"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Saturday, February 7, 2009

POW...

masa kat UPM aku nyaris2 jadi mangsa pow masa nak balik kampung..masa tu aku berjalan sorang diri ke arah stesen keretapi dari arah puduraya...aku tetiba ditegur 2 budak lelaki yang nampak ganas dan diaorg panggil aku..kecut perut sangat masa tu..diaorg ikut aku..mujur sejurus lepas tu ada seorang Hamba Allah tetiba muncul dan aku cepat2 bersaing dengan dia untuk elakkan 2 org budak tadi..

Pagi tadi aku nampak kejadian Pow depan mata aku..semasa berhenti mengisi minyak moto awal pagi sebelum ke UM, aku nampak 3 biji moto yang dianaiki oleh orang india berhenti berhampiran dengan 3 orang mamat Indon seolah2 ingin bertanya tiba2 salah seorang mamat india ni cengkam tangan budak indon yang paling hampir dengan dia (terus yang dua indon yg lain lari...)dan dua mamat india yang lain cuba menyerang dan mem'pow' mamat yang terperangkap ni ...kesian ni..aku secara spontan bertindak bagi tahu beberapa orang di situ dan kebetulan ada sekumpulan pekerja indon berjalan kaki ke arah kejadian, aku terus naiki moto ke arah mereka dan bg tahu diaorg..apa lagi..diaorg terus berlari dan mamat india bertiga tadi terus campakkan barang yang di pow then terus pecut dari situ...

hurm tgk la bangsa malaysia kita...jgn sampai 'ngajang malaysia' makin menjadi2...

No comments: