"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Thursday, June 4, 2009

kompilasi

kepada peminat2 album kompilasi sure minat ngan entry aku kali ni walaupun takde kena mengena ngan album kompilasi..hahahaha...sebab aku nak wat entry kompilasi..gabungkan beberapa cite dalam satu entry (sebenarnya dah ramai pun buat...entry2 sebelum ni pun ada dalam blog aku ni hah...!!!)sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah buat hamizatul, jiran merangkap rakan sekerja merangkap car pool buddy...sebab selamat melahirkan baby perempuan...kalau ada masa aku akan melawat ko ngan geng2 yang lain nah...

cerita 1 :

sempena cuti sekolah ni, aku baru balik dari kem plkn hill resort kerling, selangor untuk bertugas sebagai fasilitator program seni dan budaya...best giler...nanti aku akan publish entry tu kemudian..ok sebelum cuti sekolah, aku busy ngan beberapa perkara...aku berulang dari pandan indah ke bangi lama hampir 3 hari untuk rehearsel mc majlis sambutan hari guru peringkat daerah hulu langat..best sebab mmg job aku tapi yang tak best partner aku ni senior yang bagus dan nak org ikut dia jek..stail suara aku dah mcm ni mcm ne aku nak gema2 dan jerit2kan suara kann..dah tu mic mcm celaka..tetiba je berdengung dan ada ketika suara aku tenggelam...secara keseluruhan aku tak happy dengan job aku kali ni (walaupun masih mendapat pujian tapi bagi aku...ini adalah kerja yang paling choi yang pernah aku buat sepanjang berkarier sebagai mc....)...tapi part paling best dalam majlis ni, aku jumpa kwn2 debat balik then aku di beri tepukan gemuruh dalam ucapan pengarah pelajanaran kerana statement beliau mcm ni..."pengacara majlis lelaki pada hari ini merupakan salah seorang pendebat yang mengharumkan nama selangor di peringkat kebangsaan, tepukan yang gemuruh untuk beliau"..jujur aku bangga dan rasa dihargai!!!


cerita 2:

setelah menunggu beberapa lama...akhirnya aku dapat gak tengok mek mulong..semasa mek mulong raja dewa kaca yang dipentaskan di aswara, tq untuk shariza dan rozi kerana sudi menemani aku (tukang bawa kereta dan tukang tunjuk jalan sebenarnya...hehehehe) walaupun terlewat 5 minit tapi aku enjoy giler...tq yang teramat buat en rosli mansur yang menjemput aku ke pementasan tu..untuk pengetahuan semua, en rosli ni pengarah di philharmonic theater petronas klcc...aku kenal dia masa ujian jsbn (teater), hehehe..dia ler yang uji dan bg aku best student..tq semua..yang penting, bukan sekadar menonton malah aku dapat menambah ilmu..kan!!!!

cerita 3:

sambutan hari guru peringkat sekolah...aku kena buat persembahan solo-request by my gb..dia nak aku deklamasi sajak..rentetan dari deklamasi sajak depan kemala dulu terus aku dah bergelas pendeklamator pulak..huhuhu...tapi aku ni jenis malas nak buat pengulangan so aku buat la persembahan mestamu..aiyo, berlatih vokal setiap hari katanya semata2 nak bermestamu..alhamdulillah, ramai yang suka dan paham bahasa2 sinis aku!!!dan yang penting semasa sambutan hari guru peringkat sekolah , aku dapat anugerah tau..jeng jeng jeng..aku dapat anugerah guru paling popular..haiyo..nabil kah aku?nway tq to anak2 murid tersayang sebab menyenangi aku dan menyayangi serta mengundi aku..huhuhu..i love all of u!!!

cerita 4:

aku teruja nak jadi mc untuk festival keseniaan jabatan pelajaran selangor,dari pagi sampai petang dah tu, buat kat pentas terbuka kat laman budaya shah alam...serius teruja namin aku hanya bertugas tengahari ke petang sebab aku terlibat dengan kelas tambahan kat sekolah pagi tu..."rai, ko mcm aznil" komen abg faiz pada aku-memang pun aku imitasi aznil sbb dia idola aku dalam bidang pengacaraan ni..cuma sayangnya ada cacat sikit majlis tu aku tersilap umum pemenang tapi mujur tuhan beri idea spintas kilat "tuan2 dan puan2, manusia melakukan kesilapan perkara biasa namun yang paling istimewa dan luar biasa daerah yang baru saja saya umumkan naib juara tadi sebenanrnya adalah juara"...disambut dengan sorak dari penonton..alhamdulillah...selamat!!!!!serius aku puas hati!!1hehehe..dapat la cover ketidakpuasan hati aku dengan majlis harii guru daerah kan!!


cerita 5:

akan akan publis ttg plkn!!!

2 comments:

Norhuda Ahmad said...

tahniah la dapat anugerah guru paling popular ranking pertama gitu... hamper dah bukak belum...?

4z3r@1 Azm1 said...

hamper belom buka, ada kat seremban!! bagi saya, popular maknanya budak2 menyenangi pengajaran saya..bila diaorg menyenangi pengajaran saya, insyaALLAH diaorg akan berusaha lebih untuk subjek saya tu..maknanya petanda baik untuk subjek sains..AMINNNNNN