"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Friday, February 27, 2009

betul kata mak..

Dulu aku berat hati untuk meninggalkan kerjaya sebagai veterinarian di sebuah ladang integrasi milik Syed Mokhtar AL-Bukhary di selatan tanah air, masakan tidak,emolumen dan keistimewaan yang diberi sukar untuk aku perolehi dengan institusi lain aku rasa..(memang benar..setelah 'makan gaji' di tahun kelima sebagai cikgu ..jumlahnya masih belum mencecah gaji yang pernah aku perolehi dulu).
Namun akhirnya aku akur untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lembu-lembu yang aku jaga di ladang tersebut kerana mengelak daripada dihantar ke Indonesia. Memanglah aku bangga, baru setahun jagung di situ sudah mendapat kepercayaan dari Bos, aku dijangka untuk dihantar bersama team yang terpilih ke ladang di Pontianak Indonesia bagi menguruskan ladang di sana dan namun aku memilih untuk terus tinggal di Malaysia disebabkan terkenang untuk lebih mengambil perhatian pada mak yang baru kehilangan arwah abah pada ketika itu.Natijahnya aku terpaksa berhenti dari Syarikat tersebut :(
Berhari-hari aku sedih dan binggung, tidak pasti sama ada keputusan aku betul atau tidak..tapi KATA MAK..
rezeki ada di mana-mana dan mak lebih suka kalau abang jadi cikgu Abang sesuai sangat jadi cikgu sebab abg tegas dan nampak seperti suka membangkang namun sebenarnya hati ni lembut
berkat doa ibu, aku mendapat tawaran KPLI dan setelah menghabiskan kursus tersebut aku pun ditempatkan di sekolah sekarang.pejam celik sudah lima tahun aku berada di sini..
berbeza di syarikat swasta yang berorentasikan keuntungan dengan sekolah yang memfokuskan kepada pembentukan modal insan,bukan itu saja malah trend bekerja pun berbeza, di sini aku lebih banyak kena akur dengan apa juga situasi (walaupun kadang kala bersuara...hurm, akibatnya aku di cop sebagai 'penghasut'...terpulanglah...)..
apa2pun lah...aku tak kisah walaupun aku dipandang serong namun aku tahu matlamat aku..MENGAJAR DAN MENJADIKAN ANAK MURID AKU LEBIH BAIK DARIPADA AKU..maknanya aku gunakan apa saja approach untuk level budak yang berbeza..setakat ni aku bangga,ada anak murid aku mampu mendapat keputusan A untuk subjek Sains dalam UPSR 2008(walaupun ada cikgu yang merasakan usaha aku mengadakan kelas tambahan untuk budak2 kelas corot ini sia2...hurm,..)
walaupun aku terkenal sebagai cikgu yang paling tggi suaranya, paling ketat syaratnya (aku berjalan je..berdecit budak berlari..kelakar.macam la aku makan orang) namun aku tahu budak2 amat menyenangi aku,menyayangi aku malah ada budak yang berkongsi rahsia dengan aku (maknanya mereka mempercayai aku)..malah aku empati dan berkongsi rasa dengan mereka..terkenang aku dengan seorang budak perempuan yang aku ajar pada tahun lepas (tahun ni aku ajar adik lelakinya pula)..semasa kem bestari sains, dia menyambut aku dengan senyuman yang manis dan tiba2 bersuara menceritakan tentang makanan yang paling sedap yang pernah dirasanya untuk makan malam..ayam masak merah...hurm,apalah yang sedap sangat ayam masak merah kan untuk kita yang dah biasa...tapi hidangan itu sangat istimewa untuk seoarang anak kecil (bersama adik beradik yang ramai) yang ditinggalkan ibu dan kematian ayah dan hanya tinggal dengan seorang nenek yang tua dan berpendapatan rendah,bukan setakat ayam masak merah malah nasi pun kadang dijamah kadang tidak,lauk ikan seketul dikongsi ramai..Sebak dada aku, bergenang air mata aku. kelu tak terkata..pity of her...dan saat itu aku hati aku berkata "BETUL KATA MAK"

1 comment:

Anonymous said...

when i read teh title " BETUL KATA MAK..." i feel somting...*_*
n kata2 mak sentiasa betul abg azrai...sy amik education pun bcoz of my mother...dr sendiri memberontak nk jd engineer...huhu...rupe2 nya hati seorang guru mmg dr awal dh bole detect rs nya...dan setiap mak pasti ade instinct tersendiri utk anak2 die...dan hampir 90% instinct mak adalah tepat...hehe...
ape2 pun...all da best abg azrai....semoga menjadi pendidik yg disayangi...