahpun terlibat dalam bidang teater sama lamanya seperti usia aku sendiri..apa lah sangat dibandingkan dengan aku..itu dlam bidang tetater..dalam tarian pun sama..ramai penari profesional dari IB..Ngeri serius ngeri..sampaikan untuk bersuara aku mmg berlampik dan mmg banyak mendiamkan diri dalam sesi perkenalan malam tu..apatah lagi bila kelas teori dan sejarah teater ramai aktivis yang menyebut satu persatu nama tokoh2 dalam teater..serius aku tak berapa tahu jadi aku sekadar jadi pendengar setia jerk...balik ke bilik,aku terpaksa stay up untuk study...



Esoknya, seawal 6.45 kami semua dah bersenam seni (setiap hari sepanjang kursus)..sapa2 yang xtahu, senam seni ni mcm aerobik dan poco2 tapi gerakan dalam senam seni ni mirip gerakan tarian di malaysia seperti gerak zapin,inang,joget,sewang,etnik sarawak,cina,india,silat dan lagunya juga merupakan lagu2 asli kita la...tapi tak leh la lenggang mcm menari..namapun senam so kenalah buat mcm senaman (best..nak cuba? boleh jek aku dah hafal step untuk 27 minit tanpa henti)..



pas senam seni..break makan pagi then mulalah kelas ngan sorang aktivis teater dari negeri sembilan, en Rosli Mansur..kelas ni akan diambil markah sbb ptg akan ada amali penceritaan..semua peserta berebut membuat reheasel depan fasi kitaorg..dan yang lain2 komen..aku? tak berani la nak komen..sape lah aku..tiba time aku...semua pun komen la..then tetiba semangat aku busrt gile bila en rosli buat kesimpulan..awak bagus!!!aku teruja..hurm, takde pengalaman bukan bermaksud aku tak bagus dan aku nekad nak buat baik2...isyh, best arrr..en rosli ni offer aku buat persembahan sempena dengan malam derma untuk gaza serta offer aku joint group tetaer karyawan di seremban..insyaallah aku akan aktif!!

Hurm, kelas dan ujian teori dan amali makin memenatkan kepala otak, badan makin flat dan tak cukup rest, aku makin stress..risau ni aku semakin hilang fokus terutama lepas ujian senam seni ..aku tak dapat buat dengan baik..malu la..lepas tu terus aku lost untuk amali vokal,l akonan dan improvisasi...ntahlahhhhh...redha jek..malas nak fikir dah...

AKhirnya, penutup aku agak terkejut..aku terpilih sebagai peserta terbaik untuk 2 paper teori dan dan 2 amali iaitu amali penceritaan dan amali pengajaran tapi sedih sebab aku tak dapat pelajar terbaik keseluruhan..ni semua sebab senam seni dan dalah aku jugak sebab tak fokus untuk ujian2 amali selepas senam seni tu...takpelah bukan rezeki aku..

kwn2 seperti li,ros,kelana,rozi dan yang lain..aku akan ingat korang semua dan tak sabar nak jumpa lagi...mama yati...tq bagi saya peluang