"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, February 6, 2009

JSBN...

Alhamdulillah, selepas terpilih sebagai peserta terbaik dalam kursus saringan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) 2008 so aku dipilih oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk mewakili warga pendidik Selangor dalam kursus JSBN (tarian dan teater) tahap 1 2009 bersama wakil NGO yang lain..selain daripada Selangor, penari2 dan aktivis teater dari WP KL,WP Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Johor turut berkampung di Hotel GoldCourse Klang..kami semua berkampung selama hampir seminggu bermula dari 29 Januari sampai 3 Februari..



Hari Pertama-selain daripada terlewat sampai ke Klang kerana jammed dan sesat jalan..aku dah rasa lain macam..yang datang pergh....bukan calang2 bakat dan pengalamannya malah ada antara mereka yang telahpun terlibat dalam bidang teater sama lamanya seperti usia aku sendiri..apa lah sangat dibandingkan dengan aku..itu dlam bidang tetater..dalam tarian pun sama..ramai penari profesional dari IB..Ngeri serius ngeri..sampaikan untuk bersuara aku mmg berlampik dan mmg banyak mendiamkan diri dalam sesi perkenalan malam tu..apatah lagi bila kelas teori dan sejarah teater ramai aktivis yang menyebut satu persatu nama tokoh2 dalam teater..serius aku tak berapa tahu jadi aku sekadar jadi pendengar setia jerk...balik ke bilik,aku terpaksa stay up untuk study...



Esoknya, seawal 6.45 kami semua dah bersenam seni (setiap hari sepanjang kursus)..sapa2 yang xtahu, senam seni ni mcm aerobik dan poco2 tapi gerakan dalam senam seni ni mirip gerakan tarian di malaysia seperti gerak zapin,inang,joget,sewang,etnik sarawak,cina,india,silat dan lagunya juga merupakan lagu2 asli kita la...tapi tak leh la lenggang mcm menari..namapun senam so kenalah buat mcm senaman (best..nak cuba? boleh jek aku dah hafal step untuk 27 minit tanpa henti)..



pas senam seni..break makan pagi then mulalah kelas ngan sorang aktivis teater dari negeri sembilan, en Rosli Mansur..kelas ni akan diambil markah sbb ptg akan ada amali penceritaan..semua peserta berebut membuat reheasel depan fasi kitaorg..dan yang lain2 komen..aku? tak berani la nak komen..sape lah aku..tiba time aku...semua pun komen la..then tetiba semangat aku busrt gile bila en rosli buat kesimpulan..awak bagus!!!aku teruja..hurm, takde pengalaman bukan bermaksud aku tak bagus dan aku nekad nak buat baik2...isyh, best arrr..en rosli ni offer aku buat persembahan sempena dengan malam derma untuk gaza serta offer aku joint group tetaer karyawan di seremban..insyaallah aku akan aktif!!

Hurm, kelas dan ujian teori dan amali makin memenatkan kepala otak, badan makin flat dan tak cukup rest, aku makin stress..risau ni aku semakin hilang fokus terutama lepas ujian senam seni ..aku tak dapat buat dengan baik..malu la..lepas tu terus aku lost untuk amali vokal,l akonan dan improvisasi...ntahlahhhhh...redha jek..malas nak fikir dah...

AKhirnya, penutup aku agak terkejut..aku terpilih sebagai peserta terbaik untuk 2 paper teori dan dan 2 amali iaitu amali penceritaan dan amali pengajaran tapi sedih sebab aku tak dapat pelajar terbaik keseluruhan..ni semua sebab senam seni dan dalah aku jugak sebab tak fokus untuk ujian2 amali selepas senam seni tu...takpelah bukan rezeki aku..

kwn2 seperti li,ros,kelana,rozi dan yang lain..aku akan ingat korang semua dan tak sabar nak jumpa lagi...mama yati...tq bagi saya peluang

No comments: