"!kL@N s! N@kLyGp3Ny4Ny@nG"

Sunday, November 4, 2007

Kenangan yang tak seberapa

Zaman aku berdebat dulu aku sangat kagumi KS namun dlm diam2 aku ingin menjadi seperti Farizal dan Hasril..biarlah org kata aku berangan sekalipun tapi tak tahu kenapa dua nama ini akan benar2 membuat aku teruja untuk terus berdebat..kenangan paling manis buat aku bila mana aku berdepan dengan kedua2 idola aku dalam pertandingan debat kemerdekaan 2002 di UPM..UPM+UNI10+UTM+KUITHHO ditempatkan dlm kumpulan liga yang sama...tuhan saja yang tahu betapa aku kecut untuk berdepan dengan kedua2 mereka namun aku teruja sebab hanya dengan mereka akan membuatkan otak aku berpusing ligat bak gasing untuk mematahkan hujah mereka..walaupun tidak terlawan namun aku rasaia pengalaman berharga aku dalam dunia debat sebelum "nyawa"ku dicabut dan ditalkin sebelum sempat aku puas bernafas di dalam vakum itu.
ingat lagi..selesainya "pengebumian" aku ...berlangsungnya debat PNB di UUM..dengar sahaja UPM layak ke akhir aku bergegas bertolak ke UUM yang kebetulan aku mmg sedang bercuti di Kedah ketika itu..Namun sayang..aku hadir lewat kerana telah selesai perlawanan antara UPM menentang UIA dan telahpun dimenangi oleh UIA..sedih..mmg sedih walaupun aku tiada ketika perdebatan berlangsung namun rasa itu aku kongsi bersama atas nilai persahabatan (walaupun aku diletakkan sebagai sahabat yang tidak bernilai)..tatkala aku memeluk KS..aku rasakan betapa tertekan KS ketika itu..dan aku betul mohon maaf kerana lewat untuk hadir memberi sokongan(walaupaun aku tidak pasti adakah sokongan aku diperlukan atau tidak ...)setelah segala nya selesai ditenangkan tetiba aku terasa terkontang kanting kerana dibiarkan begitu sahaja seolah-olah apa yang aku rasa mmg benar2 malapetaka.."alamak..mana aku nak menumpang ni?" aku tertanya-tanya...semua rakan2 sepasukan (sebelum aku dikebumikan) hilang entah kemana...aku rasa nak menangis pun ada namun mujur..ketika itu org yang aku kagumi..hasril namanya dtg bertegur sapa dan mempelawa untuk bersama2 ke Kuala Perlis...(en zainal madun,salehuddin,hafiz dan lydia pun ada)...terasa terhutang budi sgt2 pd hasril..huuuuuuu..betapa tingginya nilai persahabatan dr sang idola ini..bukan sekadar hebat berdebat namun hebat juga dalam memelihara hubungan sesama kawan!!!
malam itu, aku tidur di bilik delegasi UNI10..dan esok paginya kerana ingin cepat aku menumpang pula coster USM untuk ke Bandaraya ALOR SETAR untuk menyaksikan perlawanan akhir antara UM dan UIA (UM mengalahkan UNI10 di peringkat separuh akhir)...tak sangka..dunia ini kecik..rupanya en Nasru USM adalah old boy CAS Ipoh..apa lagi aku dan dia berdendang la lagu sekolah kami dalam versi melayu dan inggeris!!hahaha..pitching mmg lari ke laut!!
pendekkan cerita..UM menang..Abg Anep best speaker..maka tamatlah cerita debat PNB itu...
Pejam celik Pejam Celik...tibalah masa untuk Debat diraja di UTM KL...aku sempat menghadiri pertandingan akhir muda di dewan UTMKL itu..ha..kelakar ..aku berhujan untuk sampai ke sana..dengan KRISS ACV2806 aku ler..lencun giler hehehhe..sempat la keringkan baju sebelum final tu...malam tu aku ambilkeputusan untuk lepak di bilik UTM sembang2 ngan budu tp xjadi..aku lepak bawah khemah n best sgt sbb dapat byk tips bersembang dr jam 11 malam sampai jam 5 pagi dengan FARIZAL..memang sah dia ni Dva..sebut je apa2pun isu semua dia tahu..pergh..sehingga hari ini aku rasa belum ada pendebat yang hebat yang boleh aku samakan dengan FARIZAL dan HASRIL..mereka sebenarnya tinggalkan pendebat generasi ini 15 tapak kehadapan walaupun mereka telah lama tidak berdebat secara formal..namun pendebat kini aku akui hebat kerana terlalu banyak pentsa perdebatan untuk ruang bg mereka meningkatkan keupayaan berdebat!!syabas adik2...kamu semua telah tinggalkan saya 25 tapak ke hadapan dan terlalu sukar untuk saya kejar..siapalah saya!!!

No comments: